Assalamualaikum.
Fuh fuh! Berabok blog ni. Kami tau ramai yang pasti merindui teletah kami. Bhahaha! Busy lah test. Korang bayangkan kena baca lebih kurang 200 slides dan soalan test 5 ja. Tu slides, kalau tak paham kena refer buku jugak kan? Tu belom kami cari keja part time lagi. Aaaaa~ Ya Allah mampukah kami hadapi semua ni.
So, abaikan sekejap bab bab study ni. Hihi walaupon esok kelas dan tak revise lagi. Mari bincangkan topik hari ini iaitu sekufu.
Kalau nak kawen cari yang sekufu. Selalu macam tu lah. Dalam islam macam tu. Ulama cakap sekufu tu persamaan atau hampir. Lebih ditekankan kepada pihak perempuan. Yang mana anak perempuan dan wali berhak menentukan dan mempertimbangkan.
*****
Dah macam kapel pulak wassap farah hari hari akhir akhir ni. Hehehe! Kalau dengan dia ni tak laen tak bukan mesti cerita pasal kawen. Walaupon dua dua takkan kawen dalam masa terdekat ni. Terdekat tu maksud kami tahun ni atau tahun depan lah kot. Mana tau jodoh cepat. Hewhewwww~
Kami plan 26tahun nak mengakhiri zaman bujang. Dari dulu lagi kemain plan. Tapi taktau lah tercapai ka tak? Nak kejaq apa isma. Sabaq sat. hehe! Tunggu anak menakan keluaq, tunggu kakak dengan abang long kami masok rumah baru. Lepas tu tunggu mak kami ada lesen moto. Tunggu adik kami masok universiti. Setel. Kami pikiaq pasal kawen.
Boleh? haha! Tanya sapa pon taktau.-_-"
Berbalik kepada perbincangan kami dengan farah dan juga hasil google kami. Sekufu. Apa tu sekufu? Kata laennya dari apa yang kami paham adalah setaraf. Enggang sama enggang. Pipit sama pipit. Manakan pipit terbang setinggi enggang. Begitu. Orang yang kaya kawen dengan orang kaya, orang miskin kawen dengan orang miskin. Dari dulu lagi ada isu ni. Sebab tu P.Ramlee pon dah buat filem. Antara dua darjat. Ibu mertuaku. Penarik becha.
Ni ka pipit?
Kalau kita tengok lah, orang yang dah kawen. Isteri cantik habes ni, si suami ni biasa biasa ja. Ataupon suami ni hensem habes, tapi isteri biasa biasa ja. So kat mana sekufunya? Pandangan masing masing. Sebab penilaian rupa paras kan subjektif. Istilah sama cantik sama padan tu, boleh diterima pakai atas dasar kita tak nampak secara luaran kekurangannya. Itu saja.
Sekufu melalui pekerjaan. Yelah, pekerjaan bersangkut paut dengan education level. Selalunya, engineer kawen dengan engineer, cikgu kawen dengan cikgu, sekufulah kan. Yelah bercinta pon dari universiti, mestilah bidang pekerjaan yang sama. Okay. Melainkan bercinta waktu kerja. Eh sama jugak. Engineer kawen dengan engineer, cikgu kawen dengan cikgu. Kalau becinta dari sekolah laen. Hehehe!
Tidak menjadi masalah jika lelaki memilih isteri yang lebih rendah pendidikannya atau hartanya, berlainan pula kalau isteri memilih seseorang yang rendah dari segala aspek. Dalam hal inilah perlu dititik beratkan kerana ia menjadi satu aspek yang perlu dijaga. Mungkin akan menimbulkan masalah dikemudian hari.
Tapi tak dinafikan, ada pasangan yang mana suaminya melaksanakan suruhan Allah dan si isteri tau hak dan kedudukan suami dalam berumahtangga jadi tak timbullah sifat ego, sombong dalam diri isteri. Sorang kawan kami ada cakap, kalau kat rumah jangan pandang dia atas dasar pekerjaan atau pendidikan. Pandang sebagai suami yang mana wajib dihormati kerana syurga isteri di telapak kaki suami. =)
Dalam drama tv tu, anak orang kaya kawen dengan anak orang gaji. Tak sekufu pon? Tapi kalau tengok betol betol mesti watak anak orang gaji tu bijak tak pon cantik.
Contoh yang farah bagi kat kami adalah orang kaya yang bersembang pasal Paris, London, maen salji dan sebagainya sekufu tak dengan orang miskin yang jugak bersembang pasal Paris, London, maen salji? Sekufu lah kan? Cara pemikiran dan buah bicara yang sama. Jadi tak janggal kalau bersama.
Paham tak?
Ok contoh lain. Kami dating dan bf kami tu asyek sembang pasal bodyshop yang mana kami rasa bodyshop kami tak pakai sebab benda ni mahal. Kami tak tau apa apa pasal produk tu. Sekufu tak? hehe! Macam mengarot ja contoh ni. Tapi ni contoh jela. Bhaha! =P
Dalam kehidupan semua benda berpasang pasangan. Laut dan pantai. Langit dan awan. Bulan dan bintang. Kalau kita pakai kasut. Mesti dua dua belah perlu sama kan? Kalau sebelah putus. Kita beli baru. =)
Pokok pangkalnya, semuanya datang dari cara pemikiran. Kalau isu yang dibincangkan tak membawa kepada persefahaman lebih baik jangan teruskan. Kang breakfast nanti sorang sapu nutella sorang lagi sapu planta letak gula. Untung jugak letak gula, silap silap cicah kopi ja. Kan dah laen tu.?
Susah.
xoxo
p/s : Cakap pandai kami ni. Tapi ni hanya pendapat dan pandangan kami saja. Tiada yang betul tiada yang salah. Subjektif.
Kredit to halaqah.net dan google image.
No comments:
Post a Comment