Saturday, 31 August 2013

Merdeka.

Assalamualaikum. =)

Merdeka. Apa erti merdeka bagi korang? Hehe

Well. Maaf kalau kami skema. Blog kami kot. Suka hati kami la. Apa ada hal. =P

Tapi still kami nak ulang soalan diatas. Apa erti merdeka bagi korang? Hehe 

Teringat dulu dulu waktu sekolah,
cepat cepat rasa nak habes kelas, 
cepat cepat ready nak angkat kerusi letak atas meja, 
cepat cepat nak dengaq bunyi loceng, 
cepat cepat nak lari nek bas sekolah,
Semua tu mengejaq kemerdekaan la kan? Hehe

Lepas sekolah rendah, 
cepat cepat nak rasa sekolah menengah, 
cepat cepat rasa nak habes sekolah, 
nak jadi budak universiti,
takmau pakai baju sekolah/ lagi,
Semua ni nak merdeka jugak kan?

Bila masok universiti,
Cepat cepat nak habes semester,
Cepat cepat nak habes praktikal,
Cepat cepat nak habes belajaq,
Rasa tak sabaq nak keja.
Semua ni nak merdeka jugak kan?

Kami rasa flow ni akan continue sampai bila bila. Dan semua orang pon mengalami benda yang sama. Sebab manusia tak pernah puas. Nak something more than what they got. Haaaa~

Tapi kami yakin. Dalam kita sebok nak merdeka dari sekolah, nak merdeka dari universiti, kita dah hayati dan lalui dengan bes kan waktu sekolah dan belajaq. =) Walau kita rasa kita nak lari dari semua tu dulu. Heee~ Kan?

31/08/13. Cantik pulak date ni. hehe dah 56 tahun merdeka. Malaysia bukan saja dah merdeka secara fizikal tapi dari segi mental dan spiritual. Kami dah start skema. ahahaha. Tak mau hurai lebih. huhu

Apa aktiviti kami semalam?
 
Semalam lunch kat IKEA. Pastu masa nak masok The Curve tu ada ape tah ramai ramai berarak. Sukanya diorang sambut merdeka. =P

Ni ha video



Pastu, secara paksa rela, kemosabe kena belanja kami baskin robin. Haha Dia tak kesah pon kena paksa. Hahaha Kami rasa la. =P Kan ada diskaun 31% kan. baru 31% dah ramai camtu. Tak paham. -_- *Buat buat tak paham, sebab kami pon sama* Hahaha



Pastu kami p taman layang layang. Wahhh. Tempat yang dah lama kami nak p. hehe Nanti kami cerita lah. Malas dah tulis.

So sekarang ni nak merdeka dari apa pulak?

Kami rasa kami nak merdeka dari keja. hahaha Nak jadi surirumah. Macam bes ja.haha Agak agak boleh tak eh? =P

Ok Bye.



p/s : Dapat pengalaman baru menyanyi lagu negaraku dalam wayang masa tengok The Purge. =)

 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 28 August 2013

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y #17

Assalamualaikum.

Tengok la ni. Kawan kami si Ali ni kasi ni kat wassap semalam semalam. Dah kenapa? Arghh!! Haha. Anyway. Terima Kasih kerana buat kami rasa dihargai. Haha



Dan kami dapat agak yang hang rindu kami. heeeee~ So, kami abadikan gambaq ni. Hahaha! Kami dah kurus. Tapi hang maintain camni. hahahahaha!

 masa part6/2010 Uitm Kelantan =)



p/s : Ali, bila nak kawen dengan Zana? Kahkahkah
 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 27 August 2013

Skema

Assalamualaikum. 

Skema? Mengikot skema, skema tu skema lah. Hehe Kalau ikot kamus pelajar apetah kami google. Dia cakap skema tu macam rancangan, contohnya rajah yang menentukan sesuatu. 

Skema sangat jawapan kami. Haha 

Kami rasa kan start dari diploma la. Arep selalu cakap kami skema. Pastu kan kami dah terpsiko dan rasa diri kami ni skema. Haha lemahnya kami. U_U

Tapi kan bila kami pikiaq pikiaq balik. Hidup kami ni straight ja. Macam kurang la nak buat jahat. Bukan jahat la. Nakal. Sebab kan, bila ingat ingat balik masa sekolah dulu. Masa sekolah menengah la. Markah demerit kami 5 ja. =P Tu pon bukan sebab apa, sebab kami simpan kuku panjang. Kami suka gila simpan kuku dulu. Tak paham awat. -_-''

Pastu kan. Kami dulu kan p sekolah nek moto. Lepas balik sekolah tu, seboleh bolehnya nak sampai awai kat rumah. Padahal boleh ja lepak lepak kan sebab dah ada moto. Kami rasa boleh kira berapa kali kami balik lambat. Yang kami ingat satu ja. Beli kalkulator ok. Hahaha Dah form4 tu. hahaha

Pastu bila dah belajaq kat Uitm Kelantan. Lagi jadi skema. Sebab kami dapat kawan psiko macam arep. Tapi kan, penah sekali la kami tak dapat lupa. Perkara paling jahat yang penah kitorang buat. Haha. Kami Fae Nana Zura Syida. Kitorang keluaq balik malam sikit la. Ala, masa Uitm Kelantan dulu kena balik sebelum kul7 kot. Gila awai. Haha

Kitorang balik lambat, kami rasa dalam kul11 camtu la. Pastu tak tau nak buat cane sebab 4orang ja yang amek tandatangan warden. Haha pastu salah sorang mesti kena sembunyi. Pastu kan. Fae masa tu stop tepi jalan. Bajet macam nak masokkan syida dalam bonet hahahhaha pastu tak muat. Kancil plak. Syida kan sasa. hahaha

Pastu last last baringkan Zura kat tempat letak kaki seat belakang. hahahhaahah pastu kitorang kat belakang ni besila. Pastu letak barang barang atas zura. Bayangkan keciknya Zura masa tu. haha! Kami kat belakang ni ketaq dah. hahaha

Pastu pakgad dok jengok jengok. Hahaha Zura kat bawah tu macam nak pitam. Kesian. Huhu Tulah benda yang paling jahat kami rasa kami join. hahaha!

 Fae, Nana, Zura, Kami (22/12/12)

 15/8/2013

Heeee. pastu kan banyak la benda benda skema yang kami join. Haha MPP lah kelab tu lah. Macam bila pikiaq balik. Memang skema. =_= Korang nak tau tak yang kami first time main bowling masa diploma la. Umoq 18 19. Haishh.

Apa la agaknya aktiviti kami waktu sekolah dulu.? Hehe Sekolah. Balik. Makan. Study. Tuisyen. Tidoq. Sangat minat kot kami study. Sampaila result SPM yang so so. huhuhu Tapi kami bersyukur. =)

Pastu bila sambung belajaq kat Uitm Shah Alam. Kami rasa aktiviti kami makin ligat. hahaha kami tanpa segan silu buat jahat. Macam kurang lah kot skema. Tapi still la join seketariat. hahahaha kurang lah sangat. -_-'' Tapi kami rasa tak la seskema dulu. 

Pastu kami dapat pulak geng yang suka buat lawak bodo. Memang kami pon jadi cam diorang. Ceyyyyy. hehe Masa tu bes, rasa bebas. Rasa gila gila. hahaha 

Kami, Pika, Aiz, Lokman, Aimy

Geng kacamata la konon konon kan. Tah pape. Tapi kami rasa seronok sangat masa tu. Sebab jalan jalan merata. Kami dah la suka jalan jalan. Heeeee! So kami rasa tahap skema kami dah berkurangan. Dari sehari ke sehari. Hahaha

Tapi kan bila masok kerja ni. Kami still tak bole terima work loads yang kurang. Haha bila takdak keja kami komplen. Padahal, biaq jela dah kalau takdak keja terima jela kan. Makan gaji. Kita dah bersuara. Kalau kerja still kurang means gaji tu insyaAllah la halal kan.? Hehe

Yang kami ni bising bising lak. Nampak tak skema kami mai balik. Haha

Kadang kadang tu skema tu bagos kalau kena tempat. Tapi kalau terlalu skema pon payah jugak. Skema dengan jujur tu apa beza dia ea? Sebab kadang kadang bila contoh la dalam percintaan kita terlalu jujur. Cerita semua benda. Tu skema ka? 

Kawan baru kami si Kemosabe pon cakap kami skema. Apakah kami masih tidak berubah? 

Haha. Kami pon tak tau. 



p/s : Skema ni sekadar persepsi atau ada satu definisi yang jelas?



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 25 August 2013

Braces II

Assalamualaikum.

Sambung balik cerita pasal braces kami aritu. Seperti yang telah dijanjikan. Ahaha Kami nak tunjuk gambaq kami dulu kini dan mungkin selamanya. Hehe 

Tapi sat. Minggu lepas balik Penang. Nak amek retainer. Aritu lepas raya tak sempat siap pulak. Kami dah la dok gabra ni gigi kami senget balik. Gusi tak stabil lagi kan. Huhuh

So, hari jumaat lepas kami balik penang. Appoinment dengan dentist tu pukul9 pagi. Tapi macam biasa la mesti la kami p lambat. Sampai Penang dalam kul1 pagi pastu sembang sembang lebih kurang pukul 3.30 baru nak tidoq.

Kami : Mak, lapaq la.
 

Mak : P la makan ada ayam kfc sekoq.

Kami : Ha?

Hahahaha. mak kami dah mamai. Pastu mak kami dengan adik kami teman makan kfc. Seketul ja padahal. -_-''

Esoknya. Pukul10 lebih baru kami keluaq rumah. Dah la nek rapid. Memang sampai klinik pukul11. Tapi kami lek lek ja. Sebab tak buat apa apa pon kan. Hehe


Ni ha retainer kami. Depan besi. Belakang macam gigi palsu. Ahahahahha Pastu kan bila kami pakai kami rasa macam pakai gigi palsu. *Macam penah pakai gigi palsu plak. heeeee Tapi pic ni digoogle ea. Kami punya warna jernih putih. huhu malas amek pic. =P

Masa sekolah dulu penah la tengok kawan kami pakai. Tapi dia pakai yang depan belakang besi. Kami nak macam tu. Tapi kenapa dapat macam ni. Hahah. Ka kami silap tengok.? huuu

Tak kisah la. Janji tak senget balik gigi kami. Dr tu cakap pakai atleast 8jam sehari. Kalau 12 jam lagi bagos. Heeee. Kami dah try pakai siang siang pastu kami rasa macam chef wan. hahahahahhahaah

Pastu mak kami dok beletiaq.

Mak : Cakap betoi betoi awat tak boleh ka?

Mungkin mak kami kerimasan tengok kami bercakap. Hahah Atau mungkin mak kami konpius. *Sejak bila anak aku chefwan. hahahhaha!

Dengan itu kami mengambil keputusan untuk pakai waktu malam sahaja. Supaya tak mengganggu emosi orang laen ketika berbicara dengan kami. Haha

Ok. Dah la. Penat beletiaq. Kami nak tunjuk ni. Sila lah lihat. =P

Dulu :



Zaman bila punya gambaq ni. hahaha. Sebenaqnya semua gambaq ni dah upload kat FB tapi dah kami hide. Sebab burukk. Perasan tak gigi depan kami tu macam nak menghadap antara satu sama laen. =P Hahah

Sepanjang pakai braces :
 


Perasan tak yang muka kami dah jadi meruncing sikit? Tak? Ok kami perasan. Hohoho kawan kawan kami la cakap. Kami tulis ja. Sebab korang tak cakap lagi kan? Hahahah Dasar meninggi diri. =P

So sepanjang kami pakai banyak jugak la warna warna yang kami pakai. Tapi mix2 tak penah la. huhu Bes tau. Dapat la satu experience baru. Sakit. Dan comel dan manis sementara. Hehe!

Sekarang :


 Pucat abes. Haha Teh O pon nak tunjuk. Wuuuuuuu~

Ni pic harini. Baru snap ni. Panas panas. Hahaha Mari lunchh~ hahahahah

Kami rasa kami dah tembam balik.

Ok bye.



p/s : Takdak niat nak menunjuk ka apa apa ka. Cuma bagi inspirasi kepada yang ada niat nak pakai braces. Ataupon kepada yang tengah sakit pakai braces. heeee! Selamat mencuba dan meneruskan niat anda. ^^v


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 23 August 2013

Majlis Perkahwinan : Nisah dan Shahril

Assalamualaikum. 

Raya kelima haritu. Wedding kazen kami. Kazen yang sama umoq ok. Tergugat tak? hahahaha Mana aci. Dia 24tahun dah kawen. Kami 24tahun dok cari pakwe. Hohoho

Apa apa lah. Janji dia bahagia. Kami pon bahagia. Heeee!

Majlis tu kat Taman Selasih, Kulim. Kitorang dari Penang keluaq kul9.30 sbb janji dengan MakTeh nak jumpa kat Tol Jambatan kul10. Haaaa~ Yang kawen tu kazen belah ayah kami. MakTeh ni belah mak kami. Hehehehe Saja terang panjang panjang. Huuuu

Kami tak tau jalan sebenaqnya. Tanya kakak kami jalan sebab nak pakai jalan dalam. Tak sure la mana lagi dekat, tapi kalau jalan dalam tu macam boleh bayang bayang sikit la.

Serius, kami bab bab jalan ni memang lemah. Tak pandai sangat. Kalau kat area Penang pon. Sebenaqnya kami lalu ikot jalan bas. Maklumlah selalu nek bas. -_-'' Sekarang ni baru belajaq sikit sikit cara nak ingat jalan pakai landmark dan sebagainya. =)

Sebab tu la kami kena cari pasangan yang pandai jalan. Dalam erti kata laen sabaq mencari jalan kebenaran. Hahaha Sebab kalau tanya kami, memang kami jawab tak tau. So kalau pasangan kita stress jadi tak bes la nak date. Apakah tiba2 kami tukaq topik ni.? Haha

So, berbalik kepada topik perjalanan ke Kulim tu kan. Adala kakak kami cakap nampak simpang Sungai Lembu masok kiri. Pastu nampak kawasan ternak itik belah kiri tu masok kanan. Haha

Kami tulis la kan apa yang kakak kami cakap. Heeee Haaaa!! lupa.! Lemahnya kami. Kami tak gunakan teknologi GPS. Haha Baru kami perasan. Aishh! Kami ada ja waze. Tapi kenapa kami tak guna? 

Tak kisah la. Lepas tu kan. Adik kami pon baca la apa kami tulis.

Adik : Lembu kiri, itik kanan.

Hahahaha. Lawak kot. 

Pastu, dah macam betoi dah jalan tiba tiba mak kami kat belakang dok habaq.

Mak : Tu ayam.!!

Kami : Mak, kita cari itik bukan ayam. hahahahahaha

Hahaha. Kami yang marah sebab tak jumpa jalan pon tak jadi nak marah dah. Gelak tak stop stop sampai jumpa itik punya reban. hahahahhaha

Sampai lah. 

 Kacau budak ni besiap. Heee~


Muka garang mak kami. Heee lawak. Mak kami ni macam kami gak, tak suka tunggu tunggu. Tak suka orang tunggu dia dan tak suka tunggu lama lama. Mak kami kata kalau kita menumpang buat cara menumpang. Jangan bagi orang serik nak tumpangkan kita lagi. Pastu mak kami cakap kalau janji tu cuba jangan nak melayu sangat. heeeee

Nak kawen jugakk! 

*Mampoih kalau kakak kami baca. Satg dia kata "Tak payah nak desperate sangat" ahahahahaha


 Ni lah satu satunya adik kami. heeeee~ Comel macam kami. Hahahahaha










 Sebok ja kami nak melentok lentok kat sini. Haha Kayu tu kayu jugak la. U_U

 
Untuk Nisah dan Shahril, 

Cinta itu macam pelangi,
Semua warna akan mengalir,
Merah lambang keberanian,
Oren lambang kekuatan dan kesihatan,
Kuning lambang keceriaan,
Hijau lambang kesuburan,
Biru lambang kedamaian,
Indigo lambang kesederhanaan,
Ungu lambang kemewahan,

Bila semua elemen elemen warna ni bergabong korang pasti merasakan cinta yang sempurna. Hehe Tapi ingat, amalkanlah dunia dengan berpaksikan agama. =) Apa apa pon. Tahniah!



p/s : Love is not something that we look for, but something that find us.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 22 August 2013

Hazama : Relakan Jiwa

Assalamualaikum.

Masih dalam mood happy! Kami tak tau awat la kami dok suka sangat ni. Rasa terawang awangan. Heee Pastu kami dengaq lagu ni kan. Macam kait kait kami pulak. =) Haha over tauuu~


Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku




p/s : You are similar to my favorite song. When the song ended, I keep repeating it. Again and again. ^_^


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 20 August 2013

W.O.R.D.L.E.S.S. W.E.D.N.E.S.D.A.Y. #16

Sahabat,
Kau hadir tika ku perlukan teman,
Kau hadir menghulurkan tangan tika aku kebuntuan,
Kau hadir memberikan kata kata semangat,
Kau hadir tika ku mengharapkan agar dia yang terakhir,
Tapi kini ku harapkan agar kaulah yang terakhir dan terbaik dalam hidupku,
Moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat dan waktu.


Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,
Kerana dengan sederhana, 
Cintamu menjadi sangat indah,


Biar hanya kita yang tahu, 
Kerana dua jiwa yang telah menjadi satu itu milik kita. 

Milik kita.



p/s : Terima Kasih Kemosabe. =)

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 14 August 2013

Braces

Assalamualaikum. 

Hai korang, Hehe Kami nak cerita perkembang braces kami yang dah di bukak minggu lepas. Sebelum raya ok. Raya tanpa gigi ehh raya tanpa besi. hehehe =P

Marilah dengaq cerita kami. hahaha! 

Kenapa kami pakai braces?

Kami start pakai sebab kami rasa gigi kami semakin hari semakin senget. Gigi atas dan bawah bahagian depan. Kalau kami ada taring kat tepi macam kakak kami tu kami tak kisah. Sebab pemanis muka. Teheee~ Tapi ni gigi depan. Huu. Lagi satu kami teringin tengok adik kami pakai. haha! Motif sangat. -_-''

Bila kami start pakai?

Kami start pakai 21/7/2011. Wahhh..macam jawab exam lak rasa. hahahaha!

Steps yang kami lalui?

Hahah. Maaf la BM dulu B3. Muahaha! Step yang dilalui. hehehe First sekali doktor tu tanya. Why you want to wear braces? Kami pon cakap la. Isu gigi atas yang senget. Tapi doktor tu macam lebih care lagi pasal gigi bawah yang senget.

Pastu doktor tu buat scaling dengan tampal gigi kami. Doktor tu cek la gigi mana yang patot cabot. So lepas buat model gigi doktor tu cabut sebatang ja gigi kami. Hehe 

Kami rasa paling seksa la bila nak buat model tu. Sebab dia masokkan benda apa tah warna hijau dalam acuan pastu letak kat gigi dan tutup mulut. Pastu dalam 2 minit macam tu. Benda hijau tu keras tau. Masa dia nak keluaqkan tu. Dah la mulut kami kecik. Kena nganga besaq2 pastu benda hijau tu macam lekat kat gigi. Kami rasa semua gigi kami nak tercabut masa tu. Hahahaha!

Hyperbola sangat! hahah! Betoi la. Serius. Masa tu kami rasa menyesal pon ada. Kami rasa. Apa yang aku buat ni. Haha Kalau proses nak buat gigi palsu pon rasanya macam ni kot. =P

Kos pembinaan?

Haha kemain kos pembinaan. Hahaha.! Kami pakai 2tahun lepas. Jadi kami rasa rate sekarang mungkin lebih kurang sama ja. Kos besi sahaja. Means besi petak petak yang dia lekat kat gigi tu RM1250.

Tu tak termasok kos scale, tampal, cabut dan model. Harga tu bergantung la berapa gigi cabut dan berapa gigi tampal. Macam kami cabut satu tampal satu. Kira tak banyak sangat la. Adik kami dulu empat batang cabot. Arghh! Haha

Tu saja la kos permulaan. Prepare dalam RM1500. Pastu yang len bayaq bulan bulan. Setiap kali treatment setiap kali tu bayaq. Kalau bulan tu tukaq chain warna warni tu. Bayaq RM100. Kalau bulan tu tukaq besi panjang melintang tu. Bayaq RM200. Selalunya selang seli. So, kalau bulan ni RM100 bulan depan tu RM200 la. hehehe!

Kami ada survey survey jugak dekat kawan kawan kami yang pakai braces. Ada macam macam. Setengah dental tu amek RM3000 ada yang RM5000. Tapi macam kami kan. Kalo kami skip sebulan tak p. Dr tu marah. haha Sebab income dia tak masok. Tapi atleast kami tau la apa progress kami. hehehe 

Macam kawan kawan kami tu. Bayaq je bila bila pon bole. Tapi tak tau la Dr diorang marah ke tak kalo diorang tak p. Huhu. 

So, keseluruhan kos dalam RM4000++. Tapi tak rasa la. Sebab kami bayaq bulan. Lagipon dulu pakai JPA kan. Hehe sekarang pakai gaji baru rasa semacam. Hahaha

Dah bukak!

So pada tarikh ni. Kami dah seminggu tanpa besi. Masa nak bukak tu dia cabut besi tu satu satu. Kami rasa seriau gila. Sebab bunyi dia menusuk telinga. hahah pastu rasa macam dia dok cabot gigi kami satu satu. Huhu

Setel tu kan kami ingatkan dah abes seksa buat model tu. Rupanya ada lagi. Nak buat model untuk retainer. Yang berkos RM600. Aishh. Memang tahun ni kami tak bagi duet raya. Sebab licin dah gaji kami. hahaha Kami sekali lagi terseksa nak buat model ni.. huhuhu Tapi ok la sebab dah penah rasa dulu. Kira tak tekejut sangat la. hehe 

Sekarang ni gigi kami kini bebas. Tapi malam malam kena pakai retainer. Sebab gusi still lembut, takot bergerak plak gigi. Begituuu~

Oklah. Next entry kami tunjuk perubahan gigi kami ok. *Bajet* haha


Bye!


p/s : 060813. Not an ordinary date. =P


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 1 August 2013

Teman Bicara : Erra Fazira

 
Bukan sekali bukannya dua
Telah sering kita berjumpa
Belum pernah terusik rasa
Kita sekadar kawan biasa

Aku kenali siapa dirimu
Kau pun tahu siapa diriku
Kerna engkau teman bicara
Antara kita tiada rahsia

Tiba-tiba ku lihat sikapmu
Tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati
Sejak bila tak ku sedari

Tiba-tiba ku rasa diriku
Tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah
Sering kehilangan kata-kata

Kini bila bertentangan mata
Bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu
Berdepan denganmu ku terasa malu
 


p/s : To be honest. This is how i feel.  



lepas baca jangan lupa senyum ^_^