Saturday, 29 December 2012

Rebat RM200 !

macam bunyi nak beli nset baru ja. =)
ok. korang baca berita kan?
haaaa! haha baca berita. bukan maen. =P
Pembentangan Bajet 2013 Malaysia orang cakap pemuda pemudi belia remaja ni dapat banyak manfaatnya..hihi ni salah satu.

banyak kan nset pintar 3G ni?
ok. camna nak dapatkan rebat RM200 ni.?

senang ja. kalo korang nak beli antara nset2 kat atas tu. 
yang kat atas tu ja. tak bole pilih nset laen.
korang bole beli dekat kedai yang ada logo"Pakej Komunikasi Belia"
nak senang google ja. =) haha!

ok. belia ni antara umoq 21-30 tahun ja tau. pastu gaji pulak mesti la bawah RM3000!
dah kalo gaji melampau banyak tu beli la nset laen. =P

update terbaru !!
nset ape2 pon da bole beli dah ! wah~

p/s : alang alang nak beli nset. baik beli yang mahal terus. =P


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 26 December 2012

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y #3


From Langkawi With Love.


p/s : Kadang kadang sweet jugak Mr. Typo ni. ^_^v

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 25 December 2012

stalista #1

haha ! saja nak menggatal review pasai style sendiri. mari lihat. !

ok. ni kami pakai masa zura betunang aritu. sapa tak baca bole baca sini. Majlis Pertunangan Izura & Amirul



ok. baju yang kami pakai ni dari poplook
heee~ tudung bawal pelangi 15hengget ja..kami beli dekat BJ Kompleks. hoho
Pastu, belt tu kami cilok adik kami punya. =P
Wedges pulak dari Opera ! kami rasa Opera ni ada kat Penang ja kot. macam tak nampak ja kat tempat laen. tempat laen tu maksodnya Shah Alam la..tu ja tempat yang selalu p pon..yang laen2 dari tu kami tak kaji. heee~
hemm! beg yang malas cita ni. tali pendek dah putus.
beli kat padang besaq ja pon. 25hengget. ni malas beli benda takdak jenama ni. padahal nak beli yang up2 sikit takdak duet. hahaha sat ja nak putus. Mr. Typo punya pasal. tgh tunggu die ganti baru..=P

ok.bye.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 23 December 2012

Majlis Pertunangan : Izura & Amirul.

assalamualaikum.

helloo! heee
entry ni khas untuk bff kami. Izura anak pak Mansor. huhu
setelah sekian lama menyulam cinta..hehe zura dah tunang. bulan 3 ni kawen ok. bulan 3. haaa!! bulan 3..!
huhuhuhu terexcited plak. maaff. 

ok, mari mulakan.
perjalanan dari shah alam bermula kul 8 lebih pagi..kitorg pergi berempat ja..satu keta ja.. 
kami, nana, fae dan pakwe fae. sapa tak kenai pakwe fae, maksudnya dia tak kenai fae la. haha
nanti dia kawen mungkin nak p 10 keta ka. mungkin. sapa tau. huhuhu dushhh!

sesat sesat sikit pastu sampai la. kitorg sampai kul 11 lebih lebih. 
majlis tak mula lagi..walopon zura ckp kul 11. hehehe ha'a, zura melayu. janji melayu. hahah gurau2..
tak kisah la..janji kitorg sampai sebelum rombongan sampai. janji kitorang tak sampai sama-sama rombongan laki. kang konpius plak. hohoho mengarut sampai ke situ...heeee~

haaaa! mari tengok gamba beliau dan en. tunang. =) namanya mirul. huhuhu


aippp! kalo nak tgk lama lama jangan kelip mataaaa~ haha 
tunang org tuuuu!

ok. pastu kitorang pon posing posing.

Fae, nana, zura, kami. <3 





kitorang berempat sahaja !

zura dengan bakal pengapit dia. =P hahaha! berangan.!

pastu perjalanan balik kitorang pon bermula jam230.
sampai Shah Alam dalam kul 530.
terus msg Mr. Typo ckp nak dating. sekaligus nak pulangkan nset canggih dia yang kami pinjam tu. semata mata nak begambo. kesian Mr. Typo, tak pakai pon free call sempena birthday dia tu. huhu 

malam tu kami nak balik penang dah kan. so, kena setel2 kan semua.

tapi! huhu Mr.Typo reject! haha
apa la. bole di reject kami yg kiut ni. huhuhu


kul8 baru jumpa.dinner sekejap.dan balik Pulau. =)


p/s: entry ni kami taip separuh kat Shah Alam separuh kat Penang. heee~
kami doakan pertunangan Izura & Mirul berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. Amin. =)

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 21 December 2012

kami rindu.

assalamualaikum.

setelah sekian lama menyepi. kini kami datang !!! hehehehe

bila balik Shah Alam, kami rindu. kami rindu. kami rindu zaman zaman study dulu. huhu
macam dah berzaman plak tinggal. =P

haaa..meh kami cita, masa zaman diploma, degree kami ni jenis yang tak bole g kelas balik kelas. g kelas balik kelas. 
kami nak aktiviti yang bole isi masa luang tu. sebab sangat bosan la kalo p mai p mai..hehehehe
so, kami decide nak join kelab ka persatuan ka apa ka.. 
yang pasti kami dah tak minat sukan macam zaman sekolah sekolah dulu.. dah tak larat nak lari. =P 
kalo nak jogging pon kami dah malas..heeee~

ok, kami pon discover sesuatu yang macam bes.. sesuatu yang macam masa  kami join kat UiTM Kelantan dulu..
so kami daftar nak jadik Sekretariat Mahasiswa Fakulti =) cam student representatitive kecil kecilan laa..hehe buat aktiviti utk student..

pas inteview dah dapat. kami pon dilantik. jadik yang bawah bawah ja. tak kisah la.. janji weekend kami terisi =) hehe.

so, bemula la hari yang bizi. kami ingat lagi senior kami cakap. kalo kita bizi, jadual kita akan lebih baik. susunan schedule akan lebih padat. jadi kita takleh nak elak time time kita kena study tu...so bila time kena study tu..kita patuh kat jadual tu. cehhhh~ patuh ke??

heheee~ secara positifnya macam tu la..kami amek apa yang senior kami ckp sebagai bimbingan =) tapi kalo pandang dari sudut negative, memang bila join banyak xtvt kita akan letih. masa lebihnya kita akan releks dan tidoq kat bilik..

so, kami amek yang positive ka negative ni??
korang rasa??
kami macam amek dua dua ja. =P huhu

ok, mari tengok gambaq gambaq plak..hehe

farah, fiza and kami. tembam gilo time ni. haha !

 ni sebahagian SMF. sape tah takdak.huhu~ baru abes kursus.




haaaa~ banyak lagi pic. tapi malas nak upload. =)
ok. kesimpulannya. kami rindu nak aktif2. 
sekarang kami dah kurus sebab takdak aktiviti. hoho..
sangat mengarot. ok bye.!


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 14 December 2012

serius kami jeles.

assalamualaikum. 

saat ini kami dah selamat sampai di Shah Alam. 
sangat rindu Shah Alam ok.!! nanti nak buat entry pasai  ni

kami balik Shah Alam sebab ada Bengkel Penulisan Report bla bla bla..
terus nak stay sini sampai 22hb. sebab nak pergi kawan kami punya majlis pertunangan. nak buat entry sal ni jugak ! tiba2.

ok, berbalik kepada cerita asal kami, semalam waktu kami naek bas dari Penang ke Shah Alam. 
bas kami betolak jam 0030 malam. kul 12.30 la. huhuhu

memandangkan kami nak menumpang secara haram bilik kawan kami.
tak de la nak usong koko kami tu kan.
lagipon seminggu je kan. 
walopon kami berat nak tinggalkan koko.
over habis !! hahaha

ni...kami jeles budak sebelah kami tu pelok bearbear (bear)..

tgk ni.


kami tengok jela. ''-_-

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 8 December 2012

Lif !

Apa perasaan korg bila naek lif? Lif yang bole muat 20 lebih orang. Pastu level dia tinggi takmau2 punya. Makan masa jugak nak sampai level kita. Nak pandang kiri semacam, nak pandang belakang pon tak kenal. Kami terfikir nak tulis entry ni bila abes praktikal. Dekat KOMTAR level 44. Untuk orang bukan penang, KOMTAR tu singkatan kepada Kompleks Tun Abdul Razak. Setau kami bangunan ni ada 60 tingkat. Dari atas dapat la tengok seluruh bandar Georgetown. Bukan tu saja, dapat jugak tengok bandar bandar laen. Dapat jugak tengok Jambatan Pulau Pinang. =) tapi kalo nak tengok view Penang yang lebih luas, korang kena naek Bukit Bendera la huhu

Ok, berbalik kepada cerita lif kami. Korang tau fungsi dan pergerakan lif macam mana? Lif ni satu alat yang menaikkan atau membawa benda atau org ke tempat yang lebih tinggi. Lif tu bahasa melayu la yang dipetik dari bahasa omputih ‘lift’. Haa, sebenaqnya lif ni dah jadi undang-undang dan satu kewajipan kepada pihak yang buat bangunan tu untuk kemudahan pengguna kerusi roda. See, yang normal tu naek tangga je.! Hee. Tapi, logic la kalau bangunan tinggi melampau nak kena naek lif, tak kan asal naek lif ja kena belakon jadi orang kurang upaya kan. Tu cuma asalnya. Asal pembinaan lif. Sekarang kan dah maju, merata2 ada pencakar langit. Tak kan pengguna bangunan tu majority orang kurang upaya kan. Jadi, lif telah menjadi kemudahan kepada semua. Kemudahan bersama. =)

Haaa.. mengikut observation kami, lif dekat komtar tu mengambil masa satu saat untuk turun atau naek satu satu level. Dan, satu system yang sistematik telah dijalankan. Lif-lif kat sini dibahagikan mengikot zon tau. Low, medium, high. =) dan ada warna yang melambangkan zon zon tu.. tengok ni. 


zon hijau. lif ni lagi pening dalam dia semua hijau. pening lalat kalo lama lama kat dalam.

 zon kuning.


Senang la pengguna nak menggunakan perkhidmatan ni. Tak lah bersesak dan tak penat la lif tu nak stop tiap2 level. dah la banyak level kan. Ok, area ni restricted area tau. Org yang ade pas ja bole masok. Pas pon ada warna warna ikot zon.

Sebenaqnya, bangunan tu adalah kompleks kerajaan negeri dan atas tu ada banyak pejabat pejabat. Termasok la pejabat CM. Ok, before kami praktikal bnyk kali jugak kami dah naek situ teman mak kami atas urusan tertentu. Jumpa penghulu, minta bantuan tu, minta bantuan ni. Huhu kalo korang tak da urusan berkaitan tu, nak tengok view pon bole. Dapat pengalaman naek lif yang tinggi tu. Kami tak sure berapa, tapi seingat kami masa kami nak p dengan kawan beberapa tahun lepas RM15 ja. =) tak jadi naek pon, sebab macam tak perlu. Haha gilo.! Saja tnya2 pastu pakgad tu ckp tak payah la bukan ada apa pon. Pastu teros tak jadi. =P 

Nak cita laen sebenaqnya, pelik kan kalo naek lif ramai ramai. Lif yang kami selalu naek tu kan. Keliling ada cermin. Kalo tengok cermin kang. Org ckp perasan cantik pulak. Tengok kiri nampak orang sebelah kanan, tengok kanan nampak orang sebelah kiri. Hehe tunduk jela. Tengok ibu jari kaki. =P heeee~ bayangkan kalo kami nak naek level 44, means 44saat la kan. huhu kalo nak terkentut tu terkentut jugak la. hahaha! tak pernah ok. adik kami pernah. haha! dia ckp kan...dia..hehehe amboi.kalot nak tau. Lupakan.!

Korang pernah bayang tak naek lif pastu ada hantu. rambut juntai juntai dari atas. Bayangkan lif yang kami naek tu ada cermin lagi seram kot. Tiba tiba satg ada pelik pelik kat sebelah. Tapi dalam cermin takdak. Naya laa camtu. selalu la kami pikiaq camtu. Pastu lagi satu kami takot kalo naek lif pastu stop tapi takdak org masok. Seram. Sapa dok tekan kat luaq? #%$&%^*% Tu tak termasok kalo kami masok lif. Button button tu dan menyala. Tapi dalam lif tak dak org. Sapa yang ada dengan kami sebenaqnya?? fuhh~

Haa..peringatan. Kalo nak naek lif kena bejaga jaga tau. Tengok platform tu ada ke tak dulu. Jangan terus melangkah masok ja. Bahaya. Ok!? Paham? Gambaq gambaq kat atas tu di google imagekan. Nak tengok lebeh bole search sendiri ok. =P

Hee! sampai sini ja kot melalot. Bye!



kami dalam lif. nak balik praktikal dulu.


p/s : kadang kadang kami tekan button semua level haha ! pastu blah. harap harap dalam lif takdak cc tv atau perakam suara. =P 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 5 December 2012

Segment : My Favorite Post 2012

Assalamualaikum.
Hello.

masih mencari identiti blog sendiri dan masih terawang-awang dalam dunia blogging..
dah bertahun-tahun kami membaca saja. sekarang tiba masa menulis mungkin.

Ohh, dunia blogging ni ada istilah segment, istilah wordlesswednesday, blogwalking dan banyak lagi. 
padahal tau tu ja. =P hahaha!

dengaq cita, ehh, bukan, hasil pembacaan mendapati Anisa's Corner pertama kali menganjurkan segment. =)
kami datang nak menyokong !! 



ingin mengetahui lebih lanjut bole klik banner diatas. ^_^

Dannnnn~ post favorite kami adalah Surat Untuk Ayah.
(Memandangkan baru ada 12 posts..hehehe)

Kenapa? mungkin melalui blog kami bole kongsi kesedihan selain kegembiraan.
bukankah sahabat ada waktu suka dan duka.

kami doakan semoga kawan kami yang sorang ni berjaya !!


p/s : haha! ni kali pertama dan hari pertama kami tau camna nak menempek banner dan link ke blog org laen. kuno nyaaa!
tu la. org ajaq maen chess xnak. nak maen dam aji. =P 



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y. #2



Album lama. Gambaq lama. ^_^

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 2 December 2012

Surat Untuk Ayah


Yang hidup takkan terus hidup. 
Yang mati pasti tak kembali. 
Begitulah lumrah hidup.
Setiap manusia akan kembali kepada Penciptanya.

Satu-satunya gambaq keluarga kita.



Ayah (1.8.1953-3.12.1998)


Hari ini, genap 14 tahun ayah meninggalkan Ini. Kadang-kadang rasa sayu ja. Kadang-kadang rasa dah biasa. Kadang-kadang rasa sedih. Kadang-kadang rasa tak adil. Kenapa ayah pergi terlalu awal.?

Dulu, Ini ingat lagi. Ayah yang selalu ajaq Ini matematik. Ayah duduk sebelah Ini, ayah tunjuk jalan kerja. Ayah bangga Ini terpilih untuk PTS. Tapi Ini tak berjaya. Tapi Ini tau ayah bangga. Sebab tahun depan Ini dapat masok kelas pertama.

Dulu ayah paksa Ini makan ubat. Ini tak suka ubat biji. Ini luah dalam ayaq milo tu. Ayah selalu check. Kalo ayah tengok dalam ayaq milo tu ada ubat. Mesti ayah paksa Ini makan lagi. Ini tak suka, tapi Ini tau ayah syg Ini.

Dulu, orang lain pergi sekolah ambik report card anak-anak naek kereta. Ayah tak, ayah jalan kaki ja. Ayah bangga walaupon Ini tak pernah dapat no 1. Ayah bangga tengok anak dia naek pentas ambik hadiah.

Dulu masa dekat sekolah, Ini tak sihat, Ini nangis. Cikgu call ayah. Ayah jalan kaki mai sekolah. Sampai sekolah, Ini tak mau balik pulak. Ayah tunggu sampai Ini abes sekolah. Ini balik naek bas sekolah. Tapi ayah balik jalan kaki. T_T

Dulu ayah penah marah Ini sebab Ini suroh ayah buat kapal terbang guna kertas buku sekolah. Ayah cakap guna buku lama, guna kertas terpakai. Ini tau, sebenaqnya ayah tak bagi Ini membazir.

Dulu, rumah kita ada satu bilik ja. Ini dengan kakak tidoq atas katil. Ayah dengan mak tidoq atas tilam ja. Tapi keluarga Ini bahagia. Ayah bagi kasih sayang dan keselesaan dekat anak-anak dia.

Sedih.

Sekarang, Ini dah masok universiti.
Sekarang, Ini dah boleh makan ubat bijik.
Sekarang, Ini dah kumpul duet nak beli kereta bila dah start bekerja.
Sekarang, Ini tak membazir. Ini selalu guna kertas terpakai buat nota.
Sekarang, Ini rindu Ayah.

yg merinduimu,
Ini.


Saat tiada lagi waktu untuk kita jalan seiring.
Saat tiada lagi waktu kita berkongsi cerita gembira.
Saat tiada lagi waktu ketawa bersama.
Saat tiada lagi waktu gurau senda.
Cukup saja ku rapatkan jariku, menangkupnya.
Dan berdoa. Dengan cara itu, aku memohon.
Memohon Dia agar sentiasa menjadi dirimu.

Semoga Ayah sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.


 p/s : beruntung kami sebab ada kenangan bersama ayah. bila tanya adik kami. dia tak ingat apa apa. waktu tu dia kecik. hormati, hargai, sayangilah mereka seadanya jika anda masih memiliki.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Biar Papa Asal Bergaya.


Haha, amboi tajok. tak mau kalah.

Huh ! seperti biasa. Walopon kat umah. Walopon praktikal kat umah. Walopon breakfast dan dinner kat umah. Walopon tak bayaq sewa umah. Huhu Still duet habes. Sekarang ni consider hujung sem la kan. Dan dah keringggg ! camna? Nanti nak balik Shah Alam dah tak bole bejimba2. Huhu~ membazir ja hobi. =P haaa~ kami kira2 kami dah spend tiga ratus lebih belian on9 untuk sem ni sahaja. ! mungkin bg korg cket, bagi kami bnyk wooo.. duet tu bole buat muka nset kami yang tgh tggu masa ni. tak pon beli emas2 ka. pelaburan masa hadapan..seterusnya, tiba2, Kalo mintak kat mak. Tak leh bejimba. Huhu tak sampai ati nak bersuka ria pakai duet titik peluh mak kami. So, alternative pertama ! heeeeee~ korek tabong..


Tadaaaaa~!! Ni la tabong2 kami. Satu kucing ! kakak kami kasi waktu birthday kami taun bila ntah. Dua chipsmore ! Dulu2 penah  beli chipsmore dalam ni. Tiga perfume ! beli perfume silkygirl ja pon dalam bekas ni. Antara ketiga3, chipsmore paling tua. Dan isiknya pon paling banyak. Huhu selalu kami korek tabong ni bila nak naek rapid ja. Nak naek bas kan pakai syiling. huhu


Dan. Hasil ketiga2 tabong ni ialahhhhh 60 hengget.! Mak ai. Pergi balik Shah Alam pon tak lepas. Patot la cket. Suet sekupang ja banyak. So kesimpulannya, tiada istilah ‘jimba’ untuk Disember. !


p/s : kepada sesiapa yang ada duet lebeh jangan segan silu msg/wassap/call kami untuk menderma. =P haha

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 30 November 2012

Last day of internship.



Wah, harini sangat ramai kawan-kawan kami yang update status kegembiraan meng-finish-kan latihan industri. Heee~ kami dah update hari isnin lepas. =P kami lagi awai excited okayyyy! Haha okay, mari tgk satu persatu posts yang kami ternampak. =) observation bermula dari jam 8:30-3.30 ptg. haha!


pemilik salah satu blog yang kami suka baca. ni http://anisa-mylife.blogspot.com/













ni semua kawan kawan kelas kami. tak semua, sesetengah. =)


kami excited. ni yang bawah ni lagi exited. huhu


Sgt buruk kan. Kami cari printscreen kat nset kami tak jumpa2. Haha kami rasa kalo printscreen pon tak dapat yang secantik ni. Sebab nset kami ni kecik. Korg tau kami sekarang pengguna tegar nset free fakulti.? Heee~ So, kami lakukan secara konservatif. Tekan butang PrtSc pastu paste dekat Paint. Pastu crop. Hahah! Better la daripada kami amek picture of the posts kan. Lagi kolottssss. Kan? Hahaha! Adoii~ teknologi2.

Ok. Let’s talk about tempat intern kami. =) hemm.. dulu kami penah meluahkan perasaan menyesal sebab intern kat sini. Sebab? Tempat ni totally takdak kaitan dengan stat. huhu tapi, kami tak salahkan sesiapa sebab ni pilihan kami kan. Even before masok sini pon PIC kat sini pon dah ckp yang tempat ni takdak kaitan. Huhu bila cakap dengan orang nanti die cakap “tak praktikal la kalau camni.”Rugi kan? Tapi semua tempat yang kami apply takdak reply apa-apa pon. Camna? Dah nak abes pon. Huhu Kami yakin untuk focus kumpul data dan analyse sebaik mungkin so that kami gunakan sepenuhnya statistics ! =) positif tak kami? Heeee~ takdak masalah.

Best tau intern kat sini, minggu pertama makan free memanjang. Hari raya kan. Heee~ pastu ada bos dari Iran. Hampa ada? Bole test2 speaking. Huhu. Nak shopping? Keliling pejabat shopping mall. Nak karok? Turun pakai lif je. Nak makan? Merata fastfood. Slowfood pon ada. Heee! Kami nak p interview pon diorg kasi ok. Tanpa sebarang masalah. Kami balik interview siap tanya lagi “camna tadi? Interview katna? Dia tanya apa?”. Ni salah disisi undang-undang industrial traning ka? Hampa rasa? Kami rasa, keluaq dengan kebenaran takpa kot. Hehe. So, even kami tak dapat tempat intern yang menepati kursus kami. Still kami dapat pengalaman laen. Seperti, malas nak terang. =P

So, second last day iaitu semalam. Kak Firda, penyelia industri kami belanja makan. Keluaq makan beramai-ramai. Heeee~ first time makan dengan mereka. Before ni kami lunch dengan adik kami ja. Dia pon praktikal kat bangunan sama. Huhu. Tak berkembang minda, breakfast, lunch, dinner dengan adik kami. Kami tengok adik kami, adik kami tengok kami. Nasib kami kiut. Haha! ‘Tak dapat kat mana-mana.’ Trademark adik kami. =P Ok. Dan first time jugak kami makan kat old town white coffee. Sebab before ni kami meragui ke-halalan-nya. Huhu~ orang cakap kalau was-was tak bole makan kan. Dan pabila sampai terpampang lah cop JAKIM dekat situ. Yakin. Kawan kami cakap baru dapat halal. Tah la. Yang pasti tempat kami praktikal ni, tempat pengeluaran sijil Halal. Jadi kalo dah diorang cakap halal, halal lah. Huhu percaya..


so, setellah. setelah hampir 3bulan praktikal. nak mengharungi cabaran seterusnya. 6hb12 akan pulang ke Shah Alam.


see ya ! ^_^


credit to : anisa, wawa, fairuz, azhar, dalila, aman.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 28 November 2012

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y. #1


6 BESTARI. 2001.
Teka, yang mana satu kami.?

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 22 November 2012

Kami !

Assalamualaikum. 

ni entry wajib baca. =P


untuk yang tak mengenali kami kan. mesti pelik kenapalah blog ni ramai sgt bloggernya. yelah, pakai pengganti diri 'KAMI'.

sebenarnya kan. ni adalah istilah biasa pengganti diri untuk org utara.
bagi org utara, tak payah baca hampa dah paham kan.. =P

(izinkan kami berbahasa utagha naa)

kisah ni bermula masa pegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Sesi bila tak ingat.
Masa ni dekat UiTM cawangan Kelantan..

sebenaqnya kami tak perasan pon. jadi satu kemusykilan dan kesalahan penggunaan pengganti diri tu..
sebab yelah. kami tak penah keluaq dari Penang sejak lahir lagi..huhuhu pergaulan memang dengan makhluk dlm Penang ja. 
^_^

so, memang pekat la bahasa kami tu.. tapi, bukan semua org utara macam tu..guna 'kami'..
macam biasa terpulang la..sama macam negeri lain jugak..kalau org negeri lain.. bnyk guna 'Aku', 'Saya'..tu tak termasuk kelate guna 'ambo', perak 'awok' yaka? haha dengaq n teka2 ja. xsure. salah. maapp!

hakikatnya, penang pon. cuma kami ada alasan sendiri kenapa kami guna 'kami'.

ok. masa dulu2. masa skolah rendah. kami dah terbiasa dengan 'kami'.. kami rasa guna 'aku'
agak kasaq tapi 'saya' pulak agak skema. haha jadi kami amek tengah2..'kami'!!
(masalahnya tengah2 ka? huhu)
tu ja alasan. =P

sambung balik,ramainya org kelantan menyebabkan bahasa kami agak terpinggir.. chewahhh..
sampailah bila kami bersembang dengan depa..dan depa perasan dengan penggunaan pengganti diri 'kami'..
masa tu kan ada yang bila cakap dengan kami sambil tengok2 belakang kami..ade org laen ke tak. sbb konpius..brapa org sebenaqnya ni. ??

dengan itu. maka wujudlah gelaran 'kami' tu..dah tak panggil nama dah.
dari jaoh kalo nampak..nanti depa jerit2. KAMI !!!

sampai sekarang geng2 MPP tu kalo jumpa kami panggil 'kami' ja. =)
hemm..dan kami pon slalu suro org yang baru kenal kami panggil kami 'kami'..
rindu !

sekarang paham dak kenapa kami guna 'kami'.

untuk yang rajin baca blog kami ni. paham2 la ea. kenapa blog ni macam ramai blogger.
sebenaqnya sorang ja tau. -_-''

wassalam.




lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 21 November 2012

Suatu Hari Nanti : Keroz Nazri.



Wahh..dah terjatuh hati dengan lagu ni. 

Jom layann!



Suatu Hari Nanti


Tersentuh hatiku bila terfikirkan kamu
Kau sering bersandar padaku
Di saat kau lelah

Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku sering menyambutmu
Di saat kau jatuh

Akulah aku...
Yang slalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa

Akulah aku...
Kan slalu hadir untukmu

Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari...
p/s : Amsi Innsuh <3


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 19 November 2012

Anjing dan Lesen.

Hai !

heeee..kisah ni bermula bila kami memboncengkan adik kami..
haha! betol ke ayat BM kami ni...?

ok. kami p dan balik praktikal dengan adik kami. memandangkan kitorg praktikal dalam bangunan yang sama. jadi dah menjadi tanggungjawab kami memboncengkan adik kami..wahhhh!! haha

nak balik umah kan. mmg akan lalu kawasan2 yang pendalaman ehh perumahan..=P
ala, kawasan perumahan yang ade anjing. cam korg tak tau je..

haha !
sedang laju kami memecut.
tiba2 seekor anjing melintas !!!

pinnnn pinnn~ !! kami hon. mengharap yang anjing tu mengelak, berlari, ketepi dan sebagainya..
huhu~ tiba2.

adik : ini adalah satu cara pemanduan yang salah. kalau kak ini (kak ini tu panggilan manja. haha!) buat macam tu nanti anjing tu tekejut.
kami : kakni nak bg dia lari.
adik:salah la.perlahankan kenderaan, berhati-hati, teruskan pemanduan bila selamat (yg ni kami tambah) =P

wahhh!~ mentang2 la baru lepas khursus memandu. bukan maen.

^_^''

tahniah. adik kami dah lulus test JPJ 14 nov haritu. hasil pemanduan bijak. =)
pandu cermat, ingat org yang tersayang ! <3


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 18 November 2012

Kenapa Pelangi Ungu ?

Assalamualaikum.

Kenapa Pelangi Ungu. ?

Ini entry yang pertama untuk blog yang ketiga. huhu
Jangan tanya mana blog yang pertama dan yang kedua.
Sbb dua2 dah hilang terhapus musnah pupus. heeeee~
Tak pernah nak menjadi.
Mungkin ini akan menjadi. Amboii...konfiden.!
Mungkin ini akan bertahan. haaaa~ baru sesuai ! =)

Ok. merujuk kepada perkara diatas. bukan maen..
macam BM SPM dapat A1 ja kan. padahal hakkk tuii~
masa nak letak nama baru pada bloq ni..
kami tanya adik kami.

kami : nak letak nama apa ea?
adik : emmm~ pelangi.
kami : kenapa pelangi.?
adik : abes. tak kan nak letak rainbow..eww~
kami : terkedu sat.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^