Tuesday, 20 January 2015

Throwback 2014.

Amaran : Blog bersepah.

(15/1/2014) Bermula dengan tidak meneruskan pekerjaan di Kuala Lumpur. Pulang ke Pulau Pinang dengan harapan membina kerjaya dan keluarga di kampung halaman sendiri. Tapi berakhir dengan kisah percintaan yang tragis. 

Tapi alhamdulillah. 
(15/2/2014) Allah gantikan dengan peluang sambung pelajaran. Benda ni kami plan tapi taktau pulak secepat ni. Kami nak jadi lecturer dan kami kena sambung jugak. Tapi memandangkan setakat sekarang ni keputusan tidak memberansangkan. Macam takot pulak nak jadi lecturer. Haha! #kamibagailalang

(14/3/2014) Allah gantikan dengan kawan kawan yang supportive. Kawan kawan yang best. Sebenaqnya kawan ada ja sentiasa. Tapi biasalah, bila sedih baru kita nampak sapa 'sahabat' kita. Sangat release bila balik dari Tioman. Tioman ni ibarat tempat kami membuang benda benda yang tak best ni. #rindutioman #jatuhcintatioman 
(6/5/2014) Allah gantikan dengan dapat jadi cikgu tadika! Benda yang paling kami tak sangka kami buat. Sebab kami kan tak minat budak budak. Kami apply sebab nak gaji. Nak bayaq kereta. Sebab belajaq kan kami menganggur. Masa awal awal tu pulak tak dapat Mara lagi. Apply jelah. Sekali sekarang kami pantang jumpa budak, ada ja nak tegoq. Dalam erti kata laen, kami dah pandai berinteraksi dengan budak budak lah. Ha! Satu pencapaian yang baik!
(8/8/2014) Allah gantikan dengan anak menakan yang comel. As how much kakja dengan abang long excited tunggu anak. Macam tu jugak la kami. Haha! Betol orang cakap sayang anak menakan ni laen perasaan dia. Ada rasa rindu. 
(7/11/2014) Allah gantikan dengan dapat bejalan negara orang. Negara yang paling kami nak p adalah Singapore. Kecik ja kan impian. Haha Sebab kami rasa tak mampu nak jelajah negara orang yang jaoh jaoh. Setakat Singapore tu kami yakin lah. Haha! Oh. Kami hutang cerita ni. Nanti kami buat entry pasal ni. Hihi.

Tulah. Betol orang cakap ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Mana kita tau yang satu benda tak best digantikan dengan banyak benda yang lagi best. Ini bukan kisah throwback mengenang kisah lama atau tak moved on. Cuma nak menghargai yang lebih baik. Biasalah bila benda yang sangat terkesan mesti impaknya lama. Haha Patotnya yang baik tu kita kenanglah sampai bila bila dan yang buruk kita buang jaoh jaoh. Positif 2015!


Infact, by the end of 2014 kami dah jumpa seseorang yang much more better. Setelah melalui fasa mencari cinta sepanjang 2014. Haha! Penat suro kawan kawan carikan jodoh. Bukan suroh sorang tau cari, tapi ramai kami pesan. =P InsyaAllah kawan kawan mesti kasi yang the best. Hahaha! Sebab cari sendiri macam tak jumpa ja. Gila dah aku ni.

Semoga 2015 memberi seribu satu makna dan doakan segala urusan 2015 berjalan lancar.!=)
xoxo 


Farah kata kami semakin tak berseri jadi kami letak pic lama. Hahaha!


p/s : Counting stars! Bintang banyak sangat. Counting days kot. hihi. *Sambil simpan seri.*


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

No comments:

Post a Comment