Thursday, 18 July 2013

Interview Kerajaan.

Assalamualaikum.

Wahh.. dah lama jugak kami tak update. Tak dak benda nak cerita. Lagipon kami busy la pulak. Ada training, ada macam macam benda nak buat kat umah. hehehe dan jugak ada interview semalam.

Korang dapat tak interview Penolong Pegawai Perangkaan (E27)? Kami rasa jawatan ni kami apply masa habis diploma dulu. huuuu

Semalam kami p interview tu la. Semata alasan nak balik Penang. Malas nak tepon tukaq pusat interview. Huhu. Kami balik penang malam selasa, sampai dalam pukui 2. Pastu esok interview, malam tu balik KL balik. haha

Gigih betoi la.

Saja ja nak rasa interview SPA. Sebab sebelum ni ada 2 3 yang kami tak p. Kami takot blacklisted plak nama kami. Lagipun kami dah daftar dengan JPA yang kami dah tamat belajaq kan. Takot jugak JPA detect kami tak p interview. Huhu 

Banyak pulak takot. hahahahhaa! Kami memang skema. -_-

Tak lah. Sebelum ni jawatan yang kami dapat tu macam kami rasa malas nak p. Yang ni kami rasa macam bes lak. Sebab kami suka la kalo ada kaitan dengan stat kan. hehe =)

Ok. Kami nak share dengan korang apa yang interviewer tanya. Nak tau tak?

First. Bila dah masuk tu ada seorang jaga. Dia akan cek kita punya dokumen lengkap ka tak. Pastu dia akan suruh kita susun dokumen tu macam yang dia nak. Pastu dia bagi no giliran. Kami dapat no 6. Masa tu baru 8.20 dan kami nya interview dijadualkan pukui 9.

Haaaa.tengok betapa gigihnya orang laen. hahaha! Kazen kami yang hantaq kami p pusat interview tu. huhu naseb jalan tak jem..

Pastu tunggu la giliran. hehehe Dah sampai turn masok la. Dia bunyi loceng dari dalam. ''Ting Ting'' hahaha Lawak plak rasa.

Bila masok tu ada dua orang interviewer, Sorang tu memang dari Jabatan Perangkaan la. Sorang lagi orang SPA. Orang SPA tu cek kitanya dokumen, tengok asli ka tak dan sebagainya. Orang perangkaan tu tengok kitanya resume. haaaaa.

Macam biasa. Kita duduk jauh dari meja. heee! dan kami rasa jarak dia tu boleh tengok la kami pakai kasot apa. huhu! Seram tak. hahaha!

Dia tanya nama dan suruh baca IC. Nak tengok betol ka kita diri sebenaq atau orang laen tolong gantikan. hehehe Fine! Kami baca IC kami. hahahhaha! Dalam hati ni ketaq. hahahha

Bajet nak kenalkan diri bagai. -_- Takdak lahhh~ Terus direct tanya pointer. hahaha! Saja nak tengok kita ingat ka dak la kot. Apalah, baca la situ. Aishh.

Interviewer 1 : Apa sebenaqnya skop tugas yang kamu mintak ni?

Kami : Bla bla bla (ayat karangan BM, definisi amek kat laman web SPA =P)

Interviewer 1: Ok. Lagi.?

Kami : Bla bla bla (huraian benda yang sama tapi ayat len. Haha)

Interviewer : Lagi?

Kami : What the ??? *dalam hati.

Berapa banyak LAGI lah. hahaha! 

Interviewer 1 : Apa yang kamu buat untuk pastikan orang bawah kamu buat tugas dengan betol supaya data yang kamu dapat tu bermutu.

Kami : Bla bla bla (hahah malas cita pa kami jawab) *kepala dan tangan bergerak gerak cam mami jarum*

Interviewer 1: Ok. Lagi.?

Kami : Haa?? Bla bla bla

Interviewer : Lagi.

Kami : -_-

Interviewer 1: Kata kan lah. Kamu dah bekerja dan tak naek naek pangkat. Apa yang kamu buat?

Kami : Bla bla bla 

Interviewer 1 : Kamu dah buat la apa yang kamu cakap tu, lepas tu lepas 3 tahun tak naek pangkat lagi. Apa kamu buat?

Kami : Haa?? -_-

hahahhaa! Kami tak suka la soalan camni. Soalan stat takdak ka?

Pastu setel la dengan interviewer 1. Yang interviewer 2 ni muka poyo sikit. Kami ingat lagi, muka bajet tak mau senyum. haha! orang buat lawak gelak jugak. haha kami tak bole blah betoi la. Lama lama kami dok sembang macam dengan kawan. Amende la kami.

Haa..yang ni dia tnya sal stat. Macam orang sebelum kami kena soalan. Primer sekunder tu. Ok la. Senang. Kami pon senang jugak. Sampling method. Kami rasa dia akan tanya basic stat ja. Takdak lah tanya sampai Mann-WhitneyTest, Kruscal Willis semua kan. huhuhu Tapi ikot naseb laaaaa~

Interviewer 2 : Ada buka laman web Jabatan Perangkaan?

Kami : Ada.

Interviewer 2 : Apa yang kamu baca?

Kami : *panjang lebaq cerita*

Lepas tu ada la banyak adegan adegan spontan yang kami buat. Hahaha suka hati kami menyembang.

Interviewer 1 : Kamu ada apply perangkawan gred 41?

Kami : Ada.

Interviewer 1 : Kamu tunggu yang tu lah. P exam dia. Saya tengok kelayakan kamu lagi sesuai dengan yang tu.

Memang sah sah la kan kami tak dapat. Aishhh! Nak je kami cakap. 

'Cik ingat la muka saya. Nanti bila saya p interview gred 41 tu terus amek ye.'

Kami : Cik, Soalan exam tu tanya apa ea? 

Wahhh..kami dah start menyembang. hahaha! pastu cik tu pon menyembang. 

Itu saja.

Kesimpulannya, kami pon dah lupa apa kami nak simpulkan. hehehe!

Ok. Bye!



p/s : Sebanyak 29000 calon memohon. 500 calon layak interview. 15 calon saja diorang nak. Terima Kasih. heeee 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 11 July 2013

Istikharah

Assalamualaikum. 

Buntu. 

Serba salah kami. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak. Antara dua. 

Terbeban.

Sebagai umat Islam, bila ada dua atau lebih perkara untuk dijadikan pilihan. 
Elok lah dilakukan solat istikharah. Kadang kadang tak perlu tunggu sampai ada pilihan baru nak bersolat. Boleh jugak buat bila belaku kebuntuan. Tapi biasalah manusia bila terbeban baru nak ingat tuhan.

Berlaku atas diri kami sendiri. Lalu mengambil inisiatif mengoogle jugak bertanya pada yang pakar. Bagaimana solat ini dilakukan.?

Haaaa..dah terhantuk baru nak tergadah. Err. Betoi ka peribahasa kami ni.?

Aishh. Takdak masa kami nak study BM balik. Kami tengah konpius ni. Macam macam cinta, keluarga dan kerjaya. Hahah! Over.!

Ok. Macam mana nak solat ni? Kami rujuk sini. Dan jugak banyak blog yang len. Tapi yang ni macam senang. Padahal sama ja insyaAllah. hehe

*Entry atas ni kami dah tulis dua bulan lepas. hihi*


*Sambung harini* 

Kita manusia yang lemah dalam dunia ni. Berilmu cukup hanya untuk survive. Jadi apa salahnya kita kembali kepada Allah untuk memintak petunjuk yang nyata sempurna.? Sebab Allah sentiasa bagi respon untuk setiap hambanya yang meminta petunjuk. Dan kita pon tentu lah nak buat sesuatu atas izin Allah. =)


Ramai yang silap. Menganggap bila dah solat, terus tido dan akan dapat mimpi. Mimpi di atas pelamin bersama siapa, mimpi makanan kegemaran pasangan dan macam macam lagi fantasi duniawi. Tapi sebenaqnya tu bukan maksud solat tu. Syaitan mungkin sedang menipu dalam mimpi korang.

Sebenaqnya keputusan istikharah ni ada dalam pelbagai bentuk. Kadang kadang Allah bagi hint kat kita melalui apa yang kita rasa. Rasa yang lebih baik atau tak. Korang kena bertindak dengan apa yang korang rasa, sebab kalau korang tolak rasa tu korang dah dikira menolak petunjuk Allah. Tapi dari awal lagi sebelum solat, kosongkan minda, jangan letakkan sesuatu sebagai keputusan.

Tapi kadang kadang tu apa yang kita rasa hanyalah ujian.

Ujian macam mana?

Maksudnya, hint tu sekadar ujian bukan jawapan. Menjadi sebab kita tinggalkan sesuatu. Contohlah, senang sikit bagi contoh. hehe A berkawan dengan B pastu bila A solat A rasa B tak sesuai dan rasa C lagi sesuai. Padahal sebenaqnya C bukan jodoh A. 

Dalam erti kata laen C menjadi sebab A tidak memilih B. Tapi jodoh A tu D. Haaa camtu. ABCD. hehe

Lagi satu solat ni kena berterusan. Sebab mak kami ada la cerita. A bekawan dengan B dan C lepastu A solat. A dapat rasakan yang dia lebih berat untuk memilih B. Dan solat tu terus berterusan lagi. Selang beberapa lama. A merasakan yang C adalah jodohnya. Sedangkan dalam hati dia menginginkan B.

Dan perkahwinan diteruskan antara A dan C. Selang beberapa bulan B meninggal dunia. Nampak? Allah takmau A bersedih. Perancangan Allah kan lebih baik bahkan sempurna.

Takdak konklusi yang tepat untuk persoalan ini. Kita hanya perlu meletakkan kepercayaan kepada Allah. 

***

Rasanya sekarang ni segala spekulasi yang bermain dalam fikiran kami dah rasional. Kami dah nampak apa yang kami rasa. Kami tak menaruh apa apa harapan pada yang lama yang baru mahupun yang akan datang. Hanya sekadar memerhati sambil masa berlalu. Sekadar menanti dan berdoa. Supaya yang hadir akan datang lebih baik. 

Kami doakan di sana supaya dapat yang lebih muslimah daripada kami seperti yang di inginkan. Berjumpa permata yang dicari. Bahkan mungkin seorang bidadari. 

Di pihak kami, biaqlah kami sendiri perbaiki diri. 

Melayarkan seluruh pengharapan kami kepada Allah.

Rasullulah pernah berpesan:

"Carilah seseorang untuk dijadikan pasangan kamu bila kamu melihatnya kamu rasa gembira, dan bila kamu pandang mukanya kamu rasa tenang dan apabila mendengar kata katanya kamu akan teringat kepada Allah."


p/s : Tak berniat nak membuka aib sesiapa. Sekadar perkongsian cerita. 

*Kami sedaq kami bukanlah permata yang sempurna, masih perlu digilap. Tapi kami sedih bila kami 'disampahkan'. Bila ada tuduhan melulu di sebelah pihak. Daripada orang yang takdak kaitan pulak tu. Kami malu. Rasanya dah setel kot cerita pasal cinta. Takmau tulis entry cinta dah lepas ni. Nak kawen terus!* 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 1 July 2013

Ahad di KLCC

Assalamualaikum. 

Cerita semalam. hehehe!

Boleh kata semalam tu reunion la. Reunion geng geng SMF. huhu Kira ok lah dari 30 orang dapat kumpul 9orang. Ingat senang ka semua nak free. Nak nak kebanyakan dah kerja dan ada jugak yang tengah final. Haha 

Sampai hati kitorang buat reunion time diorg final. hahaha! Alaaaaa..

Tujuan jumpa yang tak bermisi. haha pilih tempat makan pon sejam. Tensyen kami. haha dah la lapaq. hahahaha kami tak breakfast tauuuuuu~ oh. last last makan piza. Baru bajet nak abehkan duet makan chilis ka apa ka. hahaha

Apa apa lah. Last last bincang sal trip. Melancong sambil melencong. hehehe Pastu semua dah keja hebat hebat. Hukhukhuk kami ja macam blur dengan keja kami. U_U boleh pulak kami buat cerita sedih. hahaha

Ni ha gaya lepas makan. hahahaha! asal semua blur. Naseb mulut tak blur. Becakap macam pas baten. hohohoh. tunggu giliran ja. =P






Dan memandangkan kitorang memang takdak keja. Tah sapa punya cadangan nak p petrosains. Hehe Kami on ja sebab dulu p masa form 1. So mungkin ada perubahan. Hehe
 
Well, bila dah tua tua masok petrosains mula la semua buat pandai. hehehehe! Yang lawaknya semua bukan student medic. So semua dok jakun la tengok otak. hahahaahaahahaha! kami rasa nak gelak golek golek.







Orang len sebok. Yang dia ni selambe badak kat sini. hahahahha!

Pas beli tiket dan nak masok. Sempat kami rercord ni. =)


Okayyyy!! hahaha Semua nak 24tahunn. Kecuali lokman gn stins. hahahaha!

 Masalah stins ni suka buat muka pelik pelik.






O


 Hahahhaa..cam tah pape ngarot ngarot.


Tempat apa tah ni hitam legam semua. Kami jadi hitamm.. Tapi fun la. Semua dok gelak kan orang padahal hitam sama ja. hahahahaha

 Bajet nak keja petronas la tu. Balik perghleh la weii.. hahaha

 Beratoq beratoq. hehehe

Ok. itu saja. heee! Semoga persahabatan terus berkekalan. Termasoklah lagi 21 yang tak ikot tu. Nanti kita buat trip lagi bes. Haha Bila dah ramai ramai keja bagos. Yang baru nak abes belajaq tu ada banyak la kebel. Korang apa lagi. Serang mereka. Kami tak payah la.. haha

 
Kami kool ja. Heee even T_T. Kami rasa balik keja ni nak menangis puas puas. Hahaha identiti kurang pasti. Apa apa lah!. =')

Haaa..semalam masa balik dari sini kami eksiden dengan toyota altis. Kami salah. Kami yang langgaq. 50hengget melayang. Thanks to aimi sebab setelkan. Naseb dia folo belakang. Kami dah blur. U_U

Ok bye.


p/s : Kena buat no plat baruuuuuu.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^