Yang hidup takkan terus hidup.
Yang mati pasti tak kembali.
Begitulah lumrah hidup.
Setiap manusia akan kembali kepada Penciptanya.
Satu-satunya gambaq keluarga kita.
Ayah (1.8.1953-3.12.1998)
Hari ini, genap 14 tahun ayah meninggalkan Ini. Kadang-kadang rasa
sayu ja. Kadang-kadang rasa dah biasa. Kadang-kadang rasa sedih. Kadang-kadang
rasa tak adil. Kenapa ayah pergi terlalu awal.?
Dulu, Ini ingat lagi. Ayah yang selalu ajaq Ini matematik. Ayah duduk sebelah Ini,
ayah tunjuk jalan kerja. Ayah bangga Ini terpilih untuk PTS. Tapi Ini tak
berjaya. Tapi Ini tau ayah bangga. Sebab tahun depan Ini dapat masok kelas
pertama.
Dulu ayah paksa Ini makan ubat. Ini tak suka ubat biji. Ini luah
dalam ayaq milo tu. Ayah selalu check. Kalo ayah tengok dalam ayaq milo tu ada
ubat. Mesti ayah paksa Ini makan lagi. Ini tak suka, tapi Ini tau ayah syg Ini.
Dulu, orang lain pergi sekolah ambik report card anak-anak naek
kereta. Ayah tak, ayah jalan kaki ja. Ayah bangga walaupon Ini tak pernah dapat
no 1. Ayah bangga tengok anak dia naek pentas ambik hadiah.
Dulu masa dekat sekolah, Ini tak sihat, Ini nangis. Cikgu call
ayah. Ayah jalan kaki mai sekolah. Sampai sekolah, Ini tak mau balik pulak.
Ayah tunggu sampai Ini abes sekolah. Ini balik naek bas sekolah. Tapi ayah
balik jalan kaki. T_T
Dulu ayah penah marah Ini sebab Ini suroh ayah buat kapal terbang
guna kertas buku sekolah. Ayah cakap guna buku lama, guna kertas terpakai. Ini
tau, sebenaqnya ayah tak bagi Ini membazir.
Dulu, rumah kita ada satu bilik ja. Ini dengan kakak tidoq atas
katil. Ayah dengan mak tidoq atas tilam ja. Tapi keluarga Ini bahagia. Ayah
bagi kasih sayang dan keselesaan dekat anak-anak dia.
Sedih.
Sekarang, Ini dah masok universiti.
Sekarang, Ini dah boleh makan ubat bijik.
Sekarang, Ini dah kumpul duet nak beli kereta bila dah start
bekerja.
Sekarang, Ini tak membazir. Ini selalu guna kertas terpakai buat
nota.
Sekarang, Ini rindu Ayah.
yg merinduimu,
Ini.
Saat tiada lagi waktu untuk kita jalan seiring.
Saat tiada lagi waktu kita berkongsi cerita gembira.
Saat tiada lagi waktu ketawa bersama.
Saat tiada lagi waktu gurau senda.
Cukup saja ku rapatkan jariku, menangkupnya.
Dan berdoa. Dengan cara itu, aku memohon.
Memohon Dia agar sentiasa menjadi dirimu.
Semoga Ayah sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang
beriman. Amin.
Al-Fatihah.
p/s : beruntung kami sebab ada kenangan bersama ayah. bila tanya adik kami. dia tak ingat apa apa. waktu tu dia kecik. hormati, hargai, sayangilah mereka seadanya jika anda masih memiliki.
lepas baca jangan lupa senyum ^_^