Wednesday, 26 November 2014

10 Kenangan waktu sekolah kami. :)

Assalamualaikum.

What a stress week.! I need to read a lot of journal (a lot means a lot!) and submit the summaries by the end of this month! Aaaaaaa. Sampai mabok speaking. Haha Btw, ni dah long long time ago tulis. Time free dulu kami draft. Happy reading. #sukasuka

10 Kenangan waktu sekolah kami. :) 

1) Masa tadika kami jadi ketua pembaca ikrar masa sukan tadika perpaduan seluruh Pulau Pinang dekat Stadium Bandaraya. Berdiri belakang kami dua orang lagi. Seorang kawan dari tadika yang sama dan sorang lagi kami tak ingat sapa. Alhamdulillah kami baca dengan baek. Mulut dekat mic. Haha Malangnya takdak gambaq. Zaman dulu dulu kan.

2) Mungkin daya ingatan yang kuat. Cikgu tadika tu jadikan kami watak ibu ayam dalam tarian ayam masa tadika. Sekali lagi. Kami di barisan hadapan. And again. Takdak gambaq. Hehe

3) Sekolah rendah dajah 1-3 kami sekolah petang. Bila perhimpunan petang ada persembahan. Bila turn kelas kami. Kami kena berdialog dengan kawan kami dalam english. Haha! Lawak gila. Ayah dengan mak kami mai tengok dan kitorang jalan kaki terus p pasar malam. Lepas tu kami mengadu kat ayah kami ada budak lelaki kacau sambil tunjuk budak laki tu. Hahaha

4) Kami jadi ketua pengawas masa darjah6 dan bacakan 5 senarai disiplin dalam buku disiplin masa perhimpunan setiap hari isnin. Pakai blazer bagai. Ketaq takpayah kata la. Hahaha Eww

5) Dapat 5A pastu tolak tawaran MRSM langkawi. Sekarang baru menyesal sebab kalau tak bole kawan dengan Neelofa. Hahaha! Kami masok SGGS. Sekolah perempuan terbaik dalam Penang katanyaa. Oh. Kami tak p MRSM tu sebab susah la. Macam jaohh ja. Haha I choose not to go. 

6) Sekolah menengah kami sangat skema. Omg. Tak buat kesalahan langsung. Dapat 5 demerit sepanjang 5tahun kat situ. Bayangkan. Tu pon atas kesalahan apa? Kuku panjang. Haha.

7) Sampai form 4 kami aktif sukan. Olahraga. Wakil sekolah tau. haha! lari lari. Pastu begaduh sebab diorang cakap kami lari lembab. Kami menangis nangis dekat cikgu dan quit. Form5 kami tak join dah. Tapi memang kalau diperhatikan kami lari tak la sekuat diorang. Hahahahaha! 

8) Form 4 kami p sekolah nek moto. Yang peliknya kami p sekolah balik sekolah. Tak penah melencong langsong. Skema nak mati. Hahaha Sekali ja kot singgah prangin mall tu pon p popular beli calculator. Bhahahahaha

9) Kami suka bawak bekal. Kami memang suka simpan duet dari dulu lah. Patot sekarang kaya. Hahaha! Astaghfirullahalazim. Kalau kaya takpayahla jadi cikgu tadika ni dan tak pakai la mybrain sambung master. Agaga. Merapu dah. 

10) Masa form4 kami becinta. Tapi boleh kira la dating berapa kali. Ikot kawan atau hormon ka apa kami tak tau. Gatai jugak kot ni. Dan tu lah percintaan yang paling lama. Tapi exbf kami tu nak kawen dah bulan12 ni. Hahahaha! Kawan kawan kami mesti dok gelak. Konghajo. Hehe. 

Lawak kan zaman dulu dulu. Kadang kita tak sedaq pon masa dah jaoh berlalu. Bila imbas balik baru rasa yang masa tu tak penah tunggu kita. Sama ada kita ditinggalkan atau kita berjalan sama. Sama ada pemikiran dan cara hidup ditakuk lama atau kita berubah menjadi lebih baik. =)

Oklah itu saja. Kami dah baca 11 journal. 19 to go. Tapi kami plan nak submit 20 ja. Tak larat! Jadi kami nak guna konsep quality is important than quantity. Bhahahaa. 
Nah pic budak skema satu. Form5 masa ni. Ada family day ka apa ntah. Hahahaha!

Okbye! 


p/s : Doakan kebahagiaan kami. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

2 comments:

  1. lama tak dengar cerita ker akak yang dah lama tak datang sini... he he he...sendiri pun confuse dik..

    ReplyDelete
  2. kami yang busy kak. heeeee! lama gila tak update. =P

    ReplyDelete