Friday, 30 November 2012

Last day of internship.



Wah, harini sangat ramai kawan-kawan kami yang update status kegembiraan meng-finish-kan latihan industri. Heee~ kami dah update hari isnin lepas. =P kami lagi awai excited okayyyy! Haha okay, mari tgk satu persatu posts yang kami ternampak. =) observation bermula dari jam 8:30-3.30 ptg. haha!


pemilik salah satu blog yang kami suka baca. ni http://anisa-mylife.blogspot.com/













ni semua kawan kawan kelas kami. tak semua, sesetengah. =)


kami excited. ni yang bawah ni lagi exited. huhu


Sgt buruk kan. Kami cari printscreen kat nset kami tak jumpa2. Haha kami rasa kalo printscreen pon tak dapat yang secantik ni. Sebab nset kami ni kecik. Korg tau kami sekarang pengguna tegar nset free fakulti.? Heee~ So, kami lakukan secara konservatif. Tekan butang PrtSc pastu paste dekat Paint. Pastu crop. Hahah! Better la daripada kami amek picture of the posts kan. Lagi kolottssss. Kan? Hahaha! Adoii~ teknologi2.

Ok. Let’s talk about tempat intern kami. =) hemm.. dulu kami penah meluahkan perasaan menyesal sebab intern kat sini. Sebab? Tempat ni totally takdak kaitan dengan stat. huhu tapi, kami tak salahkan sesiapa sebab ni pilihan kami kan. Even before masok sini pon PIC kat sini pon dah ckp yang tempat ni takdak kaitan. Huhu bila cakap dengan orang nanti die cakap “tak praktikal la kalau camni.”Rugi kan? Tapi semua tempat yang kami apply takdak reply apa-apa pon. Camna? Dah nak abes pon. Huhu Kami yakin untuk focus kumpul data dan analyse sebaik mungkin so that kami gunakan sepenuhnya statistics ! =) positif tak kami? Heeee~ takdak masalah.

Best tau intern kat sini, minggu pertama makan free memanjang. Hari raya kan. Heee~ pastu ada bos dari Iran. Hampa ada? Bole test2 speaking. Huhu. Nak shopping? Keliling pejabat shopping mall. Nak karok? Turun pakai lif je. Nak makan? Merata fastfood. Slowfood pon ada. Heee! Kami nak p interview pon diorg kasi ok. Tanpa sebarang masalah. Kami balik interview siap tanya lagi “camna tadi? Interview katna? Dia tanya apa?”. Ni salah disisi undang-undang industrial traning ka? Hampa rasa? Kami rasa, keluaq dengan kebenaran takpa kot. Hehe. So, even kami tak dapat tempat intern yang menepati kursus kami. Still kami dapat pengalaman laen. Seperti, malas nak terang. =P

So, second last day iaitu semalam. Kak Firda, penyelia industri kami belanja makan. Keluaq makan beramai-ramai. Heeee~ first time makan dengan mereka. Before ni kami lunch dengan adik kami ja. Dia pon praktikal kat bangunan sama. Huhu. Tak berkembang minda, breakfast, lunch, dinner dengan adik kami. Kami tengok adik kami, adik kami tengok kami. Nasib kami kiut. Haha! ‘Tak dapat kat mana-mana.’ Trademark adik kami. =P Ok. Dan first time jugak kami makan kat old town white coffee. Sebab before ni kami meragui ke-halalan-nya. Huhu~ orang cakap kalau was-was tak bole makan kan. Dan pabila sampai terpampang lah cop JAKIM dekat situ. Yakin. Kawan kami cakap baru dapat halal. Tah la. Yang pasti tempat kami praktikal ni, tempat pengeluaran sijil Halal. Jadi kalo dah diorang cakap halal, halal lah. Huhu percaya..


so, setellah. setelah hampir 3bulan praktikal. nak mengharungi cabaran seterusnya. 6hb12 akan pulang ke Shah Alam.


see ya ! ^_^


credit to : anisa, wawa, fairuz, azhar, dalila, aman.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 28 November 2012

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y. #1


6 BESTARI. 2001.
Teka, yang mana satu kami.?

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 22 November 2012

Kami !

Assalamualaikum. 

ni entry wajib baca. =P


untuk yang tak mengenali kami kan. mesti pelik kenapalah blog ni ramai sgt bloggernya. yelah, pakai pengganti diri 'KAMI'.

sebenarnya kan. ni adalah istilah biasa pengganti diri untuk org utara.
bagi org utara, tak payah baca hampa dah paham kan.. =P

(izinkan kami berbahasa utagha naa)

kisah ni bermula masa pegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Sesi bila tak ingat.
Masa ni dekat UiTM cawangan Kelantan..

sebenaqnya kami tak perasan pon. jadi satu kemusykilan dan kesalahan penggunaan pengganti diri tu..
sebab yelah. kami tak penah keluaq dari Penang sejak lahir lagi..huhuhu pergaulan memang dengan makhluk dlm Penang ja. 
^_^

so, memang pekat la bahasa kami tu.. tapi, bukan semua org utara macam tu..guna 'kami'..
macam biasa terpulang la..sama macam negeri lain jugak..kalau org negeri lain.. bnyk guna 'Aku', 'Saya'..tu tak termasuk kelate guna 'ambo', perak 'awok' yaka? haha dengaq n teka2 ja. xsure. salah. maapp!

hakikatnya, penang pon. cuma kami ada alasan sendiri kenapa kami guna 'kami'.

ok. masa dulu2. masa skolah rendah. kami dah terbiasa dengan 'kami'.. kami rasa guna 'aku'
agak kasaq tapi 'saya' pulak agak skema. haha jadi kami amek tengah2..'kami'!!
(masalahnya tengah2 ka? huhu)
tu ja alasan. =P

sambung balik,ramainya org kelantan menyebabkan bahasa kami agak terpinggir.. chewahhh..
sampailah bila kami bersembang dengan depa..dan depa perasan dengan penggunaan pengganti diri 'kami'..
masa tu kan ada yang bila cakap dengan kami sambil tengok2 belakang kami..ade org laen ke tak. sbb konpius..brapa org sebenaqnya ni. ??

dengan itu. maka wujudlah gelaran 'kami' tu..dah tak panggil nama dah.
dari jaoh kalo nampak..nanti depa jerit2. KAMI !!!

sampai sekarang geng2 MPP tu kalo jumpa kami panggil 'kami' ja. =)
hemm..dan kami pon slalu suro org yang baru kenal kami panggil kami 'kami'..
rindu !

sekarang paham dak kenapa kami guna 'kami'.

untuk yang rajin baca blog kami ni. paham2 la ea. kenapa blog ni macam ramai blogger.
sebenaqnya sorang ja tau. -_-''

wassalam.




lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 21 November 2012

Suatu Hari Nanti : Keroz Nazri.



Wahh..dah terjatuh hati dengan lagu ni. 

Jom layann!



Suatu Hari Nanti


Tersentuh hatiku bila terfikirkan kamu
Kau sering bersandar padaku
Di saat kau lelah

Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku sering menyambutmu
Di saat kau jatuh

Akulah aku...
Yang slalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa

Akulah aku...
Kan slalu hadir untukmu

Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari...
p/s : Amsi Innsuh <3


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 19 November 2012

Anjing dan Lesen.

Hai !

heeee..kisah ni bermula bila kami memboncengkan adik kami..
haha! betol ke ayat BM kami ni...?

ok. kami p dan balik praktikal dengan adik kami. memandangkan kitorg praktikal dalam bangunan yang sama. jadi dah menjadi tanggungjawab kami memboncengkan adik kami..wahhhh!! haha

nak balik umah kan. mmg akan lalu kawasan2 yang pendalaman ehh perumahan..=P
ala, kawasan perumahan yang ade anjing. cam korg tak tau je..

haha !
sedang laju kami memecut.
tiba2 seekor anjing melintas !!!

pinnnn pinnn~ !! kami hon. mengharap yang anjing tu mengelak, berlari, ketepi dan sebagainya..
huhu~ tiba2.

adik : ini adalah satu cara pemanduan yang salah. kalau kak ini (kak ini tu panggilan manja. haha!) buat macam tu nanti anjing tu tekejut.
kami : kakni nak bg dia lari.
adik:salah la.perlahankan kenderaan, berhati-hati, teruskan pemanduan bila selamat (yg ni kami tambah) =P

wahhh!~ mentang2 la baru lepas khursus memandu. bukan maen.

^_^''

tahniah. adik kami dah lulus test JPJ 14 nov haritu. hasil pemanduan bijak. =)
pandu cermat, ingat org yang tersayang ! <3


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 18 November 2012

Kenapa Pelangi Ungu ?

Assalamualaikum.

Kenapa Pelangi Ungu. ?

Ini entry yang pertama untuk blog yang ketiga. huhu
Jangan tanya mana blog yang pertama dan yang kedua.
Sbb dua2 dah hilang terhapus musnah pupus. heeeee~
Tak pernah nak menjadi.
Mungkin ini akan menjadi. Amboii...konfiden.!
Mungkin ini akan bertahan. haaaa~ baru sesuai ! =)

Ok. merujuk kepada perkara diatas. bukan maen..
macam BM SPM dapat A1 ja kan. padahal hakkk tuii~
masa nak letak nama baru pada bloq ni..
kami tanya adik kami.

kami : nak letak nama apa ea?
adik : emmm~ pelangi.
kami : kenapa pelangi.?
adik : abes. tak kan nak letak rainbow..eww~
kami : terkedu sat.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^