Friday, 16 May 2014

Sayang dan Benci.

Assalamualaikum.

Benda yang kita terlalu sayang akan jadi benda yang kita terlalu benci. Dan mungkin jugak benda yang kita terlalu benci akan jadi benda yang kita terlalu sayang.

Terbukti.

Dah terbukti. 

Kami rasai keduanya. Manis menjadi pahit. Pahit menjadi manis. Yang pahit tu memang pahit. Yang manis tu memang manis. Perasaan. Tak dapat nak tipu diri kita. Sebab kita yang rasa. Kita yang hadap. Kalau manis manislah. Kalau pahit pahitlah.

Yang manis menjadi pahit tu. Biaq kami buang jauh. Supaya pahitnya tak terpalit. Pahitnya tak menghitam macam kopi. Pahitnya tak terasa lagi.

Yang pahit menjadi manis ni yang nak cerita. Hehe! Well, korang tau kan kami anti budak budak?

Ohh. anti gila kot. Sampai tahap tak suka, tak minat, tak layan. Haha! Bagi kami budak budak ni sebok ja, budak budak ni gedik. Hahaha. Yang paling kami ingat sekali. Kami p rumah ain dan jumpa anak menakan dia. Heheh

Anak menakan ain : Saya ada barbie ada blablabla ada bla ada bla..

Tak ingat dia bahasakan diri dia sebagai apa. See, kami tak jadikan benda ni kenangan pon. So, tauu tak apa yang kami reply. "Oo, ada semua la??" Hahahhahaahaha! Sangat berniat memberhentikan perbualan. Oh, sangat lemah kami nak berinteraksi.

Tapi itulah, benda yang kami tak suka dah jadi sebahagian dari hidup kami sekarang ni. Jadi cikgu tadika! Sounds weird. Tapi kami yang gatal apply. Hohoho Hakikatnya budak budak ni suci. Betol la yang orang cakap tu, anak ibarat kaen putih yang ibu bapa perlu corakkan. Kalau cantik diwarnakan maka cantiklah masa depan. Bergantung pada usaha jugak. Sapa takmau anak pandai kan? 

Nak dekat dua minggu dah kami kerja. Ala, tadika depan rumah. 2 3 minit jalan kaki. hihi. Mungkin Allah nak kami kenal keunikan budak budak melalui cara ni. Hemm. Macam macam karakter ada kat sekolah. Dan dari situ kita boleh baca how was their lifestyle at home. Ada yang ketegaq tak dengaq kata, ada yang malas, ada yang nak maen ja, ada yang rajin, ada bawak bekal sedap tu kita tau mak dia rajin. Hehe!

Basically kami jaga kelas 4tahun. Dan masa 4tahun ni la sel sel otak berhubung. Macam dalam iklan susu tu. Hehe Diorang akan cepat pandai kalau selalu didedahkan dengan pelajaran. Diorang fresh! So, sangatlah rugi kalau masa tu tersia sia dengan mainan anak patung, oppa gangnam dan sebagainya. Haha

Well tapi, budak budak, sekejap ja dia fokus. Lepas tu nak maen jugak. Haha! Sama lah macam kita dalam kelas sejam petama takpun setengah jam petama ja fokus. Yang len angan angan tembus whiteboard. Huhu Betol kannn?? Bek mengaku. Wekk.

Yang pasti jadi seorang pendidik ni bukan senang. Tanggungjawab. Dan sangatlah patut dihargai. Ibarat kata pepatah guru ibarat lilin yang membakar diri. Haaaa. Hehehe.




Hehe! Comel comel kan? Tapi korang jangan ingat diorang senyap camni. Dalam kepala otak diorang ni macam macam ni idea. Aishh. Kami suro diam tu tak makan. Dan, walau kami takminat budak budak, kami detect kami ni tak garang dan cepat kesian dan kami plak temakan dengan helah diorang. Haha! 

Nak jaga budak budak ni. Satu cara, we need to be firm sometime supaya diorang tau apa yang diorang tak boleh buat and at the same time they know we are loving. Haaa~ Susahkan? Kami kena cuba jugak sebab bulan8 ni nak dapat anak menakan dah! Haha! Yelah, prepare untuk anak anak kami jugak. =P Kami baru tau yang kami tak tau pakaikan stokin budak. T_T haha!

Ni sambutan hari guru tadi. =) Alkisahnya, hari jumaat memang tema pakaian tradisional. Mihmihmih.
Berapa kali la amek pic ni takdak yang perfect. Semua dok goyang goyang. Hehehehe
Percaturan Allah tu terbaik kan? Kami dah malas nak cari keja sebenaqnya. Sebab yelah, susah nak cari kerja parttime yang flexible. Kalau ada pon memenatkan macam mcd, kfc. Tapi rezeki kami lah ni. Dapat excuse hari isnin untuk p kelas kami. Dan, kerja selasa sampai khamis 8-130petang saja. So, masa laennya kami boleh fokus study. =)

Tapi. Dugaan. Lepas 4hari kami kerja. Kami dapat panggilan dari tempat kerja yang kami betol betol nak. Aaaaaaaaaaa~ Kami tak p lah. Sebab dah janji dengan tadika nak stay sampai habes sekolah. Yelah, nanti student terganggu kalau selalu tukaq cikgu. Dan kalau kami p sana pon, mungkin keja tu tak sefleksible tadika ni kan?

Takpa takpa. Next time cuba lagi. Hihi

Bangga pulak bila.

Kami : Wahh, pandainya. Sapa ajaq ni.
Marisa : Teacher.
Kami : Teacher apa?
Marisa : Teacher isma. 
Kami : =)

Haha! Soalan macam memaksa dia sebut nama kami ja. Boleh?
xoxo


p/s : Selamat Hari Guru! =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 12 May 2014

Awin's wedding. ;)

Assalamualaikum.

*draft 4hb5*

Sambil buat assignment ni kami tulis. Huh! Sampai penang tadi pukul dua camtu. Naseb kakak and abang long kami ada kat umah lagi. Senang kami takpayah cari cari bas dari airport tu. Huhu. Kami memang sungguh bernasib baik. Senanggg ja memanjang. Alhamdulillah.

Isnin lepas ni lecturer kasik. Esok kena hantaq. Tinggal lagi satu soalan. Kami agak blur. Makan masa ni nak jawab. Hehe!

So, back to the topic. Kami sampai shahalam pukul 4 lebih camtu. Kami mintak tolong Nabil amek. Dan kitorang pon lepak lepak di Setia City Mall. Sebab kami takdapat p pc fair kat penang, kami p kat situ. Tapi macam biasa la nak beli kami pikiaq 10kali. Hihi. Nabil kacang ja, amek pendrive bayaq blah. Haha

Lepas tu kami dah janji dengan Ima nak tidoq umah dia. So, lepas tengok Spiderman2 tu, gerak lah p Bukit Jalil. Heee~

Esoknya p kenduri. Kami, Ima, Ain dengan Fuad. Kitorang berempat ja. Len len ketemu disana jelah. Hehe. Ofcoz la semua batch 1. Tak dapat la kami nak jumpa kawan kawan batch 3. Ada wedding Gmah kat Ganu. Kenapa korang buat serentak? =P

Tapi takpa. Wedding Gmah kami akan p belah Shark 24hb ni ye. InsyaAllah. 

Teringat masa duduk sebelah awin kat akuarium dulu. Dia cakap daging dinding tu signature Anjung Serai (Catering yang Awin amek). Dan kami rasa memang Ya Allah sedapnya. Lepastu makan kambing golek. Sedapppppppp~ walau kami pening makan kambing. -_-

Dahla. Jom tengok gambaq.





 Diorang ni ketegaqqq. Photog tu suroh perempuan bawah, takmauu. Kan dah ketot kat tengah. hehehehe
Ini geng wanita wanita bekerjaya. Kami ja tak. Hee
Wahh..ni semua import dari Bangladesh. Hahaha! Kumar memang tebaik la first words yang keluaq dari mulut dia bila jumpa kami nak tau apa? "Hello beautiful." Hahahahaha Haaa~ kau adoo! Kaki mengayat ni.

Dan semuanya berakhir disini. Bye!

Lepas balik tu. Kitorang (Kami,ain,fuad,ima) singgah chatime. Sembang kurang. Semua antisosial. Hoho Lepastu, kami ajak diorang p karok. Hahaha! Dari dulu Ain asyek ajak. Sampailah Ain tukaq keja, sampailah kami balik Penang. Tak karok karok jugak. So semalam tu first time la semenjak kenal setahun lebih ni. Hahaha! Amek kau 3jam melalak. Heee~

Before that, singgah umah Fuad. Solat. =)

Maen kucing.


Kucing dia ni takmo kat orang. Geram betoi. Hee! 

Haaaa~ Itu saja. Esoknya kami balik. Sekali lagi soh Nabil antaq ke lcct. 

Itu saja! 

Untuk Awin dan Faiz,

Semoga ikatan percintaan korang 3tahun eh? Berkekalan bermula dari lafaznya akad, jinjang pelamin ke jannah! Dapat anak anak yang soleh dan solehah, putih putih macam kami. Ehh. Macam korang. Heee!

Untuk korang korang yang laen,

Semoga bertemu dimajlis perkahwinan yang laen. Hahahahaha!



xoxo

p/s : Taklarat nak susun wedding kawan.



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 8 May 2014

Chocolate Cheese Cake

*Resipi ni sesuai untuk beginner. Yang terer terer tak payah la baca. Hoho*

Assalamualaikum.

Hai kawan kawan. Atas permintaan ekin yang merindui blog kami hahahahaha! Nah la kami create satu entry. Bhahaha! Sebenaqnya tengah draft entry kawen awin. Tak siap lagi. Busy la. Kelas. Study. Tu ja keja. Tapi bulan ni dah betambah. Dah tukaq title baru. CikguIsma. Nanti lah cerita. Hehe

Berbalik kepada topik entry ni. Meh kami nak share satu resipi. Ni sejujurnya bukan resepi kami. Gila apa kami ada resipi. Kami google google jumpa resipi ni. So kami cuba la. Bila kami cuba dan jadi. Baru la kami share dengan korang. Takjadi share watpa. kahkahkah.

Nak buat kek pon bukan men kan. Bahan bahan boleh tahan mahal. Tapi sapa *farah* yang penah masak dengan kami tau la. Kami pilih jenama/barang/bahan yang murah ja. hahaha! Abesla suami kami dapat makan makanan yang murah murah. Hohoho. Tak kisah la. Janji sedap dan berkhasiat!

Whatever it is, Farah cakap kami kena masak dengan kasih sayang. Benda sedap ni payah nak buat. Tapiiiii tu dulu memang susahh~ dulu kat umah sewa memang la gila memukul dengan tangan sampai kembang adunan. Kat umah kami pakai mesin pemukul tu laaaa.. So kasih sayang dah berbagi. Heehehe.

Tanpa berlengah lagi. Ni ha bahan bahannyaa!
250gm mentega/ buttercup tu baling ja sebuku.
1cawan gula halus
1cawan serbuk koko
1cawan susu cair
1cawan susu pekat
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
4bijik teloq

Semua bahan ni. Korang kacau sekali. Hahahha! Kami baling ja semua dalam mangkuk nak memukul tu, pastu gaul. Hahaha! Takdak seni langsung. Bukan la. Masokkan la satu satu ikot sequence tu. Tengah gelak la tu. Huh! Korang ni gelak gelak plak. Macam kami tak pandai masak pulak kan. Hahaha.

Resipi tu cakap teloq kena masok last. Folo jelah. Sat, kami tengah konpius. Apa beza mentega dengan majerin? Haha. Jom google!-------->Google cakap, mentega selalu bentuk petak. Margerin selalu dalam bekas. Hahaha! Pastu mentega ni dari susu lembu. Margerin dari minyak kelapa sawit. Malas la cita panjang. Bedal jelahh! Hahahaha
Ok. Bahan kat atas ni lapisan pertama. Korang kena bayangkan yang kita nak buat tiga lapisan. Kalau nak buat berlapis lapis pon boleh. Tapi kami nak buat tiga lapis ja. Sebab loyang yang kami nak guna tu pendek. Hehehehe!

So, ni bahan lapisan kedua.

250gm cream cheese
60gm gula halus
25ml air 
1 sudu teh tepong gandum
1bijik teloq
Okay. Korang gaulkan bahan lapisan kedua ni. Ikot sequence. Senang ja kan? Tapi lepas masok teloq tu, resepi tu cakap gaul sekejap ja. Hehe. Mungkin sebab takmau bagi kembang sangat kot. Ntah. Kami skema. Kami folo ja. Hohoho

Oh. Yang ni kami pukul dengan tangan. Bina muscle. hee!

Ehh..sementara korang dok gaul gaul tu. Panaskan la api. Kami kena beletiaq dengan mak kami. Sebab tak panaskan siap siap. hahahaha! Kita nak kukus kan. Kena la didihkan ayaq cepat. Bhaha. Kami senang ja bagi jawapan kat mak kami. "Ini tak tau ,ini gelabah dah ni" Hahahahaha

Ok. Dah siap tu. Mula mula masokkan lapisan pertama. Korang bajet bajet la sama banyak saiz lapisan tu. Hee! Kami gelabah kan. Buat senget benget. Kami masokkan banyak yang bawah, dah la loyang pendek. Haishh. Tapi kami buat dua kali. So yang second tu cantikkk~ Unfortunately kami tak amek pic yang second loyang tu. So, takleh la nak show off. hahaha!

Haaaa. Ni gambaq first try. Buruk. Sebab potong waktu panas. Kek ni sangat moist ok. So kena tunggu sejuk dulu, baru cheese dia tak lekit lekit. Resepi tu dah cakap. Tapi kami gatal nak test kan. Heeee! Sedap kan? Yang ni kami tak reti agak lagi. So saiz tak sama. Hahahaha!

Sebenaqnya kami buat kek ni sebab kami nak kasi Ima dengan Nabil. Kan nak jumpa diorang bila datang KL. So, surprise surprise! Dah jadi, kami bagi jela. Kalau korang nak tau sedap ke tak? Kena la tanya diorang ni. Hehehe! Tapi, respon yang kami dapat adalah positif! Hahaha!

Itu saja. Selamat mencuba! 


p/s : Kalau rajin nak buat untuk farah pulak. =P



lepas baca jangan lupa senyum ^_^