Wednesday, 27 February 2013

Swift Sekadar Harapan Tinggal Impian.

Assalamualaikum.


Wahhhh…jatuh cinta kami dengan kereta ni. Kami nakk!! 
Hemmmmh*mengeluh sat

Mungkin perempuan tak tau kot cara nak memilih kereta. Asal body cantik rembat. Asal Nampak menarik, nak. Hehehe kami pon tak tau. Kami suka ja kereta ni. Start masa dia keluaq taun 2005 lagi kami dah gila. Hahaha masa tu kami baca paper, Dafi pakai kereta ni. Alaaaa..Dafi Af5 kan? Tah la.

Masa tu kami berkenan warna grey a.k.a kelabu warna kat atas tu la.. Heee~sebab nak tiru Dafi padahal masa tu baru umoq berapa tah.


Start dari tu la kami minat gila gila gila. Mungkin bagi orang yang dah ada kete takde la perasaan camni. Kami ja kadang kadang konservatif sangat. Hahha! Setiap kali jumpa kereta ni atas jalan. Mesti kami cakap tu kereta kami. Contoh la kalo naek kereta kawan kami ka. Kalo terstop tepi kereta tu, tak pun kereta tu lalu. Kami mesti jerit  “Kereta Kami!!!!”  Baru perasan, annoying jugak kan. Hahahaha! Kalo sapa yang dah lama kenai kami, mesti ada waktu kami buat perangai annoying ni. Huhu sedih pulak kutuk diri sendiri. T_T


Kalo naek moto pon, kalo kat traffic light stop sebelah kereta ni, sure kami akan usha dalam kete tu.  Usha la pape yang patot, First driver.! Hahahha bukan nak ngorat. Takdak keja plak kami nek moto nak ngorat driver Swift.. sedaq diri aih. Hehehe kami usha driver. Selalu lelaki. Tensyen yang amat laaaa!! Asal laki nak bawak swift?? Tak sesuai la. Kadang kadang tu generasi  >45. Huh ! diorang ni sangat perlu bagi kereta tu kat kami. Haha tak la pulak kami terpikiaq nak jadik kan bapak angkat ataupon bapak gula2..Hehe 


Pastu kan. Ada jugak suatu ketika, kami naek bas. Dah sampai destinasi, kami jalan kaki. Saat nak melintas jalan ‘kereta kami’ lalu. Dan pada masa tu, jem. Oh man, kereta tu stop betol betol depan kami. Dalam hati, ‘Kereta aku’. Bergenang ayaq mata. Rasa macam cepatlaaaa nak beli. U_U. Masa tu kami tengah cari tempat praktikal, kami harap la sangat lepas praktikal kami terus dapat mana mana offer. 


Hemm.. mak kami pon setuju je kami nak beli kereta tu. Memandangkan kami dah lama kumpul duet muka.  Sampai satu tahap kakak kami cerita. Bila bawak mak kami jalan terjumpa kereta tu mesti mak kami cakap ‘tu kereta ini’ (ini=izni). Kadang kadang bila balik kerja, mak kami cakap la. ‘Masa mak tunggu bas tadi, keta ini lalu’.

Sedeh ~_~


Bila baca blog blog orang yang bahagia, gembira, senang, mewah kami selalu akan mengenang nasib diri. Huhuhu kami pernah baca satu kata kata pujangga ni kat blog orang heee “Lebih baik bercerita untuk diri sendiri tanpa orang membaca dari menulis untuk orang membaca tapi hilang diri sendiri...” haaa..kami nak pegang dengan kata kata ni lah. Jadi diri sendiri. Semua tu rezeki masing masing kan. Allah tu maha adil. In sya Allah.


Tak mau sedeh sedeh! Hehe tengok! Sekarang ni kami dah dapat keje. Rezeki la tu kan? 30/11 abes praktikal, 15/1 dah masok keje. Haaaa~ bole la kami teruskan impian kami yang tergendala ni. Heehe Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ panjang lak tapi. Haha bila kami Tanya kawan kawan kami, yelah survey dari mulut ke mulut. Hehe banyak yang cakap jangan beli kereta tu. Sebab macam macam la. Huhu contoh, tak berbaloi. Bayaq mahal tapi dapat bende kecik. Pastu minyak mahal lah. Nanti nak masok stroller anak tak muat. *Macam nak kawen esok lak.* pastu masok 4 orang je muat. Pastu besaq cam kancil je. Susah nak cari sparepart dan macam macam lagi. Masa tu kami tak kisah pon. Kami nak beli jugak. Sebab minda kami dah narrowed down dekat Swift tu je. Tak pandang yang len. Jadi minda kami memang terkongkong dengan kete tu la. Sampai lah suatu masa tu kami muhasabah diri. Ibarat mengukur baju dibadan sendiri. hehe


Walaupon kami yakin, kami mampu beli kereta tu. Kami mampu bayaq bulan kereta tu. Kalau tak mampu pon kami sanggup berjimat dan catu makan. Tapi kita fikir untuk jangka masa panjang la. Sekarang memang matlamat kami nak beli kereta untuk muatkan kami, mak kami dengan adik kami. Tak kisah la kecik ka apa ka.. Hehe  tapi kalau masa depan nanti macam mana. Bila kami dah ada anak, pastu bila, mana tau nanti sesak kewangan. Nak bayaq roadtax la insurans la. Daripada satu hari nanti kami susahkan mak kami lebeh baek kami beli ja apa yang betol betol berbaloi.


So, kami telah mengdecide untuk beli kereta lain. Terpaksalah kami melupakan impian kami tuuu..  U_U memandangkan ni first car kami, ramai yang cakap beli je yang biasa biasa. Sebab kami pon tak pandai sangat nak bawak kereta. Haha! Berangan ja lebih. Sebab tu tak yakin nak beli kereta panjang atau nama laen kereta pakcik pakcik. hehehe kami rasa perlu lah kami mengambil pendapat orang laen sebab yelah, dalam dunia ni kita hidup dengan orang laen kan. jadik jangan lah ikot kepala sendiri jaaa..hehe!

Semalam. kami punya wordless wednesday!! tengok tak entry semalam? heee
kami dah merasa naek swift dan kami dah takkan kempunan lagi. 
bole padam dah kot wishlist kat tepi tu.
ok bye!


p/s : Malam esok nak balik Penang. tuntut hadiah birthday !! haha walaupon belom birthday. =P tetibe.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 26 February 2013

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y. #10

Assalamualaikum. !


Tanpa kata.


p/s : next entry kami cerita apa yang kegilaan sangat dengan kereta ni. heeeee~


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 24 February 2013

Moto & Parking Moto.

Assalamualaikum.
hey hey! korang mari lihat nii~



menarik kan. nampak tak apa yg kami nak tunjukkan ni.? alaaaa..baru perasan hasil tangkapan gambaq kami tak menarik. heeeeee~ kami tak tau la kalo korang penah tengok ke tak bende ni. heeee  tapi kami ni pirst time. hehe ini adalah tempat letak helmet. hehe kite parking moto kat bawah. pastu letak helmet kat situ.bole kunci tau kat situ tapi kami tak kunci pon. hoho setakat ni selamat lagi la. sebab orang laen pon tak kunci, kami pon polo la. huhuhu

senangkan?
kami rasa benda ni sangat mesra pengguna. hehehehe!
sebab selalunya kalo kita gantung helmet dekat seat, kalo hujan kan. tak banyak pon sikit mesti basah. nak2 kalo letak 'ter' terlentang menghadap langit. memang bole bela ikan kat dalam tu. hahaha! zaman belajaq dulu camtu la..pastu basahhhh tudung sampai menitik2.. orang tengok pon pelik. hujan dah behenti tapi yang kami basah tang kepala sahaja. hahahaaha!

kami sayang moto kami.......
sebenaqnya moto kakak kami. tapi kami pengguna tegar. huhuhu~tu jelah satu satu harta yang ada. =) Usia dia dah nak masok 8 tahun. darjah 2. hehehe.
sticker SGGS dengan UiTM ada lagi tauu. banya berjasa moto ni. meragam pon kurang. selalu tayar je tak betol sebab malas pammmm!!.haha pastu kan. rantai kami penah tukaq sekali ja. lampu depan 2 kali. no plat sekali. Alhamdulillah tu jelah kot yang kritikal.. penah sekali tu tak bole start. rupanya kami tak tau tak buka minyak kat depan tu. ape tah tak paham. huhu
dulu masa mula2 naek moto. berapa kali terbalik moto ni. moto sahaja. kami tak. heheheeh 

oklah.
bye!


p/s : harini dapat gaji. nak slipp!! InsyaAllah nak memiliki kenderaan berbumbung pada usia 24 tahun. ^_^


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 19 February 2013

Monday, 18 February 2013

Teman Yang Ku Kasih : Azharina

Engkaulah temanku
Tempatku mengadu
Tika tawa pilu
Tetap bersamaku

Teman yang kukasih
Akan ku hargai
Hingga akhir nanti
Kan kekal abadi

Ku pinta oh Tuhan
Agar berpanjangan
Sebuah Persahabatan
Penuh keikhlasan


korang penah dengaq lagu ni? sayuuu jaa..
erti sebuah persahabatan yang perlu dihargai. 
lagu lama ni. dalam cerita laila isabella. =)
kami jumpe yang ni je kat youtube. *malas nak cari. haha
mari dengaq!! 


p/s : jangan terlalu percaya cinta. takot makan diri. ikot kata hati. 
 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Mencari Mesin Basoh.

Assalamualaikum. 

dah genap sebulan kami bekerja walaupon hanya sebagai Apperentice CODE8 dispesifikkan kepada Business Analyst. tapi ni dah kira kerja kan. sebab dapat SALARY bukan ELAUN. huhu apa apa ja lah. heeee

huhuhu lepas kami pindah dari rumah berhantu kat Kinrara tu (Pindah rumah & Hantu) kami tak update dah kan kat korang pasal umah sewa baru kami kan. *perasan sekejap ada orang baca heee~ yang dekat bandar bukit jalil tuu. bandar lah sangat. grr~

yang pasti dekat sini ade MyMydin, Chatime, Dominos, KFC dan bnyak kedai cina yg laen. huhu ok la tu. dekat dengan LRT Bukit Jalil. Petronas Shell semua ada. huhu. yang takdak tempat tekan duet ja. haha nak kena masok TPM jugak kalo nak amek duet. Tu setakat yang kami explore saja la..tapi takdak tempat tekan duet pon xpe..kami kan kedekut..! huh. =P

dah ! kami nak cerita laen sebenaqnya. adoilaa. kami nak cerita yang kitorang nak beli mesin basoh. hehe bukan malas nak basoh. *ayat mengangkat diri.
cuma yelah rumah tu takdak tempat sidai. kena keringkan baru bole sidai kat dalam. kami pulak jenis rimas la baju bergayut gayutan. jadi kalo ade mesin basoh tempoh penggayutan tu sekejap jela. sebab semua dah separuh kering.hehe boleh?

kitorang pon pergi lah survey kedai2 dekat belakang tu. huhu~ takdak pulak. alangkah pedalamannyaa kawasan ni.haaa..p cari dalam keadaan merempit. bertiga. dua moto la opcoz. hehe! last kitorang ke carefour yg dekat LRT tu. yang macam nak bankrap tu. huhu ke dah bankrap? ade mesin basoh lima ratus lebih. huhu 

pastu sure lah tak beli lagi sebab takdak duet kan. gaji 25th! hehe nak survey lagi mesin basoh sebab mula mula ingat nak beli second tapi kami rase cam geli ja pakai bekas orang. hohoo baik baru terus kan. jimah pon cakap bia baru kalo nak jual t ade nilai jugak. betol jugak kannn.. 

 so,melayan mereka membeli belah.kami tak beli sebab takdak duet. sedeh kan. mak kami tanya ada duet? adaaaaa~ heheh pastu bila tak dapat beli mula halang org laen membeli. hahahaha! tah pape perangai. tapi kami ok je. jangan risau. hahahaha tibe2*



 folo jimah shopping. huhu

 ops. ni farah jage barang jimah. ok. hehehe jimah je shopping. hoho 
apasal diorang semua tak pandang camera niiiii~ huhuhu 

 hemmm...sedapnyaaaa!! kalo kat Penang ni sentiasa ade dalam peti ais ni. 

 ketumbit pon bole jugak begambo. hehehe

ok bye!


p/s : nak survey mesin basoh lagi.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 16 February 2013

Perak dalam Penang !

Assalamualaikum.

wahhh...dah lama kami tak update blog. huhu
rupanya jadi seorang yang bekerja ni memenatkan jugak kan.. 
walaupon kadang kadang tak dak keja. huhuh!

ok! tgk tajuk. Perak dalam Penang. Apakah?
sebenaqnya kami teringat pulak nak tulis entry sal ni bila tertengok kad kawin kawan kami punya kawan punya kawan. heeee~

walaupon kami anak jati Penang. membesaq kat Penang. Dalam usia bakal 24 tahun ni. ok, tolak belajaq kat UiTM Kelantan 3 tahun, tolak belajaq kat UiTM Shah Alam 2 tahun setengah, dan sekarang kerja dekat Bukit Jalil, kami jadik anak jati Penang selama 18 tahun jugak laaa..hehe tu tak tolak zaman kanak kanak yang tak tau apa. sudah! tak payah nak tolak sangat la. huhu 

maksudnya selama kami 18 tahun kat Penang kami tak sedaq ada Perak dalam Penang. huhu begituuuuuu~

ok. mari lihat kat manakah itu?
ok..kalo korang tengok, jalan yang kuning tu. JALAN PERAK. itu memang kami tau. huhuhu jalan tu pemes. yang kami tak sedaq tu rupanya banyak jalan jalan kecik sepanjang jalan Perak tu rupanya nama nama tempat dekat Perakkkk!! heeee ok. tengok pic first ni. ada lorong CHEMOR, ada lintang SLIM. heeee
 
 sini lagi banyak. huhu ada jalan SETIAWAN, jalan KURAU, jalan PANCHOR, jalan TAIPING, jalan SELAMA, jalan BAGAN SERAI. banyakkkk~ takperlu ke Perak lagi. hekhek


 heeeee~ ok. ada lagi ni ha.. lebuh BATU GAJAH dengan lorong IPOH. huhuhu
ade lagi tak yang kami tak bulatkan? heheh bole komen kalo ade. 

kalau korang tengok betol betol sebenaqnya pic ni bersambung tau. yela jalan Perak tu straight ja kan. tapi dah tonggang terbalik. huhu malas nak susun. heeeeeee~

korang nak lebih jelas bole la tengok google map sendiri ea..maaf ye kalau berat sebab kena buat extra large saiz pic sebab kalo tak, tak nampak. huhu
ok dah. nak jalan Perak jalan dalam Penang ja tau lepas ni. tak payah p joh2. hehehehe oklah. nak lunch.! bye~


p/s : esok geng kami p training. so, all day alone! untuk tiga minggu.~ wuuuu


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 7 February 2013

1st Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist

Assalamualaikum?

mari join segmen nii..~ 
nak ade dalam bloglist !! heee


klik banner diatas! =)

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 6 February 2013

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y. 8#


Kami suka kepesatan, kepadatan, pembangunan.!
setengah orang suka pantai, bukit, gunung. tu pon kami suka. heee
keling pulak! haha. tak kisah la. 
mungkin membesaq dekat Georgetown buat kami dah biasa dan suka!
tau tak pic ni kat mane?
honeymoon sini pon bole~


p/s: dah 5 hari baru update blog. dah jadik wanita bekerjaya. heeeee


lepas baca jangan lupa senyum ^_^