Monday, 30 September 2013

Mak kami buat lawak.

Assalamualaikum.

Al kisahnya, semalam kami telefon mak kami, tapi mak kami tak angkat. Pastu mak kami call balik. Kami pon sembang sembang la dengan rancaknya. 

Kami : Mak, kalau nanti ini termenganggur macam mana?

Mak : Nak menganggur kenapa, kat rumah kan banyak kerja.

Kami : -_-''

Pastu sambong la sembang sembang. Ada la kot nak dekat setengah jam.

Mak : Oklah, dah lama sembang ni. Nanti habes kredit ini.

Kami : Hah? Mak yang tepon laaa..

Mak : Hah!!!! Mak yang tepon ka? Laa..mak ingat ini tepon.

Hahahaha! Perbualan pon ditamatkan.



p/s : Bulan 1 abes kontrek mimos. Korang ada kerja kosong tak?
lepas baca jangan lupa senyum ^_^

September Giveaway By KasihLestariAbadi

Assalamualaikum.!

Last day ni giveaway ni.
Untung untung dapat hadiah! hehe




p/s : Harini makan sushi king 2 pinggan. huuuuuu


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 29 September 2013

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum!

Ingat tak last entry kami cerita pasal potluck tu. Ni haa nak cerita pasal oreo cheese cake yang kitorang betungkus lumus buat ni. Kalau di google google memang banyak resepi ni, kalau nak cari kat youtube pon banyak jugak. Korang perlu taip no bake oreo cheese cake. Nanti jumpa lah. hehe

Tapi kalau korang nak kami cerita pon bole. Hehehe! Sebab kami nak taip resepi kat sini, senang nanti kami nak buat lagi. huuuu~

Bahan A
2 Paket Oreo
50gm Buttercup
1 sudu besaq gula perang 

Ok. Mula mula asingkan cream oreo tu, dan hancurkan oreo tu. Cream tu kita nak pakai kejap lagi kat topping. Simpan jugak dua tiga keping nak letak kat topping. heee Tapi kalau korang nak beli oreo hancoq tu teros pon tak pa. hee pastu masokkan butter dengan gula dan gaul gaul. Gula tu nak guna satu sudu ja pon, so haritu kitorg hentam pakai gula putih ja tapi kitorang tumbuk. hahaha! tak jejas pon rasa. Kira hentam jelahh..

Pastu structure dia akan melekit melekit sikit. Korang letak dalam acuan, macam nak buat pizza tu, nak buat crust dia. Tekan tekan. Simpan dalam peti ais selama sejam. =)

Bahan B
250gm cream cheese
80ml fresh milk
1/2 cawan gula
100ml whipping cream
1 sudu besar gelatin

Mula mula masokkan cream cheese dan cream oreo, kacau kacau pastu masokkan fresh milk dan gaullah sampai sebati, dah sebati tu masokkan gula, gaul pastu masokkan whipping cream, dah sebati masokkan 1sudu gelatin yang dan dilarutkan dalam 40ml air panas. Kacau kacau dan terus kacau. Pastu masokkan lah lebih oreo yang kita simpan tadi. Nanti adunan tu nampak macam ada bintik bintik hitam. Sedapnyaa. haha!

Dah selesai tu, tuang la adunan tu atas crust yang dah siap tadi. Simpan dalam peti ais selama 4 hingga 5 jam. Macam kitorang haritu buat malam, siang makan. haaaa pon bole~

Siap!

Farah cakap kalau nak masak kena sabaq. Ikot kami semua nak cepat. Semua nak cincai janji bole makan. Hemm. Ok, kami belajaq something malam semalam. 


p/s : Nanti nak buat lagi lah. Tapi kami ni selalu hangat hangat taik ayam ja. Haha 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 27 September 2013

Potluck Kitorang

Asslamualaikum.

Jumaat datang lagi. Hehe 

Jeles tau, department laen semua ada potluck or whatsoever jamuan hari raya lah apa lah. Department kitorang macam sunyi ja. Kat sini kami nampak kurang kakak kakak atau makcik makcik yang bersifat keibuan nak anjurkan potluck. haha

Memang tak wujud la, makcik pon ber 'i' 'u'. Tak paham kami. Keyell sangat memang kami tak masok. haha! lek lek sudah kan. Huhu Pastu, department sini banyak foreigner dengan chinese and indian, so memang harapan la nak makan makan dan buang masa ni kan. haha! 

Memandangkan batch 1 Code8 dah nak habes, Zira la bising bising nak buat farewell. Huhu Dah la banyak kali plan nak berpicnic cancel, kami rasa potluck ni paling disukai ramai. Heee!

Kami pon suka event makan makan ni, walaupon kami tau kami makan tak banyak. hehe 

Semalam bertungkus lumus la kami dengan farah buat oreocheesecake. Penat kot pukul cream pakai tangan. hahaha! takdak alat putaq putaq tu. berpoloh poloh kitorang. Tapi terkawal punya peloh ye, bukan seperti mamak menebaq roti canai. eeeeeeeeeeeee~
 
Ni la oreocheesecake kitorang. Hehe Sedap dohhh. hahahaa!

Maka terhidanglah segala jenis makanan. Dan, dalam pemerhatian kebanyakan makan adalah berasaskan cheese, segera dan mudah. Yelah semua muda, sapa nak buat nasik beriani, gulai kawah, rendang tok semua kan. hahaha

Yang lelaki bawak benda segera, kfc, dominos, ayaq botoi. Yang gugurl pulak bawak western western. Disini terlihatlah haha lawak pulak ayat kami. Maksudnya, kitorg ni muda muda lagi la. Ehhh..dah la, apa kami mengarot ni.

 
Macaroni cheese, red velvet, oreocheesecake, pizza.. Semua berasaskan cheeseeee!
 Tempat kami dah semak!
Mesyuarat tingkap, mungkin diorang ni tengah bincang nak p solat kat mana. hahaha!
 Masa ni budak budak jantanss p solat jumaat. So mari posing posing. huuuuu!
Kami dah semakin tembam, sori su tertutup mata, zira tengah promote aurawhite la tu. hahahaha! Pastu lepas abes jumaat dak lelaki datang balik makannn. Kalau dengaq khutbah jumaat jadi lapaq balik eh? hehe
Diorang semua batch 1. Heeee!
Kami dengan makanan. Heeeeeee! Badan kami tak gemok gemok pon. Muka ja tombammsss! baru bukak braces sebulan, kami agak ni efek tudung ni. U_U

Okbye!








p/s : Kenyang.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 26 September 2013

"Save More Or Spend More?"

Assalamualaikum.
Memandangkan 25hb kan gaji dah masok. Semua benda akan nampak murah dipandangan mata si pemilik gaji kan. Haha. Tapi bila pikiaq peritnya hujung bulan yang hambar, niat niat membeli barangan di dalam beg plastik apatah lagi beg kertas dan sebagainya terpaksa dibataskan. 

Memetik kata kata seorang rakan ofis kami semalam. "Save more or spend more?". Konteks ini menjurus kepada hari hari jualan murah a.k.a SALEs. Well, bila seorang lelaki bercakap dengan 4 orang perempuan, surelah dia kalah kan.^^

Tapi bila dipikiaq pikiaq balik, ada betolnya jugak apa yang dibahaskan tu. Yelah perempuan ni kadang kadang mengejaq sale, (lelaki pon ada ok, mungkin kurang sikit dari perempuan)memang kita akan dapat diskaun atleast 10% up to 70%. Tapi mungkin jumlah barangan yang kita amek tu akan jadi lagi banyak daripada plan asal sebab yelah rambang mata, semua murah kan.

Dalam masa yang sama, sure surelah orang berniaga ni ada helah tersendiri kan. Takkan senang senang nak kasi sales. So, siapa yang rugi? Kita jugak. Hehehe *Macam cakap dengan cermin*

Korang pikiaq sendiri lah, korang save more atau spend more masa sale tu?

Apa apa pon. Ukur baju kat badan sendiri. =) Hari gaji. Selamat menggaji.

Oh. Ni belanjawan kami. Haha Tulis pakai tangan ok. Siap bentuk lazim. huhu banyak wishlist bulan lepas lepas dah drag sampai bulan ni. Semak. Huhu 


p/s : Need to save more for something special. ^_*



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 24 September 2013

Happy Birthday Emak.

Assalamualaikum.

Semalam sambil sambil baca buku wahhh rajinnya kami. Hahaha. Banyak buku tak baca lagi. Masa break off dulu beli banyak buku sebab nak hilangkan bosan/stress/dan sebagainya. Pastu bila dah biasa, jadik malas balik. heeee

So, kami dah dapat agak mesti kami tetidoq punya lah. Kami pon set la alarm kul 11.30 sebab nak wish birthday mak kami. Tiba tiba, hehe kami terjaga kul1. Omg Omg. Mesti kakak dengan adik kami dah wish dulu. U_U Tak aci tak aci.

Terus capai telefon, mesej mak kami. Sebab kul1 mesti mak kami dah tidoq. Tiba tiba, (tiba tiba lagi hahaha) mak kami reply. "Tq. =) Ingat kat mak"

Sedihnya. T_T

Pastu kitorang pon sambong la mesej mesej. Hehe

Kami : Mak nak hadiah apa? Esok ini gaji. heeee (saja tanya padahal kami dah ada benda nak beli, raya haji baru nak bawak balik huhu)

Mak : Tak payah beli apa apa lah.

Kami : Oklah. Jom tidoq. Esok nak keja tak bangun nanti  jenoh. hee

Mak : Tak payah la beli hadiah mahai mahai. Simpan duet tu nak kawen. (nampak tak permainan mak kami, nak hadiah tu hehehe)

Kami : Nak kawen ini pakai duet mak pulak. hehehe

Pastu mak kami tak reply. -_-''


Apa apa pon ini tetap sayang mak. Mak lah segala galanya. Sesungguhnya, apa yang mak hajatkan, impikan, dan semuanya sentiasa menjadi doa ini untuk mak sama macam mak yang selalu doakan ini. Semoga mak sentiasa sihat dan bahagia dunia akhirat. =')



p/s : Teringat tahun lepas. Makan Kek Baskin Robin cayaq. Sebab lambat sangat celeb. Huhuhuuuu.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 22 September 2013

Depan, Belakang

Assalamualaikum.

Kenapa keluaqkan kereta mengundur lagi susah dari keluaqkan ikot depan?

Sebenaqnya, dari kami start bawak keta lagi kami konpius. Kenapa situasi ni berlaku, padahal benda yang sama ja. Nak keluaqkan kereta dari satu petak parking.

Kenapa kalau nak keluaqkan kereta ikot depan, kita bawak keluaq pastu dah keluaq sikit pusing stereng. 

Kenapa kalau nak keluaqkan kereta ikot belakang, kita undoq pastu kena tengok belakang, pastu keluaq banyak baru boleh pusing stereng. Kadang kadang kena kedepan balik, kebelakang balik, kedepan, kebelakang. *kalau kat flat kami la, sempit x99*

Oh. Kami lupa. Stereng kontrol tayar depan. -_-'' 


p/s : Isnin yang biru.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 21 September 2013

Tabiat.

Assalamualaikum. 

Kalau orang tak kenai kami, mesti akan cakap kami sombong. Sejujurnya, dengan orang yang kami tak kenai, kami akan buat muka blur. Serius tak tipu. Blur tu macam takdak ekspresi la. haha! macam korang tak tau plak blur tu apa. huuu~

Kalau kat tempat kerja, jalan nak ke kafe ka surau ka toilet ka pantry ka. Semua kami buat muka blur. Huhu Kalau kami nampak orang yang kami kenai, dari joh kami dah senyum. Kalau nampak orang yang tak kenai, dari joh kami tunduk. *sopan sangat*

Mungkin sebab tu takdak orang nak ngorat kami. hahaha! kaitan sangat *mata keatas* Apa motif kami ni? @_@

Hehe. 

So, tabiat kami ni dari dulu dah berterusan lah sampai sekarang. Dannn. kami jugak telah mengesan tabiat suka bercakap terlebih lebih bila dah kenai dengan orang. Omg Omg. Yang ni parah. Terasa gedik pulak. Bila dah pernah bersembang, kami bila pantang jumpa ja, nak senyum, nak 'hai'.

Dan suatu hari.

Kami : Hai.!

Hazami : Assalamualaikum.

-_-

Okbye.



p/s : dalam bilik, atas katil, ngadap dinding. Sabtu yang bosan.



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wajah baru.

Assalamualaikum.

Haha. Setelah sekian lama. Kami rasa bosan dengan layout, wajah dan segala macam dalam blog kami. Lama jugak tak menulis sebab tak dak idea. Kadang kadang terlalu menulis pon penulisan macam tak bermutu. hoho selama ni bermutu kah?

So, di hari sabtu yang tenang ni. Dan untuk mengisi masa bosan kami. Kami telah memekap baru blog kami ni. Buka buka mesti korang terkejut kan? Sebab muka kami besaq terpampang. Hahaha! Tak tekejut? U_U Alaaa.. tekejut laaaaa...

Blog ni kami yang punya.

Okbye.

p/s : Dulu masa belajaq, sabtu ahad study. Sekarang kerja, sabtu ahad kosong kalau tak berjimba. Huhu Kalau duduk penang boleh teman mak p kenduri. Hemm..

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 17 September 2013

Aku membawa hatimu.

Aku membawa hatimu,
Aku membawa hatimu bersamaku,
Tidak pernah tanpanya,

Aku takut,
Tiada jodoh,
Jika dirimu jodohku, 
Alangkah manisnya,

Aku mahu,
Ada dunia,
Walau sekarang dirimu duniaku,
Aku tak tipu,

Dan dirimu seperti bulan,
Yang sentiasa bermakna,
Juga seperti matahati,
Yang sentisa menyinari,

Biar semuanya rahsia,
Agar cinta tumbuh,
Tinggi dari jiwa yang berharap,
Dalam dari minda yang sembunyi,
Dan biar bintang bintang yang menjaganya,
Bawalah hatiku,
Bawalah hatiku bersamamu.

source : google image


p/s : Semoga cepat sembuh. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 11 September 2013

Masalah.

Assalamualaikum.

Masalah ka masaalah? Dulu selalu konpius ejaan dengan pronounciation. Sekarang tidak lagi. =P tibatiba

Allah takkan bagi dugaan kepada mereka yang tak mampu menghadapinya. Tak kisah la dugaan kecik ka dugaan besaq ka. Kalau dah memang Allah nak uji, Dia akan uji jugak. 

Sama tak masalah dengan dugaan ni?

Kalau kita rasa sama, mungkin masalah kita akan kurang. Sebab bila gunakan perkataan 'Dugaan' ia lebih islamic sikit. Hehe Lebih kepada Allah ingin menguji hambanya.  Kita perlu redha, terima.

Kalau kita guna kata 'masalah' ni lebih kepada hubungkait sesama manusia. Ataupon, manusia dan harta benda/harta awam, manusia dengan haiwan dan sebagainya. 

Kami rasa semua orang ada masalah. Bohongla kalau hidup bahagia ja sentiasa. Sama ada kecik atau besaq, semua bergantung kepada how we handle it. Masalah akan jadi ok kalau kita pandai handle. Huhu Tapi macam mana korang selesaikan?

Kami? Kami tak suka tunjuk kat orang kami ada masalah. Mungkin sebab ego? Mungkin sebab bajet bagos? Mungkin juga sebab sebab laen.? hahaha atau mungkin ni masalahnya. hahaha

Tah la. Dari dulu kami suka simpan semua sendiri. Hati tegar, susah nak keluaq ayaq mata. Tapi kan, bila masalah tu dah jadi besaq, kami rasa stress! hahaha Ni tengah stress la ni. hahahah 


Masa putus cinta dulu pon kami nangis depan mak kami ja. Setel tu terus tak nangis dah. ehh.. ada sekali sikit depan budak umah. Sikit ja. Sebab tak berbaloi langsong kot nangis pasal lelaki. haha

Kalau nangis pon mungkin masa mandi sambil shower. Hahaha *bajet pelakon handalan.* haha! huh! menangis jugak. poyo lah.

Tapi kami tak bole start nangis, nanti payah nak recover balik. hahahah Kadang kadang sebab benda yang kita sayang, sebab orang yang kita sayang, tapi bila rasa geram tu menguasai kita rasa stress sampai nak nangis. Camna eh nak explain? haha

Tapi 'nak' nangis jelah. Tak nangis lagi. Tahan. Tahan. Hoho

Lagi satu kami tak bole kalau orang menangis depan kami. Dengan kami nak sebak. Bayangkan, jiran india mati pon kami reyau. Diorang kan banyak drama, dengan kami kami sekali ni apahal? hahahaha

Tu la masalah kami sekarang. Heeeeee

Teringat dulu masa darjah 5. Jawab exam paper sains. Kami ni biasala, confident. haha dekat kertas soalan tu belum tulis soalan tamat, kami ingat belakang tu dah takdak soalan, kiranya helaian terakhir tu kami tak jawab. Lagi satu soalan ja, tapi ada la anak sampai e.

Masa tak habes lagi kami dah hantaq, bila kertas tu kat tangan cikgu, baru kami nampak yang kami tak jawab soalan last tu.

Kami : Ala cikgu, saya tak buat soalan belakang tu.

Cikgu : Kamu menangis ayaq mata darah pon, saya tak bagi balik.

Yelah. ikotkan prosedur memang la salah kami. Tapi budak kot, takkan takdak consideration. Huhu Masa tu kami senyum ja. Serius. Tapi balik umah kami nangis depan mak kami. T_T

Bila ingat balik kata kata cikgu tu sekarang. Betulla, masalah tak bole selesaikan dengan ayaq mata. Walaupon ayaq mata darah. U_U

Kalau lelaki camna eh? Nangis jugak ka? Burok ah. Orang hensem tidoq pon jadi tak hensem, inikan pulak menangis. Tah tah lelaki pon pakai konsep nangis masa shower? hahahaha! 

Kadang kadang kan dengan lagi ramai kita share masalah, lagi banyak masalah. Haha yelah. Contoh la pagi tadi, kawan kami cerita pasal kulit muka dia. Pastu semua pakat bagi pendapat, bayangkan korang kat tempat dia. Mesti korang masok telinga kiri keluaq telinga kanan. Takkan nak amek semua pendapat satu hal, mesti la dia kecik hati jugak kan.

Kami kalau bab bab muka ni, kecik hati tahap 99. Pantang pantang.!

Masa tulis entry ni, kami tengah dengaq list lagu dewa. Dan tiba tiba lagu ni muncul.


Air mata telah jatuh membasahi bumi 
Takkan sanggup menghapus gelisah
Penyesalan yang kini ada
Jadi tak berarti 
Karna waktu yang bengis terus pergi
Menangislah bila harus menangis

Karena kita semua manusia
Manusia bisa terluka manusia pasti menangis 

Dan manusia pun bisa mengambil hikmah
Dibalik segala duka tersimpan hikmah

Yang bisa kita petik pelajaran 
Dibalik segala suka tersimpan hikmah 
Yang kan mungkin bisa jadi cobaan
 

Mungkin juga menangis tu satu terapi?



p/s : Kehidupan tu bukan hanya masalah yang perlu kita selesaikan, tetapi realiti yang boleh buat kita jadi berpengalaman. Stay positive!



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 4 September 2013

Cinta, Rindu.

  Bersama mereka 
yang buat kita gembira
yang membuat kita tersenyum
yang membuat kita ketawa
yang membuat setiap hari kita bermakna

hadapi kehidupan untuk suasana itu
bersusah payahlah untuk bertahan
kerana kehidupan hanya sekejap
dan berjalan sangat pantas

jadi bila kita sudah berjumpa cinta
jangan biarkan ia lari
pegang erat selamanya
dan gembirakannya setiap hari
seperti yang dia selalu lakukan

selagi kita gembira
itu sudah memadai
sayangi dan biar mereka tahu
sebelum semuanya terlambat 

i miss you my braces. U_U


p/s : terjiwang selama 15 saat. =P


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y. #18

Assalamualaikum.

Happy Wednesday Peeps! and i'm happy each and everyday =)





p/s : Don't worry about people in your past, there's a reason they don't make it to your future.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 3 September 2013

Presentation Alive!

Assalamualaikum.

Cerita minggu lepas.

Sepanjang kami kat Mimos ni. Banyak la training training membina diri yang kami sertai. Bukan, paksa rela sertai. Tapi kami memang suka pon join benda benda camni. Korang tau kan, kami peminat aktiviti aktiviti skema ni. Haha! 

Sampai gadoh gadoh manja dengan HR nak join training. Tapi diorg tak kasi atas sebab sebab tertentu. Dulu la masa mula mula masok Mimos. Pas kecewa, kami jadi meluat dah. Haha pastu bila join Presentation Alive ni. Kami semangat lak.!

Kami suka presenter dia, kami suka slideshow dia, kami suka cara dia deliver, kami suka material yang dia kasi, dannn kami suka sebab dia pakai fully english. So, kitorang memang tak berpeluang cakap melayu. huuuu

Kami rasa dah lama tak speaking speaking ni. Hehe Dulu masa tinggal kat Bukit Bendera, kan naek train kan. Pastu selalu balik sekolah, mesti pelancong pelik pelik. Asal budak sekolah nek Bukit Bendera. Dan selalu lah praktis speaking dengan mat mat saleh tu. hahah

Siap ingat nak cakap mak ayah kerja kerajaan dok umah kerajaan macam mana dalam english. Hehe dah tau dah soalan soalan lazim mat mat saleh ni. Bila soalan pelik sikit. 'pardon me'. Buat buat pekak. Padahal nak pikiaq jawapan. hahahaha 

Eh eh. Korang tak payah nak gelak la. Semua orang pon kami bole bet buat camtu jugak. Hahahaha Bila speaking dengan Jepun or Arab, kami rasa paling konpiden, sebab diorang pon speaking ala ala kita. hahahaha Bajet hebat plak kami.

Berbalik kepada presentation alive! tu. Kami enjoy la. Mungkin sebab bilangan peserta pon 15orang. So memang cari nahas la kalau tak fokus. hehe hari first tu kena present dah. Dia macam buat pre and post presentation la. So kita bole tau our performance before and after. So that we can easily take action to improve. Begituuu~

Sebelum start tu, macam biasa la. Kenal diri dan sebagainya. Pastu lukis lukis. Haaaa.. buku yang dia kasi ni, bole koyak koyak. Kami rasa macam buku budak tadika pulak. heee!


Pastu ada magic pen, ada lekat lekat tu. Haha! Membazir betol la mereka ni. Ishhh Tapi, this is what we want. Something yang enjoy. Haha Asal bazir ja enjoy. aishhhh. 

Haaa..pic bawah ni, feedback form before n after kat belakang. Hehehe Semua ni koyak koyak dari buku. huuuu~


Dannnn. Masa kenalkan diri tu. Kita kena tulis favourite presenter kita. Guess who? Kami tulis fae la. Kawan kami tu. Kena tulis jugak quality dalam diri dia yang kita suka. hehe!

Burok gila lukisan. Semua pon burok tau tak. Sebab kami rasa tangan dan jari diorang untuk komputer. Haha tak berseni langsong. hahaha Kami memang tak pandai melukis. Di maafkan la. =P

Presentation first 2minit. Yang second day 3minit.


Haha! video before kami. Lepas kitorang present, kitorang kena tengok balik semua ni beramai ramai. 

Tak bole nak upload pulak yang after. Mungkin satu entry ada had had kot. Ka camna? huhu Tak dapat la korang tengok. huuuuuu

Kami baru perasan yang kami asyek pandang lappy dan screen berulang ulang kali. hahahaha! dan kami tanya 'i dont know why i keep looking at bla bla bla' pastu presenter tu kata, 'you are actually searching for the points right? because why, you're not really prepared. Practice more to get fluent' 

-_-''


Kantoi lah kami tak prepare. hahaha Yang first tu memang kami spontan abes. Pagi tu masa dia dok ceramah baru kami buat slide. hahahaha yang second tu pon ala kadar ja sebenaqnya. Malas a beria, rasa macam kat UiTM lak. Hahahah

Tapi diorang diorang ni punya slide memang cantik cantik la. Sebab budak komputer kan, diorang ni suka la kelebet kelebet bendealah ni. Kami budak math kot, cuba bagi kami jadi cashier cafe. Kami minat. hahaha tiba2

Pastu pandai presenter ni maen angin. 'Keep smiling, you have a very nice smile'. kami pon buat muka ala ala terharu. Ohhhh~ T_T


Pastu kan kat feedback form tu ada orang puji kami comel. Heee *_*
 
Ok bye.!



p/s : Ada lagi satu training kot lepas ni.
 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^




p/s : Sebelum keja, maen blog. Rasanya sentisa maen blog, takdak nya sebelum sebelum. hahaha!
 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 2 September 2013

Selamat Jalan Fae.

Assalamualaikum.

Selamat Jalan Fae. =')

Ingat 3 tahun kita bersama,
Masa diploma,
Ingat 1 semester kita bersama,
Masa degree,

Ingat kita sama sama nak jadi vouge the vass!!,
Hangat hangat taik ayam,
Last last dua dua selekeh ja,
Haha

Ingat kita minat barang branded2,
Beli satu, Pakai sampai lunyai, 
Takpon cakap ja lebih, Belinya tak,
Haha

Ingat kita sama sama nak belajaq luaq negara masa degree dulu,
Senyap ja last last, 
Satu persamaan kita,
Hangat hangat taik ayam!,

Tapi semalam,
Hg terbang,
Bawak impian kita dulu,

Mungkin sekarang hg masih dalam pesawat,
Semoga setahun kat sana buat hg berjaya,
Kejaq impian kita nak jadi tenaga pengajar,
Kami doakan semuanya baik saja,

Kami akan cuba belajaq kat sini,
Supaya kita bole sama sama jadi pensyarah,
Tah tah kami hangat hangat taik ayam sorang sorang,
Haha

Take Care Sayang. =')

i tengah bagi kata kata semangat kat fae. Hahaha ataupon fae tengah paw nafkah kat i? lawak ah.

Kami : Apa perasaan hg?

i : ko jangan tanya aku sekarang. 

Nampak sangat i akan sedih. Bes kalau ada tunang yang sayang kita dan sanggup tunggu kita kejaq cita cita kan? Fae macam biasa la kan. Takkan korang tak tau dia tu. Renyehh ja memanjang. Huhu

Oh. Malam tu kami mintak aimy tolong temankan kami. Dia pon ada hal kat area area situ rasanya. =)

Selamat jalan. Semoga terus suksess. Macam selalu. Hehe! Jangan lupa beli buah tangan, buah kaki, dan segala jenis buah kat kami ye. Buah hati takmau. Sebab kami minat orang Malaysia. hahaha!

Ok bye!

 
p/s : bila kami nak sambung belajaq ni?



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Pou simple giveaway by chirp-chirp

Assalamualaikum.

Simple giveaway memang kami akan join. =) Ni pulak kaitan dengan Pou. Dah lama sebenaqnya kami stop men Pou. Sebab kami dah busy. Pastu Pou asyek lapaq ja. hahahaha! Tapi sebab nak join ni kami berkasih sayang balik dengan Pou kami. 

Kalau korang nak join. Boleh klik banner di bawah ea. =)


Dannnn~ ini ha Pou kami. Kami baru bagi dia mandi kat luaq. =) Sambil sambil siram bunga. Siram Pou sekali. Hahaha Buli Pou O_O



Okayyy~ Kami nak tag Sharmiza dan Anis. Jom join! =)



p/s : Happy to be a part of his life. =) 





lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 1 September 2013

1st GiveAway by adkdayah

cepat tekan banner..

hadiah yang ohsemmenanti anda
reader x nak ke? kalau nak join cepat dekat SINI
antara hadiah yang ohsem
novel terpakai (nama je terpakai tapi still cantik dan elok lagi tau)
4 pemenang ( sape cepat bole pilih yang mana satu)

majalah ujang keluaran terbaru x 2 pemenang
(gambar contoh)

Felt keychain yang superb cumel x 1 pemenang

cover photo x 3 pemenang
(gambar contoh)
topup RM10 x 4 pemenang
topup RM5 x 2 pemenang

Fridge magnet x 3 pemenang
(xde gambar)
bloglist x 3 pemenang
bloglist sebulan + review blog x 3 pemenang (dayah sendiri)

apa tunggu lagi??cepat sertai 1st GiveAway by adkdayah..tekan banner diatas


p/s : dah lama tak join contest/giveaway/blogwalking. U_U Nak menang!! Nge~

lepas baca jangan lupa senyum ^_^