Sunday, 20 April 2014

Sekufu.

Assalamualaikum.

Fuh fuh! Berabok blog ni. Kami tau ramai yang pasti merindui teletah kami. Bhahaha! Busy lah test. Korang bayangkan kena baca lebih kurang 200 slides dan soalan test 5 ja. Tu slides, kalau tak paham kena refer buku jugak kan? Tu belom kami cari keja part time lagi. Aaaaa~ Ya Allah mampukah kami hadapi semua ni. 

So, abaikan sekejap bab bab study ni. Hihi walaupon esok kelas dan tak revise lagi. Mari bincangkan topik hari ini iaitu sekufu.

Kalau nak kawen cari yang sekufu. Selalu macam tu lah. Dalam islam macam tu. Ulama cakap sekufu tu persamaan atau hampir. Lebih ditekankan kepada pihak perempuan. Yang mana anak perempuan dan wali berhak menentukan dan mempertimbangkan. 

*****

Dah macam kapel pulak wassap farah hari hari akhir akhir ni. Hehehe! Kalau dengan dia ni tak laen tak bukan mesti cerita pasal kawen. Walaupon dua dua takkan kawen dalam masa terdekat ni. Terdekat tu maksud kami tahun ni atau tahun depan lah kot. Mana tau jodoh cepat. Hewhewwww~

Kami plan 26tahun nak mengakhiri zaman bujang. Dari dulu lagi kemain plan. Tapi taktau lah tercapai ka tak? Nak kejaq apa isma. Sabaq sat. hehe! Tunggu anak menakan keluaq, tunggu kakak dengan abang long kami masok rumah baru. Lepas tu tunggu mak kami ada lesen moto. Tunggu adik kami masok universiti. Setel. Kami pikiaq pasal kawen. 

Boleh? haha! Tanya sapa pon taktau.-_-"

Berbalik kepada perbincangan kami dengan farah dan juga hasil google kami. Sekufu. Apa tu sekufu? Kata laennya dari apa yang kami paham adalah setaraf. Enggang sama enggang. Pipit sama pipit. Manakan pipit terbang setinggi enggang. Begitu. Orang yang kaya kawen dengan orang kaya, orang miskin kawen dengan orang miskin. Dari dulu lagi ada isu ni. Sebab tu P.Ramlee pon dah buat filem. Antara dua darjat. Ibu mertuaku. Penarik becha. 
Ni ka pipit?

Kalau kita tengok lah, orang yang dah kawen. Isteri cantik habes ni, si suami ni biasa biasa ja. Ataupon suami ni hensem habes, tapi isteri biasa biasa ja. So kat mana sekufunya? Pandangan masing masing. Sebab penilaian rupa paras kan subjektif. Istilah sama cantik sama padan tu, boleh diterima pakai atas dasar kita tak nampak secara luaran kekurangannya. Itu saja.

Sekufu melalui pekerjaan. Yelah, pekerjaan bersangkut paut dengan education level. Selalunya, engineer kawen dengan engineer, cikgu kawen dengan cikgu, sekufulah kan. Yelah bercinta pon dari universiti, mestilah bidang pekerjaan yang sama. Okay. Melainkan bercinta waktu kerja. Eh sama jugak. Engineer kawen dengan engineer, cikgu kawen dengan cikgu. Kalau becinta dari sekolah laen. Hehehe!

Tidak menjadi masalah jika lelaki memilih isteri yang lebih rendah pendidikannya atau hartanya, berlainan pula kalau isteri memilih seseorang yang rendah dari segala aspek. Dalam hal inilah perlu dititik beratkan kerana ia menjadi satu aspek yang perlu dijaga. Mungkin akan menimbulkan masalah dikemudian hari. 

Tapi tak dinafikan, ada pasangan yang mana suaminya melaksanakan suruhan Allah dan si isteri tau hak dan kedudukan suami dalam berumahtangga jadi tak timbullah sifat ego, sombong dalam diri isteri. Sorang kawan kami ada cakap, kalau kat rumah jangan pandang dia atas dasar pekerjaan atau pendidikan. Pandang sebagai suami yang mana wajib dihormati kerana syurga isteri di telapak kaki suami. =)
Dalam drama tv tu, anak orang kaya kawen dengan anak orang gaji. Tak sekufu pon? Tapi kalau tengok betol betol mesti watak anak orang gaji tu bijak tak pon cantik.

Contoh yang farah bagi kat kami adalah orang kaya yang bersembang pasal Paris, London, maen salji dan sebagainya sekufu tak dengan orang miskin yang jugak bersembang pasal Paris, London, maen salji? Sekufu lah kan? Cara pemikiran dan buah bicara yang sama. Jadi tak janggal kalau bersama. 

Paham tak?

Ok contoh lain. Kami dating dan bf kami tu asyek sembang pasal bodyshop yang mana kami rasa bodyshop kami tak pakai sebab benda ni mahal. Kami tak tau apa apa pasal produk tu. Sekufu tak? hehe! Macam mengarot ja contoh ni. Tapi ni contoh jela. Bhaha! =P

Dalam kehidupan semua benda berpasang pasangan. Laut dan pantai. Langit dan awan. Bulan dan bintang. Kalau kita pakai kasut. Mesti dua dua belah perlu sama kan? Kalau sebelah putus. Kita beli baru. =)

Pokok pangkalnya, semuanya datang dari cara pemikiran. Kalau isu yang dibincangkan tak membawa kepada persefahaman lebih baik jangan teruskan. Kang breakfast nanti sorang sapu nutella sorang lagi sapu planta letak gula. Untung jugak letak gula, silap silap cicah kopi ja. Kan dah laen tu.?

Susah.
xoxo


p/s : Cakap pandai kami ni. Tapi ni hanya pendapat dan pandangan kami saja. Tiada yang betul tiada yang salah. Subjektif.  


Kredit to halaqah.net dan google image.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 5 April 2014

Penangan kenangan.


Kenangan,
Penuh dalam kotak memori,
Mungkin kau dah lupa,
Tapi aku tak lupa kenangan,

Aku terperangkap dalam drama,
Episod angan angan yang aku cipta,
Ciptaan aku seorang,
Tapi kau pelakonnya,

Bukan teringat atau terkenang,
Hanya tak sangka,
Drama yang ku tonton dilayar kaca,
Lakonan sang lelaki keji dalam realiti,

Semoga Allah merahmati hidupmu,
Jika tidak dibalas disini,
Mungkin diakhirat nanti.


*silent*



Sapik la ni dok cerita kenangan awek. Dengan kami sekali terbang. Positif weh, positif. Kahkahkah. Mari kita nasihat yang namanya HATI supaya melupakan namanya kerana empunya nama dah lama melupakan kita. 
Teruskan perjalanan.

Sebab, sejauh mana pon kita lari. Mungkin kita boleh lupakan empunya badan. Tapi, kenangan tetap ada kan? Ok. Dah berjaya lah tu. Hehe.

Sebab kenangan adalah hanya kenangan. Bukan realiti. 

Ok. P cari awek baru. Haha!

OkBye!



p/s : Adakah seseorang akan hadir dalam hidup kita suatu hari nanti? 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 4 April 2014

Nama orang.


Mak kami : Ini nanti bawak mak p pakar kulit tu kat AutoCity.
Kami : Ooo.. kat seberang la? Haa..ok.
Mak kami : Dakk. Kat sini ja. 
Kami : Kat mana ni? AutoCity kat seberang la. Sini mana ada. 
Mak kami : Ada laa. Alaa dekat jalan burma blablabla... Uncle Vj habaq kat mak. Sat nak tengok alamat.

Mak kami pon p la amek nset dia. Buka.

Mak kami : Oooo.. Jalan Abu Siti.

Hahahahaha! 

Sampai esok kami gelak.

AutoCity=AbuSiti

Ok. Sekarang kami nak p kaji. Kenapa jalan tu nama Abu Siti.?
lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Kami putaq duluuuu~


Mak kami : Ni nak *putaq ka?!
Kami : Mak dah *putaq ka?!
Mak kami : Baju ni boleh *putaq ka?!
Kami : Haaaa *putaq jelah.


Berapa banyak pekataan putaq laaaa. Haha Baru kami sedaq aplikasi pekataan putaq tu bukan ada dalam cerita masam masam manis tu saja. Hahaha. 

"Hang mai aloq staq aku putaq putaq kepala hang!". 

*Putaq=putar=basoh baju guna mesin basoh


Hahaha! 

Kami kat atas, mak kami kat bawah. Korang boleh bayangkan tak macam mana kitorang menjerit jerit dengan bunyi 'q' kat belakang. 

Ok. Bayangkan. @_@

Hahahaha!

Itu saja. Okbye.


#makkamilawak


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 2 April 2014

Cinta & Penjara.

Cinta bukan satu obsesi
Cinta bukan satu posesi
Cinta perlu saling melengkapi
Cinta perlu ada toleransi

Perhubungan bukan penjara
Pertunangan bukan penjara 
Perkahwinan juga bukan penjara
Yang menyekat manusia dari dunia

Kita perlukan udara
Untuk mengejar cita cita
Untuk menggapai angan angan
Walau ianya setinggi gunung seluas lautan

Apa yang perlu ada
Dua jiwa yang menerima seadanya
Dua jiwa yang susah senangnya bersama
Dua jiwa yang setia selamanya

Aku tenang.

Selamat malam.


p/s : Mood jiwang datang kembali. 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 1 April 2014

gengbestari makan kenduri zairi.

Assalamualaikum.

Tinggg! Kami datang lagi. Lepas balik dari konvo adik kami. Kitorang macam biasa geng geng bestari nak p kenduri zairi. Dekat ja. Minggu tu memang kami busy gila. Takdan nak update apa apa. Bayangkan 

13-16/3 Trip Tioman
18-19/3 Konvo adik kami
22/3 Kenduri Zairi

Hehhe! Kami nak menghadap laptop pon takleh, sebab kakak kami dan abg long adakan. Takkan nak memerap maen laptop. Tapi kalau duduk depan tv semua maen nset tu biasa lah zaman la. Hahahahahaha!

Berbalik kepada cerita kenduri tu. Sapik macam biasa, tak abeh abeh. "Kumpul kat umah isma, senang tengah tengah, lapang banyak parking." Haha! Tak kisah camna pon. Sebab padang depan umah tu bukan kami punya. Haha Oh, malam tu kami amek erni. Dia turun dari KL doh semata nak p kenduri zairi. Hehe Eh, Sapik pon sama la. Semata kenduri Zairi ni dia balik. Ishh *Zairi baca weh, diorang sanggup kerana hang hihi*

Janji kul 1230. 

Dalam kul12 tu kami keluaq hantaq mak kami p umah kawan dia. Sebab mak kami nak p kenduri dengan kawan dia. So, masa balik umah tu ehh nampak keta sapik kat depan. Hehe Kami pon folo belakang diorang. 

Pastu takkan nak tunggu tengah panas kan. Kami pon pelawa la masok rumah. Dengan ayat "Wehh, mai la masok, mak kami takdak kat umah." Hahaha! Apadia kami ni. Mengarot ayat. Kami nak maksudkan takpayah la nak segan kat mak kami, dia takdak. Masok ja. Diorang ni dah maksud macam macam dah. Haha!

Tak lama tu munirah sampai. Pastu fareha. Pastu eza dengan suami dia. Ingat nak gerak dah. Anak berak pulak. Hahaha! Kami taksanggup nak macam tu kagi. Maksud kami, kami tak ready lagi nak ada anak. Mungkin sebab tu la percintaan kami semua kecundang. Hahaha!

Dah setel setel tu. Baru gerak. Alangkah bebalnya. Kami lupa amek hadiah. pHahahahahaha! Patah balik. Kami yang lead. Jadi semua tiga tiga patah balik. Kat diorang diorang ni tak malu. Malu kat suami eza la. Tah dalam hati dia "Apa la kawan kawan bini aku ni." Hehe

Hari berkenaan baru cuti sekolah kot. Kereta sangat banyak. Kitorang decide nak naek feri sebab ehh, bukan kitorang, kami yang decide sebab kami tau jalan tu ja. Hahaha!

*Sebenaqnya kami tak pandai sangat jalan jalan ni. Kami takot nak explore jalan baru. Tapi masa kami becinta dulu. Dia selalu buat kami explore jalan baru. Even kami msg sambil drive pon dia lah punya sebab. Kalau tak kami tak berani la nak explore jalan baru dan msg sambil drive. Dah sesat kan. Mesti nak kena msg. Hahaha! Dan jalan yang kitorang bakal lalu ni, jalan yang penah dia ajaq. Sedih sekejap kami. Hahahhaa!* 

Ok. Mari lihat gambaq kitorang! =)
Kami sedang buat iklan tudung. Hehe! Terbang terbang. Mula mula nak amek gambaq guna monopod malu kot. Hahahaha! Atas feri, korang bayangkan korang amek gambaq ada penonton. Haha! Tapi bila kami perati sekeliling macam semua buat hal sendiri. Kami ponnnnnn
Eza dok jeles jeles kami pakai tudung ni. hahaha Diorang punya tudung dok terlitup litup. Huuu~ 
Lambat tol orang ni amek pic. Dah la senget. Hahah! Haa! Lupa nak cerita suami eza jaga anak dalam kereta. Haha! Aihh. Bajet bujang plak minah ni. Hehehehe!

Kami mun dengan fareha satu kereta. Hehehe! Fareha macam biasa tak suka tengok camera. Dalam erti kata laen, dia suka orang amek candid gambaq dia. Hahahaha! wekk! Depan tu keta sapik. Keta baru tuuu~ Saja tak abeh abeh nak sakat. Heheh Masa ni nak turun dah, sapa yang tak penah nek feri? Tu tengok tu diorang turunkan jeti tu. Ahh, taktau lah nak terang. Hahaha!

Sampai sampai tu. Kami lead la. Tapi diorang keta len taktau yang mun buka waze. Hahahha! Takot leading kami end up makan kat kedai pulak satg. Haha! Kami ingat ingat lupa jalan tu. Yelah memori yang kita nak lupa. Bek lupa terus. Hewhewhew~

Whatever. Sampai pon. =) Makan makan. Lepas tu semua pakat nak dukung eiman. hehe! Bes lah dia ni. Tak nangis pon. Lepas tu pandai tengok camera. Pastu comel. Pastu abeh la anak eza ni pusing meja bulat tu. Heheheh~
Dengan mun elok ja dia amek gambaq. Kami pon nak. Hemm~ tapi semua gambaq dengan kami tak naisss. Geram toi la. Haha! Kami tak reti la. Aishh
Dia tak layan kami. T_T "Makcik tak cukup kiut ka eiman?" ok, Makcik. Hahahaha! Ka, kami yang tak pandai pegang dia. Aaaaaa~

Ni kami syok sendiri. Lepastu...........ah penat la camni. Hahahhahaa! eiman dok tengok mak ayah dia. Hemm!
Ni lagi satu kami tak puas hati. Amek gambaq senget senget. Ish. Hahha! Kenapa perlu kipas tu masok dalam frame.?

Untuk zairi dan haslina, Semoga ikatan perkahwinan korang sampai akhir hayat eh. Kitorang datang memeriahkan majlis ja. Nak wish lebih lebih pon tak dak pengalaman kawen. Hahaha! Nanti jangan lupa majlis kitorang pulak. Hehe kami rasa erni dulu kot. Meh kami susun, erni, kerol, sapik, fareha, mun, kami. Pastu eiman. Hehe Eiman sekali dalam list. =) 

Ha lagi satu. Thanks sebab bagi kitorang makan meja vip. Ngeh3.

Lepas balik tu. Solat kat surau depan tu. Lepas tu erni ajak p Sungai Petani hantaq dia balik umah dia. Hehe. Fareha kemain nak p village mall. Kami on ja. Huhu lagipon kami selalu dok dengaq ja village mall tu tapi tak penah p pon. Kitorang pon gerak. Mun macam biasa. "Wehh kul6 kita kena ada atas jambatan or feri dah".

Bagus betol ada kawan macam ni. Nak melencong lebih tak jadi. Hehe! Lepastu sampai sampai erni cakap amanjaya mall lagi best. So kami pon tak kisah la. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii~ bes apanyaa hahahah! Paling up pon chatime ja ada. 

Tetiba la kan sampai sana nak lepak baskin robin. Tah pape. Memang takdapat la. Hahahaha!

Apa apa lah. Janji kami dapat beli sehelai baju cantik dengan harga rm17.90. Heeee~ Selfie dimana mana.


Minum minum. Singgah rumah erni. Solat asaq. Balik. =) 

Kul8 lebih jugak la sampai umah. Hee. Baju yang kami beli tu. Kami biaq dalam keta. Takot mak kami marah. Hahahaha!

Esoknya baru tunjuk. Mak kami terus ajak p SP sebab nak beli baju tu jugak. 

-_-''

mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?




p/s : Senyum adalah terapi diri.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^