Friday, 28 June 2013

Manfaat Ayat Kursi

Assalamualaikum.


Salam Jumaat. Mari lihat manfaat Ayat Kursi. Kami terbaca masa scroll scroll facebook semalam. =)
  • Baca pada saat keluaq rumah. 70,000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
  • Baca pada saat masok rumah. Kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
  • Baca pada saat berwudhuk. 70 tingkat darjat akan diangkat.
  • Baca pada saat ingin tidur. Maka malaikat akan menjaga kita sepanjang malam.
  • Baca pada saat selesai solat. Maka jarak antara kita dan syurga hanya kematian.




p/s : Sampaikan pada orang laen. =) Ini sedekah jariah. Bila orang laen amal, kita dapat pahala jugak. ^^



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 27 June 2013

Jodoh Pasti Bertemu.

Assalamualaikum.

Well, sejujurnya kami risau. Kami risau dalam usia 24 tahun ni. Masih kabur perjalanan hidup kami. Dengan kerja yang tak tentu arah. Dengan percintaaan yang terkandas. Dengan kami yang masih tersadai dekat KL ni. Hehe

Walau macam mana pon, kami bersyukur. Masih lagi sempurna makan minum. Masih lagi baik dari segi kesihatan. Masih lagi ada keluarga dan kawan kawan. Semua tulah penguat segala galanya.

Supervisor farah cakap. Jangan ambil masa terlalu lama selepas grad untuk tentukan jalan hidup kita. Dalam kerjaya. Takot nanti membazir waktu. Waktu kutip pengalaman. 

Tapi ada sahabat kami cakap. Kejayaan hanya dalam agama. =')

Setuju.

Baik agamanya. Bahagia lah kan. Sebab kita letak yang Utama di tempat yang teratas. 

Perjalanan hidup kita ni kadang kadang kita rasa sulit sangat. Kita rasa dugaan tu mai betimbun timbun duduk atas bahu. Padahal setiap masalah tu, pasti ada jalan penyelesaian. Sebenaqnya kita ada satu masalah. Kadang kadang kita lupa pada keindahan tawakal. 


It is only a matter of time! 

Bercakap pasal jodoh. Orang cakap jodoh sebenaqnya ada dekat dengan kita. Hehe Kadang kadang penat kita cari jaoh jaoh padahal orang tu ada ja dekat dekat dengan kita. Kuasa Allah tu besaq. =)

Mungkin dalam hati ni membuak buak perasaan nak mengikat suatu ikatan dan masih tak jumpa calon. Tapi kami yakin yang suatu hari nanti pasti jodoh akan sampai.

Tak perlu la risau soal jodoh. Kalau dah memang orang tu jodoh kita, beribu halangan macam mana pon dia tetap akan jadi milik kita. Kalau dah memang bukan jodoh, macam mana bercinta pon akan putus jugak. Takkan ada yang boleh mengubah ketentuan Allah.

Walau macam mana pon. Janganlah duduk diam dan hanya berserah pada takdir. Menunggu jodoh jatuh keriba. Memang la jodoh tu dah tertulis, tapi kita tak boleh putus asa dan tak berusaha. Macam mana? Persiapkan diri menjadi yang lebih baik. 

Allah takkan hadirkan seseorang tu dalam hidup kita tanpa sebab. Mungkin kehadiran seseorang tu sebagai pengajaran dalam kehidupan kita. Atau mungkin jugak kehadiran seseorang tu untuk bahagia bersama selama lamanya. Hehe

Sebab tu sebagai manusia, jangan kita jadikan diri kita sebagai hamba dalam percintaan. Lumrah la kecewa dan bersedih. Jadilah manusia yang tak mudah putus asa dan terus berusaha. Sebab jodoh pasti bertemu. =)


Wahai bakal jodoh,
Aku selalu menjadikan mu isi dalam doaku,
Jika aku bukan jalanmu,
Ku berhenti mengharapkanmu,
Jika aku memang tercipta untukmu,
Ku kan memilikimu.


p/s : Cinta belum tentu bertemu jodoh, Tapi jodoh sudah tentu bertemu cinta. 



*kami nak bagi semangat kat diri sendiri sebenaqnya, jadi Dr cinta pulak. hahaha*

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 26 June 2013

Rossa : Tak sanggup lagi

 Mari menyanyi. U_U


Setelah sekian lama baru ku menyadari
Mengapa ku selalu menahan rasa sakitku
Ingin ku hapus saja semua dendam ini 
Tapi rasa tak mungkin lagi
Biarkan ku pergi karna aku tak sanggup lagi
Mengingat semua kenangan dulu di saat engkau menyakitiku 
Mengapa semua terjadi di saat kau mulai menyadari 
Semua kesalahanmu padaku tapi ku tak sanggup lagi 
Ku akui sekarang engkau mulai berubah 
Namun rasa sakitku terlalu dalam 'tuk terobati 
Ingin ku hapus saja semua dendam ini
Tapi rasa tak mungkin lagi



p/s : Cinta bukan bertahan seberapa lama. Tetapi seberapa jelas ke arah mana.

*Already gone for 2 months* 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 25 June 2013

Bahaya Collagen

Assalamualaikum.

Ini kisah benar ye kawan kawan. 

Masa mak kami p medical check up minggu lepas. Terjumpa lah seorang perempuan ni. Mungkin lingkungan usia 30+ ataupon awal 40-an. Kami tak ingat. 

Kita bagi nama A. Bukan nama sebenar. A telah meluahkan perasaan kurang senang la sebab sekejap lagi dia akan jalani chemotheraphy. Yang kali pertama. Apalah perasaan A kan. Pengalaman pertama. 

Lalu A menceritakan. Sebab dia datang hospital tu. Payudaranya mengeluarkan darah memancut mancut. Sakit bila bayangkan. Tapi perlu bayangkan yang darah mengalir keluar terlalu banyak sehingga memerlukan dua helai kain batik. 

Tapi A tak sakit tau. Sebelum ni, A selalu rasa ada ketulan kat payudaranya, bila ditekan tekan dia sendawa. Itu ja. 

So, jadi kesnya bila berdarah tula. A jumpa Dr. Pastu Dr ckp breast cancer dan nak bedah tak bole sebab terlalu besaq. Kena kecutkan dulu. Sebab tu la A perlu jalani Chemotherapy dulu. 

Korang nak tau kenapa?

A menyesal ambil colegen. 2 tahun lepas. Korang bayangkan 2 tahun lepas. Kesannya sekarang tauu. Takotnya. 

Sorang lagi kawan mak kami yang amek colegen kan. Dia cakap lepas makan tu breast jadi menegang melampau dan sangat sakit. Takot dengan cerita dia. Jadi kami nak sarankan lah kat kawan kawan kami. Jangan la amek benda tu. *macam dadah lak. hehe*

Tapi apa apa pon semuanya datang dari Allah. Tak kisah la makan colegen ka tak. Tapi tak salah amek langkah berjaga jaga.  


p/s : An apple a day keeps the doctor away.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 24 June 2013

NanoWhite, Jerawat & Kami.

Assalamualaikum.!

Seperti yang diberitahu dalam entry haritu Kami, Jerawat dan 360, kami nak cerita pasai produk yang kami pakai sampai muka kami jadik flawless. haha! flawless tu 360 ok. bukan kami. huuuuu~ Sedeh!

Sapa yang kenal kami dari dulu mesti tau muka kami banyak jerawat. Jerawat yang banyak la, termasok ruam ruam kecil. Bertebaran di atas muka.

Mak : Jerawat ni tak mau ilang ilang.

Kami : Ha mak. Macam patah tumbuh,hilang berganti.

Mak : Jangan cakap macam tu. Macam doa pulak.

Sampai tahap bagi peribahasa la, punya banyaknya. Pastu ada jugak la mulut mulut jahat yang selalu mengata. -_- Sedih dan down sangat. 
Mengadulah kat mak kami. Mak kami ni, bila bab bab orang kutuk anak dia mula la buat sesuatu. huhuhu! Dulu masa kawan adik kami cakap gigi adik kami macam drakula terus adik kami dapat pakai braces. Padahal harga braces tu tiga kali gaji mak kami. -_-

Ha. Lepas tu macam macam produk la mak kami beli. Termasok lah p rawatan muka. Hebat abes ayat. =P Alaaaa facial yang 30 hengget tu. hahahahah Pastu termasok lah buat yang asap asap resdung tu. Mungkin sebab resdung kot jerawat menggila. Lagipun kami rasa, usia sedang meningkat kan masa tu. =P

Macam macam kami guna first clean and clear, pastu Olay, garnier, Natasya,produk sosilawati pon guna. Apa ea.? Nouvelles Visages (NV). Haaa.

Dan yang paling latest kami guna 3tahun lepas sampai sekarang iaitu NanoWhite. Alhamdulillah. Berkesan produk ni. Mungkin sesuai dengan sensitiviti kulit kami. Wahh sama jenis kulit macam diana daniel pulak. hahahahahha! gila tak sama. Kalo sama sah sah kami kapel dengan Farid Kamil sekejap. T_T

Pastu, kami tak tau la muka kami ni tahap mana sekarang. Tapi bila pakai foundation tu ok dah la. Rata lah kulit tu. Setakat ni memang ok. Cuma kadang kadang kering dan tak glowing. Tapi kami bersyukur la sebab jerawat pon dah kurang tumbuh.

Korang yang ada masalah jerawat bole la cuba NanoWhite. Kami tak prefer pills2 ni semua sebab takot organ dalaman kami tak terjaga. Dah la kami kurang minum ayaq masak. Lagi masak la kami kalo telan pil. Huhu. Lagipon kami takot laaa..

Dan kalo makan pill rasanya makan duet. huhu kami ni dah la kedekut. Kalo produk luaran kan makan masa sikit nak abes. hehehe

Korang percaya dengan produk yang memberi kesan yang cepat? Ada setengah orang yakin. Terpulang. Semua produk pon ada kesan. Sama ada cepat atau lambat.=)

Well. Sebenaqnya rindu zaman dulu. Masa belajaq kat UiTM Machang. Pastu godek godek gambaq lama dan terjumpa gambaq gambaq dulu dulu yang ehem ehem jerawat melampauu. huhu dan sure sure la masa tu takdak 360 kan. heheh

Terpikiaq plak nak cerita sal Nanowhite ni. Haa..kawan kami Izura tula yang kenalkan kami ke dunia Nanowhite. =) Kami start dengan pencuci muka ja. 

Jom. Tengok gambaq dulu dulu. Haha



Masa ni kami sangat tembam. Bahagia. heheheh! Fae pon bukan maen minum ayaq soya sampai sekotak besaq. hahahaha! Nana dan Fae dah jadi tunang orang. U_U''


Warghhhh!! hahaha! Boleh tengok beza kulit kami dengan fae. Fae dari dulu sampai la macam ni. Tau tak camna dia jaga kulit? Tak minum ais, tak minum ayaq manis, minum ayaq masak 24jam. OMG. Kami takleh camtu.


Abes comey la ni gambaq. heheh Zura dah jadi bini orang. heheheh! 

Dann..Kami tak tau apa motif kami amek gambaq ni. hahahhahahahaaha
=
=
=
=
=
=
=
=

Ok. Sudah sudah la gelak. hahahahhahahaha. Kami pon gelak tak stop stop ni. hahahhaa!

Kami nak cerita yang Nanowhite tu sangat berkesan la untuk jangka masa panjang ni. Kawan kami kata dia nak tengok muka kami tanpa mekap. hahah! Kami tak konpiden la kuaq umah tak mekap. =P Sebab ofcoz la parut2 still ada sikit sikit. Makan masa nak ilang. Kena sabaq. hehehe Alhamdulillah la sekarang.

Ni la muka kami tanpa 360. Masa ni nak balik keja tengah tunggu farah. huhu So, mekap semua memang dah hilang la. =P Pastu pucat dan sebagainya.



Kami sangat mempunyai masalah eyebag. huhu Mungkin sebab pakai lens kot..Tak pa lah. Malas pikiaq. Hahah

Gambaq latest selepas pakai braces hitam.

Okbye.



p/s : Dulu 54kg sekarang 46kg. Haha! 


*Kami sedang mencari satu perhubungan yang nyata matlamatnya.*


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 20 June 2013

Dosa.

Assalamualaikum.

Untuk kita pendosa, harapan selalu ada.

" Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya,sebelum kamu didatangi azab .Ini kerana sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan."
(Surah Az-Zumar,Ayat 54)


Kami masih dalam proses lagi mendalami buku ni. =) Tapi tengok saja pada tajuknya. Kita dah dapat agak isinya kan? Sebagai manusia memang tak terlepas dari dosa. Tak kisah lah dosa kecil ka dosa besaq ka. Takut kan? 


Episod Pertama.

Dosa. Kita perlu lihat semula.

Kadang kadang sengaja kita tak mau menilai semula segala perbuatan kita. Dengan tidak mengetahui, ia lebih baik sebab kita tak perlu bertanggungjawab atas kesalahan tu. Sedangkan dosa tetap dosa sebab dosa ada efeknya. Ada la sebab kenapa Allah larang. Dosa ni bukan lah penutup pintu rahmat Allah, tapi boleh menutup kalau kita selalu sangat bergelumang dosa.

Dalam kehidupan ni takdak benda tengah tengah. Antara baik atau tak? Halal atau haram? Yang tengah tengah tu syubhah. Kita dinasihatkan jangan buat la benda yang syubhah ni. Sebab bila dah syubhah tu dia lebih cenderung kepada benda yang Allah tak suka.

Macam mana kita nak tau apa yang kita buat tu salah? Macam mana kita nak tau apa yang kita buat tu berdosa? Senang saja. Yang Allah larang tu jangan buat walaupon benda tu kita anggap baik, yang Allah suroh tu buat walaupon kita anggap tak baik.

So, untuk harini marilah kita lihat apa yang kita buat, apa yang kita cakap, apa yang kita makan, apa yang kita pakai, apa ibadah dan kepercayaan kita. Semua ni dalam lingkungan yang baik kah?

Nanti kami cerita lagi apa yang kami baca. Hehe Tu semua dari pembacaan kami. Taklah pandai bab bab ni. Tapi cuba. Ok. Tata.



p/s : Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan. 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 19 June 2013

Kami bukan orang Jepun.

Assalamualaikum.

Hai korang. Hehe Sapa la korang.? Macam ada orang baca. =P  Takpa lah kami memang suka beletiaq. heeee

Korang baca tak entri ni Sabtu di Alamanda. Betapa kami tak jiwanya makan sushi king. haha! Haritu yang bonanza RM2 tu kawan kawan kami ada ajak lagi. Huhu yang masa tu kami tak p. Ni bonanza RM3 ni diorang ajak lagi. Kami p la. Saja. hahahaha!

Diorang ni apa yang minat sangat pon tak tauu. Haha. Standard la kan. Tekak laen laen. Duet pon asing asing. heheh!


Farah haruslah eksited. Yelah mana tau bakal suami keje kat jepun. Haha Kena la praktis siap siap. =P Macam ada bau bau nak ke Jepun ni. Aishhhh!

 Ekin peminat tegar ni. Kalo tak, takkan dia ada kad kan. hehehee!

Fifi up sikit dari kami. Try lah jugak yang laen kan. kami layan ayam jek. =_= satu pinggan ja kami bole. haha Kembang anak tekak. Marah ni diorang kami memperkecilkan minat diorang. hoho

 Haaaa..yang ni ayam ni. Hahaha Jakun lah kamiiii!!




Ekin juara!! 6 pinggan jelah tapi. =P

So, kawan kawan ku yang area sini nak p bole la lunch ni. Harini last. haha Sapa yang kat penang tu minggu depan serbu tauuuuu~


p/s : Kurus kami kalo kami jadik orang jepun. haha!


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 17 June 2013

5 Sebab Suka Tempat Kerja

Assalamualaikum.

Waaa...5 ja sebab suka. Hahahaha Yang len tak suka. T_T

Bila pikiaq pikiaq balik kan. Tak baik tau macam tu. Yelah. Ni kan tempat cari rezeki. Kena la terima seadanya. Macam nak cari suami. Kena la terima seadanya kalo nak sehidup semati. =P Cerita suami pulakkkk

Ok. Dah. 

Kembali kepada topik.! 

1. Internet laju
  • Lajunya internet tak terkata. haha. Kami guna internet ala kadaq ja. Tapi sesiapa antara kawan kawan kami yang donlod something mungkin akan rasa kelajuannya. huhu Kami tak pandai la donlod donlod semua ni. Dengaq lagu pon kat youtube. hahaha! Malas la.
2. Internet dimana mana
  • Setakat ni. Semua tempat kuat ja internet. Ada ja. Kecuali parking keta. hahaha! Kami tak tau la kalo semua tempat yang kami p tak cukup terperosok, tak cukup tersembunyi. hehe
3.Kafe Murah
  • Murahnya ni pada tahap yang diterima akal la. Rasanya Shah Alam lagi mahal kot. Hehe Walaupon Bukit Jalil ni KeyyyElll.. KL sangat. *mata keatas* hehehe Tapi still murah. So kami suka! Sebab kami kena jimat! *Emm lupa. Kami kedekut* ahahaha
4.Toilet Sentiasa Bersih
  • Haaa...yang ni paling kami suka. Hahaha! Sebab sangat bersih. Bersih yang melampau. Bersih lah. hahaha! *Gelak 24 jam* Pastu dah la bersih, tisu tak pernah habes, sabun sentiasa ada. Huhuhu Kami suka!!!! Tu untuk department kami. Jadi keja plak kami nak geledah department orang len. huhuhu
5. Semua yang diatas. 
  • =_=''
Selamat Malam.
 
 
p/s : Kadang kadang kita perlukan kehilangan untuk kembali mengerti erti sebenar pertemuan.
 
 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 16 June 2013

Baik Atau Jahat?

Assalamualaikum.

Selamat Pagi. hehe!

Kami menulis diselang seli dengan kerja yang ada. Bosan menghadap dokumen. hoho poyo! Awat poyo sangat tak tau. hehehe

Cerita semalam. Kami balik dari Penang so stop la kat Pudu. Pandai pandai lah mengharungi liku liku hidup. Liku sangat.! Berdikari maksud kami. =P

Masalah kami adalah tak cam tempat dengan tepat. hehe Jalan pon tak cam inikan pulak banggunan. =P huhu Tak kisah la. Bila driver jerit Pudu tu turun jela kan. hahahahhaah! Gila konpiden. Padahal dalam hati, kat mana niiii??? =_=

Dengan berekspresikan wajah yang konpiden. Kami melangkah. haha! Rupanya dia stop tepi tu ja. Jalan la masok. Cari Stesen LRT Plaza Rakyat semua tu kami tau la. Sebab Farah dah ajaq everything. hehe! 

Nak cerita ni masa kami tengah tunggu LRT Sri Petaling. Ampang punya dah lepas dah. huhuhu. Ada sorang mamat ni dok ulang alik lalu. Ulang alik lalu depan kami. Orang Penang kata 'dok keliting p mai p mai' Kami masa tu tengah wassap dengan Farah. Nak ajak makan kat kedai bawah bila kami dah sampai. huhu

Pastu kami tengok la mamat ni sambil buat muka blur. Dalam hati "Apahal dia ni?" 

Mamat : Awak tahu tak train ni habes kul bape?

Mamat tu memulakan perbualan.

Kami : Tah. Saya bukan orang sini. Saya tak tau. Pukul 1030 11 camtu kot.

Bagos.! Memang bagos jawapan kami. Yang kami dok cerita kami bukan orang sini tu dah kenapa.?? Aishhh. Mungkin akan membuka peluang untuk mamat tu meneruskan niatnya. Baik atau jahat?

Kami pon blur. Elok sangat la.

Mamat : Saya student UNITEN nak balik Kuala Terengganu. Sekarang ni Pouch Bag saya hilang. Tak tahu macam mana.

Haaaa?? Story apa plak ni. Dia cerita panjang lebaq kami pon tak paham. Sebab bising dan dia pon jaoh jugak la dari kami. Kami menjaga jarak, sebab takot la walaupon orang ramai. 

Apa apa pon kami pikiaq negatif ja. Baik atau jahat.? Kami pikiaq negatif.

Kami : Tak tau. Tak tau. Saya bukan orang sini.

Kami layan orang tu macam orang tak betoi  plak. Haha Tapi kami pon tak betoi padahal. Dok cerita lagi kami bukan orang sini. Sapa yang tak betoi ni?

Mamat : Macam ni ke cara layanan cik. Kita sama sama melayu. Saya fikir fikir saya nak mintak tolong siape. Dari tadi saya kat sini. Takkan saya nak mintak tolong bangsa laen. Diorang nak tolong ke? 

Apa ni. Kami malaih la nak dengaq. Kami tak peramah macam kami bila kami cakap dengan orang tak kenal. Tolong paham. Dah kenapa mamat ni? Baik atau jahat? 

Kami tak berani nak bertentang mata dengan mamat tu. Mata mamat tu merah macam nak nangis.

Mamat : Tengok cara pakaian saya. Saya ni bohong ke? Jangan pandang luaran. Takkan kalo cik tengok orang tu hensem terus nak kawen?

Haa?? Kami sekali lagi rasa tah hapa hapa dia ni.

Mamat : Saya tengok cik ni cara pakaian open. Ingatkan boleh tolong. Saya tengok cik mampu ja nak tolong. Saya cuma nak cari rm38 ja. Tapi saya bukan nak mintak duet.

Apa kaitan pakaian open semua ni. Kami pakai jeans, blous, cardigan labuh, kasot siap stoking lagi. Open mende lak ni. Open tang mana pon tak tau. Tak mintak duet, Pastu nak minta apa?

Mamat : Tengok henpon pon mahal. Tu pakai braces tu bukan murah.

Dah semua benda dia belek. Kami nak marah dah la. Dalam nada yang sedikit keras.

Kami : Saya bukan orang sini. Jadi saya takot nak cakap dengan orang yang saya tak kenal !!

Spontan jantung kami macam nak tekeluaq.
 
Pastu train pon sampai.

Kami : Minta maaf.

Blah.

Sampai sekarang kami terbayang lagi muka mamat tu. Kami nak mintak maaf la kalau dia betol betol dalam kesusahan. Kami takot nak bagi apa apa bantuan. Huhu yela. Kang kami keluaqkan purse nak kasi duet dia curi semua ka. Tapi dalam banyak banyak orang kenapa dia tak minta bantuan sesama jantina? Pastu lagi satu. Apa dia buat kat Plaza Rakyat punya stesen tu? Kalo dah dapat duet nak jalan kaki balik Pudu? Macam tu? Kenapa tak cari dana kat Pudu ja?

Baik atau jahat?

******

Sampai rumah cerita la dekat mak kami.

Mak : Ini tak baca ayat pelindung apa apa ka. Ayat kursi ka?

Kami : Ini gelabah la. Ini baca doa pelembut hati.

Mak : Hahahaa

Kami : -_-''



p/s : Bukan perlu berhati hati di jalan raya sahaja. Berhati hati di jalan LRT jugak. Ngeh3.!



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 12 June 2013

Sebab Cinta.

Assalamualaikum.

Sebab cinta 
Ubah gaya diri

Tak suka lambat temujanji
Sanggup tunggu berdiri
Lain kali lambatkan diri
Sebab tahu dia lambat sudah pasti

Kenapa tak tegas dengan gaya diri?

Sebab cinta
Ubah gaya diri

Tak suka kejut orang tidur mati
Telefon, wassap berkali kali
Jari tak jemu, hati berapi
Tapi marah sekejap ja nanti

Kenapa tak tegas dengan gaya diri?

Sebab cinta
Ubah gaya diri

Silap.

Ubah gaya diri 
Untuk cinta hakiki
Sebab cinta manusia tak pernah abadi

Tak perlu ubah gaya diri untuk menyenangkan orang lain, kalau diri sendiri dah menyenangkan kenapa perlu bersusah payah mencari perhatian?



p/s : lost in love.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 9 June 2013

Daftar JPA.

Assalamualaikum.

Haaa! tamat belajaq sudah. Jangan dilupakan ea kawan kawan untuk mendaftar tamat belajaq kepada JPA bagi sapa sapa yang amek biasiswa JPA la. Kami tak sure sebenaqnya bila kita kena daftar sama ada dah betol betol habis belajaq ataupon bila dah betol betol grad. hehe tapi dah memandangkan kami dah terbond dengan mimos dan kami takot melanggar syarat JPA yang nak kita kerja dengan kerajaan, jadi kami mengambil keputusan untuk mendaftar selepas grad. Bijak tak? haha

Tak bijak jugak kalo tiba tiba kena saman kan. Tapi korang pasti ka akan dapat keja dengan kerajaan lepas ni walaupon kita kena serve kerajaan 5 tahun ke 10 tahun? So, better korang grab ja apa apa kerja yang ada depan mata. Keja dengan kerajaan pelan pelan kita kayuh cari. hehehBagi kami, ambil lah saja segala probability yang ada. huhu!

Even sekarang menyesal! haha

Ok lah. Camna nak daftar? Apa saja borang yang diperlukan?
Ok. Senang ja kan? Semua benda kita dah ada. Jangan lupa isi SPA dulu. Tak tau slip SPA yang mana? Korang isi jek SPA nanti ada satu button Pastu, just potostat semua benda dan pos. Pos ke alamat ni ye.

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Unit Pasca Pengajian
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya.

Kalo rajin nak hantaq ke sana terus pon bole. Haha rajin sangat! Ataupon bole daftar online, tapi tu kami tak pasti sebab link yang kami ada tu tak function. hehe!  

Ok. Mari sama sama kita buat. Kami tengah update SPA ni haha! Lambat laaa~


kami di tempat kerja. Muahahahhaha! Okbye!


p/s : 'Nanti' adalah kata kata membuang waktu. Kalau bole buat sekarang kenapa nak ditangguhkan?


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 7 June 2013

Bodek Membodek @ Main Angin.

Assalamualaikum.

Hahah. Sekarang ni tahap bosan kami agak melampau. Akhir akhir ni. Balik keja makan pastu terus golek golek. Maen game, baca buku. hehehehe! rasa macam belajaq pulak bila cakap macam tu. huuu yelah, kadang kadang kami menyewa umah tu sorang sorang. Housemate semua takdak. Well, hakikatnya mula rasa sunyi. =')

Ok. So dalam keadaan yang takdak keja tu. Kami MMS adik kami. hahahahah! Saja, before ni pon MMS la jugak selalu. MMS gambaq gambaq yang cantik cantik dengan harapan adik kami puji. Hahah adik kami memang suka puji kami. eheee~

Kami : *gambaq yang kiut* dengan caption. "when i was sleeping. Comey an?"

Adik : Comeyyy gilaaa, heeee

Haaa..macam tu adik kami reply. Kami dah agak dahh! hahaahhaha! 

Kami : Ok. esok i topup u 5hengget.

Haha! kami macam mintak puji pastu bagi upah. =P tak kisah la. janji kami bahagia. Korang apa tau. heeee! ni lah salah satu hadiah hasil pujian yang adik kami bagi. hehehe kami sogok dengan topup supaya next time dia puji lagi. hahahahaha!

pastu camni dia balas.

Adik : Hahaa, yahuuu! Ehh renduu laa

-_-'' Baru sekarang nak cakap rindu?


"Miss you too"
p/s : Wanita yang kuat bukan lah wanita yang tak pernah menangis. Wanita yang kuat adalah wanita yang boleh menghapuskan air matanya. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 2 June 2013

Shugarholic Launching

Assalamualaikum. =)

Hari ni aktiviti yang agak berfaedah selain tidoq yang cukup. huhu Kami p launching kedai kawan kami punya kakak. weeeee! Makan kek freee~ Sedapp.

Memandangkan gmah dengan shark nak ke wedding kawan diorang dan nak terus ke sana. Kami mengambil kesempatan la kan. Hahaha mengacau daun diorang. Pon bole laaaaa~

Tengok ni diorang yang bermuka sama. haha!


Cop jari on 'our wedding tree'. Cop kat atas atas kan, Bajet kawen taun depan. Huh! Hehehe ehh..angan angan kena tinggi ok. Atleast kalo tak dapat pegang bulan, pegang bintang pon jadi la. Tapi antara bintang dengan bulan yang mana lagi jaoh eh?

Ok. Let's move to the topic. hee! Sebelum ni dah penah makan kek Shugarholic ni. Sebab ekin bawak masa bbq dekat Tekala dulu. huhu. Sedap! Sangat sedap lah. Sedap tahap 99. Yummmm..

So, tujuan harini nak rasa laen laen kek yang tak penah makan lagi. =)

Tapi...Well well. Kusyuk makan sampai lupa amek picturesss~ 

Tapi..ada tapi lagi..hehehe kami curik dari instag shugarholic. hehe! Mari lihat macam mana sedap, kemas dan besih kek kek ni dilihat. 

Tapi...hehe basically kami tengok. Kedai nya sangat bersih, kemas, tersusun dan ofcoz tuan kedai dia cantik. hehehehe! Orang cakap kalo tuan kedai cantik, masakan pon mesti cantik macam tuan. hehehe!





haaaa...begitulah. Kalo korang ada majlis apa apa nak order. Sangat kami alu alukan. Sebab konpem konpem sedap. hehehehe 


Kami ni payah lah nak order. Sebab nanti majlis kami kat Penang kan. Hahahaha ! Rugi kami tak dapat menikmati kek yang sedap di hari persandinganku. huhu *bajet

Ok. Kedai Shugarholic ni terletak kat Alam Budiman, Shah Alam. Senang ja nak cari. Bila nampak Uitm Puncak Perdana. Terus lagi. Senang lah.!

Ataupon korang bole tengok kek kek kat blog pemilik Shugarholic
Bole jugak folo instag Shugarholic yang juga Shugarholic. heeee!
 
Konpem korang teruja !

Motif sangat bediri tegak. =P

Selamat Malam! Bye.


p/s : Cinta adalah sesuatu yang misteri dalam hidup, sampai kita tak tau dimana pengakhiran kisah cinta.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^