Wednesday, 24 April 2013

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y #13

Assalamualaikum. =)



Love to start all over again. =') Rindu zaman dulu.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 23 April 2013

Sungai Tekala & BBQ ! Part Two

Assalamualaikum!

Kami nak sambong cerita pasai aktiviti semalam semalam lagi =) Kali ni nak cerita character kawan kawan kami yang kami baru kenal 3bulan ni. hehe! Suka hati kami ja nak tafsir orang kan. Kami observe ja. =_= Jangan marah kalau silap.

Ok. kitorang p tekala ni ramai ni ja. =) 8orang. Huhu. Hah! teringat masa diorang cerita pasal tempat ni. Masa nak plan plan tu la. Kami dengan selambanya google 'telaka' hahah! pastu konpius tak jumpa jumpa jalan kat google map. Pastu bangga dok cerita kat budak budak department kami cakap nak p 'telaka'. Padahal silap tu. Malu. T_T

Meh kami nak kenal kan sorang sorang. =) Diorang ni semua kami kenal kat Mimos tau. Sama macam kami jugak Code8 Apperentice. Kami tak tau la eja apperantice camna. Betoi ka?

Hehe. Dah siap google camna eja? Ok. huhu

Kenalkan yang ni fifi. Orangnya tinggi dan kurus. huhu! Sama tinggi dengan ayah dia. Tinggi tak tinggi. huhu Konpem lepas nak jadik model atopon pramugari. Tengok gambaq pon tau muka anak manja ni. heeee~ pastu fifi ni suara dia kuat. menyanyi lagila melalak kuat. Lagu ziana zain boleh besila. Bayangkan. haha

Status : Single.*Bole praktis lagu senja nan merah kepada sesiapa yang berminat* #awie+ziana
Ok. Next is ekin mustaffa. =) haha! dia ni takdak perasaan punya orang. huhu nada percakapan dia ni straight. tu maksod kami, bukan tak berperi kemanusiaan. huhu masa mula mula kenai tu kami pelik jugak. 'Dia ni tak suka kat aku ka' *dalam hati* Tapi rupa rupanya character dia memang macam tu. Cara dia cakap lembut ja. Tengok baju pon, save GAZA. U_U

Status : dah berpunya. =_= boo..takdapat korang nak share twisties. =P

Ok. yang atas ni shark. ataupon jerung darat. haha! tengok la atas darat ni dok ngorat Gmah. Dah dapat kot. Tah. haha! Dia seorang yang blur. Tengok la asyek buat mata juling idong kembang. Haaaa..kemain kami kutuk. hahahaha! Shark menurut pemerhatian kami orang yang senang nak bawak kemana mana. Nak p sana 'On' nak p sini 'On'. huuuuuuuuu

Status : dah berpunya. *Kira ondaway tu dah berpunya la. Tapi kami dapat hidu sesuatu. Dah kot. Dah dah. *_* 

Haaaa! yang ni la Gmah. Yang shark ngorat tu. Ke sapa ngorat sapa ni? hahaha! Gmah ni sebilik dengan kami. Tapi laen tilam laen bantal. haha! Pelok bearbear laen jugak. =P Gmah ni satu ja masalah dia ni. Biasa dia ni.! Biasa dia ni! Suka letak barang merata rata. hahaha! Maaf la kalo cari barang tak jumpa bila kami dah kemas.*pasal resit teksi yang nak claim tu. Kami tak tau la kalo kami terbuang, Ka memang kami terbuang?* U_U

Status : Dah berpunya titik

aizat.! Kami minat aizat. Tapi aizat artis tu bukan yang ni. haha! Aizat kami tak dapat nak observe sangat sebab dia kerja luaq. Tapi melalui apa yang kami observe. haha tiba tiba keling. hahahahha! Aizat seorang yang setia. Pastu kan dia ni jenis tak belawan balik bila orang cakap. Macam gitu gitu je. Betoi ka? hahaha Ntah.

Status : dah berpunya. Dah kapel lama bila nak kawen?

ini farah. hehehe Dia bilik sebelah. =) Farah ni kadang kadang garang. Tapi pandai gila masak. Sedap. Selalu kalo dia masak kan mesti cukup rasa.. Kalo kami masak mesti terlebih masin takpun tawaq. haha!

Status : dah berpunya. =) Pakwe dia kat Jepun. Orang Jepun.weee!



Ni pulak awis. Tak dapat nak describe sangat. Yang pasti alim orangnya.  =P
Malu kami nak berkata kata. Takot salah penafsiran. haha aritu nak beli tafsir Al-Quran kat Awis pon kami blur beza tafsir dengan tejermahan. Waaaaa~

Status : Searching! Single la kot. Opss!

Kami mengira bajet! Diorang ni membaziaqqq!! hahahha




Alamak gambaq dah tak ikot sequence dah. Hahhahaha tadi dah nak balik. tiba tiba kat bawah berenang balik. hahahahhaah! Lantak la. =P

Ok ok. Dah, kami dah malas simpan dalam draft entry ni. Nak publish jugak walaupon masih lintang pukang. Ngeee.! Lupa! Kami punya character mana?


Omnomnomnom! Meh mak nak suap! Ngeee~ Nanti kalo dah ada baby nak dia panggil apa eh? huhu! *mood mak mak* Tolong pilih jap.

a)"Meh ibu nak suap". 
b)"Meh mama nak suap".
c)"Meh mami nak suap".
d)"Meh bonda nak suap". 
e)"Meh mak nak suap". 
Kami minat c. Bulat c. haha!
 
 Cobaan memijak nset gmah. *tanduk tumbuh*

Call aidul saja saja nak ngadu. Kami cakap tak bawak baju salin. sebab bajet takmau mandi. diorg ni pon cakap takmau mandi kan mula mula. Pastu,

Aidul : Abes, ape tujuan kamu pergi sungai.?

Whatt!! Tak memberi semangat langsung! Cakap la "len kali kita p" tak pon "alaa, sungai je pon". Last last geram punya pasai. Kami masok jugak ayaq. Grrr~ Sejuk! Lantak la pakai jeans ka apa ka. Heeee~ Balik. Basah!



I AM ISMA !




p/s : Lagi dua hari gaji! $_$

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 21 April 2013

Sungai Tekala & BBQ ! Part One

Assalamualaikum.

Tak lengkap cuti kalau tak dilengkapi. haha! Padahal baru kali ni cuti yang dilengkapi. Apani apani?? heeee~

Walaupon duet dah hujung hujung nyawa. Kami dengan rela hati menghujungkan nyawa kami jugak folo Code8 Batch3 p berenang renang di Sungai Tekala. Berenang la sangat. *mata keatas. 

Macam biasa, kami suka p tempat baru. Tempat yang tak penah kami p lagi. =)
Sebab dalam plan ada jugak sebot Sungai Gabai, situ kami dah p. So reject!

Ok. Seperti biasa, persiapan wajib dilalukan. huhu! Wajib! kalo tak kebuloq la kan kat sana nanti. Malam jumaat tu kami, gmah, farah, shark p la pasar beli kat Pasar Borong Selangor. 

Farah : Ni la tempat yang aaron aziz belakon KL Gangster tu.

Kami : Wahhh!! Kenaa cerita kat mak kami ni. haha!

Pastu bila masok dalam semua dok bajet bole tejumpa aaron aziz belakon. Sengal tak sengal. haha! 



Harus selinting seluaq dan pakai selipar. Yekk busuk! haha

Terlindung kepala lembu pulak. hahah! Geli la diorang ni letak kepala lembu. Kalau mak kami beli ayam kan. Kami tak ikot masok dalam. Sebab nanti kami kesian tengok ayam. Kalo kita kesian, haram ka eh nak makan? ka kalau raya korban ja?
 Pakar bawang.

 Mana Aaron Aziz ni.? haha!


Pastu balik tu kitorang buat aktiviti memerap daging. Tak amek lak gambaq. Sebab no handphonesss allowed in the kitchen! tetiba ada rules. Untuk memaintainkan kualiti makanan haruslah fokus. =P Bajet pakar masak. Yang pakar tu Farah bukan kami. huahuahua

Ok. Kitorg tido kul 2. huahhhhh!! *menguap*

Esoknya plan bertolak pukul 730. Bertemu di LRT Bukit Jalil bagi memudahkan proses memarking. Tapi kami tak tau la last minit camne bole parking merata rata. Ikot korang la. Shark parking kat umah kitorang. Eh tak, umah awek dia Gmah. Gmah serumah dengan kitorang. Sebilik dengan kami. Shark parking kat umah kitorang. Betol la. hahaha Saja bagi korang konpiuss!

Pastu aizat parking kat umah fifi. Yang ni tak konpius. heeeeee~

Gerak dua kereta ja kesana. Yang memakan masa 1jam lebih kot. Kami bab bab jalan jangan tanya. Lemah!

Satu kereta Kami Farah Fifi Ekin Aizat. Satu lagi Awis Shark Gmah.

Aizat : Korang memang suka sempit sempit ea?

hahah! saja ja suka menyempit. =P Taknak kacau orang baru nak bercinta. Yeke dah declare? Kami ok ja kalo diorang nak declare. hahaha! tiba tiba sangat! *tangan ke bahu.* Sian awis sorang kat situ. haha!


Aizat drive kete ekin. =) Fifi co-pilot. ngeh3!

Pastu masa odw tu lalu kawasan ni. Signboard tulis, Nirvana Memorial Park pastu ada simbol rama rama. Dengan selambanya kami cakap. 

Kami : Ooo..apa tu. Ada taman rama rama ye kat sini.

hahahahahahaha! mana la nak tau. tu kuboq kristian cina apa tah. Nasib tak melawat. huahua~ U_U Malu. T_T

Ok. Sampai kat sana dalam kul 1030 camtu. Kena bayaq singgit sorang. huhu ekin cakap kalo taknak bayaq bole. Dari parking tu dah kena merangkak. hahaha! Sengal.

Masa ni diorang angkat barang. Kitorang jaga barang. Yeayy jaga barangg!! hahaha..! Takmau bawak berat berat. Kami lemah. =P Pastu jalan lah kedalam cari pot yang sesuai. Agak penuh jugak la. Sebab sabtu kan. hihi

Dah jumpa pot!! heeee..Setup setup. =)

                                    Beria ha fifi gelak. hahahahha!

Okay! Kami dah penat pilih gambaq. heeheh! Sambung part two yea. =) 


p/s : More picturess coming. =)

Credit to aizatsyamin.blogspot untuk gambaq gambaq yang kami grab dari facebook beliau -->Aizat Syamin
 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 17 April 2013

Kami, Jerawat Dan 360.

Assalamualaikum.

Memandangkan macam macam dah canggih sekarang. Banyak lah medium medium yang boleh membawa penipuan. haha! 

Kami nak cerita pasal Camera360! 

Geram kami bila kawan kawan kami komen gambaq kami cakap gambaq kami palsu semata mata. Memang la. Dah tu diorang tak guna ka aplikasi aplikasi tu. Huh! Tapi kami nak mintak maaf la atas kekasaran kami tempoh hari. Heeeeee~ Biasa la emosi terganggu. Tembak tak kena tempat a bro.. *waaa, gangster sangat!*

Ok! 

Sebelum wujudnya henpon canggih ni. Kami edit gambaq jugak tau. Maklum lah tak flawlesssss! Nak tau la tu pakai apa. haha! Yang ni lagi bes tau. Sebab bole edit sendiri pakai klik klik jaaaa~ means klik pakai tetikus la. Tapi bole pilih la area mana nak. Mesti la korang tau kan. Mustahil korang tak tau. Korang kan tak flawless jugak. hahahahaha! Gurau ja tau.

Ni aplikasi online. Sebab tak mampu la nak beli apa apa. Huuuuu~ Adoila. Nak cerita pon lembab. haha! Ni kami pakai picnik. Kat sini kan macam macam bole buat. Kami selalu ilangkan lebam dan sembab bawah mata tu. Pastu kami kan macam takdak kening. Jadi kami tambah kening. heeeeeeeeeeeee~

Lupa nak cakap, kami tak pandai guna photoshop dengan gimp tu. Nangis nangis dulu diperlekehkan sebab tak tau guna. huuu U_U



Tapi picnik ni dah berpindah ke Google+. Jadik kami dah tak guna semenjak tu. Huuuu~ Sebab masok Google+ ja kami jadik lemah. Tak paham nak guna. haha
Yang picnik ni adik kami yang kenalkan. Pastu dia dah tak boleh. Adik kami kasi alternatif laen iaitu ribbet.

Haaa..sini pon bes. Korang kena daftar dulu lah tapi. Free ja. =) *seperti biasa free memang kegemaran kami* Lebih kurang apikasi dia macam picnic jugak. Jom tengok kami edit! Selalunya memang bahagian mata la kami edit. Kami tak tau apa masalah mata kami yang selalu sembab. Atau mungkin cara pakai foundation kami yang salah?


Alamak! Sat kami fokus. Heee~


So kat tepi tu korang bole pilih la nak buat apa kan effect tu.. Selalu terus ja buat effect. Tapi kadang kadang kening macam tak dak. Lipstik pon macam pucat dah. Kita kena la touch up dulu. Konsep yang sama. Haha nak cantik kena touch up. Biaq la tak cantik pon. Huuu

Kawan kami cakap. Senang lah kalo cantik tu objektif. Maen bulat bulat ja. hahahah! Nak cakap kat sini cantik tu subjektif laa.. hehehehe

So tekan la kat tab touch up tu. =)


Wah.. dah lama kami tak bukak ada baru punya la..Plastic Surgery! Haha. lawak tol. hoho Yang hitam hitam tu gambaq injection. heeee! tak cuba lagi. Len kali kami cuba. =P

Ok. Selalu nak ilangkan sembab tu kami pakai wrinkle remover. Nanti korang buka, korang drag la benda tu ke bawah. Eh. Korang bukan tau guna ka? hehehe

Jadilah macam ni. =)


Ok. Gambaq ni sekali dengan kami dah terangkan kening dengan mata kami. hahahahhaa! dah boleh ubah2 pulak! huuu Guna Mascara! Tapi serius kening kami memang takdak. T_T

Sekarang kami nak pakai lipstik dengan blusher pulak. hehe!


Korang kena pandai pandai la adjust Brush size semua tu. huhuhu Memang kadang kadang pakai lipstik comot kan.*yela. pakai tetikus kan. opkoz la tak betol*  tapi bila kita dah zoom out pic ni. Kita akan nampak tak comot dahh. hehe Lagi satu pakai ja lipstik terang pon xpa. Bila dah zoom out baru korang tuka warna yang muda sikit. Kalo dah zoom out baru macam real kan pic tu. Jadi sentiasa cek lepas edit tu sebelum apply. hihi =P 

Dah siap kot. Pastu letak la nak effect apa apa. Dan jangan lupa save! Kalo tak sia sia. Haha!

Ini hasilnyaaa~ Kami tak letak apa apa effect. Sebab nak kasi korang see the different. tak la banyak sangat kan beza. Means tak tipu sangat laa.. hehehehe!

Ok dah. Dah lari tajok ni. Mana cerita 360 niii?
Lepas wujudnya henset canggih kan. Kami dah tak guna dah ribbet ni. hahah belagak gila.! Sebab bila amek gambaq dah automatik licin. Flawlesss gituuu~
T_T yang sedihnya kening tetap takdak. SobsSobs!
Mari lihat effect 360. =)

Dia akan jadik flawless macam tu. Kening takdak! =_= Pastu, mungkin henset kami 8mp kot. Sebab tu licin jek. Padahal tak tauuuu~ 

*Malas nanti ada spekulasi cakap muka kami palsu*

Ok. Itu sahaja untuk malam ini. Penat jugak buat tutorial ni rupanya. hahaha!
Nanti kami nak cerita macam mana jerawat kami yang banyak tu dapat dikurangkan. =) 

Selamat Malam! 

Bye.



p/s : Nak edit tu agak agak la tau. Jangan sampai kantoi.! ^^v


lepas baca jangan lupa senyum ^_^