Thursday, 30 May 2013

Kisah LRT.

Assalamualaikum.

Beberapa minggu lepas. Oh. Bulan lepas.

Dalam LRT dari Bukit Jalil kami ingin menuju ke Plaza Rakyat. Lalu Bandar Tasik Selatan kan. Memandangkan sebelah kami ada tempat duduk kosong, dan kat BTS memang akan ramai orang naek sebab situ stesen pertukaran KTM dengan KLIA Express. Kami pasti akan ada orang duduk sebelah kami la kan. Tak kisah la bukan LRT bapak kami. huhu 

Ada pasangan suami isteri ni naek. Kelam kabut. Si Isteri duduk dulu. Masih ada sedikit ruang antara kami dan si isteri. Lalu Si Suami, membongkokkan badannya untuk duduk di antara kitorang berdua. Lalu si isteri, menolak Suaminya untuk duduk di sisinya yang lagi satu. hehe

Si Isteri  : Duduk sebelah sini. Apa ni nak duduk sebelah perempuan.

Si Suami : Mana la abg tau.

haha! Kami dah gelak gelak dah. Ada dua cas cas bermain dalam fikiran kami.

positif - Bagus kakak ni. Menjaga suami. Menjaga suami supaya tak 'ter' bersentuhan dengan bukan muhrim. 

negatif - Aishh kakak ni. Macam kami nak ngorat suami dia. Kalau duduk pon bukan rapat rapat.

Si Isteri  : Maaf ye dik. *sambil menepuk paha kami* Ni tren nak ke Sentul  Timur?

Kami : Ha'a. *Sambil tersenyum comel.haha


Kalau korang macam mana? Nak jadi isteri yang protected, overprotected atau just-let-it-be? 



p/s : Kami nak cari suami yang pandai jaga diri. =P


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Takdir.

Assalamualaikum.

Takdir.
Takdir pertemukan kita dengan sesuatu yang tidak dirancang.
Takdir pertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diduga.
Takdir pertemukan kita dengan sesuatu yang tidak ingin dirasa.
Sehingga kadang kadang memaksa kita mengalirkan air mata. 
Menahan sebak.
Menahan hiba.
Menahan suatu rasa dalam jiwa.

Takdir.
Takdir pertemukan kita dengan sesuatu yang bernama kawan. 
Takdir pertemukan kita dengan sesuatu yang bernama sahabat.
Takdir pertemukan kita dengan sesuatu yang bernama hubungan.
Sehingga kita faham erti sebenar satu perkenalan.
Satu kemesraan.
Satu keakraban.
Melahirkan rasa cinta.

Takdir. 
Takdir yang memisahkan dua jiwa.
Takdir yang menyatukan dua jiwa.

Wahai pencari tulang rusuk yang hilang.
Aku bersedia.



p/s : Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 29 May 2013

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y #15

Assalamualaikum.



p/s : Semoga menjadi satu permulaan yang baik. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 28 May 2013

Jodoh itu Rahsia.



Assalamualaikum. 

Kami terbaca quote ni. 

“Yakin saja, sesuatu yang sudah ditakdirkan menjadi hak kita, Allah takkan biarkan ia menjadi milik orang lain.”

Betolkan. Sama macam jodoh. Jodoh tu kan rahsia Allah. =)


p/s : Hati manusia milik Allah. 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 27 May 2013

Ahad bersama Farah

Assalamualaikum. 

Ahad bersama Farah ni ialah Farah kawan kami. Bukan Farah artis dan sebagainya ok. heheheh!

Kitorang bajet nak beli barang rumah ahad tu. Sebab stok dah habes sangat. dan sangat lapaq masakan sendiri. *Tipu sangat* Pastu nak beli barang rumah tapi p IOI Mall. Memang menyimpang la kan ceritanya. Last last. Guna Visa dan shopping.!

Kurang pencahayaan disitu ye. hehehe! Dah diserap oleh mood mood baju. Snap sekali ja pastu sambong hunting for something. haha! abes duet kiteeee~


Pastu kitorang men men potong rambut. Hahaha! cuci cuci, blow blow. Pastu segaq ja ok bertudung. heeee!

Sementara tunggu Farah. Tayang gigi sat. =P Bulan ni kami mintak hijau. Bulan lepas Dr cakap bulan ni last. Sebab tu kami request Hijau.. heeee

Kami : I want the stricking green.
Dr : Ooo..Apple grenn

*mana la kami tau warna tu dia panggil apa huhu*

Kami : This month is the last month right?
Dr : Hopefully.

*Dr. yang sungguh tak meyakinkan.* Aishhh! Konpem dia nak perabih duet kami. hahaha!

Balik tu singgah chatime. =)

p/s : Sedang membaca 'Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada'.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

It's a date.!

Assalamualaikum.

Cerita jumaat sabtu haritu. Kami ingat cuti kami bakal hambar gara gara gaji tak masok seperti yang dijangkakan. Huhu Tak paham lagi sistem mimos ni. Rupa rupanya gaji akan auto 25hb. Tak kisah la sabtu ka ahad ka. Aishhh! Kesian pada yang sambut Wesak. Hahaha Kalot macam nak celebrate plak.-_-

So, dalam keadaan yang kekeringan. Ada 50hengget ja. Kami nak buat aktiviti yang berbaloi hari cuti tu. =) hehe orang penang kata 'gagah' jugakk!

Fareha, kawan sekolah rendah kami yang kami rasa last jumpa pon dah lama dah bulan puasa tahun lepas tak silap. Dia sekarang sambung Master dekat UKM. Lepas bincang bincang kami rasa kami nak try explore jalan sana. Rasa macam jaoh ja Bukit Jalil ni dengan Bangi. Padahal, 20minit jaaa!!

Terpisah antara dua tol yang berharga RM2.70. Haha 

Alhamdulillah. Kami selamat sampai tanpa sesat seperti kebiasaan. heeeee.
Kitorang bercadang nak p Alamanda ja. Dalam benak pikiran kami, nak ajak fareha tengok FF6 tu. Sebab dah takdak teman wayang kan. Heheh Rindu jugak kadang kadang. U_U

Kitorang mulakan hari dengan makanan ni. Waffle ada eskrem. Nak bagi adrenalin otak yang beku jadi cayaq. Supaya kitorang boleh take turn bila bergosip. hehehe!

 
Pastu beli tiket. Macam biasa, seat semua full. So, kitorang beli untuk esoknya. Tak berapa nak maju lagi beli tiket on9. Masih guna cara konservatif. hehehehe Camni la bes.! 

Alang alang ada Karnival Belia tu singgah la jugak sat. Nak tengok booth Jobs Malaysia. Tengok tengok kitorang dah lambat. Booth pon macam nak tutup. Owh, sebelum tu kitorang p dekat area depan Masjid Putrajaya tu. Haha terjiwa seni sekejap sebab ada Pameran Kraftangan. hehehe! Tengok orang men musik, batik, barang barang kraf la banyak. Heeeeee~







Fareha ni tak mau tengok kamera langsong. Maluuuuuu sangat orangnya. haha! Kami pulak yang tak malu. huuuuu!

Akhiri hari dengan buger bakaq abang terbakaq. Heheh dah lama kami dok pikiaq nak makan. Last last Fareha ajak p dekat Ramal Junction. Makan lah kami. Yang paling kecik la tapi. hahah Gaji takdak lagi kan. =P Tu pon tak habes. T_T That's why kami semakin kecik molek. hahahaha!


So, esoknya kitorang tengok Fast & Furios 6! Bajet bajet dating gituu..~



Mata ketumbit dibenarkan tengok wayang ok. haha!

Okbye!


p/s : Kami boleh berubah. Tapi jangan cabar kami berubah. Marah ni. haha!


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tak ingin lagi bersamamu : Kangen Band

Assalamualaikum.

Mari layan lagu ini. =')


Melayang sudah harapan di hati 
Saat engkau lukaiku 
Dengan kesombonganmu
Berkali aku mencoba pahami
Keangkuhanmu merajai 
Merobek jiwaku

Biarkanlah aku untuk pergi 
Tinggalkan semua mimpi 
Aku tak ingin lagi 
Bersamamu

Bukan maksud hatiku begini 
Tapi aku tak mampu 
Untuk bertahan lagi 
Dengan kamu

Biarkanlah aku untuk pergi
Tinggalkan semua mimpi 
Aku tak ingin lagi 
Bersamamu

Bukan maksud hatiku begini 
Tapi aku tak mampu 
Untuk bertahan lagi
Dengan kamu
 
Biarkanlah aku untuk pergi 
Tinggalkan semua mimpi
Aku tak ingin lagi 
Bersamamu


p/s : Orang tua tua cakap. Kalau jodoh tak kemana. 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 22 May 2013

Makan : Little Pantry

Assalamualaikum.!

Wahhh...lama dah ni kami makan kat Little Pantry. Tak dan la nak update blog. Keja banyakkkk! Tapi memandangkan gaji dah dekat. Kami nak cerita la pasai makanan sebab yelahh.. Besaq gaji besaq la periuknya. Haha bukan gaji kami besaq. Maksod kami, duet dah ada, besaq la napsunya. Aishh! 

Kami makan sini masa masok gaji bulan lepas. Kalau masok gaji tu, apa pon on. huhu. Kami kena buang la tabiat tu. Haha. Tapi kami rasa tak sampai tahap melampau lagi ha. heheheeh Ketegaq.

Tak plan pon nak makan sini. Nampak macam cantik ja. Sebab tu masok. huuuu~ Korang. Nak tanya. Lemongrass tu halal ka? 

Kami kalo tengok kedai tu ada kepala melayu makan. Kami ok la. huhu! Yakin.

Tengok menu dulu. 




semua nak pink pink. Lembutttt ja rasa. huhu ok. Tengok tengok menu dulu. Nampak macam sedap. heeeee!




As usual. Keluaq makan berempat. heeee! Farah muka lapaq abeh. hahaha! Lihat kat bawah ni. Suasana yang cantik menarik dan tertarik. huhu! Alaa. ni ala ala full house ni. Dekorasi vintage. yeke? tah.

heee! sampai farah pon bajet bajet tengah tunggu mak metua sarung cincin. weeee~ 

Makanan sini pon not bad. Bole terima isi perot. huhu Nah. Tengok lah sendiri.




 
Arghhhh..Kami lapaq. Ok bye.



p/s : Orang yang melihat mentafsir perasaan. Orang yang dilihat merasa perasaan. Mentafsir dan merasa perasaan tak sama. U_U


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Majlis Pertunangan : Fae & Iqbal

Assalamualaikum. 

Bosan! Asyek cita pasal kawen, pasal tunang orang jek. Huuu.. Diri sendiri ni bila? bilaaaaa?? hahah! Tak desperate pon sebenaqnya. Kami rasa time kami nanti mesti kawan kawan kami datang bawak anak. Haha Sekarang kami nak enjoy life bujang ni dulu. Bes kot. Tak bole ulang dah kot, kalo dah kawen. Nak kena penampaq dengan laki. hahah

So, minggu lepas. Sabtu lepas, memandangkan geng geng kami semua dah berpunya. Kami ke majlis tunang fae tu dengan geng geng single. heeee! Tak lah single sangat jugak. hehe Sebab sekali dengan kami pasangan kekasih. haha ape la bawak pakwe masing masing pulak. Patot kami nek kete lagi satu tu. Bebas lelaki. Silap. -_-

Tak kisah pon. Saja ja. hahaha! Kami layankan ja. =) Perjalanan pukul 9 pagi. Tak 9 sangat la. Sebab kitorang semua melayu. hehe Janji dengan kete lagi satu kul 10 kat RnR Seremban. Owh, lupa nak cakap, Majlis dekat Joho. =P

Ok. itu saja. Mari lihat gambaq. =)


 inilah fae. =)



 mari bergambaq sebelom majlis bermula. heeeee!!

 ni la mereka.! huhuhu diorang kenal masa bila ea? asal kami nak sebokkkkk!! huuuu mungkin cinta berputik di kelas PM Zain atopon PM Halilah. huaaaa~
 


 3 of us without nana!

 lelaki lelaki. Semua dah berpunya. Official dengan tak ja. =P 

hahahhaa! terbesaq pulak. wuhhuuu~


sebelum balik tu singgah Tangkak. Diorang nak beli kaen. Kami layankan ja. Tapi kami tak beli apa apa. Amek gambaq ja. Pastu buat sesi luah perasaan dengan nani. Sampai la diorang abes shopping. =)

Untuk pasangan yang bertunang, semoga korang bahagia hingga pertama ke jinjang pelamin. Kedua ke anak cucu. Ketiga hingga ke akhir hayat. Ke empat hingga ke Jannah. Amin. ^^

Okbye!


p/s : Entry ni kami tulis 2hari lepas majlis. 11mei2013. Lambat publish pulak. heeee.



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

W.O.R.D.L.E.S.S.W.E.D.N.E.S.D.A.Y. 14#

Assalamualaikum. 


Kadang kadang ada hikmah disebalik kehilangan. Jangan menangis pada yang belum tentu jadi milik kita. Hargailah mereka yang sentiasa ada. Allah dah rencanakan yang terbaik untuk kita. Perlu usaha dan redha. =) keep on smiling.


p/s : break-up is better than divorce.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 20 May 2013

Konvo Ijazah Kami =)

Assalamualaikum.

Ikot hati ni malas kami nak tulis entry. 
Entah la, rasa sebu, rasa tak lalu, rasa loya, rasa tak selesa.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. =) Kami bersyukur sangat sangat kami sampai tepat pada masanya pagi tadi. Walaupon agak kelam kabot. Kelam kabot sangat lah bukan agak agak lagi. hahaha!

Masok dewan dengan pakai sandal ja. Tak sempat nak tukaq kasot. Ish3! hahahahaha Bajet gangster. Naseb tak kena tahan. Huahuahua. Mungkin ni konvokesyen kedua kot selepas diploma, buat kami rasa tak excited sangat. Juga masalah peribadi yang tak dapat dibendung. T_T 

Malas nak cita panjang. Apa apa pon, Alhamdulillah sekali lagi atas kurniaan Allah terhadap kejayaan kami ni. =)  

Mari lihat hasil yang sempat di snap. -_-







Gambaq bersama keluarga. Orang yang paling penting dalam hidup kami. Tolong paham. PALING penting.! Well, kitorang kalo bergambaq tak sah kalo tak tunjuk gigi. =) Owh. Yang datang majlis konvo kami 4orang ja. Mak, Kakak, Abg Long(abg ipaq), Eqah. heeee!

Besaq kan family kitorang. =_= haha. Abg long malu nak amek pic dengan adik ipaq dia. huuuu ka malu sebab dah makin bulat? Takpa. Bulat suami isteri takpa. heheheheh

Pastu picture bersama kawan kawan rapat kamiii!

 Dan sudah tentu ada picture bersama bestfriend kami !! Fae Nana Zura Bibi! =)




 Dan ni haaaa...Geng geng SMF!!
Juga picture dibawah adalah kawan kawan kelas =)







Okay. itu saja kot. tersesat gambaq napi kat sini. Best student Statistics niiiiiii!! *Tabik.
Aipp. Tak mau maen gigi.! hahahahaha
Sapa paham sila jangan gelak. *mampos kalo napi baca.

Owh. ada satu gambaq dengan Aidul.

"Walaupon kita dah tak macam dulu. Saya harap kita bole jadi kawan sampai bila bila." =)

Okayyy..Kawan kawan berakhirlah cerita konvo kami. Tahniah kepada semua. =P Yang dah kerja tahniah jugak. Yang masih belom kerja bersabaq la. Rezeki tu ada bagi orang orang yang bersabaq. ^^ Yang dah tunang kawen. Tahniah! Aishhhh! hahahaha jeles kite. Dan beribu ribu tahniah la kepada semua. *teringat lagu beribu tahniah farah fifi*

Terimalah gambaq comel kami yang terakhir.! haha

Bau bunga ke bau plastik!? hahahaha

-_-''



p/s : konpem mengantok p keja esok. =_=


lepas baca jangan lupa senyum ^_^