Assalamualaikum.!
Seperti yang diberitahu dalam entry haritu Kami, Jerawat dan 360, kami nak cerita pasai produk yang kami pakai sampai muka kami jadik flawless. haha! flawless tu 360 ok. bukan kami. huuuuu~ Sedeh!
Sapa yang kenal kami dari dulu mesti tau muka kami banyak jerawat. Jerawat yang banyak la, termasok ruam ruam kecil. Bertebaran di atas muka.
Mak : Jerawat ni tak mau ilang ilang.
Kami : Ha mak. Macam patah tumbuh,hilang berganti.
Kami : Ha mak. Macam patah tumbuh,hilang berganti.
Mak : Jangan cakap macam tu. Macam doa pulak.
Sampai tahap bagi peribahasa la, punya banyaknya. Pastu ada jugak la mulut mulut jahat yang selalu mengata. -_- Sedih dan down sangat.
Mengadulah kat mak kami. Mak kami ni, bila bab bab orang kutuk anak dia mula la buat sesuatu. huhuhu! Dulu masa kawan adik kami cakap gigi adik kami macam drakula terus adik kami dapat pakai braces. Padahal harga braces tu tiga kali gaji mak kami. -_-
Ha. Lepas tu macam macam produk la mak kami beli. Termasok lah p rawatan muka. Hebat abes ayat. =P Alaaaa facial yang 30 hengget tu. hahahahah Pastu termasok lah buat yang asap asap resdung tu. Mungkin sebab resdung kot jerawat menggila. Lagipun kami rasa, usia sedang meningkat kan masa tu. =P
Macam macam kami guna first clean and clear, pastu Olay, garnier, Natasya,produk sosilawati pon guna. Apa ea.? Nouvelles Visages (NV). Haaa.
Dan yang paling latest kami guna 3tahun lepas sampai sekarang iaitu NanoWhite. Alhamdulillah. Berkesan produk ni. Mungkin sesuai dengan sensitiviti kulit kami. Wahh sama jenis kulit macam diana daniel pulak. hahahahahha! gila tak sama. Kalo sama sah sah kami kapel dengan Farid Kamil sekejap. T_T
Pastu, kami tak tau la muka kami ni tahap mana sekarang. Tapi bila pakai foundation tu ok dah la. Rata lah kulit tu. Setakat ni memang ok. Cuma kadang kadang kering dan tak glowing. Tapi kami bersyukur la sebab jerawat pon dah kurang tumbuh.
Korang yang ada masalah jerawat bole la cuba NanoWhite. Kami tak prefer pills2 ni semua sebab takot organ dalaman kami tak terjaga. Dah la kami kurang minum ayaq masak. Lagi masak la kami kalo telan pil. Huhu. Lagipon kami takot laaa..
Dan kalo makan pill rasanya makan duet. huhu kami ni dah la kedekut. Kalo produk luaran kan makan masa sikit nak abes. hehehe
Korang percaya dengan produk yang memberi kesan yang cepat? Ada setengah orang yakin. Terpulang. Semua produk pon ada kesan. Sama ada cepat atau lambat.=)
Well. Sebenaqnya rindu zaman dulu. Masa belajaq kat UiTM Machang. Pastu godek godek gambaq lama dan terjumpa gambaq gambaq dulu dulu yang ehem ehem jerawat melampauu. huhu dan sure sure la masa tu takdak 360 kan. heheh
Terpikiaq plak nak cerita sal Nanowhite ni. Haa..kawan kami Izura tula yang kenalkan kami ke dunia Nanowhite. =) Kami start dengan pencuci muka ja.
Jom. Tengok gambaq dulu dulu. Haha
Masa ni kami sangat tembam. Bahagia. heheheh! Fae pon bukan maen minum ayaq soya sampai sekotak besaq. hahahaha! Nana dan Fae dah jadi tunang orang. U_U''
Warghhhh!! hahaha! Boleh tengok beza kulit kami dengan fae. Fae dari dulu sampai la macam ni. Tau tak camna dia jaga kulit? Tak minum ais, tak minum ayaq manis, minum ayaq masak 24jam. OMG. Kami takleh camtu.
Abes comey la ni gambaq. heheh Zura dah jadi bini orang. heheheh!
Dann..Kami tak tau apa motif kami amek gambaq ni. hahahhahahahaaha
=
=
=
=
=
=
=
=
Ok. Sudah sudah la gelak. hahahahhahahaha. Kami pon gelak tak stop stop ni. hahahhaa!
Kami nak cerita yang Nanowhite tu sangat berkesan la untuk jangka masa panjang ni. Kawan kami kata dia nak tengok muka kami tanpa mekap. hahah! Kami tak konpiden la kuaq umah tak mekap. =P Sebab ofcoz la parut2 still ada sikit sikit. Makan masa nak ilang. Kena sabaq. hehehe Alhamdulillah la sekarang.
Ni la muka kami tanpa 360. Masa ni nak balik keja tengah tunggu farah. huhu So, mekap semua memang dah hilang la. =P Pastu pucat dan sebagainya.
Ni la muka kami tanpa 360. Masa ni nak balik keja tengah tunggu farah. huhu So, mekap semua memang dah hilang la. =P Pastu pucat dan sebagainya.
Kami sangat mempunyai masalah eyebag. huhu Mungkin sebab pakai lens kot..Tak pa lah. Malas pikiaq. Hahah
Gambaq latest selepas pakai braces hitam.
Okbye.
p/s : Dulu 54kg sekarang 46kg. Haha!
*Kami sedang mencari satu perhubungan yang nyata matlamatnya.*
phewit...boleh jadi duta nanowhite la ni...
ReplyDeleteknp pakai braces? gg dah lawa.
ReplyDelete