Thursday, 20 June 2013

Dosa.

Assalamualaikum.

Untuk kita pendosa, harapan selalu ada.

" Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya,sebelum kamu didatangi azab .Ini kerana sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan."
(Surah Az-Zumar,Ayat 54)


Kami masih dalam proses lagi mendalami buku ni. =) Tapi tengok saja pada tajuknya. Kita dah dapat agak isinya kan? Sebagai manusia memang tak terlepas dari dosa. Tak kisah lah dosa kecil ka dosa besaq ka. Takut kan? 


Episod Pertama.

Dosa. Kita perlu lihat semula.

Kadang kadang sengaja kita tak mau menilai semula segala perbuatan kita. Dengan tidak mengetahui, ia lebih baik sebab kita tak perlu bertanggungjawab atas kesalahan tu. Sedangkan dosa tetap dosa sebab dosa ada efeknya. Ada la sebab kenapa Allah larang. Dosa ni bukan lah penutup pintu rahmat Allah, tapi boleh menutup kalau kita selalu sangat bergelumang dosa.

Dalam kehidupan ni takdak benda tengah tengah. Antara baik atau tak? Halal atau haram? Yang tengah tengah tu syubhah. Kita dinasihatkan jangan buat la benda yang syubhah ni. Sebab bila dah syubhah tu dia lebih cenderung kepada benda yang Allah tak suka.

Macam mana kita nak tau apa yang kita buat tu salah? Macam mana kita nak tau apa yang kita buat tu berdosa? Senang saja. Yang Allah larang tu jangan buat walaupon benda tu kita anggap baik, yang Allah suroh tu buat walaupon kita anggap tak baik.

So, untuk harini marilah kita lihat apa yang kita buat, apa yang kita cakap, apa yang kita makan, apa yang kita pakai, apa ibadah dan kepercayaan kita. Semua ni dalam lingkungan yang baik kah?

Nanti kami cerita lagi apa yang kami baca. Hehe Tu semua dari pembacaan kami. Taklah pandai bab bab ni. Tapi cuba. Ok. Tata.



p/s : Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan. 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

2 comments: