Thursday, 27 June 2013

Jodoh Pasti Bertemu.

Assalamualaikum.

Well, sejujurnya kami risau. Kami risau dalam usia 24 tahun ni. Masih kabur perjalanan hidup kami. Dengan kerja yang tak tentu arah. Dengan percintaaan yang terkandas. Dengan kami yang masih tersadai dekat KL ni. Hehe

Walau macam mana pon, kami bersyukur. Masih lagi sempurna makan minum. Masih lagi baik dari segi kesihatan. Masih lagi ada keluarga dan kawan kawan. Semua tulah penguat segala galanya.

Supervisor farah cakap. Jangan ambil masa terlalu lama selepas grad untuk tentukan jalan hidup kita. Dalam kerjaya. Takot nanti membazir waktu. Waktu kutip pengalaman. 

Tapi ada sahabat kami cakap. Kejayaan hanya dalam agama. =')

Setuju.

Baik agamanya. Bahagia lah kan. Sebab kita letak yang Utama di tempat yang teratas. 

Perjalanan hidup kita ni kadang kadang kita rasa sulit sangat. Kita rasa dugaan tu mai betimbun timbun duduk atas bahu. Padahal setiap masalah tu, pasti ada jalan penyelesaian. Sebenaqnya kita ada satu masalah. Kadang kadang kita lupa pada keindahan tawakal. 


It is only a matter of time! 

Bercakap pasal jodoh. Orang cakap jodoh sebenaqnya ada dekat dengan kita. Hehe Kadang kadang penat kita cari jaoh jaoh padahal orang tu ada ja dekat dekat dengan kita. Kuasa Allah tu besaq. =)

Mungkin dalam hati ni membuak buak perasaan nak mengikat suatu ikatan dan masih tak jumpa calon. Tapi kami yakin yang suatu hari nanti pasti jodoh akan sampai.

Tak perlu la risau soal jodoh. Kalau dah memang orang tu jodoh kita, beribu halangan macam mana pon dia tetap akan jadi milik kita. Kalau dah memang bukan jodoh, macam mana bercinta pon akan putus jugak. Takkan ada yang boleh mengubah ketentuan Allah.

Walau macam mana pon. Janganlah duduk diam dan hanya berserah pada takdir. Menunggu jodoh jatuh keriba. Memang la jodoh tu dah tertulis, tapi kita tak boleh putus asa dan tak berusaha. Macam mana? Persiapkan diri menjadi yang lebih baik. 

Allah takkan hadirkan seseorang tu dalam hidup kita tanpa sebab. Mungkin kehadiran seseorang tu sebagai pengajaran dalam kehidupan kita. Atau mungkin jugak kehadiran seseorang tu untuk bahagia bersama selama lamanya. Hehe

Sebab tu sebagai manusia, jangan kita jadikan diri kita sebagai hamba dalam percintaan. Lumrah la kecewa dan bersedih. Jadilah manusia yang tak mudah putus asa dan terus berusaha. Sebab jodoh pasti bertemu. =)


Wahai bakal jodoh,
Aku selalu menjadikan mu isi dalam doaku,
Jika aku bukan jalanmu,
Ku berhenti mengharapkanmu,
Jika aku memang tercipta untukmu,
Ku kan memilikimu.


p/s : Cinta belum tentu bertemu jodoh, Tapi jodoh sudah tentu bertemu cinta. 



*kami nak bagi semangat kat diri sendiri sebenaqnya, jadi Dr cinta pulak. hahaha*

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

2 comments:

  1. setuju... tentang jodoh tu... kita ingat jodoh kita tu jauh dan x jumpa lagi..rupa2nya dekat jer dengan kita, kita jer yang tak sedar...

    ReplyDelete