Assalamualaikum.
Kadang kadang perlu ada muhasabah diri. Perlu ada satu titik dimana kita berfikir, hayati dan rasai sedalam dalam nya. Apa yang kita nak dalam hidup. Dan kenapa wujudnya rasa tak syukur tu?
Sedaq tak yang kita sebagai manusia tak pernah terlepas dari nikmat dan rahmat Allah. =) Memang tak terhitung kan?
Nikmat asal. Nikmat yang dah kita bawa dari kita lahir. Cukup anggota tubuh badan, ada tangan, kaki, telinga, mata dan semua anggota ni boleh berfungsi serentak! Bercakap, melihat dan mendengaq dalam satu masa. Betapa besaqnya kekuasaan Allah kan?
Nikmat akan datang. Nikmat sepanjang kehidupan. Kebahagiaan, Kekayaan. Semua yang ada kat muka bumi ni tumbuh tumbuhan, haiwan ternakan, kayu, besi. Semua tu nikmat. Sebab diguna pakai manusia.
Tapi.
Secara lazimnya manusia akan sedaq semua nikmat tu bila berlaku kehilangan. Contohnya bila hilang pengelihatan, pendengaran dan sebagainya. Ataupon bila berlaku bencana alam yang memusnahkan tumbuh tumbuhan dan mematikan haiwan ternakan.
Apa maksud syukur?
Memuji Allah dan mengaku bahawa segala nikmat datangnya dari Allah. Dan menggunakan nikmat tersebut ke jalan kebaikan dan di redhai Allah.
Bagaimana cara syukur?
Tapi.
Secara lazimnya manusia akan sedaq semua nikmat tu bila berlaku kehilangan. Contohnya bila hilang pengelihatan, pendengaran dan sebagainya. Ataupon bila berlaku bencana alam yang memusnahkan tumbuh tumbuhan dan mematikan haiwan ternakan.
Apa maksud syukur?
Memuji Allah dan mengaku bahawa segala nikmat datangnya dari Allah. Dan menggunakan nikmat tersebut ke jalan kebaikan dan di redhai Allah.
Bagaimana cara syukur?
- Elak mengeluh. Kadang kadang tanpa sedaq kita mengeluh. Sama ada bergurau atau serius. Tetap tergolong dalam keluhan yang boleh dispesifikkan sebagai tidak bersyukur. Ish3!
- Memandang rendah kepada nikmat yang diberikan Allah. Contohnya, 'Sikitnya gaji aku', 'rumah aku tak besaq macam rumah hang','tiap tiap hari makan nasi goreng'.
- Nak apa yang orang lain ada. Perasaan yang tak boleh tengok orang laen lebih. Contohnya orang beli Samsung Galaxy camera kita pon nak jugak. Orang pakai Swift kita pon nak pakai. Orang pakai iphone nak pakai iphone jugak. *terasa sikit disitu.
- Bakhil. Ada perasaan macam apa yang dia ada tu tak cukup. Sampai rasa takut benda yang dia ada tu habis. *Kami kena berubah sikit perangai kami ni. Takut pulak.
- Catat setiap perkara baik (nikmat) yang berlaku. Tulis lah macam dalam diari setiap hal kecik dan besaq yang perlu di syukuri dalam hidup. Kalau tak dak nak tulis apa? Mesti ada punya. Contohnya, nasib harini ada ayaq nak mandi. haa~
- Bila rasa sesak, Baca diari. Bila rasa sesak mungkin tak dak duet ka. Atau ada apa apa masalah. Baca lah balik diari tu. Tengok, dah berapa banyak Allah dah bagi kat kita sebelum ni. Motivasi untuk menerima masalah dan dugaan tu sebagai cabaran.
- Lihat penderitaan orang laen. Bila susah, tengok orang laen yang mungkin lagi susah pada kita. Tengok la penderitaan dia.
- Mengadakan majlis kesyukuran. Bagi yang berkemampuan, tak salah kongsi rezeki. Tak semestinya majlis besaq besaran. Cukup sekadar belanja keluarga, kawan kawan. Rezeki bertambah tau kalo kongsi.
- Alhamdulillah. Mengucapkan dengan penuh semangat dan bahagia.!
Semoga dengan info yang tak seberapa ni dapat melahirkan insan insan yang bersyukur terhadap nikmat Allah tak kiralah yang kecil mahupun besaq. Kami pon nak mula mengamalkannya. Semoga sama sama kita jadikan syukur langkah kejayaan. ^_^
Dan ingatlah tatkala Tuhanmu
berjanji kepadamu:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmatKU kepadamu...
Quran:
Surat Ibrahim: 7
p/s : Biarlah tak sesempurna mana. Wajib membimbing selagi diri ini Islam.
nory mengaku, nory selalu jgak mengeluh...
ReplyDeletetapi kadang2 tersedar jgak, tak baik mngeluh, nanti rezeki mahal..
so, nory nak kurangkan lah sifat yg suka mengeluh ni..
hehehe
tu la. kami pon kadang suka tak puas hati. ckp takdak duet takdak duet. ishh3! kena kurangkan. =P
Delete