Tuesday, 12 March 2013

Dah Ada Mesin Basoh.

Assalamualaikum.
Susulan daripada Mencari Mesin Basoh. hehe~
Kini rumah sewa kami dah memiliki satu.
Al-Kisahnya bermula bila dapat gaji!! huuuuu
Semua benda jadik mampu milik kan.. ;)

Hari isnin lepas (4hb) semua berpusu pusu balik umah keluarga. Malam tu lepas kerja terus bergegas ke Giant nak beli bende alah tu la..Farah dah survey dan mendapati bahawa ada mesin yang OK kat Giant. huhu! Masa tu Farah survey kat Kajang. So, tak bole la nak beli terus. Kitorang ke Giant Kinrara. Nek teksi 12hengget. Jaoh gak la kan. weeee~

Satu benda yang menjadi masalah bila tahap kedekut kami ni dah menjadi jadi sekarang. Kami pon tak tau duet tu kami nak kemana. haha! Jadi motifnya kat sini kami nak mesin basoh yang murah. hahahaha! biaqla semi auto pon, janji murah. !! Lepas belek belek. Kami mengdecide nak jenama pensonic semi auto harga 389rm. ok lah kan. bahagi 3 dalam 100 lebih ja..

Tetapi jiemah tidak menyetujuinya.
Eh, sat, korang tengok tak bintang mendari bintang episod 1st tu? yang ada satu mamat melalut lalut tu? kami dah rasa kami dok cakap macam dia lak. hekhekhek 
Tak tengok? Abaikan. huuuu~

Alasan, Jiemah tak pecaya jenama pensonic. huhuhu kami tak tau sangat pasal jenama ni. tapi setau kami pensonic nama lama dia national kan. setakat yang kami tau oklah kalo adik beradik national ni. heeeee! Jiemah nak jenama sharp. tapi yang tu 499rm.! semi jugak! Kami tak nakkkkk!!
kami ckp. beza 110rm tuuuuu~ tapi fungsi sama ja. 

At last Jiemah beralah. mungkin sebab takdak tanda tanda kami akan beralah. huhuh~ *ketegaq a.k.a keras kepala
Farah ok je. Asalkan dapat basoh baju. Rasanya tulah yang dia pikiaq. hehehe
Pastu mintak la orang Giant tu cek kan stok. 

Padan muka!! dua dua tidak adaaaaaaa!!~
kena tunggu dua minggu. memang tak lah kan sebab baju dah banyak..grrrr~
Last last amek la yang Farah survey tuu.. 549rm.!! Auto lah tapi. heeee

yang lawaknya. Bawak borang dan bayaq cash kat cashier 549rm tu. hahaha!
macam beli mesin basoh mainan lak. hahaa! Pastu kitorang shopping barang barang umah sikit then balik. tunggu teksi kemain la lama. sebab tak tau rupanya payah nak dapat teksi area situ. kami duduk kat tar dah sambil makan cheesy wedges. huhu~ Farah gn Gmah bertungkus lumus call teksi. heee.

Semalam sampai! Means jumaat 8hb tu. dah lama tulis entry ni. pastu lupa post. haha! Jiemah yang jadi plumber. huhuhu! 
diorang dah basoh baju.!
Malam esoknya tu giliran kami. weeeeeee~ 
nak basoh cadar, selimuttttt kalo boleh tilam sekali.!


 ok bye!


p/s : SV cuti isteri besalin seminggu.Wee~!


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

1 comment: