Assalamualaikum.
Perjalanan kami bemula hari khamis. Fuhh! Kami balik kelas kul930 malam dan zass balik umah mintak tolong kazen kami hantaq p airport. Hehe! Ikot hati nak naek bas ja. Tapi memandangkan kawan kawan nak betolak awal pagi macam tak tertunggu pulak diorang satg. Lagi naya kalau diorang tinggai kami. U_U So, atas dorongan hana kami pon beli la tiket dan terbang.
Kami bukannya pernah fly dari Penang. Dari KL penah la banyak kali. Meraba raba jugak la cari. Tapi takpa. Cuba! Nanti senang nak bawak mak kami jalan jalan. Hehe
Sampai dalam pukul1220 pagi lepas tu nek skybus ke KLSentral. Senang suroh lan amek dekat situ sebab kitorang akan kumpul dekat rumah lan yang luas itu. Hahahaha! Nak dekat kul2 jugak la baru sampai.
Bajet nak bertolak pukul3.Tapi last last nak dekat kul4 baru gerak. Kitorang nek innova lan dengan hiace farah. Gila gedabak besaq. Rasa tinggi ja dok dalam tu. Dah la syed yang bawak, macam xlut ja rasa. Hahahaha!
Perjalanan pon bermula hehe! Kami dah bajet memang nak tidoq kalau start perjalanan. Hahahha konghajo sungguh. Yela, penat kot jet lag bagai. Hahahhaa! Dengan pakai baju kelas tak salin salin. So, kami pon tidoq.
Tapi tak boleh nak tidoq sangat la jugak sebab Tun dok buat lawak. Diorang ni dok besembang. Fendi dok cerita nonstop. Posisi tidoq tak dapat. Hahaha! Diorang ni ikot jalan muadzam apa ntah tak tau la. Bangun subuh dekat jempol lepastu breakfast kat belakang MRSM serting. Hehe
Muka bangun tidoq. Makan kedai pondok. Hehehe! Pantun.
Dalam kul10 camtu sampai Tanjung Gemok. Rompin eh?
Okayy..ada boarding pass. heheheh! Kelas kau.
Tengah discuss and distribute tickets. Kami macam biasa la selfie. Haha Pastu kecewa 360 ni tak dapat melindungi jerawat degil. Sampai ja tioman. Kami picit jerawat tu. kahkahkah eeyyy
Dalam kul11 lebih kitorang nek feri.
Ni masa feri tak jalan lagi. Bole la nak posing posing. Sekali jalan. Nak mati pening. Kami bajet macam nak p langkawi or pangkor. Rupanya gelombang sini lagi kuat. Sebab diorang cakap ni laut lepas. Laut China Selatan kan. So ayaq dia lagi kuat gelombangnya. Kami layan ja. Tapi memandangkan kami duduk depan sekali. Macam nak muntah rasa. Last last paksa diri tidoq.
Sejam empat puluh lima minit kemudian sampai laaa. Kitorang duduk dekat Sun Beach Resort, so tu first stop feri tu. Tak payah la lama lama. Haaa bayangkan, dalam perjalanan tu kita tak nampak pulau dan tak nampak darat. Kita ada tengah tengah laut. Scary kan? Kami dok perati ja life jacket tu. Hahaha!
Diorang tengah discuss nak bilik mana. Kami selfie! haha! Stress aku jerawat ni. Kan dah berakuuu..
So, ni lah view depan bilik kami! Subhanallah.
Tapi dalam gambaq ni tak la secantik pandangan mata. Kami sangat teruja kot. Kami rasa macam nak p turun jalan jalan dah. Tapi cam tengah hari sangat. Kami dah la dok belagak, tak bawak dan tak pakai sunblock langsung. Kami siap cakap lagi. "Takpa, kami lambat burn" Kang tetiba burn, mamposs.
Siap siap solat jamak, pastu turun makan! Petang tu kitorang kena amek snorkeling punya alat alat tu dan ada briefing sikit.
Asal makan ja. Meja mesti kena L. Ramai plak. Hahaha! Time ni la kami nak menunjuk monopod kami. Hahahaha Gila. Nak beli gopro tak mampuu.
Beria nya kami. Macam pandai snorkel. Haha!
Ohh..di saat ini lah kami berkenalan dengan shahril. hahahaha! #jatuhcintatioman Mampos kena gelak kalau diorang ni baca kami tulis camni. Instructor tu pon ajaq la kitorang cara cara nak pakai google tu. Cara pernafasan lepastu dia ajak kitorang testing snorkel dekat tepi pantai. Dia pesan siap siap, japg snorkel nampak batu takdak coral lagi. Hehehe!
Dengan zass kitorang ready. Heee~ Kami beria.
Tapi seriously kami takot ayaq, sebab memang sejak azali lagi. Kami takot aktiviti yang kaitan dengan ayaq. Kami dah join water confident, tapi kami confident masa tu jela. Lepas tu takot balik. Hahaha! So, memang kami takmau la snorkel. Aaaaaaa~ Tak confident kot. Lan tak habes habes, "Aku bayar ni, ko jangan tak men" Benci! Kami nak, tapi takot. Hello kami bukan type membazir ok. Kami akan buat. Sabaq sat. hehe
Naseb Hana dengan Aisya banyak tolong. Pastu Fiza Farah semua dok bagi support. Benda macam ni tak bole push. Or kami yang type tak suka di push? Need time untuk serasi dengan ayaq tu. Dalam kami dok kata tak mau tak mau tu. Si Shahril tu "Ni takdak water confident ni" Pastu dia tarik kami!!!! Aaaa, men kasaq ni. Menjerit jerit kami macam orang gila. Sian Aisya kami tarik tangan dia kuat kuat. Bodo la, rasa nak menangis. T_T
Dan sejurus selepas itu, kami dah ada sedikit keberanian. Kami ni takleh orang cabaq cabaq. haaaaaa~ Kami dapat la menerapungkan diri dengan sedikit kekuatan. Berharap performance esok lebih baik. Hahaha tak bole blah.
Petang tu berakhir dengan beach volley. Patah tangan kami. Tiap kali tampaq tiap kali tu menyesal. @_@ Sakit dohh!
Malamnya, pihak resort sediakan bbq! Kitorang kena makan ja. Hehe
Lepas ja makan, mengikot tentatif hana, ada sesi gosip meletopss. Haha! Semua diserang dengan berdas das soalan panas, sizzling, zasss! Hahahha aku dah gila. InsyaAllah habes kat situ jelah gosipnyaa. Kalau gosip tersebaq muka muka ni kena terjah dulu. Hehe
Ain moderator. Tun panel. Haha! Semua cerita pasal kawen dah kenapa serius bukan maen. Ada banyak pasangan pulak dalam ni. Baru perasan. Eh dah lama perasan. Hahahah Tun nampak spender! Yang ni baru harini perasan. Hahahahaahahahahah *gulinggulingguling*
Malam tu kami tidoq tak tenang. Sebab esok nak snorkeling, kami takleh bayang camna perasaan tak jejak tanah dalam ayaq. Korang bole bayangkan tak camna perasaan orang yang tak tau berenang dalam ayaq? Nak buat apa pon tak tau. Bole mati tau tak kalau lemas? Tapi kami nak tengok jugak keindahan ciptaan Allah tu. Hemm!
*****
Lepas breakfast pagi tu ready nak nek bot kul 8 9 camtu.
Kitorang dapat bot cantik. Bot yang ada bumbung, ada dinding, ada tingkap. hehe! Tak la takot sangat. Tapi biasa la, nek bot ja pening. Sebab goyang goyang kan. Semua dah masok bot, tiba tiba fendi dengan tun nak kena tinggal tah apa la diorang ni buat. Lambat! Tak punctual! hemm! *beletiaq*
Ha ni tun dengan fendi baru sampai.
Kami bab bab nek bot ni wahh seronok. Suka men angin dan ayaq yang terbang terbang tu. Hehe Pastu bot tu melompat lompat, pastu menjerit. Hahahha. *Rindu*
Sampai sampai tengah laot tu, semua excited la turun. Kami memang amek pot last last. Nak tengok dulu keadaan cana. Haha! Pastu tun dengan sapa tah aisya kot turunkan kami. Haha! Macam mayat pulak diturunkan. Takla, maksud kami, diorang suro kami turun pastu baring dalam ayaq pastu diorang tarik sampai pelampung. Hahahaha! terok tak terok.
Memang jakun habeh a kami ni. Hahahahahaha! Penat a gelak. So, aktiviti snorkeling kami setempat. Haha! Kat pelampung tu ja. Memang kami takkan lemas or hilang la kan. Sebab pelampung tu sambung dengan bot. Penakot nak mati.
Masa ni pening ni. Tapi ada hati nak amek pic lagi. Hahahaha! Mana boleh tak abadikan kenangan kann. Haaaa~ yang baju biru bediri tula shahril. Hahaha! Berenang renang macam ikan. Kami salute orang orang pandai berenang. Termasoklah Aisya dengan Fendi. Bole melompat lompat without life jacket. Ehh. ingat, mak korang kat umah tu dok tunggu tu. Ish! Bahaya tau tak. tapi diorang macam ikan. So, ok la.
Yang diorang len len tu kami anggap diorang ada keberanian lebih sikit la dari kami dan diorang mungkin pernah buat benda ni. Hahhahaha! Padahal cuba korang buka life jacket. Haha! Kat sini baru kami berani cabar, kalo dok cabar kat sana naya satg kena tolak. hahahah! Lan paling jahat suka tolak orang. Pastu spontan kami cakap "Jangan la wey nanti mak kami marah" Hahaha! Kami pon taktau apa kami cakap!
Diorang berenang sampai jaoh jaoh. Tapi ada shahril dengan akmal pantau. Hehe! Kami dok pening tak tahan. Shahril tu kata p duduk dalam bot. Kami pon tehegeh hegeh la turun pelantaq tu. Bayangkan turun tak jejak apa apa. Eeee takot la. Lepas tu macam biasa pegang pelampung. Sebab kami tak tau nak gaya tangan macam mana kalau tak pegang apa apa.
Shahril tu pon tarik la kami. Dia cakap tengok bawah. Heee! Kami ada pemandu pelancong kot. Lepas tu bukan dia bawak p bot, dia bawak p pusing pusing dulu. How sweet? #jatuhcintatioman Hemmmmm~ Rasa macam jaoh ja bot. Haha! Gila aku. Kami pening tak setel lagi. Nak kena muntah ni kami rasa. Huhu Lepastu kami nek balik pelantaq tu dannnnnnnnnnnnnnnnn kami muntah. Yekkk!
Korang nak tau tak? Muntah kami telah menghadirkan berekoq2 ikan. Aaaaaa...cantik..kami muntah dan ikan makan. Sekelip mata muntah tu hilang. Hehe Tak payah kami snorkel kot. Ikan yang mai dekat kami. Hemmm ikan pon sweet. #jatuhcintatioman
Lepas tu kami turun pelantaq dengan bantuan shumie dan lan ke bot. Diorang ni tak sweet macam shahril. Ada ka lalu bawah tali tu tak tengok kami. Tarik tali tu sampai kepala kami ke bawah. Kami tetelan ayaq tau takk!!
Nek bot lagi pening. Haha. Diorang taksetel lagi. Kami tidoq dalam bot.
To be continue.
p/s : Penat throwback. hehe
memang terasa keseronokkannya bila bercuti beramai2...
ReplyDelete