Friday, 16 May 2014

Sayang dan Benci.

Assalamualaikum.

Benda yang kita terlalu sayang akan jadi benda yang kita terlalu benci. Dan mungkin jugak benda yang kita terlalu benci akan jadi benda yang kita terlalu sayang.

Terbukti.

Dah terbukti. 

Kami rasai keduanya. Manis menjadi pahit. Pahit menjadi manis. Yang pahit tu memang pahit. Yang manis tu memang manis. Perasaan. Tak dapat nak tipu diri kita. Sebab kita yang rasa. Kita yang hadap. Kalau manis manislah. Kalau pahit pahitlah.

Yang manis menjadi pahit tu. Biaq kami buang jauh. Supaya pahitnya tak terpalit. Pahitnya tak menghitam macam kopi. Pahitnya tak terasa lagi.

Yang pahit menjadi manis ni yang nak cerita. Hehe! Well, korang tau kan kami anti budak budak?

Ohh. anti gila kot. Sampai tahap tak suka, tak minat, tak layan. Haha! Bagi kami budak budak ni sebok ja, budak budak ni gedik. Hahaha. Yang paling kami ingat sekali. Kami p rumah ain dan jumpa anak menakan dia. Heheh

Anak menakan ain : Saya ada barbie ada blablabla ada bla ada bla..

Tak ingat dia bahasakan diri dia sebagai apa. See, kami tak jadikan benda ni kenangan pon. So, tauu tak apa yang kami reply. "Oo, ada semua la??" Hahahhahaahaha! Sangat berniat memberhentikan perbualan. Oh, sangat lemah kami nak berinteraksi.

Tapi itulah, benda yang kami tak suka dah jadi sebahagian dari hidup kami sekarang ni. Jadi cikgu tadika! Sounds weird. Tapi kami yang gatal apply. Hohoho Hakikatnya budak budak ni suci. Betol la yang orang cakap tu, anak ibarat kaen putih yang ibu bapa perlu corakkan. Kalau cantik diwarnakan maka cantiklah masa depan. Bergantung pada usaha jugak. Sapa takmau anak pandai kan? 

Nak dekat dua minggu dah kami kerja. Ala, tadika depan rumah. 2 3 minit jalan kaki. hihi. Mungkin Allah nak kami kenal keunikan budak budak melalui cara ni. Hemm. Macam macam karakter ada kat sekolah. Dan dari situ kita boleh baca how was their lifestyle at home. Ada yang ketegaq tak dengaq kata, ada yang malas, ada yang nak maen ja, ada yang rajin, ada bawak bekal sedap tu kita tau mak dia rajin. Hehe!

Basically kami jaga kelas 4tahun. Dan masa 4tahun ni la sel sel otak berhubung. Macam dalam iklan susu tu. Hehe Diorang akan cepat pandai kalau selalu didedahkan dengan pelajaran. Diorang fresh! So, sangatlah rugi kalau masa tu tersia sia dengan mainan anak patung, oppa gangnam dan sebagainya. Haha

Well tapi, budak budak, sekejap ja dia fokus. Lepas tu nak maen jugak. Haha! Sama lah macam kita dalam kelas sejam petama takpun setengah jam petama ja fokus. Yang len angan angan tembus whiteboard. Huhu Betol kannn?? Bek mengaku. Wekk.

Yang pasti jadi seorang pendidik ni bukan senang. Tanggungjawab. Dan sangatlah patut dihargai. Ibarat kata pepatah guru ibarat lilin yang membakar diri. Haaaa. Hehehe.




Hehe! Comel comel kan? Tapi korang jangan ingat diorang senyap camni. Dalam kepala otak diorang ni macam macam ni idea. Aishh. Kami suro diam tu tak makan. Dan, walau kami takminat budak budak, kami detect kami ni tak garang dan cepat kesian dan kami plak temakan dengan helah diorang. Haha! 

Nak jaga budak budak ni. Satu cara, we need to be firm sometime supaya diorang tau apa yang diorang tak boleh buat and at the same time they know we are loving. Haaa~ Susahkan? Kami kena cuba jugak sebab bulan8 ni nak dapat anak menakan dah! Haha! Yelah, prepare untuk anak anak kami jugak. =P Kami baru tau yang kami tak tau pakaikan stokin budak. T_T haha!

Ni sambutan hari guru tadi. =) Alkisahnya, hari jumaat memang tema pakaian tradisional. Mihmihmih.
Berapa kali la amek pic ni takdak yang perfect. Semua dok goyang goyang. Hehehehe
Percaturan Allah tu terbaik kan? Kami dah malas nak cari keja sebenaqnya. Sebab yelah, susah nak cari kerja parttime yang flexible. Kalau ada pon memenatkan macam mcd, kfc. Tapi rezeki kami lah ni. Dapat excuse hari isnin untuk p kelas kami. Dan, kerja selasa sampai khamis 8-130petang saja. So, masa laennya kami boleh fokus study. =)

Tapi. Dugaan. Lepas 4hari kami kerja. Kami dapat panggilan dari tempat kerja yang kami betol betol nak. Aaaaaaaaaaa~ Kami tak p lah. Sebab dah janji dengan tadika nak stay sampai habes sekolah. Yelah, nanti student terganggu kalau selalu tukaq cikgu. Dan kalau kami p sana pon, mungkin keja tu tak sefleksible tadika ni kan?

Takpa takpa. Next time cuba lagi. Hihi

Bangga pulak bila.

Kami : Wahh, pandainya. Sapa ajaq ni.
Marisa : Teacher.
Kami : Teacher apa?
Marisa : Teacher isma. 
Kami : =)

Haha! Soalan macam memaksa dia sebut nama kami ja. Boleh?
xoxo


p/s : Selamat Hari Guru! =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

No comments:

Post a Comment