Saturday, 1 March 2014

Lepak Pulau Jerejak

*Entry ni panjang bejela. Harap maklum.*

Assalamualaikum.

Haha! Semangat ni kami dengan kawan kawan kami nak lepak Pulau Jerejak, maklumlah dah 25 Tahun duduk Penang tapi tak penah jejak Pulau tu. Huhu! Tapi Pulau Jerejak tu pon baru ja dibangunkan. 

Hari selasa lepas, kami ada hal dekat USM, so kami meronda lah belah jeti Pulau tu. Nak tengok la pakej yang dia sedia. Survey siap siap. Kot la kena booking ka apa kan. Takpon satg hari kejadian dok bincang nanti dok begadoh mulut. Fareha kata satg terjon laut. hahahhaa! Lawak.

Sampai sampai dah tutup pon kaunter, suka tau kami ni buat benda sia sia. Hahaha! Kami malas la call, sebab nak cakap depan depan lagi senang. Last last masok keta, tutt tutt! Kami call. hahahhahahhaha! Membazir minyak, membazir kredit. Pakej.

So, kitorang pon terjah terus la jeti tu, sebab tak payah reserve. Jerejak tu open for public. Kalau korang google google pasai Jerejak dia ada pakej tertentu tau yang dihandle oleh Jerejak Rainforest Resort. Tapi sebenaqnya sekarang ni pakej pakej tu dah takdak. So memang kena p sana dan explore mengikot peta. Hehe! Tour guide tak sure plak berapa. 

Tiket Feri  = RM25/person (Return + Boleh mandi pool)

Taraaaaa!! ni lah jeti tu, tengok tu ayaq surut! So sementara tunggu ayaq pasang sikit kitorang pon posing la duluuu~ Udin dengan Kerol pon tak sampai lagi masa ni. 


Oh, kitorang plan nak beraktiviti cergas kat sana. Tapi Mun taknak buat pulak. So kami sorang jelah yang nak berekstrem ekstrem hehehehe! ekstrem sangat. Fareha pon teman mun. hewhew
Chup! Nak mencelah sat, masa nak nek feri tu kan, kakak kaunter cakap. "Ni adik beradik lisa surihani ka?" Hahahahhaa! Kami pon "Haishhhh, tak dak aihhhhh" Sambil berjalan macam model hehe okayy. yang bejalan macam model tu kami tipu. Tapi kan, kakak ni orang ketiga yang cakap i iras iras lisa surihani. Bhahaha. Tak kisah la, what people observed is what people observed. Kalau kita tengok cermin, kita tetap kita kan.?

Apa apa pon kakak tu telah membuatkan kami ceria sepanjang hari. Hikhik!

Ok. Meh kami kenalkan! Yang kanan sekali tu mesti korang kenal kan? Tu sapik, dia duduk belakang kami  masa darjah enam! hahahahaha! Tengah tu udin, Ketua Murid Sri Aman. Hahahaha. Lawak kot. Dah besaq camni rupanya. Yang kiri, Kerol. Hehe Awek dia dok belakang umah kami. =P

Ni pulak gugurlsss~ Huhu! Apa la amek gambaq senget senget. Ish! Tapi takpa. Dua ni besfren penang kami. Korang mesti dah penah tengok dalam previous entry kami. Heee! Fareha dengan Mun. Emmm, Eza tak dapat ikot sebab tak dak sapa nak jaga anak. Hehe! Erni pulak busy.Hemm. Yang baju belang tu Lisa surihani. Kahkahkah!!

Ok, sambung. Kitorang nak gerak nek feri pagi sebab bajetnya nak buat banyak aktiviti plus redup sikit kan pagi pagi. Dah pulau kan, mesti panas. Hehe! 
Untuk ke sana outside food are not allowed. Kitorang tak plan plak nak breakfast sama sama sebelum ke jeti. So memang kitorang breakfast kat resort tu la. Huhuhu~ Takdak la mahai sangat pon tapi pikiaq dua tiga kali jugak la kami yang menganggur ni. =P

Mee Mamak = RM14
Breakfast Set = RM18
Dan macam macam lagi. Hehe! 




Lepas breakfast kitorang jalan nak ke prison apa ntah. 3km! Bajet macam dekat, tapi bila jalan separuh takpon suku dah tak larat. Hahahaha! Macam jaoh ja rasa. 




Kitorang patah balik. Masa patah balik tu diorang ni buat cerita seram plak, cakap umah yang kitorang lalu tadi takdak. Well, seriusly memang takdak masa patah balik tu. Kami dah seram dah, mula nak jalan tengah tengah, mula nak sondoi orang. Hahaha! 

Rumah ni la, masa pulangnya udah enggak jumpa. Mungkin ralit bersembang kot. T_T

Lepak tepi pantai tu, semua pakai dok cek gambaq ada ka tak. Ni diorang ni terpengaruh dengan cerita tv ni. Boleh pulak kerol dok kata, kalau cerita tv camping nanti mesti hilang sorang sorang. Gila la.

Tapi kan. Kami nak tanya hampa, masa kita nak start masok hutan tu, hampa ada nampak tak satu uncle india lepak depan umah first yang buruk tu? Ka kami sorang ja nampak? Tak berani nak tanya tadi, sebab masa balik uncle tu dah takdak. O_O

Hentikanlah cerita seram ni kat blog kami. Shuh shuh!

Lepastu kitorang nak main target shooting. Tapi boleh pulak resort tu kehabisan bullet. Paintball pon abeh bullet. Lepastu nak flying fox dengan suspension bridge tu pon tengah under construction. Geram betoi la. Macam mana nak membangun kalau semua benda tak bole maen. Aigoo. Tinggal la wall climbing dengan rapelling. Maen yang tu jelah. Kayak? tak payah la, bahaya. Benda involve ayaq ni kami tolak tepi siap siap. *Tengah bayang dua minggu lagi nak p Tioman, macam mana kalau diorang paksa kami snorkeling, sayang pulak kalau tak cuba. Tapi kami tak pandai berenang. Runsing! Orang cabar satu hal lagi kami takleh. Benda takot kami buat jugak.*

Wallclimbing = RM10

Okay! Tengok. panjat sekali tapi kerol dah sampai atas. Heee~ Ni first time tau kami cuba. Gayat nak mampos. Hahahaa! Tak sampai atas pon kami nek. Menjerit nak turun. Rasa macam aku ni dah kenapa ni panjat panjat. Aigoo. Tapi seronok dan kami akan cuba lagi. =P

Lepas habes wall climbing tu, kitorang gerak balik feri 12:30 tengah hari. Masa balik kena pakai life jacket plak. Apa ni. Masa p kemain buat tak tau.



What they need to improve?

1. Prepare. Even bukan cuti sekolah pon prepare la bullet tu. Hahaha! nak maen sungguh ni. Takdak la. Kami tengah bayang kalau orang yang stay kat situ. Bosan kot, tak bole buat apa. Takat mandi pool. Tapi, pendapat masing masing la. Ada setengah orang nak rest minda diorang ja kan. Tengok pantai. Kalau kami, im not that kind of memerap. Kami nak buat something even kami takot. 

2. Kebersihan pantai. Well, kami tak tau la mana datangnya sampah sarap tepi pantai. Mungkin sampah sarap yang asalnya dari Pulau atau memang orang datang situ pastu buang sampah. Whatever it is, diorang kena la jaga, malu la kalau pelancong yang melancong. Dan kami tak tau, kawasan sepanjang jalan ke prison tu resort tu pegang atau siapa. Kalau diorang pegang memang kena buat sesuatu la, sebab menarik kot nak p prison tu, kawasan bersejarah. Memang laluan, so kena jaga.

Sampai ja kat Pulau, lepak lunch kat hammer bay. Thanks Sapik belanja. Hehe! Then maen boling dekat sunshine square. Hehe! First time kami men boling situ. Yelah, dengan sports attire takkan nak lepak queensbay. Malu kot. haha! Sunshine takpa la. Tempat mak mak shopping. Kitorang men satu set ja. 

Menang naseb ja ni. Haha! kami memang sah sah la kalah.

Nak karok, tapi diorang taknak. Tak menyanyi katanya. Kang kami sorang plak melalak. Aaaaaaaa~ sapa kat Penang yang gila menyanyi macam kamiiiiiiiii~ Tolongg. Ketagih. Hoho

Dan program, diakhiri dengan aktiviti makan cendoi! Minum tepi pantai sambil menyaksikan jambatan pulau pinang. wiwiwiii.. Sesuai dengan cuaca panas! Thanks kerol belanja. Hehe! Bila nak rasa duet udin tak tau?


Oh kepada kawan kawan kami. Thanks for making my weekends happy and it well spend! Sebab sejak balik penang ni hari hari kami sunyi. Hehe! Ahh, nanti korang kawen dengan sapa la kami nak lepak kat Penang ni. 

Fareha, semoga cepat dapat keja. Kalau hg dapat keja, kami gelabah la tak dapat keja. Hehe! Mun, isnin ni keja elok elok okay. Jangan sabotaj flight plak. haha! Sapik, selamat pulang ke Shah Alam dan kembali bertugas. Hehe! Udin, Goodluck untuk inspector sahabb. =P Kerol, cepat la kawennn, jemu dah tengok korang becinta. Ngeh3.

Oh, satu pesanan untuk semua, nanti nak p Jerejak call dulu tanya "bullet ada?" Hehe!


xoxo!


p/s : Esok kelas. U_U


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

No comments:

Post a Comment