Assalamualaikum.
Skema? Mengikot skema, skema tu skema lah. Hehe Kalau ikot kamus pelajar apetah kami google. Dia cakap skema tu macam rancangan, contohnya rajah yang menentukan sesuatu.
Skema sangat jawapan kami. Haha
Kami rasa kan start dari diploma la. Arep selalu cakap kami skema. Pastu kan kami dah terpsiko dan rasa diri kami ni skema. Haha lemahnya kami. U_U
Tapi kan bila kami pikiaq pikiaq balik. Hidup kami ni straight ja. Macam kurang la nak buat jahat. Bukan jahat la. Nakal. Sebab kan, bila ingat ingat balik masa sekolah dulu. Masa sekolah menengah la. Markah demerit kami 5 ja. =P Tu pon bukan sebab apa, sebab kami simpan kuku panjang. Kami suka gila simpan kuku dulu. Tak paham awat. -_-''
Pastu kan. Kami dulu kan p sekolah nek moto. Lepas balik sekolah tu, seboleh bolehnya nak sampai awai kat rumah. Padahal boleh ja lepak lepak kan sebab dah ada moto. Kami rasa boleh kira berapa kali kami balik lambat. Yang kami ingat satu ja. Beli kalkulator ok. Hahaha Dah form4 tu. hahaha
Pastu bila dah belajaq kat Uitm Kelantan. Lagi jadi skema. Sebab kami dapat kawan psiko macam arep. Tapi kan, penah sekali la kami tak dapat lupa. Perkara paling jahat yang penah kitorang buat. Haha. Kami Fae Nana Zura Syida. Kitorang keluaq balik malam sikit la. Ala, masa Uitm Kelantan dulu kena balik sebelum kul7 kot. Gila awai. Haha
Kitorang balik lambat, kami rasa dalam kul11 camtu la. Pastu tak tau nak buat cane sebab 4orang ja yang amek tandatangan warden. Haha pastu salah sorang mesti kena sembunyi. Pastu kan. Fae masa tu stop tepi jalan. Bajet macam nak masokkan syida dalam bonet hahahhaha pastu tak muat. Kancil plak. Syida kan sasa. hahaha
Pastu last last baringkan Zura kat tempat letak kaki seat belakang. hahahhaahah pastu kitorang kat belakang ni besila. Pastu letak barang barang atas zura. Bayangkan keciknya Zura masa tu. haha! Kami kat belakang ni ketaq dah. hahaha
Pastu pakgad dok jengok jengok. Hahaha Zura kat bawah tu macam nak pitam. Kesian. Huhu Tulah benda yang paling jahat kami rasa kami join. hahaha!
Fae, Nana, Zura, Kami (22/12/12)
15/8/2013
Heeee. pastu kan banyak la benda benda skema yang kami join. Haha MPP lah kelab tu lah. Macam bila pikiaq balik. Memang skema. =_= Korang nak tau tak yang kami first time main bowling masa diploma la. Umoq 18 19. Haishh.
Apa la agaknya aktiviti kami waktu sekolah dulu.? Hehe Sekolah. Balik. Makan. Study. Tuisyen. Tidoq. Sangat minat kot kami study. Sampaila result SPM yang so so. huhuhu Tapi kami bersyukur. =)
Pastu bila sambung belajaq kat Uitm Shah Alam. Kami rasa aktiviti kami makin ligat. hahaha kami tanpa segan silu buat jahat. Macam kurang lah kot skema. Tapi still la join seketariat. hahahaha kurang lah sangat. -_-'' Tapi kami rasa tak la seskema dulu.
Pastu kami dapat pulak geng yang suka buat lawak bodo. Memang kami pon jadi cam diorang. Ceyyyyy. hehe Masa tu bes, rasa bebas. Rasa gila gila. hahaha
Kami, Pika, Aiz, Lokman, Aimy
Geng kacamata la konon konon kan. Tah pape. Tapi kami rasa seronok sangat masa tu. Sebab jalan jalan merata. Kami dah la suka jalan jalan. Heeeee! So kami rasa tahap skema kami dah berkurangan. Dari sehari ke sehari. Hahaha
Tapi kan bila masok kerja ni. Kami still tak bole terima work loads yang kurang. Haha bila takdak keja kami komplen. Padahal, biaq jela dah kalau takdak keja terima jela kan. Makan gaji. Kita dah bersuara. Kalau kerja still kurang means gaji tu insyaAllah la halal kan.? Hehe
Yang kami ni bising bising lak. Nampak tak skema kami mai balik. Haha
Kadang kadang tu skema tu bagos kalau kena tempat. Tapi kalau terlalu skema pon payah jugak. Skema dengan jujur tu apa beza dia ea? Sebab kadang kadang bila contoh la dalam percintaan kita terlalu jujur. Cerita semua benda. Tu skema ka?
Kawan baru kami si Kemosabe pon cakap kami skema. Apakah kami masih tidak berubah?
Haha. Kami pon tak tau.
p/s : Skema ni sekadar persepsi atau ada satu definisi yang jelas?




skema kan bagus.. kalu dalam dunia ni sume org same je, xde la serinya
ReplyDeleteSetujuuuuu!!
Delete