Assalamualaikum. =)
Merdeka. Apa erti merdeka bagi korang? Hehe
Well. Maaf kalau kami skema. Blog kami kot. Suka hati kami la. Apa ada hal. =P
Tapi still kami nak ulang soalan diatas. Apa erti merdeka bagi korang? Hehe
Teringat dulu dulu waktu sekolah,
cepat cepat rasa nak habes kelas,
cepat cepat ready nak angkat kerusi letak atas meja,
cepat cepat nak dengaq bunyi loceng,
cepat cepat nak lari nek bas sekolah,
Semua tu mengejaq kemerdekaan la kan? Hehe
Lepas sekolah rendah,
cepat cepat nak rasa sekolah menengah,
cepat cepat rasa nak habes sekolah,
nak jadi budak universiti,
takmau pakai baju sekolah/ lagi,
Semua ni nak merdeka jugak kan?
Bila masok universiti,
Cepat cepat nak habes semester,
Cepat cepat nak habes praktikal,
Cepat cepat nak habes belajaq,
Rasa tak sabaq nak keja.
Semua ni nak merdeka jugak kan?
Kami rasa flow ni akan continue sampai bila bila. Dan semua orang pon mengalami benda yang sama. Sebab manusia tak pernah puas. Nak something more than what they got. Haaaa~
Tapi kami yakin. Dalam kita sebok nak merdeka dari sekolah, nak merdeka dari universiti, kita dah hayati dan lalui dengan bes kan waktu sekolah dan belajaq. =) Walau kita rasa kita nak lari dari semua tu dulu. Heee~ Kan?
31/08/13. Cantik pulak date ni. hehe dah 56 tahun merdeka. Malaysia bukan saja dah merdeka secara fizikal tapi dari segi mental dan spiritual. Kami dah start skema. ahahaha. Tak mau hurai lebih. huhu
Apa aktiviti kami semalam?
Semalam lunch kat IKEA. Pastu masa nak masok The Curve tu ada ape tah ramai ramai berarak. Sukanya diorang sambut merdeka. =P
Ni ha video
Pastu, secara paksa rela, kemosabe kena belanja kami baskin robin. Haha Dia tak kesah pon kena paksa. Hahaha Kami rasa la. =P Kan ada diskaun 31% kan. baru 31% dah ramai camtu. Tak paham. -_- *Buat buat tak paham, sebab kami pon sama* Hahaha
Pastu kami p taman layang layang. Wahhh. Tempat yang dah lama kami nak p. hehe Nanti kami cerita lah. Malas dah tulis.
So sekarang ni nak merdeka dari apa pulak?
Kami rasa kami nak merdeka dari keja. hahaha Nak jadi surirumah. Macam bes ja.haha Agak agak boleh tak eh? =P
Ok Bye.
p/s : Dapat pengalaman baru menyanyi lagu negaraku dalam wayang masa tengok The Purge. =)
No comments:
Post a Comment