Oh mannn, what a hectic day!
Astaghfirullahalazimmm!
Terlupa kebiasaan bila keadaan penat dan marah.
Terlupa kebiasaan bila keadaan tertekan dan menekan.
Terlupa kebiasaan bila diuji dengan dugaan.
Assalamualaikum.
Semalam (13/5) merupakan hari yang sangat mengecewakan bagi
kami. Mungkin keterlanjuran kata di siang hari mendapat balasan yang setimpal
dipetang hari. Siapa tahu. Sekejap saja nikmat ditarik. Kuasa Nya.
Nikmat kesihatan. Kami memang p kerja semalam dalam
keadaan yang sedikit tingtong. Sebab selsema tiba tiba melanda. So kami rasa,
what I have said is just not what I mean. Sorry to that person. You know who
you are. =)
Kami : Macam mana kami boleh selsema ni.?
Sebab setau kami, kami ni jenis jarang tak sihat. Kalo sakit
sikit pon kami tak suka makan ubat. Sebab tak rasa nak dependskan diri dengan
ubat. Padahal kita perlu la berusaha kalo kita nak sihatkan?
Teringat kata kata fae masa dia nak jual perlindungan
dulu. Hehe. Takaful. Dia ada ceritakan yang Rasullulah suruh seorang umat yang tinggalkan unta tu, tambat unta dulu sebelum tawakal.
Berusaha, Berdoa, Bertawakal.
Gmah : Jangkit dengan Gmah tu. Tido dekat dekat pulak.
*sila baca dalam nada ganu kite*
Haha. Bila p keja. Tah tangan sape gatal bukak aircond
tahap maksimum. Sampai menjadi jadi selsema kami. Sejukk!!
Tak kisah la. Kalau Allah nak uji tu camna pon akan
terjadi jugak kan.?
Jadi masa balik tu, memang plan nak p klinik la.
Memandangkan bole buat medical claim. Haha! *dasar kedekut.* Macam biasa,
parking yang susah nak dapat, bila dapat sempit dan mencabar. Kami usahakan
jugak sampai berpeluh peluh. Korang tau kan, cara pemanduan kami macam mana,
apatah lagi nak parking. Huuuuu~ Dah
dapat parking yang betol betol depan tangga. Masok dengan selamat dah ni. Lantak
la kereta berbaris panjang mana pon. Yang penting kami tak langgaq keta orang.
-_-''
Kami tak tau pon klinik kat mana. Tapi yang pasti ada la
klinik bawah flat kami ni. Masa masok klinik tu, kami tak tau nak cakap apa.
Hahaha! Kami jarang kot p klinik. Masa sekolah pon attendance penoh. Belajaq
kat U apatah lagi. Sejarah MC memang boleh kira lah. Hahah. Tapi bila kerja
kami bosan. Kami tak minat. Kami sanggup melanggaq undang undang diri sendiri.
Hahaha!
Kami : Saya nak jumpa dr.
*macam polis*
Hahahaha.*Dah kenapa dia ni.* Mungkin ni lah kata hati
nurse yang tidak berpakaian nurse tu. Huhu
Kami : Selsema dengan sakit tekak.
Nurse : Ok. You isi ni ikot ni.
*Sambil menghulurkan sehelai kertas A4 yang dah dipotong
separuh (A5). Dan jugak senarai yang perlu kami ikot, yang dah ditulis atas
kertas keras (Mungkin Manila Card). Camni la rupa kertas tu. Macam penanda
buku. hehehehe
Hah?? Dalam hati kami la. Tak paham nak tulis. Apani
apani.? Ni KeyEll ka Balik Pulau? Balik Pulau lagi maju baq hang. Hahahhaa!
Atleast bagi la form ka apa ka? Ni macam sesi perkenalan
pulak tulis tulis camtu. Hahaha Tapi kami layankan ja la. Dah terlanjur layan.
Hahaha
Selesai tu, dia soh kami masok. Dr India rupanya. Tak
kisah la. No racism. Hahahaha!
Kami gelabah kan. Letak beg laptop kat sebelah. Letak
handbag kat riba. Kami rasa Dr t pon macam serabot tengok kami. Hahahahaha!
Dr. : Ni apa?
*Sambil tunjuk beg laptop kami*
Kami : Laptop. Heeee
*Alamak, yang kami renyeh lebih ni apahal, nak mintak MC
kot. Kena la buat muka sedih. Haha*
Penyesalan dalam hati
Dr : Sekarang orang semua bawak laptop, macam bawak baby.
Terpanah kami kat situ. Pelan pelan kami turunkan beg tu
kat bawah. Letak handbag kat lantai jugak. Hehehe.
Dr : Start bila you sakit. Macam mana bole sakit?
Teringat kata kata gmah pagi tadi, kami dengan selamba
menjawab.
Kami : Saya rasa jangkit dengan kawan saya kot. Duduk
satu rumah kan. Antibodi saya lemah la tu Dr.
Mula la style kami yang cakap tak stop. Aishhh!
Dr : Belom apa apa sudah cakap antibody lemah. Masok
dalam,baring.
Kena lagi. -_-‘’
Dah check nafas semua. Dr tu Tanya nak MC ka tak.?
Dengan
pantas,
Kami : nak untuk esok boleh?
Dr : Boleh boleh.
Bahagianya hati kami. Ok, kami pon tunggu la kat luaq.
Bawak segala beg kami tu keluaq. Huhu. Amek purse. Check duet. Ada dalam RM70
lebih. Berani pulak kami. Kot kot la seratus lebih ka. Mampos.!
Pastu Dr panggil, bg la keterangan pasal ubat tu. Bla bla
bla. Sapa yang ada instag kami mesti dah tengok kami post picture ubat tu kan.
Macam ragu ragu. Hehehe!
Dr tu suroh kami makan ubat, pastu terus makan sampai
kenyang. Hehehe!
Nurse : Ok, RM50.
Cari cari duet tak jumpa.!! Kami dah gelabah dah. Korang
tau la kami kelam kabut kami ni macam mana. Tahap 99. *amek trademark farah* Mana pulakk duet tu lari.
Tadi adaaaa.. kalo takdak takkan la kami berani nak jejak klinik tu kan.
Nurse : Takpa. Duduk dulu cari.
Duduk dan cari. Tak jumpa jugak. T_T Kami tak rasa nak
nangis, tapi kami rasa malu. Dalam hati. Klinik ni ada TOYOL curi duet kami.
Hahahahaha Dah la klasik. Sure la takleh pakai debit kan. Mau tak mau kami kena
p ATM.
Housemate kami semua makan luaq. Nak pinjam pon macam
mana. Takkan nak pinjam kat jiran yang jumpa pon sekali sekala. Huh? Dengan
segera kami keluaq, cakap nak p ATM cocok duet. Arghhh!!! Dah la kami parking
cantik tadi. Aishh.
So, kami pikiaq pikiaq nak cocok kat ATM shell ja. OMG
bila tengok jem yang tahap melekat kami tukaq pikiran. Ok. Kami nak cucuk kat
Easy RHB kat LRT Bukit Jalil. Apahal lah kami tak pikiaq nak cocok kat dlm TPM
ja.Kami pon tak paham otak kami camna.
Ha, mungkin jugak kami yang lali ni tadi Nampak duet RM1
tu RM50? Tak mustahil jugak. Tak abes abes negative pikiaq toyol. Hahahahaha!
Pastu konpius jugak nak cocok kat mana paling dekat.
Tak kisah la. Masok ja simpang LRT tu. Mak ai, jem sama
macam nak ke Shell tadi. Hahahha! Sekali lagi kami kecewa. Dah lama ni. Konpem
Dr tu ingat kami tipu. T_T
Mengingatkan esok MC buat kami rasa berbaloi kami buat
semua ni. Berpeloh peloh nek tangga stadium tu. Hahaha!
Ok. Cocok. Balik. Jem lagi. Huhu Nasib nasib. Dalam hati
ni sabaq jela. Nak ngadu kat sapa pon tak tau. Hahaha! Malas la kacau housemate
yang tengah gembira makan sushi King. Hehe Kalo tepon mak kami, t dia bimbang
ja, Nak tepon pakwe pon dah takdak. Tapi kalo kami tepon pon, dia sentiasa
terima kami kot. U_U Sudah!
Sampai ja klinik.
Nurse : Dah jumpa duet?
Kami : Tah. Duet tu hilang.
Haha. Kami naek umah dalam keadaan yang blur. Blur macam
kami. Tahap 99. Ingat balik apa yang berlaku step by step. Apa salah kami. Apa
silap kami.
Mandi. Makan. Solat. Tidoq.
p/s : Malam semalam farah bagitau ada cocok MEPS kat kedai depan klinik tu.
*rasa nak demam balik*
*rasa nak demam balik*


get well soon dear... semoga cepat sembuh yer...
ReplyDeleteok. Thanks. =)
Deletekami are u okay that day?ting tong nye...!
ReplyDeletesah ting tong. hehehe
Delete