Assalamualaikum.
Cerita jumaat sabtu haritu. Kami ingat cuti kami bakal hambar gara gara gaji tak masok seperti yang dijangkakan. Huhu Tak paham lagi sistem mimos ni. Rupa rupanya gaji akan auto 25hb. Tak kisah la sabtu ka ahad ka. Aishhh! Kesian pada yang sambut Wesak. Hahaha Kalot macam nak celebrate plak.-_-
So, dalam keadaan yang kekeringan. Ada 50hengget ja. Kami nak buat aktiviti yang berbaloi hari cuti tu. =) hehe orang penang kata 'gagah' jugakk!
Fareha, kawan sekolah rendah kami yang kami rasa last jumpa pon dah lama dah bulan puasa tahun lepas tak silap. Dia sekarang sambung Master dekat UKM. Lepas bincang bincang kami rasa kami nak try explore jalan sana. Rasa macam jaoh ja Bukit Jalil ni dengan Bangi. Padahal, 20minit jaaa!!
Terpisah antara dua tol yang berharga RM2.70. Haha
Alhamdulillah. Kami selamat sampai tanpa sesat seperti kebiasaan. heeeee.
Kitorang bercadang nak p Alamanda ja. Dalam benak pikiran kami, nak ajak fareha tengok FF6 tu. Sebab dah takdak teman wayang kan. Heheh Rindu jugak kadang kadang. U_U
Kitorang mulakan hari dengan makanan ni. Waffle ada eskrem. Nak bagi adrenalin otak yang beku jadi cayaq. Supaya kitorang boleh take turn bila bergosip. hehehe!
Pastu beli tiket. Macam biasa, seat semua full. So, kitorang beli untuk esoknya. Tak berapa nak maju lagi beli tiket on9. Masih guna cara konservatif. hehehehe Camni la bes.!
Alang alang ada Karnival Belia tu singgah la jugak sat. Nak tengok booth Jobs Malaysia. Tengok tengok kitorang dah lambat. Booth pon macam nak tutup. Owh, sebelum tu kitorang p dekat area depan Masjid Putrajaya tu. Haha terjiwa seni sekejap sebab ada Pameran Kraftangan. hehehe! Tengok orang men musik, batik, barang barang kraf la banyak. Heeeeee~
Fareha ni tak mau tengok kamera langsong. Maluuuuuu sangat orangnya. haha! Kami pulak yang tak malu. huuuuu!
Akhiri hari dengan buger bakaq abang terbakaq. Heheh dah lama kami dok pikiaq nak makan. Last last Fareha ajak p dekat Ramal Junction. Makan lah kami. Yang paling kecik la tapi. hahah Gaji takdak lagi kan. =P Tu pon tak habes. T_T That's why kami semakin kecik molek. hahahaha!
So, esoknya kitorang tengok Fast & Furios 6! Bajet bajet dating gituu..~
Mata ketumbit dibenarkan tengok wayang ok. haha!
Okbye!
p/s : Kami boleh berubah. Tapi jangan cabar kami berubah. Marah ni. haha!
No comments:
Post a Comment