Wednesday, 26 November 2014

10 Kenangan waktu sekolah kami. :)

Assalamualaikum.

What a stress week.! I need to read a lot of journal (a lot means a lot!) and submit the summaries by the end of this month! Aaaaaaa. Sampai mabok speaking. Haha Btw, ni dah long long time ago tulis. Time free dulu kami draft. Happy reading. #sukasuka

10 Kenangan waktu sekolah kami. :) 

1) Masa tadika kami jadi ketua pembaca ikrar masa sukan tadika perpaduan seluruh Pulau Pinang dekat Stadium Bandaraya. Berdiri belakang kami dua orang lagi. Seorang kawan dari tadika yang sama dan sorang lagi kami tak ingat sapa. Alhamdulillah kami baca dengan baek. Mulut dekat mic. Haha Malangnya takdak gambaq. Zaman dulu dulu kan.

2) Mungkin daya ingatan yang kuat. Cikgu tadika tu jadikan kami watak ibu ayam dalam tarian ayam masa tadika. Sekali lagi. Kami di barisan hadapan. And again. Takdak gambaq. Hehe

3) Sekolah rendah dajah 1-3 kami sekolah petang. Bila perhimpunan petang ada persembahan. Bila turn kelas kami. Kami kena berdialog dengan kawan kami dalam english. Haha! Lawak gila. Ayah dengan mak kami mai tengok dan kitorang jalan kaki terus p pasar malam. Lepas tu kami mengadu kat ayah kami ada budak lelaki kacau sambil tunjuk budak laki tu. Hahaha

4) Kami jadi ketua pengawas masa darjah6 dan bacakan 5 senarai disiplin dalam buku disiplin masa perhimpunan setiap hari isnin. Pakai blazer bagai. Ketaq takpayah kata la. Hahaha Eww

5) Dapat 5A pastu tolak tawaran MRSM langkawi. Sekarang baru menyesal sebab kalau tak bole kawan dengan Neelofa. Hahaha! Kami masok SGGS. Sekolah perempuan terbaik dalam Penang katanyaa. Oh. Kami tak p MRSM tu sebab susah la. Macam jaohh ja. Haha I choose not to go. 

6) Sekolah menengah kami sangat skema. Omg. Tak buat kesalahan langsung. Dapat 5 demerit sepanjang 5tahun kat situ. Bayangkan. Tu pon atas kesalahan apa? Kuku panjang. Haha.

7) Sampai form 4 kami aktif sukan. Olahraga. Wakil sekolah tau. haha! lari lari. Pastu begaduh sebab diorang cakap kami lari lembab. Kami menangis nangis dekat cikgu dan quit. Form5 kami tak join dah. Tapi memang kalau diperhatikan kami lari tak la sekuat diorang. Hahahahaha! 

8) Form 4 kami p sekolah nek moto. Yang peliknya kami p sekolah balik sekolah. Tak penah melencong langsong. Skema nak mati. Hahaha Sekali ja kot singgah prangin mall tu pon p popular beli calculator. Bhahahahaha

9) Kami suka bawak bekal. Kami memang suka simpan duet dari dulu lah. Patot sekarang kaya. Hahaha! Astaghfirullahalazim. Kalau kaya takpayahla jadi cikgu tadika ni dan tak pakai la mybrain sambung master. Agaga. Merapu dah. 

10) Masa form4 kami becinta. Tapi boleh kira la dating berapa kali. Ikot kawan atau hormon ka apa kami tak tau. Gatai jugak kot ni. Dan tu lah percintaan yang paling lama. Tapi exbf kami tu nak kawen dah bulan12 ni. Hahahaha! Kawan kawan kami mesti dok gelak. Konghajo. Hehe. 

Lawak kan zaman dulu dulu. Kadang kita tak sedaq pon masa dah jaoh berlalu. Bila imbas balik baru rasa yang masa tu tak penah tunggu kita. Sama ada kita ditinggalkan atau kita berjalan sama. Sama ada pemikiran dan cara hidup ditakuk lama atau kita berubah menjadi lebih baik. =)

Oklah itu saja. Kami dah baca 11 journal. 19 to go. Tapi kami plan nak submit 20 ja. Tak larat! Jadi kami nak guna konsep quality is important than quantity. Bhahahaa. 
Nah pic budak skema satu. Form5 masa ni. Ada family day ka apa ntah. Hahahaha!

Okbye! 


p/s : Doakan kebahagiaan kami. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 28 October 2014

Sibuk.

Semester ni sangat sibuk lah korang. Baru kami rasakan yang belajaq sambil kerja ni adalah sesuatu yang membebankan. Dan kami tengah bayangkan lagi macam mana orang orang yang boleh plan nak kawen sekali dalam keadaan macam ni. Gila kental. Haha! Sembang lebih pulak.

So tujuan nak tulis ni. Saja nak meluahkan kesibukan kami ni. Hahahaha! Sebab lama dah tak menulis rasa macam kesian blog kami sunyi. Hihi. Nak menulis pon kena tunggu ada mood kan?


Well. Ni ha jadual kami tiap taip hari minggu bulan. Berulang ulang ulang. So bila lah agaknya masa kami nak menulis.? Bila agaknya kami nak study.? Bila lah agaknya kami nak bercinta.? Kahkahkah

Ni pon kami baru ja abes test petang tadi. Taktau kenapa bila test master ni rasa macam tak belajaq apa apa. Hahahaha. Pening kami. Asyek blur ja. Aiyakk. Ka sebab kami melancong tak hengat aritu pastu tak study. Hahaha!

Hari jumaat malam ada lagi satu test, tutorial lagi journal critiques lagi. Aaaaaa~ Kadang rasa macam "bila la nak habes semua ni.". Tapi bila stress ja pikiaq camtu. Bila tak stress kami ok. =)
Senarai aktiviti + kenduri kawen. Banyaknya. So mari habeskan tahun ini dengan gembira. =)

Itu saja kot nak habaq. 

Korang sihat? Hehe.


p/s : Satu beban dah lepas. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 30 September 2014

#20randomfactsaboutme


  1. Nama mak ayah kami bagi Ismaizni Ahmad. Tapi orang selalu silap sebut. Isma Zaini?? Umoq dah suku abad. Ya Allah dah tua. 
  2. Anak kedua daripada 3adik beradik perempuan. Semua mula nama dengan Isma. =)
  3. Pure melayu penang. Takdak campuran bugis, arab, atau mami seperti yang digembar gemburkan. Haha
  4. Sekali tengok kami memang sombong. Sebab kami suka buat muka blur. Pendiam kot. Tapi bila dah kenai kami cakap nonstop.
  5. Prefer beli baju/shawl/lens dari beli kasot/handbag/makanan.
  6. Sangat tak suka mekap dulu. Tapi sekarang dah terpengaruh dengan adik kami.
  7. Kurang minat dengan budak budak. Tapi baby kami suka.Huhu Since kami dah keja cikgu tadika kami bole la terima sikit sikit.
  8. Tak pandai berenang. Tapi rasa nak snorkeling lagi sebab dapat instruktor ensem kat tioman aritu. bhahahah
  9. Dapat lesen kereta lepas SPM. Tapi baru fully drive setahun lebih.Tak reti bawak manual. Tak reti side parking, Bole menangis kalau cuba.
  10. Sangat suka menyanyi. Sapa satu hostel satu umah mesti tau. haha Tapi tak pernah masok pertandingan. Gila ka.
  11. Suka tempat tanah tinggi dari tempat ada ayaq. Sebab refer #8
  12. Tak suka ayaq masak. Tak suka sayoq hijau. Mungkin sebab tu kulit kami tak cantik
  13. Dulu masa kecik kecik ayah kami panggil puteri lilin. Sebab tak tahan panas. Even sekarang kalau jalan dalam panas kami tutup sebelah mata. Huhu
  14. Hangat hangat taik ayam buat bisnes. Penah jual tudung. Join 1whp. Semua kelaut. Lingkop. Haha
  15. 4kali gagal bercinta. Nekad takmau bercinta dah. Hahaha! Ni termasok cinta zaman sekolah tau.
  16. Tak minat lelaki kulit putih/matsaleh/korea. No no no. Haha
  17. Sangat gilakan kereta swift sampai letak pamplet bawah bantal. Haha Kecewa tak dapat beli. Geram punya pasal kami angkat saga paling mahal. Haha Amek kau. Asal warna sama. =P
  18. Kami sayang family kami. Tapi kami tak reti nak cakap iloveyou atau apa apa. Kami suka beli barang dan bagi. Tu cara berkasih sayang kami kot.
  19. Gelabah. Cepat cuak. Kelam kabut.
  20. Perangai on off. Sat nak tu sat nak ni. Serius takleh kawal kadang kadang keling ni. Haha! So korang jangan tekejut la kalau kami langgaq mana mana yang diatas especially #15 #16 atau laen laen.


p/s : Isi masa lapang.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^