Friday, 21 March 2014

Tioman! Part2

Assalamualaikum.

Bertemu lagi. Haha! Kami lupa nak cerita semalam. Masa sampai jeti tu ada orang tolong angkatkan bag. Kita cuma letak ja dalam troli tu. Hehe Dia jerit jerit sunbeachresort2! So letak ja beg dan jalan~ Macam kita nak masok hotel la. Heee
Cuba korang tengok map ni. Nanti kalau korang nak p tioman. Amek la resort yang dekat dekat dengan jeti. Macam resort kitorang. Senang. Makeup tak sempat cayaq okayy~ Haha!
See~ Nampak jeti. Naiss!

*****

Okay mari sambung. Lepas habes berenang renang tengok coral. Kami agak dalam 15-20 minit jugak la kami duduk cuba lelap dalam bot. Lepas tu gerak ke Taman Laut. Hehe! 

Bot jalan ja. Kami dan dan boleh bediri. Kami pon tak paham. Kami pon sambong maen angin. Besssssssssssssssssssss~ Kami suka.! Muka keluaq tingkap sambil menyanyi nyanyi. Waaaa.. Hihi Dalam hati dok tebayang jugak ni kang tejatuh seluas luas lautan diorang nak cari kami. Hahaha!

Sampai la kat Taman laut. Sini bes kot. Sebab kita nampak ikan. Tak snorkel, dengan mata kasaq pon kita akan nampak ikan. Kitorang zass p toilet dulu sebab yela kena setelkan proses penyah segala gala. Kami bajet nak hilangkan pening so kami kena buang segalanya. Hahaha #tipskami

Setel. Lega. Haha

Kami sampai sampai semua dah dalam ayaq dok jerit "kami kami siniii" Haha gelabah dah kami. Alaaa.. camna kami nak masok ayaq ni. Dah la banyak orang kot. Bukan group kitorang ja. Satu malaysia dalam laot tu. Hahaha 

Kat situ dia ada tanda lingkungan kawasan yang boleh kita berenang. Dan kawasan pantai kita nampak. So tahap kekonfidenan kami tu tinggi la. Haha Apa apa belaku pon, still kita dalam bulatan tu. Hemm!

Kami nampak shahril dengan akmal ada kat tangga turun tu. "Pelampung tadi mana weh" hehe kami tanya. Tapi kalau pakai pelampong agak malu la. Sebab semua orang cam chill ja. Dah la ramai. "Ada dalam bot, tadi tak bagitau nak" Akmal jawab. Omg.

Shahril tu soh kami turun pelan pelan. "Hang jangan tinggai kami." Kami bagi amaran. Hahahaha! Kami rasa kalau dia takdak kat situ, kami makan angin ja kat atas. Gila rugi. Diorang ni dah have fun jaoh jaoh dah. Masa turun tu terpaksa la kami pegang tangan shahril. Terpaksa ok. Terpaksa. Kitorang pon menggengam erat tangan hahahhaha! #jatuhcintatioman

Lepas tu dia kata ok tengok bawah. Lepas tangan pelan pelan. Kami pon buat la. Tapi bila dia cakap lepas tangan kami pegang lagi kuat. Hahahaha! Gila nak lepas. Mati kami satg. Hahaha! Serius bukan kami nak menggedik. Kami takot betoi. Hemm. Hahaha! Kami dok jerit jerit takot. Yang mamat ni chill "Shhhhh diam diam diam malu kat orang."  Sambil jari kat bibir. Bibir dia la! Gila.! Ehhh~jatuh cinta jugak aku dengan dia ni. Hahahaha

Yang kelakaq nya. Dia dok tarik kami ke tengah ke tempat diorang ni la. Hahahahahahaha! Lepas tu kami tak tau posisi apa yang patot kami buat. Yela, kaki kami nak buat apa. Eeeeee..kami tak tau berenang laa!! Lepas tu kami buat tak tau ja. "Ehh ehh awat kami nak tebalik ni, ehhh awat kami nak terkedepan ni" Hahahaha! Gila bodoh. 

"Tolak la kaki tu kebawah"

"Tak boleh la!!"

"Ish kuat la sikit!" 

Lepas tu dia tarik kaki kami ke bawah. Gila sengal memalukan kami ni. Ooo..Baru kami tau nak berenang atau berada dalam keadaan tegak dalam ayaq kaki kena sentiasa dikayuh kayuh. Habaq la awai awai. Hoho 

Dah lama lama tu baru kami ok. Sebab semua pon ada sekeliling kami. Kami pon dok asyek pegang fiza. Hehe. Kami pon meleraikan pegangan tangan itu. Kahkahkah  

*Shahril tu pakai glove eh. Jangan negatif cepat sangat. hehe*
Masa kami sampai kat diorang tu. Lan menjerit. "Weh shahril ko umo bape?" "22" "Elok la kami pon umo 22. Kan kami?" Lan bakaq. "Ha'a"  Kami jawab. Hahahahaha! Konghajo.
Pastu lan suroh buat bulatan. Nak tengok ikan secara berjemaah. Ni lagi lawak. Di tolak tolaknya kami dengan dua jari, kami rasa la. Sebab kami dengan fiza tak membentuk bulatan. Apa ni. Kami dalam hati. "Kau ni dah kenapa kat dalam ayaq pon nak jadi presiden?" Hahahaha! Lawak doh. Masa tu last last tak jadi pon bulatan semua pakat gelak. Satg semua tetelan ayaq.
Ikan pon kenyang makan roti. Kami usha ja. Nak bagi makan takot. Semua benda takot kami ni. Hahah! Lan dok buat sweet la, bagi ikan makan suro fiza dengan kami tengok. Padahal, dok letak roti tu depan google fiza. Sadis betol. Kami jadi syaitoooonnn rupanya kat situ. hahahahaahaha! Gurauu~

Kitorang naek dalam kul 1230 camtu. Makan tengah hari semua Shahril dengan Akmal dah bawak kan. Lepak makan aiskrim kejap, sembang sembang gosip gosip. Balik!
 Hana dah macam atlet renang. Heheheh!
Ololo..Omeyy~ Baby berenang dalam perot. Nana berenang kat dalam laot. Hehe Haa~ Before kami muntah tu kan. Nana muntah dulu. Haha! Pastu masa kami muntah tu, kami dok pikiaq "Aku ni dah kenapa macam orang mengandong" hahaaha!

Lepas setel makan kitorang di bawak singgah kat satu pulau ni. Ntah la pulau apa. Lupa. Pulau ni kita leh shopping la apa apa. Hehe!
Hehe! Kami happy sangat. Masa balik tu kitorang nyanyi nyanyi dalam bot. Tejerit jerit. "Oh sayang engkaulah jejaka idaman~~~" Just for fun. Tak tuju kat sapa sapa pon. Hemm. Akmal yang drive bot tu, nak sampai tu dia lappp. Cana eh nak eja? Dia coner baek punya. Aaaaa~ kami rindu tioman.




Kantoi tak begerak. Hahaha! Dengan kaki terapong. Belakang penoh bot tengah park. Hahaha! tapi kan. Kami rasa kami sorang ja ada pic ni. Kalau korang ada cuba buktikan? Hehehehhehee! Yeayyy. Menang.!

To be continue.


p/s : Terlalu seronok nak cerita. Sampai part3. Heheh! Korang baca la. Ok. Ok.?



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 20 March 2014

Tioman! Part1

Assalamualaikum.

Perjalanan kami bemula hari khamis. Fuhh! Kami balik kelas kul930 malam dan zass balik umah mintak tolong kazen kami hantaq p airport. Hehe! Ikot hati nak naek bas ja. Tapi memandangkan kawan kawan nak betolak awal pagi macam tak tertunggu pulak diorang satg. Lagi naya kalau diorang tinggai kami. U_U So, atas dorongan hana kami pon beli la tiket dan terbang.

Kami bukannya pernah fly dari Penang. Dari KL penah la banyak kali. Meraba raba jugak la cari. Tapi takpa. Cuba! Nanti senang nak bawak mak kami jalan jalan. Hehe
Sampai dalam pukul1220 pagi lepas tu nek skybus ke KLSentral. Senang suroh lan amek dekat situ sebab kitorang akan kumpul dekat rumah lan yang luas itu. Hahahaha! Nak dekat kul2 jugak la baru sampai. 

Bajet nak bertolak pukul3.Tapi last last nak dekat kul4 baru gerak. Kitorang nek innova lan dengan hiace farah. Gila gedabak besaq. Rasa tinggi ja dok dalam tu. Dah la syed yang bawak, macam xlut ja rasa. Hahahaha!

Perjalanan pon bermula hehe! Kami dah bajet memang nak tidoq kalau start perjalanan. Hahahha konghajo sungguh. Yela, penat kot jet lag bagai. Hahahhaa! Dengan pakai baju kelas tak salin salin. So, kami pon tidoq.

Tapi tak boleh nak tidoq sangat la jugak sebab Tun dok buat lawak. Diorang ni dok besembang. Fendi dok cerita nonstop. Posisi tidoq tak dapat. Hahaha! Diorang ni ikot jalan muadzam apa ntah tak tau la. Bangun subuh dekat jempol lepastu breakfast kat belakang MRSM serting. Hehe
Muka bangun tidoq. Makan kedai pondok. Hehehe! Pantun.

Dalam kul10 camtu sampai Tanjung Gemok. Rompin eh?

Okayy..ada boarding pass. heheheh! Kelas kau.
Tengah discuss and distribute tickets. Kami macam biasa la selfie. Haha Pastu kecewa 360 ni tak dapat melindungi jerawat degil. Sampai ja tioman. Kami picit jerawat tu. kahkahkah eeyyy

Dalam kul11 lebih kitorang nek feri. 
Ni masa feri tak jalan lagi. Bole la nak posing posing. Sekali jalan. Nak mati pening. Kami bajet macam nak p langkawi or pangkor. Rupanya gelombang sini lagi kuat. Sebab diorang cakap ni laut lepas. Laut China Selatan kan. So ayaq dia lagi kuat gelombangnya. Kami layan ja. Tapi memandangkan kami duduk depan sekali. Macam nak muntah rasa. Last last paksa diri tidoq.

Sejam empat puluh lima minit kemudian sampai laaa. Kitorang duduk dekat Sun Beach Resort, so tu first stop feri tu. Tak payah la lama lama. Haaa bayangkan, dalam perjalanan tu kita tak nampak pulau dan tak nampak darat. Kita ada tengah tengah laut. Scary kan? Kami dok perati ja life jacket tu. Hahaha!
Diorang tengah discuss nak bilik mana. Kami selfie! haha! Stress aku jerawat ni. Kan dah berakuuu..

So, ni lah view depan bilik kami! Subhanallah.
Tapi dalam gambaq ni tak la secantik pandangan mata. Kami sangat teruja kot. Kami rasa macam nak p turun jalan jalan dah. Tapi cam tengah hari sangat. Kami dah la dok belagak, tak bawak dan tak pakai sunblock langsung. Kami siap cakap lagi. "Takpa, kami lambat burn" Kang tetiba burn, mamposs.

Siap siap solat jamak, pastu turun makan! Petang tu kitorang kena amek snorkeling punya alat alat tu dan ada briefing sikit.


Asal makan ja. Meja mesti kena L. Ramai plak. Hahaha! Time ni la kami nak menunjuk monopod kami. Hahahaha Gila. Nak beli gopro tak mampuu. 



 Beria nya kami. Macam pandai snorkel. Haha!

Ohh..di saat ini lah kami berkenalan dengan shahril. hahahaha! #jatuhcintatioman Mampos kena gelak kalau diorang ni baca kami tulis camni. Instructor tu pon ajaq la kitorang cara cara nak pakai google tu. Cara pernafasan lepastu dia ajak kitorang testing snorkel dekat tepi pantai. Dia pesan siap siap, japg snorkel nampak batu takdak coral lagi. Hehehe!

Dengan zass kitorang ready. Heee~ Kami beria. 
Tapi seriously kami takot ayaq, sebab memang sejak azali lagi. Kami takot aktiviti yang kaitan dengan ayaq. Kami dah join water confident, tapi kami confident masa tu jela. Lepas tu takot balik. Hahaha! So, memang kami takmau la snorkel. Aaaaaaa~ Tak confident kot. Lan tak habes habes, "Aku bayar ni, ko jangan tak men" Benci! Kami nak, tapi takot. Hello kami bukan type membazir ok. Kami akan buat. Sabaq sat. hehe

Naseb Hana dengan Aisya banyak tolong. Pastu Fiza Farah semua dok bagi support. Benda macam ni tak bole push. Or kami yang type tak suka di push? Need time untuk serasi dengan ayaq tu. Dalam kami dok kata tak mau tak mau tu. Si Shahril tu "Ni takdak water confident ni" Pastu dia tarik kami!!!! Aaaa, men kasaq ni. Menjerit jerit kami macam orang gila. Sian Aisya kami tarik tangan dia kuat kuat. Bodo la, rasa nak menangis. T_T

Dan sejurus selepas itu, kami dah ada sedikit keberanian. Kami ni takleh orang cabaq cabaq. haaaaaa~ Kami dapat la menerapungkan diri dengan sedikit kekuatan. Berharap performance esok lebih baik. Hahaha tak bole blah.

Petang tu berakhir dengan beach volley. Patah tangan kami. Tiap kali tampaq tiap kali tu menyesal. @_@ Sakit dohh!
Malamnya, pihak resort sediakan bbq! Kitorang kena makan ja. Hehe
Lepas ja makan, mengikot tentatif hana, ada sesi gosip meletopss. Haha! Semua diserang dengan berdas das soalan panas, sizzling, zasss! Hahahha aku dah gila. InsyaAllah habes kat situ jelah gosipnyaa. Kalau gosip tersebaq muka muka ni kena terjah dulu. Hehe
Ain moderator. Tun panel. Haha! Semua cerita pasal kawen dah kenapa serius bukan maen. Ada banyak pasangan pulak dalam ni. Baru perasan. Eh dah lama perasan. Hahahah Tun nampak spender! Yang ni baru harini perasan. Hahahahaahahahahah *gulinggulingguling*

Malam tu kami tidoq tak tenang. Sebab esok nak snorkeling, kami takleh bayang camna perasaan tak jejak tanah dalam ayaq. Korang bole bayangkan tak camna perasaan orang yang tak tau berenang dalam ayaq? Nak buat apa pon tak tau. Bole mati tau tak kalau lemas? Tapi kami nak tengok jugak keindahan ciptaan Allah tu. Hemm!

*****

Lepas breakfast pagi tu ready nak nek bot kul 8 9 camtu. 
Kitorang dapat bot cantik. Bot yang ada bumbung, ada dinding, ada tingkap. hehe! Tak la takot sangat. Tapi biasa la, nek bot ja pening. Sebab goyang goyang kan. Semua dah masok bot, tiba tiba fendi dengan tun nak kena tinggal tah apa la diorang ni buat. Lambat! Tak punctual! hemm! *beletiaq*
Ha ni tun dengan fendi baru sampai.

Kami bab bab nek bot ni wahh seronok. Suka men angin dan ayaq yang terbang terbang tu. Hehe Pastu bot tu melompat lompat, pastu menjerit. Hahahha. *Rindu*


Sampai sampai tengah laot tu, semua excited la turun. Kami memang amek pot last last. Nak tengok dulu keadaan cana. Haha! Pastu tun dengan sapa tah aisya kot turunkan kami. Haha! Macam mayat pulak diturunkan. Takla, maksud kami, diorang suro kami turun pastu baring dalam ayaq pastu diorang tarik sampai pelampung. Hahahaha! terok tak terok. 

Memang jakun habeh a kami ni. Hahahahahaha! Penat a gelak. So, aktiviti snorkeling kami setempat. Haha! Kat pelampung tu ja. Memang kami takkan lemas or hilang la kan. Sebab pelampung tu sambung dengan bot. Penakot nak mati.
Masa ni pening ni. Tapi ada hati nak amek pic lagi. Hahahaha! Mana boleh tak abadikan kenangan kann. Haaaa~ yang baju biru bediri tula shahril. Hahaha! Berenang renang macam ikan. Kami salute orang orang pandai berenang. Termasoklah Aisya dengan Fendi. Bole melompat lompat without life jacket. Ehh. ingat, mak korang kat umah tu dok tunggu tu. Ish! Bahaya tau tak. tapi diorang macam ikan. So, ok la. 

Yang diorang len len tu kami anggap diorang ada keberanian lebih sikit la dari kami dan diorang mungkin pernah buat benda ni. Hahhahaha! Padahal cuba korang buka life jacket. Haha! Kat sini baru kami berani cabar, kalo dok cabar kat sana naya satg kena tolak. hahahah! Lan paling jahat suka tolak orang. Pastu spontan kami cakap "Jangan la wey nanti mak kami marah" Hahaha! Kami pon taktau apa kami cakap!

Diorang berenang sampai jaoh jaoh. Tapi ada shahril dengan akmal pantau. Hehe! Kami dok pening tak tahan. Shahril tu kata p duduk dalam bot. Kami pon tehegeh hegeh la turun pelantaq tu. Bayangkan turun tak jejak apa apa. Eeee takot la. Lepas tu macam biasa pegang pelampung. Sebab kami tak tau nak gaya tangan macam mana kalau tak pegang apa apa.

Shahril tu pon tarik la kami. Dia cakap tengok bawah. Heee! Kami ada pemandu pelancong kot. Lepas tu bukan dia bawak p bot, dia bawak p pusing pusing dulu. How sweet? #jatuhcintatioman Hemmmmm~ Rasa macam jaoh ja bot. Haha! Gila aku. Kami pening tak setel lagi. Nak kena muntah ni kami rasa. Huhu Lepastu kami nek balik pelantaq tu dannnnnnnnnnnnnnnnn kami muntah. Yekkk!

Korang nak tau tak? Muntah kami telah menghadirkan berekoq2 ikan. Aaaaaa...cantik..kami muntah dan ikan makan. Sekelip mata muntah tu hilang. Hehe Tak payah kami snorkel kot. Ikan yang mai dekat kami. Hemmm ikan pon sweet. #jatuhcintatioman 

Lepas tu kami turun pelantaq dengan bantuan shumie dan lan ke bot. Diorang ni tak sweet macam shahril. Ada ka lalu bawah tali tu tak tengok kami. Tarik tali tu sampai kepala kami ke bawah. Kami tetelan ayaq tau takk!!

Nek bot lagi pening. Haha. Diorang taksetel lagi. Kami tidoq dalam bot.

To be continue.


p/s : Penat throwback. hehe


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 12 March 2014

Zon perbaiki diri.

Assalamualaikum.

Lumrah manusia. Setiap kali ditimpa dugaan mesti ingat Allah. Bila bahagia kadang terlupa. Kami dah banyak kali ingatkan diri sendiri. Even previous entry kami pon ada jugak kami cakap benda ni. Dan benda ni berlaku lagi. 

Bercinta. Bukan nak cakap yang bila bercinta tak ingat Allah. Infact kalau dating pon alhamdulillah masih akan solat. Sebab mak kami selalu pesan, solat tu pendinding diri. Yang tu memang kami tak nafi. Alkisahnya sekarang yang kami nak cerita kan kat sini. Kenapa bila kita putus cinta, kita cari Allah?

Ohh. Kali ni memang hati kami pecah. Serius. Secara negatifnya he came when i have everything, and he left when i have nothing. No job, no money, nothing, useless! Kami dah penat pikiaq positif pasal orang, dengan positivity kami ni kami sangkal semua hujah hujah observer percintaan kami yang secara terang terang halang dan positivity yang buat kami percaya 100% and lastly kami yang kecewa. So bila positivity kami ni dah makan diri, tak salah kan kami nak pikiaq negatif.?

Satu keputusan yang agak selfish. Tapi kami cuba memahami dari menghukum. Sebab walau macam mana pon, i know he have his own reason.

While i was crying at night thinking about things yang happen kami rasa sakit sangat. Dengan tahan suaranya lagi takot mak kami tau. Dan ofcoz kami mengelak dari tidoq dengan mak kami. Kami selawat sambil pegang dada. Benda spontan yang betol betol buat kami tenang.

Sebelum tidoq kami niat supaya kami terjaga pagi nanti untuk menghadap yang Esa. And benda tu berlaku. Dia seolah olah mendengaq keluh kesah kami. Bila siang kami rasa nak tidoq ja sepanjang masa. Sebab kami malas pikiaq benda benda ni. Even kami pikiaq pon, orang dah taknak, takkan kami nak paksa.

He left and ask me to keep moving. So kami pikiaq, when i stop chasing wrong things, kami bagi chance for the right things to catch me. Kami positif jelah, jangan biaqkan feelings kami ni lupa apa yang kami deserve.

Mungkin kami masih tak cukup baik untuk seorang lelaki yang baik. Dan kami yakin tulah sebab utama kami takboleh dan takdapat bercinta  tiga empat lima sepuloh tahun macam orang laen. Mungkin jugak kisah hidup kami berbeza. Yelah, tiap manusia ada kisah pasang surut dia kan.

Bila lihat sekeliling. Jadi stress kan. Kawan kami penah keluaq statement kat fb, dia cakap sabtu ahad (weekends) dia malas nak buka fb sebab tunang sana kawen sini. Haha! Entry kami yang before before ni pon kami dok kalot kan pasal wedding orang. Hemm. Sedeh sebab kami dah pikiaq dan plan macam macam. Even mak kami pon dah join plan.

Dan korang nampak kan, betapa bahagianya kami dengan puisi puisi cinta kat blog ni. Kalau korang baca pon mungkin korang jatuh cinta kan? Hehe Sapa yang ada sekeliling kami mesti tau,  alam dilamun cinta kami. Tapi takpa lah. Mungkin cara kami mencintai tu salah. Tu lah, belum apa apa jangan pikiaq lebih isma! 

Orang bertunang lagikan putus, orang dah kawen lagikan cerai, inikan pulak yang takdak apa apa ikatan, sekadar janji manis mulut. Hemm. Lagi sedih kalau putus tunang kan? Bawa maruah keluarga. Lagi sedih kalau bercerai berai kan? Runtuhkan masjid. Kalau ada anak? 

Seriously speaking, kami takkan bercinta lagi! Titik. Biaqlah yang betul betul jujur berkawan dengan kami, terima kami seadanya, terima cara berpakaian kami, terima sederhananya keluarga kami, terima paras rupa kami tanpa 360 (dalam keadaan camni pon kami nak buat lawak. Sigh!), terima rendahnya ilmu agama kami. Kami tak mintak apa apa, cukuplah kami sempurna dimata dia.

Biaqlah sederhana, janji terima seadanya. Dalam usia macam ni, kami dah takmau dah proses perkenalan bagai. Penat. Tapi mak kami cakap. Kalau tak berkawan, macam mana nak ke next step. Hemm! Well, kawen kalau diatur keluarga lagi tak masok akal sekarang ni. Agagagagaga 

Cinta monyet waktu sekolah, putusnya laen. Cinta waktu diploma, putusnya laen. Cinta masa degree, putusnya pon laen. Cinta masa keja, ponnn laen ceritanya. Mak kami kata, liku hidup kami berliku liku dalam mencari pasangan hidup. Sebab benda laen senang ja kami capai. Anggap pengalaman hidup jelah. Senang cerita.

Cukup.

Kami dah boleh terima semua ni. Mungkin ni jalan yang Allah dah susun supaya kami boleh perbaiki diri dari terus bergelumang dosa. Dan kami anggap ni "Zon Perbaiki Diri" kami. =) Positif!

Korang jangan tanya kami apa apa tau, sebab lagi kami cerita lagi luka tu bagai di siat siat, doakan kami. 


p/s : Mungkin jugak ni hukum karma? But, previously i have my own reasons too. Dah sebulan lebih ni kami muhasabah diri. 


lepas baca jangan lupa senyum ^_^