Sunday, 31 August 2014

Sem baru bakal bermula. =)

Assalamualaikum.

Kami dah selesai semester 1. InsyaAllah 8hb9 ni mula semester baru. Wehu! Tak sabaqnya. HeheDunia degree dengan master tu berbeza.Tererlah sambung master bla bla bla. Bagi kami kan hasil observation kami lah bukan sebab terer ka apa, sebab kehendak. 

Kawan kawan kami semua ada misi yang berbeza beza. Ada yang sambung sebab nak naek pangkat, ada yang nak naek tangga gaji, ada sebab tuntutan kerjaya, ada sebab mood study still on, ada yang tak ready ke alam pekerjaan, ada jugak yang mengisi masa lapang. Haaaa~

Laen laen kan? 

Kami kecik hati la jugak bila kadang kadang kami update pasal apa yang kami study. Lepas tu ada kawan kawan yang dah bekerja cakap "ehh, takguna pon ni nanti bila dah keja." Ilmu kita kena hormat. Tak boleh cakap besaq macam tu. Dalam dunia sekarang ni. Tak semestinya kami keja dalam bidang yang kami belajaq. Even benda tu kami nak, kalau Allah tak tetapkan kami tak dapat jugak kan. 

Kadang kadang buat down jugak tau benda benda macam ni. So, kami pon ambil keputusan menjarakkan diri dari orang yang boleh buat mood kami down. Kami pikiaq, bila dah mula belajaq ni. Teruskan ja. Anggap rezeki kami adalah rezeki belajaq. Tak kisah la orang nak cakap apa. Janji setahun setengah kami belajaq ni, kami duduk dengan mak kami, kami boleh tolong mak kami sikit sikit walaupon bukan dari segi kewangan. =)

Well. Result dah keluaq minggu minggu lepas. Dan apa yang mengejutkan, kami tak sanggup check sendiri.! Haha! Gila takot lah. Dulu kemain kul 2 3 pagi bangun check. Oh. Kali ni serius kami takot. Tapi result alhamdulillah. Taklah seperti yang kami bayangkan. Mihmihmih.


Sudah. Let's focus on my new semestar. Hihi Kami amek 3 subjek yang bakal menjadikan total 20 credit hours. Which means setelkan coursework kami. Huhu. Bila check jadual. Ada dua kelas siang dan dua kelas malam. Aaaaaa macam mana nak cakap kat pengetua ni. Macam taklogik ja seminggu kerja 3hari. Tapi takpa. Akan diusahakan.



Korang doakan semuanya ok tau.!

Posing depan almari sikit. Haha.
xoxo.



p/s : #misimencaricinta bermula balik kot. Harap harap ada ramai kawan baru. Kahkahkah



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 24 August 2014

Tadika dan kami. Huhu

Assalamualaikum.

Hello korang!

Merindui kami bukan.? Hehe. Banyak nak menulis tapi masa tak mengizinkan. :(

3bulan lebih. Tadika. Dah biasa kot. Tiap tiap hari ada ja lawak yang kami rasa lawak pasai budak budak ni. Diorang sangat unik, unpredictable dan sejujurnya jujur. Tapi tak kurang jugak yang buat kami marah dan dapatlah penampaq kami yang rasa sakitlah kot. Hehe. Bagi sikit pengajaran. Supaya tak ulang lagi. Bila dah sakitkan diorang pandai pandai la pujuk balik. Cerita kenapa mesti ditampaq sikit. hehe.
Tapi. Budak zaman sekarang tak macam dulu. Rasanya seingat kami, masa kami tadika dulu takdak lah senakal ni. Takot bila digertak. Diam bila disuruh. Tapi diorang ni marah tu bukan nak diam ibarat suroh bising lagi. Tadi waktu break. Kami letak pinggan berisi sandwich peanut. "Teacher, i dont want to eat. I never ask oso." Sambil buat muka marah. Kami dalam hati like "What?". Orang bagi makan kot.

Sifat ego kami ni tak boleh buang lagi. Kami buat bodo dan jeling. hahahahahahahaha!

Tapi tak patot la kan dia kata camtu. Hehe. Well, sifat sifat kurang manners ni datang dari rumah. InsyaAllah nanti kita ada anak. Jaga lah elok elok. Kami pon tak patot la jeling jugak kan. Tapi kita takkan buat kalau orang tak mula kan? Haha #nakmenang

Mari mula sikap kalau orang baling taik kat kita jangan dibaling balik dengan taik. Baling bunga. =)

I need to practice that too.
Firdaus : Cikgu, cikgu buat apa tu?
Kami : Cikgu tengah buat pompom ni.
Firdaus : Haaaa?? Bommm??

Hahaha. Mungkin banyak tengok berita pasal Gaza.

Satu hari seorang budak ni pinjamkan kereta mainan kecik kat sorang budak lagi. Dah dua tiga hari bagi pinjam si peminjam ni menganggap dia punya lah kereta tu. Sekali pemilik ni nak balik. Maka peminjam tu menangis. Mai la kat kami bagitau yang pemilik tu takmau bagi kereta tu kat dia. Kami yang kurang paham situasi mintak la kereta tu. Pastu cakap la "Dia pinjam sekejap ja lagi."

Tapi pemilik tu takmau bagi.

M : Teacher, let say you give him borrow your handphone. *kebetulan kami tengah pegang handphone* Then he dont want to give you back. You will angry right?

Korang rasa kami nak jawab apa dengan budak menjawab ni? Situasi macam ni la kami tak minat nak hadapi. Tak pandai nak psiko budak budak. Memang dia betol tapi kami takmau kalah. Haha!
*macam tak percaya kan. Kami amek pic ni tak guna 360. Hanya dengan sedikit mekap dan camera note1 yang cantik. =)*

Sorang student kami tak pandai cakap melayu. Kalau sembang dengan dia memang macam ayam dengan itik. Tapi adalah jugak words yang dia belajaq kat sekolah. Macam "makan" "duduk". Susah jugak kan. Kadang dia nak mengadu apa apa pakai bahasa isyarat. haha. 

P : Teacher, Fazlie this *sambil tangan dia pukul tangan dia sendiri.* Firdaus.

Hahahaha! Kelakaq kan. Tapi kami rasa mesti nanti parents dia hantaq p sekolah tamil punya. Tengah bayang susahnya jadi cikgu bahasa kat sekolah jenis kebangsaan ni. Well, tapi kami pon banyak jugak belajaq words in tamil. Mihmihmihhh.

Ada sorang budak ni. Selalu dia mai kawan kawan mesti dah ramai. Tapi haritu dia paling awal sampai.

Haikal : Cikgu, mana ramai orang?

Hahahaha! Lawak kan.
*Sukan semalam. Sampai kami terpaksa cancel nak p wedding Syida. Geram betol.*

Dalam pahit pahit penat terkejaq sana sini. Menjerit jerit. Ketuk meja, jegil mata. Ada manisnya dengan budak budak ni. hehe.

Korang suka tak jadi tempat kegemaran budak budak bila diorang nak kan sesuatu. Contohnya nak minum kena tolong tuangkan air, nak makan biskut roti atau apa apa kena tolongkan bukakan plastik, tupperware dan sebagainya. That feeling is the best. Kami suka bila kami boleh arahkan diorang makan roti dulu before makan mamee or apa apa. Hehe. Rasa macam booo takbole makan sebab cikgu tak bukakan. =P

Kami suka bila budak budak merengek cakap "boleh la cikgu, boleh la cikgu.". Cayaq tau hati ni. Nampaknya hati kami sebenaqnya dah layu dengan budak budak. Tak sampai hati. 

Penah suatu hari tu kami geram sangat. Tak larat nak menjerit suroh senyap.

Kami : Ok. Hari isnin ni cikgu takmau mai sekolah. Cikgu nak behenti keja. Semua takmau dengaq cakap cikgu kan?
Adam : Alaaaaaa~ Cikgu mai la. Adam sayang cikgu.

So sweet. 
xoxo!


p/s : Kami plan nak kerja sampai hujung tahun ni ja.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 3 August 2014

Selamat Hari Raya kami. Hewhew.

Assalamualaikum.

Perhatian. Perhatian. Hehe

Dah lama tak menulis. Yelah. Kami nak buat cerita lawak nak fun fun pon tak syok la sebab tiba tiba timbul isu gaza, mh17. Jadi tak sesuai la kan. Nak bincang pasal tu semua kami tak pandai. Huhu. Mampu melihat, membaca, doa dan macam orang laen hashtag dan boikot. =)
Macam orang dok kata tu. Boikot jangan bermusim. InsyaAllah. Akan cuba mulai sekarang. Yang mana product product yang dok ada tu habeskan dan jangan beli lagi. Camtulah kot yang boleh buat.


Well ok. Tujuan menulis ni nak ucap selamat hari raya. Hehe! Tak lambat lagi kan? Secara keseluruhannya kami tak wish dan mohon maaf pon kat mana mana laman sosial. hahaha bajet betoi, kecuali kat group wassap wechat dan private mesej. Raya pon tak berapa nak meriah tahun ni sebab kakak kami tak balik sebab menunggu saat saat kelahiran baby. 

Tapi macam biasa la tiap tahun balik kampung mak kami. Ramai sikit. Kalau tak bertiga jela. Takbole ooo. Sunyi.

Kami terpikiaq la jugak nanti bila kami dah kawen adik kami dah kawen sunyinya lah mak kami bila raya. Huhu Kami pon tanya la mak kami. Kalau raya mak nak semua anak balik raya serentak ka macam mana. Means macam tahun ni semua balik raya pertama. Tahun depan semua balik raya kedua. (Raya pertama sebelah suami la kan.). Ataupon, raya pertama mesti ada anak salah sorang.? Huhu


Sebelum tu ni nak tunjuk baby kazen kami comel gila. Yang sebelah tu kazen kami paling kecik. Hehe.

So mak kami jawab apa?
Mak kami pilih serentak. Huhu Baru meriah. Dah la ada 3 kerat ja anak. Huhuhu Tapi kalau tiap tiap tahun suami kami nak raya belah kami, kami terima ja. Hahahaha! Boleh bawak gadoh kan kalau bincang bab ni. Kami tengok cerita tv la bukan pengalaman. Hahaha! Tapi dah mak kami cakap macam tu. Nanti kami boleh la prepare. Kalau tahun pertama kami dah kawen tu turn kakak kami raya penang. Kami kena pastikan kami raya kat penang la. Mampos takdak orang mau kami dengan bersikap memaksa ni. Aiyakk. Haha

Tapi orang cakap, kalau orang cakap macam kami ni dia tak buat. Yang senyap senyap tu yang kejam. Macam lelaki yang nak kawen ramai tu. Yang cakap tu tak buat, yang senyap senyap tu yang kawen. Haha. Apa melalut ni. Haaa, contohh. Macam tu la maksud kami. Huhu

Back to the topic, rutin yang sama. Solat sunat hari raya lepas tu p kuboq. Rindu ayah kami. =') Ada kuboq baru sebelah kuboq ayah kami tu. Pastu ada kanopi yang diorang tak tanggal lagi.Teduh tu termasok la sekali kuboq ayah kami tu. Agaknya tenang lah kan ayah kami kat sana. Teduh. InsyaAllah.

Oh. 1hb8 haritu birthday ayah kami tau. Kalau ayah kami ada dah 61 umoq dia. Hehe. Bes kan? Selamat hari jadi ayah. Ini nak mintak maaf kalau masih ada dosa yang kadang kadang ini terlepas pandang dan buat ayah menanggungnya disana. InsyaAllah ini tak ulangi lagi. T_T

-
-
-
-
-

Oklah korang. Di kesempatan ni kami nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau ada salah silap, terkasaq bahasa, terover bagi pendapat, tersinggung perasaan dan semua lah, kami mintak maaf ok. Kalau kami ada terhutang apa apa bagitau la. InsyaAllah akan dilangsaikan. 

Yang mana yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri kami yang tak sempurna ni. Selamat hari raya korang. Semoga kita terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik. Hati hati balik ke tempat mencari rezeki masing masing.

OkBye! Selfie satuu~


xoxo

p/s : Kami nak wish raya dan mintak maaf ja. Tapi bila dah start type melalutttt ja keja. =P


lepas baca jangan lupa senyum ^_^