Assalamualaikum.
Hello korang!
Merindui kami bukan.? Hehe. Banyak nak menulis tapi masa tak mengizinkan. :(
3bulan lebih. Tadika. Dah biasa kot. Tiap tiap hari ada ja lawak yang kami rasa lawak pasai budak budak ni. Diorang sangat unik, unpredictable dan sejujurnya jujur. Tapi tak kurang jugak yang buat kami marah dan dapatlah penampaq kami yang rasa sakitlah kot. Hehe. Bagi sikit pengajaran. Supaya tak ulang lagi. Bila dah sakitkan diorang pandai pandai la pujuk balik. Cerita kenapa mesti ditampaq sikit. hehe.
Tapi. Budak zaman sekarang tak macam dulu. Rasanya seingat kami, masa kami tadika dulu takdak lah senakal ni. Takot bila digertak. Diam bila disuruh. Tapi diorang ni marah tu bukan nak diam ibarat suroh bising lagi. Tadi waktu break. Kami letak pinggan berisi sandwich peanut. "Teacher, i dont want to eat. I never ask oso." Sambil buat muka marah. Kami dalam hati like "What?". Orang bagi makan kot.
Sifat ego kami ni tak boleh buang lagi. Kami buat bodo dan jeling. hahahahahahahaha!
Tapi tak patot la kan dia kata camtu. Hehe. Well, sifat sifat kurang manners ni datang dari rumah. InsyaAllah nanti kita ada anak. Jaga lah elok elok. Kami pon tak patot la jeling jugak kan. Tapi kita takkan buat kalau orang tak mula kan? Haha #nakmenang
Mari mula sikap kalau orang baling taik kat kita jangan dibaling balik dengan taik. Baling bunga. =)
I need to practice that too.
Firdaus : Cikgu, cikgu buat apa tu?
Kami : Cikgu tengah buat pompom ni.
Firdaus : Haaaa?? Bommm??
Hahaha. Mungkin banyak tengok berita pasal Gaza.
Satu hari seorang budak ni pinjamkan kereta mainan kecik kat sorang budak lagi. Dah dua tiga hari bagi pinjam si peminjam ni menganggap dia punya lah kereta tu. Sekali pemilik ni nak balik. Maka peminjam tu menangis. Mai la kat kami bagitau yang pemilik tu takmau bagi kereta tu kat dia. Kami yang kurang paham situasi mintak la kereta tu. Pastu cakap la "Dia pinjam sekejap ja lagi."
Tapi pemilik tu takmau bagi.
M : Teacher, let say you give him borrow your handphone. *kebetulan kami tengah pegang handphone* Then he dont want to give you back. You will angry right?
Korang rasa kami nak jawab apa dengan budak menjawab ni? Situasi macam ni la kami tak minat nak hadapi. Tak pandai nak psiko budak budak. Memang dia betol tapi kami takmau kalah. Haha!
*macam tak percaya kan. Kami amek pic ni tak guna 360. Hanya dengan sedikit mekap dan camera note1 yang cantik. =)*
*macam tak percaya kan. Kami amek pic ni tak guna 360. Hanya dengan sedikit mekap dan camera note1 yang cantik. =)*
Sorang student kami tak pandai cakap melayu. Kalau sembang dengan dia memang macam ayam dengan itik. Tapi adalah jugak words yang dia belajaq kat sekolah. Macam "makan" "duduk". Susah jugak kan. Kadang dia nak mengadu apa apa pakai bahasa isyarat. haha.
P : Teacher, Fazlie this *sambil tangan dia pukul tangan dia sendiri.* Firdaus.
Hahahaha! Kelakaq kan. Tapi kami rasa mesti nanti parents dia hantaq p sekolah tamil punya. Tengah bayang susahnya jadi cikgu bahasa kat sekolah jenis kebangsaan ni. Well, tapi kami pon banyak jugak belajaq words in tamil. Mihmihmihhh.
Ada sorang budak ni. Selalu dia mai kawan kawan mesti dah ramai. Tapi haritu dia paling awal sampai.
Haikal : Cikgu, mana ramai orang?
Hahahaha! Lawak kan.
*Sukan semalam. Sampai kami terpaksa cancel nak p wedding Syida. Geram betol.*
Dalam pahit pahit penat terkejaq sana sini. Menjerit jerit. Ketuk meja, jegil mata. Ada manisnya dengan budak budak ni. hehe.
Korang suka tak jadi tempat kegemaran budak budak bila diorang nak kan sesuatu. Contohnya nak minum kena tolong tuangkan air, nak makan biskut roti atau apa apa kena tolongkan bukakan plastik, tupperware dan sebagainya. That feeling is the best. Kami suka bila kami boleh arahkan diorang makan roti dulu before makan mamee or apa apa. Hehe. Rasa macam booo takbole makan sebab cikgu tak bukakan. =P
Kami suka bila budak budak merengek cakap "boleh la cikgu, boleh la cikgu.". Cayaq tau hati ni. Nampaknya hati kami sebenaqnya dah layu dengan budak budak. Tak sampai hati.
Penah suatu hari tu kami geram sangat. Tak larat nak menjerit suroh senyap.
Kami : Ok. Hari isnin ni cikgu takmau mai sekolah. Cikgu nak behenti keja. Semua takmau dengaq cakap cikgu kan?
Adam : Alaaaaaa~ Cikgu mai la. Adam sayang cikgu.
So sweet.
xoxo!
p/s : Kami plan nak kerja sampai hujung tahun ni ja.





bestkan ajar budak2 ni..sabar kena banyak..hehe
ReplyDelete