Friday, 22 March 2013

Tips : Berhenti merokok dengan segera.

Assalamualaikum. 

Harini kami sedang mengkaji cara cara berhenti merokok dengan segera. heeee~ Segera.!! 

Kenapa perlu segera.? 

Sebab, Satu! Merokok membusukkan. Contoh busuk rumah, busuk mulut, busuk baju, busuk kereta. *Nasib Aidul tak busuk sangat. haha!*

Dua! Merokok menyebabkan bertukaqnya warna bibir huuu dari merah/pink kepada hitam. *kejam gila hitam. haha!* warna gigi yang putih kepada kuning, warna paru paru yang merah kot kepada hitam. ishh3!

Tiga! Menurunkan prestasi dihadapan mak mertua. huuuu~ *Mak kami salah satu. Sbb beliau anti perokok. ngehngeh!*

______________________________..__________________________________


Tips ini adalah untuk dua minggu pertama !
  • Cari Sokongan !
    Sentiasa bersama individu yang ingin berubah. =) join forum forum yang melibatkan quitters quitters yang laen. Baru boleh bagi semangat antara satu sama laen. Bila kita bagi semangat kat orang kita akan lebih bersemangat ! heee (^_^)v
  • Mengamalkan diet yang seimbang.
    Makan makanan  yang seimbang mengikot carta makanan kalau boleh. heee Sebab badan ingin membuang toksin jadi badan memerlukan banyak tenaga tauu. Jadi makanan seimbang bole meningkatkan metabolisme badan. Elak makan makanan seperti cekedis. hehe
  • Ambil Vitamin.
    Bila merokok nutrien dalam badan berkurangan. Jadi kalau kita ambik vitamin, ini akan meransangkan balik badan kita supaya kurang letih waktu pembuangan toksin tu.
  • Keluaq bejalan.
    Jalan la kat taman ka, walaupon hanya 15minit. Bejalan boleh memperbaiki peredaran dan juga membebaskan hormon hormon yang baik.. heeee -_- Korang juga akan merasa segar dan santai ! :D
  • Tidur yang cukup.
    Behenti rokok dengan cepat buat korang rasa penat. Jadi tidur yang cukup tu perlu tau. Jangan risauuu~ lepas tidoq tu tenaga korang akan kembali bertenaga. ehh. 
  • Minum air
    Air adalah sebahagian diet tauu. Air tu boleh bantu mengurangkan dan mengeluaqkan baki baki toksin dalam badan dengan lebih cepat. huuuuu~
  • Take a deep breath
    Pada permulaan kan, korang kalo rasa nak merokok jangan panik.! Ambik masa, tarik nafas dalam dalam pastu kalo nak khusyuk tutup mataaa.. heeeee Fokus ! korang akan rasa tenang. Dan keinginan tu berkurang.. =)
  • Nikmati secawan teh
    Berehat dan nikmatilah secawan teh. tambah madu sikit ka. =) Jangan ambik kafein tauuu~ masa ni lah nak remajakan diri. heeeee
  • Menghadiahkan diri sendiri
    Listkan hadiah hadiah yang korang nak rewardkan kepada diri sendiri. heeee contohnya perfume baru, sabun or pencuci muka baru. huhu Dengan hadiah hadiah ni semangat korang akan lebih bertambah!! =)
Semoga dengan tips tips ni bole la bantu korang yang nak stop smoking tu.. kami tau memang susah. tapi tak salah cuba. kan? Sekaligus bole amek hati mak mertua. Ngehngehngeh.

Mari !! Katakan .......... TAK NAK pada ROKOK! TAKMAU pon bole~ heeeee
 
 


p/s : Aidul dah beli ubat ape tah nak stop smoking. Korang bila lagi? =)


    lepas baca jangan lupa senyum ^_^

    SPM kami!

    Assalamualaikum!

    Mengimbas kembali 7tahun yang lalu. weeee~ rasa dah tua pulak. hehe! Kami sekolah biasa ja. huhu *marah georgian bila baca ni* heeee~ ok. tak biasa sangat. Sekolah paling best kat Penang. Kalo tak dapat masok MRSM ka SBP ka masok sekolah tu la.ops! salah salah. hee

    Haha! Sekarang ni rasanya nak masok sekolah tu kena dapat 5A ja kot. Sebab zaman kami dulu ada jugak 3A lepas masok. Huhu. St.George's Girls' School. ! Sekolah gugurl saja. Bes jugak gugurl semua tauu.. Tapi bila nampak boboi jadi pelik sikit ah. Tapi kami tak. hahahaha!

    Kawan kami : Nape ko tak masok MRSM tu. Kalo tak dah kawan dengan Neelofa dah. huhuu 

    Mana la kami tau Neelofa tu nak jadi Neelofa dan mana la kami tau Neelofa sekolah tu. haha! tak pa lah. jangan dikenang kisah lalu. heeeee~ MRSM Langkawi tu rasa jaoh ja dengan Penang dulu. Padahal seberang laut ja. =_=

    Jadik georgian pon bes apa. huhu. ok! berbalik kepada result SPM. takdah segempak mana. hehe rasanya study dah macam orang gila ni. haha bajet nak 8A tapi tak kesampaian. heeeeeeeeee~ menangis jugak la tak puas hati. Sebelum amek result tu, tak kenyang tidoq, tak lena makan. hahah saja tebalikkan. =P 

    Masa tu p amek dengan mak, almaklumlah ingat result bagus! hahah Sebab UPSR dgn PMR straight kan. Bajet SPM senang nak straight straight. haha! masa tu susah la. Cuba bagi kami jawab sekarang. Sebelah mata tak pakai lens pon A tau. hahhaha! So, p nek moto dengan mak kami. Kami yang bawak la opcoz. Sebab sejak form4 dah p sekola pakai moto. heeee

    Masa lepas dapat result tu sedeh la. Nangis nangis sambil bawak moto. Bayangkan! hahahaahaha pakai viser lah tapi sebab malu orang tengok. Tau malu plak. heeeee~

    Tapi ok la result. Mungkin kalo masok MRSM boleh straight A. Ish3! haha Ingat entry semalam Syukur Langkah Kejayaan. Haaaa~ Bersyukurlah walau apa jua result anda. =) Renung renungkan dan jangan menangis. -_-''





    p/s : Kejayaan bukan sekadar A. ^_^

    lepas baca jangan lupa senyum ^_^

    Wednesday, 20 March 2013

    Syukur Langkah Kejayaan.

    Assalamualaikum.

    Kadang kadang perlu ada muhasabah diri. Perlu ada satu titik dimana kita berfikir, hayati dan rasai sedalam dalam nya. Apa yang kita nak dalam hidup. Dan kenapa wujudnya rasa tak syukur tu?

    Sedaq tak yang kita sebagai manusia tak pernah terlepas dari nikmat dan rahmat Allah. =) Memang tak terhitung kan?

    Nikmat asal. Nikmat yang dah kita bawa dari kita lahir. Cukup anggota tubuh badan, ada tangan, kaki, telinga, mata dan semua anggota ni boleh berfungsi serentak! Bercakap, melihat dan mendengaq dalam satu masa. Betapa besaqnya kekuasaan Allah kan?

    Nikmat akan datang. Nikmat sepanjang kehidupan. Kebahagiaan, Kekayaan. Semua yang ada kat muka bumi ni tumbuh tumbuhan, haiwan ternakan, kayu, besi. Semua tu nikmat. Sebab diguna pakai manusia.

    Tapi.

    Secara lazimnya manusia akan sedaq semua nikmat tu bila berlaku kehilangan. Contohnya bila hilang pengelihatan, pendengaran dan sebagainya. Ataupon bila berlaku bencana alam yang memusnahkan tumbuh tumbuhan dan mematikan haiwan ternakan. 

    Apa maksud syukur?

    Memuji Allah dan mengaku bahawa segala nikmat datangnya dari Allah. Dan menggunakan  nikmat tersebut ke jalan kebaikan dan di redhai Allah.

    Bagaimana cara syukur?
    • Elak mengeluh. Kadang kadang tanpa sedaq kita mengeluh. Sama ada bergurau atau serius. Tetap tergolong dalam keluhan yang boleh dispesifikkan sebagai tidak bersyukur. Ish3!
    • Memandang rendah kepada nikmat yang diberikan Allah. Contohnya, 'Sikitnya gaji aku', 'rumah aku tak besaq macam rumah hang','tiap tiap hari makan nasi goreng'. 
    • Nak apa yang orang lain ada. Perasaan yang tak boleh tengok orang laen lebih. Contohnya orang beli Samsung Galaxy camera kita pon nak jugak. Orang pakai Swift kita pon nak pakai. Orang pakai iphone nak pakai iphone jugak. *terasa sikit disitu.
    • Bakhil. Ada perasaan macam apa yang dia ada tu tak cukup. Sampai rasa takut benda yang dia ada tu habis. *Kami kena berubah sikit perangai kami ni. Takut pulak.
    Cara syukur?
    • Catat setiap perkara baik (nikmat) yang berlaku. Tulis lah macam dalam diari setiap hal kecik dan besaq yang perlu di syukuri dalam hidup. Kalau tak dak nak tulis apa? Mesti ada punya. Contohnya, nasib harini ada ayaq nak mandi. haa~
    • Bila rasa sesak, Baca diari. Bila rasa sesak mungkin tak dak duet ka. Atau ada apa apa masalah. Baca lah balik diari tu. Tengok, dah berapa banyak Allah dah bagi kat kita sebelum ni. Motivasi untuk menerima masalah dan dugaan tu sebagai cabaran. 
    • Lihat penderitaan orang laen. Bila susah, tengok orang laen yang mungkin lagi susah pada kita. Tengok la penderitaan dia. 
    • Mengadakan majlis kesyukuran. Bagi yang berkemampuan, tak salah kongsi rezeki. Tak semestinya majlis besaq besaran. Cukup sekadar belanja keluarga, kawan kawan. Rezeki bertambah tau kalo kongsi.
    • Alhamdulillah. Mengucapkan dengan penuh semangat dan bahagia.!
    •  
       
    Semoga dengan info yang tak seberapa ni dapat melahirkan insan insan yang bersyukur terhadap nikmat Allah tak kiralah yang kecil mahupun besaq. Kami pon nak mula mengamalkannya. Semoga sama sama kita jadikan syukur langkah kejayaan. ^_^


    Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berjanji kepadamu: 
    "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmatKU kepadamu...
    Quran: Surat Ibrahim: 7



    p/s : Biarlah tak sesempurna mana. Wajib membimbing selagi diri ini Islam.



    lepas baca jangan lupa senyum ^_^