Assalamualaikum.
Bukan satu
keputusan yang mudah nak sambung belajaq ni. Memakan masa jugak nak pikiaq. Omnomnomnom.
*makan* Hee Nak sambung belajaq ni bukan sebab “ah, orang sambung aku pon
nak sambung, tak bole jadi ni.” “Malas la cari keja, baik sambung belajaq”
”Bila dah ada master, sure ada keja” No no no. Bukan semudah itu ya.
Korang tau
kan dari dulu lagi target kami nak jadik lecturer. Hehe tu focus kami. Dan
itulah yang menjadi sebab utama kami nak
sambung belajaq. =) Kami kecewa lagi ni TPM UiTM tak panggil interview. Apa
qualification lagi la yang diorang ni nak. Aigoo. Mungkin Allah dah susun yang
kami akan sambung study dekat Penang bukan dekat tempat laen. Sebab tu la TPM
tu tak dapat. Positif. Positif. InsyaAllah dan Alhamdulillah bila niat kita
betol, semuanya dipermudahkan.
Dan. Semuanya berjalan lancar tadi. =)
Ok. Apa
yang perlu disediakan kalau nak sambung belajaq ni?
Pertama,
mestilah mental dan fizikal. Masa Fae mula mula p Edinburgh dulu, dia ada pesan
dekat group statistic kat FB. Dia cakap lebih kurang camni la. Ilmu dalam dada
tu kena cukup dengan segala basic tu kita dah pegang. Baru la kita ready nak
hadapi semua kemungkinan. Kami tak cakap yang semua basic tu kami dah pegang
tapi insyaAllah kami nak buktikan yang result kat transkrip tu bukan sekadar
nombor kosong yang takdak cerita disebaliknya.
Kedua,
minat. Apa benda pon minat kalau takdak, tak jalan jugak. Kami dah berapa kali
try bisnes online. Semua bisnes kami gantung tak bertali. Hahahaha! Kami beli
manik mahal mahal nak menjahit, jahit satu tudung pakai tak seberapa pon. Kami
try keja dalam IT industry, tak minat, tak paham, tak suka, tak jalan. So, apa
apa pon kena ada minat. Passion towards something. Setakat ni minat kami
membuak buak ni sebab kami bajet kami muda lagi. Hahaha!
Ketiga,
kewangan! Ohhh~ yang ni payah. Bukan bukan, agak sukar. Melainkan kalau bole
dapat biasiswa PAMA. Yang tu senang. Heee~ Orang susah macam ni hanya mencari
belas ihsan biasiswa, pinjaman dan sebagainya. Tapi korang kena ingat semester
pertama, mesti kena keluaqkan duet sendiri. Dan Alhamdulillah kami guna bonus
Mimos kasi tu. Hehe! Licin ok bonus tu. Dah biasa UiTM yuran murah, bila USM mahai
sikit rasa kena study harder ni. Hahahaha! *Doakan MyBrain15 kami lulus*
Keempat,
kewangan! Kewangan lagi? Hahaha! Manusia ni bila cakap pasal duet ja mesti
masalah kan. Yelah, kena buat medical checkup semua. Kami cakap ja nak buat kat
hospital kerajaan, bila sampai masa kelam kabut, terpaksa la buat kat private
jugak. Lagi satu tabiat kami ni tak suka tunggu lama lama. Haihhh. Lepas tu kos
ulang alik kami nak ke USM. Kereta tak minum ayaq. Hee! So, semua tu kena amek
kira la. Takkan tiap tiap pagi, “mak, nak duet makan.” ”mak, nak isi
minyak” “mak, nak beli buku ”.
Apa apa pon
bagi korang yang bersituasi macam kami, benda ni sangat berat kan? Tapi kena
yakin dan tawakal lah yang semua permohonan pinjaman/biasiswa lulus. =)
Positive.
Tak
dinafikan jugak. Sekarang ni telalu ramai orang ada degree. Dan tak salah nak
tinggikan sikit taraf pendidikan sebagai satu bonus dalam diri. =)
Masa habes
SPM dulu macam tak penah terpikiaq ja nak sambung dekat USM. Sebab darah muda
kan, rasa nak bebas. Nak duduk jaoh jaoh. Nak rasa negeri orang. Nak rasa duduk
asrama. Hahaha!
Macam macam
la kami ni. Ok itu saja kawan kawan. Thanks for reading!
Pesanan
ringkas :
Thanks
dekat fareha sebab sudi teman kami settle all the serabot things bagi idea dan
sebagainya. Fareha ni sempoi orang dia tau. So, kalau nak settle apa apa she is
the kind of person yang suka bertanya. Tak rugi bawak dia. Haha! Even kami
tengah bertanya pon dia sekali sebok dok tanya. Hehehee! Tapi kami suka.
Mungkin kalau orang tu tak paham kami, orang tu paham dia. =)
Dann..
thanks kat kazen kami ain yang sudi teman kami daftar tadi. Hehe! Senang jalan
bawak budak USM. Confirm tak sesat! Hehe! Survey kelas bagai. Hahahaha!
p/s : Isnin ni start kelas.
syabas, saya pernah di sana
ReplyDeleteuniversiti terbaik ...
fuyyyyoooo..
ReplyDeletebtw, nice blog! ^^
Tahniah :)
ReplyDelete