Saturday, 8 December 2012

Lif !

Apa perasaan korg bila naek lif? Lif yang bole muat 20 lebih orang. Pastu level dia tinggi takmau2 punya. Makan masa jugak nak sampai level kita. Nak pandang kiri semacam, nak pandang belakang pon tak kenal. Kami terfikir nak tulis entry ni bila abes praktikal. Dekat KOMTAR level 44. Untuk orang bukan penang, KOMTAR tu singkatan kepada Kompleks Tun Abdul Razak. Setau kami bangunan ni ada 60 tingkat. Dari atas dapat la tengok seluruh bandar Georgetown. Bukan tu saja, dapat jugak tengok bandar bandar laen. Dapat jugak tengok Jambatan Pulau Pinang. =) tapi kalo nak tengok view Penang yang lebih luas, korang kena naek Bukit Bendera la huhu

Ok, berbalik kepada cerita lif kami. Korang tau fungsi dan pergerakan lif macam mana? Lif ni satu alat yang menaikkan atau membawa benda atau org ke tempat yang lebih tinggi. Lif tu bahasa melayu la yang dipetik dari bahasa omputih ‘lift’. Haa, sebenaqnya lif ni dah jadi undang-undang dan satu kewajipan kepada pihak yang buat bangunan tu untuk kemudahan pengguna kerusi roda. See, yang normal tu naek tangga je.! Hee. Tapi, logic la kalau bangunan tinggi melampau nak kena naek lif, tak kan asal naek lif ja kena belakon jadi orang kurang upaya kan. Tu cuma asalnya. Asal pembinaan lif. Sekarang kan dah maju, merata2 ada pencakar langit. Tak kan pengguna bangunan tu majority orang kurang upaya kan. Jadi, lif telah menjadi kemudahan kepada semua. Kemudahan bersama. =)

Haaa.. mengikut observation kami, lif dekat komtar tu mengambil masa satu saat untuk turun atau naek satu satu level. Dan, satu system yang sistematik telah dijalankan. Lif-lif kat sini dibahagikan mengikot zon tau. Low, medium, high. =) dan ada warna yang melambangkan zon zon tu.. tengok ni. 


zon hijau. lif ni lagi pening dalam dia semua hijau. pening lalat kalo lama lama kat dalam.

 zon kuning.


Senang la pengguna nak menggunakan perkhidmatan ni. Tak lah bersesak dan tak penat la lif tu nak stop tiap2 level. dah la banyak level kan. Ok, area ni restricted area tau. Org yang ade pas ja bole masok. Pas pon ada warna warna ikot zon.

Sebenaqnya, bangunan tu adalah kompleks kerajaan negeri dan atas tu ada banyak pejabat pejabat. Termasok la pejabat CM. Ok, before kami praktikal bnyk kali jugak kami dah naek situ teman mak kami atas urusan tertentu. Jumpa penghulu, minta bantuan tu, minta bantuan ni. Huhu kalo korang tak da urusan berkaitan tu, nak tengok view pon bole. Dapat pengalaman naek lif yang tinggi tu. Kami tak sure berapa, tapi seingat kami masa kami nak p dengan kawan beberapa tahun lepas RM15 ja. =) tak jadi naek pon, sebab macam tak perlu. Haha gilo.! Saja tnya2 pastu pakgad tu ckp tak payah la bukan ada apa pon. Pastu teros tak jadi. =P 

Nak cita laen sebenaqnya, pelik kan kalo naek lif ramai ramai. Lif yang kami selalu naek tu kan. Keliling ada cermin. Kalo tengok cermin kang. Org ckp perasan cantik pulak. Tengok kiri nampak orang sebelah kanan, tengok kanan nampak orang sebelah kiri. Hehe tunduk jela. Tengok ibu jari kaki. =P heeee~ bayangkan kalo kami nak naek level 44, means 44saat la kan. huhu kalo nak terkentut tu terkentut jugak la. hahaha! tak pernah ok. adik kami pernah. haha! dia ckp kan...dia..hehehe amboi.kalot nak tau. Lupakan.!

Korang pernah bayang tak naek lif pastu ada hantu. rambut juntai juntai dari atas. Bayangkan lif yang kami naek tu ada cermin lagi seram kot. Tiba tiba satg ada pelik pelik kat sebelah. Tapi dalam cermin takdak. Naya laa camtu. selalu la kami pikiaq camtu. Pastu lagi satu kami takot kalo naek lif pastu stop tapi takdak org masok. Seram. Sapa dok tekan kat luaq? #%$&%^*% Tu tak termasok kalo kami masok lif. Button button tu dan menyala. Tapi dalam lif tak dak org. Sapa yang ada dengan kami sebenaqnya?? fuhh~

Haa..peringatan. Kalo nak naek lif kena bejaga jaga tau. Tengok platform tu ada ke tak dulu. Jangan terus melangkah masok ja. Bahaya. Ok!? Paham? Gambaq gambaq kat atas tu di google imagekan. Nak tengok lebeh bole search sendiri ok. =P

Hee! sampai sini ja kot melalot. Bye!



kami dalam lif. nak balik praktikal dulu.


p/s : kadang kadang kami tekan button semua level haha ! pastu blah. harap harap dalam lif takdak cc tv atau perakam suara. =P 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

No comments:

Post a Comment