Tuesday, 28 October 2014

Sibuk.

Semester ni sangat sibuk lah korang. Baru kami rasakan yang belajaq sambil kerja ni adalah sesuatu yang membebankan. Dan kami tengah bayangkan lagi macam mana orang orang yang boleh plan nak kawen sekali dalam keadaan macam ni. Gila kental. Haha! Sembang lebih pulak.

So tujuan nak tulis ni. Saja nak meluahkan kesibukan kami ni. Hahahaha! Sebab lama dah tak menulis rasa macam kesian blog kami sunyi. Hihi. Nak menulis pon kena tunggu ada mood kan?


Well. Ni ha jadual kami tiap taip hari minggu bulan. Berulang ulang ulang. So bila lah agaknya masa kami nak menulis.? Bila agaknya kami nak study.? Bila lah agaknya kami nak bercinta.? Kahkahkah

Ni pon kami baru ja abes test petang tadi. Taktau kenapa bila test master ni rasa macam tak belajaq apa apa. Hahahaha. Pening kami. Asyek blur ja. Aiyakk. Ka sebab kami melancong tak hengat aritu pastu tak study. Hahaha!

Hari jumaat malam ada lagi satu test, tutorial lagi journal critiques lagi. Aaaaaa~ Kadang rasa macam "bila la nak habes semua ni.". Tapi bila stress ja pikiaq camtu. Bila tak stress kami ok. =)
Senarai aktiviti + kenduri kawen. Banyaknya. So mari habeskan tahun ini dengan gembira. =)

Itu saja kot nak habaq. 

Korang sihat? Hehe.


p/s : Satu beban dah lepas. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 30 September 2014

#20randomfactsaboutme


  1. Nama mak ayah kami bagi Ismaizni Ahmad. Tapi orang selalu silap sebut. Isma Zaini?? Umoq dah suku abad. Ya Allah dah tua. 
  2. Anak kedua daripada 3adik beradik perempuan. Semua mula nama dengan Isma. =)
  3. Pure melayu penang. Takdak campuran bugis, arab, atau mami seperti yang digembar gemburkan. Haha
  4. Sekali tengok kami memang sombong. Sebab kami suka buat muka blur. Pendiam kot. Tapi bila dah kenai kami cakap nonstop.
  5. Prefer beli baju/shawl/lens dari beli kasot/handbag/makanan.
  6. Sangat tak suka mekap dulu. Tapi sekarang dah terpengaruh dengan adik kami.
  7. Kurang minat dengan budak budak. Tapi baby kami suka.Huhu Since kami dah keja cikgu tadika kami bole la terima sikit sikit.
  8. Tak pandai berenang. Tapi rasa nak snorkeling lagi sebab dapat instruktor ensem kat tioman aritu. bhahahah
  9. Dapat lesen kereta lepas SPM. Tapi baru fully drive setahun lebih.Tak reti bawak manual. Tak reti side parking, Bole menangis kalau cuba.
  10. Sangat suka menyanyi. Sapa satu hostel satu umah mesti tau. haha Tapi tak pernah masok pertandingan. Gila ka.
  11. Suka tempat tanah tinggi dari tempat ada ayaq. Sebab refer #8
  12. Tak suka ayaq masak. Tak suka sayoq hijau. Mungkin sebab tu kulit kami tak cantik
  13. Dulu masa kecik kecik ayah kami panggil puteri lilin. Sebab tak tahan panas. Even sekarang kalau jalan dalam panas kami tutup sebelah mata. Huhu
  14. Hangat hangat taik ayam buat bisnes. Penah jual tudung. Join 1whp. Semua kelaut. Lingkop. Haha
  15. 4kali gagal bercinta. Nekad takmau bercinta dah. Hahaha! Ni termasok cinta zaman sekolah tau.
  16. Tak minat lelaki kulit putih/matsaleh/korea. No no no. Haha
  17. Sangat gilakan kereta swift sampai letak pamplet bawah bantal. Haha Kecewa tak dapat beli. Geram punya pasal kami angkat saga paling mahal. Haha Amek kau. Asal warna sama. =P
  18. Kami sayang family kami. Tapi kami tak reti nak cakap iloveyou atau apa apa. Kami suka beli barang dan bagi. Tu cara berkasih sayang kami kot.
  19. Gelabah. Cepat cuak. Kelam kabut.
  20. Perangai on off. Sat nak tu sat nak ni. Serius takleh kawal kadang kadang keling ni. Haha! So korang jangan tekejut la kalau kami langgaq mana mana yang diatas especially #15 #16 atau laen laen.


p/s : Isi masa lapang.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 28 September 2014

Anak menakan kami =P

Assalamualaikum.

Sedia maklum penantian yang lama. Dannnnn akhirnya kami dapat sorang anak menakan!! Atau bahasa laennya anak saudara laaa. Kami tengah tepikiaq pikiaq la macam mana la situasi bila ada anak menakan sebab masa zaman sekolah dulu ada ja kawan kawan kami yang ada anak menakan. =)

Dah umoq 25tahun baru ada peluang nak rasa pengalaman tu yang mungkin orang laen dah lama rasa. Hehe. Sangat bes ok. Ada baby dalam rumah. Lagi lagi bila Baby tu adalah darah daging kita jugak. Hehe. Sekali lagi sedia maklum ya kami taksuka budak budak bukan baby.

Haha!

Tapi kami yakin dengan kehadiran anak menakan kami ni. Sikap tu mungkin akan berubah. Even masa kami keja tadika kami dah praktis sikit sikit. Macam yang kami selalu cerita pasal budak budak dekat FB. Mana mungkin kami cerita kalau cinta tu masih tak berputik. huhu.



So, perkenalkan. Anak menakan sulung kami. Nawal Fatehah Binti Saifullah. =) Dengaq cerita nama tu ayah dia yang bagi. Hehe. Nawal yang bermaksud hadiah/pemberian dan Fatehah yang bermaksud permulaan. Ni kan anak first diorang setelah dua tahun lebih tunggu. Maksudnya macam ini hadiah permulaan perkahwinan. Begitulah kot yang nak dimaksudkan. Hehe Sebok pulak kami ni. 

ok.

Alkisahnya. Naek la satu pangkat kami kan. Cadangnya takmau la anak menakan kami tu panggil kami makngah. Betapa tuanya kan. Kami kan masih muda dan nak menten vogue. Hahahaha Tapi apakan daya dah terbiasa pulak nak bahasa diri makngah. Hehe Tunggu Nawal besaq sikit baru ajaq panggil panggilan laen. Panggil Ummi Izni ka. Jadi Ummini. Tak ke korea tu. Hahahahaha!

Kecik kecik ajaq pelik pelik satg konpius plak mana satu mak dia. Bhaha.! Over Makngah.!

Well, seperti sedia maklum. Bukan sorang dua orang ja cakap muka nawal sama macam kami. Tapi ramaiiiiiii hahahahaha! Mula mula kakak kami macam "ehhhh, orang laen yang sakit, orang laen dapat nama." Kami rasa la. Hehe! Dah lama lama tu kakak kami muhasabah. Dia cakap mungkin sebab selalu tengok kami dengan adik kami selfie. Muahahahah.

Sepajang 44hari Nawal tinggal dengan kitorang banyak ja benda lawak yang berlaku. Haha!  

Nawal dok reyau reyau kami saja ja cakap "Makngah tarik telinga satg!" Haha. Kakak kami dari jaoh "Oiii!" Hehehehe.

Mak kami cerita yang kakak kami suroh jaohkan Koko (patung kami) dari anak dia sebab cakap koko ada virus. Like what? Haha!

Honk kereta adalah tidak dibenarkan. Kami nak p kelas, hon la keta. Pastu adik kami buat muka cakap kakak kami dalam umah marah. Hahahahaha!

Pastu dengan kehadiran Nawal ni, kami telah meningkatkan skill berzikir kami. Hehe. Macam macam zikir dok nyanyi. Sebab penah ja menyanyi "Tidurlah....." niatnya nak nyanyi lagu arjuna beta la. Saja saja. Sekali, kakak kami "Jangan menyanyi lagu tu, kak taksuka!" Haha! 

Jadinya kami bernasyid jelah dengan anak menakan kami. haha Tapi kadang kadang saja menyanyi bagi kakak kami marah. =P





Masa ni Nawal tak cukoq rambut lagi. =) Lebat gila rambut dia. Hitam pulak tu. Kakak kami cakap dia minum banyak ayaq nyok. Hee *Tips untuk kawan kawan yang ramai dok mengandung* Hoho Abah dia botak dulu. Kehkehkeh. Jaga anak ka tengok bola tu? =P



Nawal dah botakk. ehehehe. 

Aritu first time bawak Nawal nek keta kami. Pastu kami tak tau la berapa kali kami baca doa nek kenderaan. Hahaha. Takot pulak drive bawak baby. Hahahaa! Tapi tak salah kan baca banyak banyak kali. =)
 Nawal dan tok mar. =)


Tak minat amek gambaq budak ni. Hahahahhaa! Tak suka selfie. Reyau. 

Tengok ni. 

Mula mula ok. Pastu reyau. Hahahaha! Rimaih kot. Tak biasa selfie. Kena praktis lagi tau Nawal. Hehehehehe
Balik keja ja serbu nawal. Ni mungkin marah sebab bunyi moto budak merempit kot. Hahaha

Dulu kan. Masa kami takdak anak menakan lagi. Kami selalu macam pelik dan geli bila orang post gambaq anak or gambaq anak menakan or gambaq baby dan buat caption macam "Harini papa dengan mama bawak adam jalan jalan" ataupon "Cian caye cowang cowang, Umi busy je." Kami rasa macam perlu ka nak letak caption yang sendiri cipta untuk baby tu? Kami rasa macam perlu ka nak cakap tak terus macam baby?
Pelik. Makngah aku ni dah kenapa?

Hahahahaha! Tapi it's like kinda fun rupanya. Bila dah alami sendirikan, baru tau how it feels. =) So, pengajarannya what we observed is just what we observed. Mata hanya mampu melihat, rasa tu datang dari hati kan? Selalunya yang datang dari hati lah yang kita tulis. Hihi.

Oklah. Itu saja kot. Nanti kami cerita lagi perkembangan Nawal. =)
Tahniah kakja dan abglong untuk anak sulong korang ni. Kalau ada rezeki nak anak menakan lagi. Hehe =)
Btw. Makngah sayangggggg Nawal. Nanti dah besaq baca blog ni naa =P



p/s : Sesat mencari Pakngah.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^