Monday, 11 November 2013

Bohong video 10 saat, 6saat ja. Haha

Assalamualaikum. 

Hai.

Ingat lagi shooting 10 saat tu? hahahahahaha ni haaa, video tu dah siap. Kemain kami cerita shooting. Padahal sebenaqnya orang tu nak buat montage ja la. Haha! Pape pon mesti korang nak tengok kan? Alaaaa, tengok la, tengok la..hahahahhaa



Kalau bertujuan nak tengok kami sila ke minit 2:06 hehehehe! tapi serius,  montaj dia hebat dan berkualiti. =)


p/s : #kenanganparttimeatmimos


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 28 October 2013

Shooting video 10 Saat. =)

Assalamualaikum.

Belakon? Haha Memang tak la kami ni belakon. Nak pose amek gambaq pon kayu, malu. Inikan pulak belakon. Lagi la keras macam kayu, batu, besi. Huhu tapi memandangkan kami ni kecik dan comel. *mata keatas* Ima membawa kami belakon video 10 saat tu. memegang watak budak sekolah.=P

Walaupon kami so so dengan tempat keja kami ni, adalah jugak kenangan manis yang nak ditinggalkan nanti bila kami dah abes kontrek. Hehe. Kami suka ja benda benda glemer ni. Hahaha! jujur betol.. Alamak, 10 saat ja, tak payah nak aspek glemer sangat lah! =P

Ok. Kitorang kena belakon jadi student MARA. Terimbau la balik kalau dulu kami terima tawaran MRSM Langkawi tu. Mesti dapat pakai baju camni. Huhu Ok. Tu semua 11tahun yang lalu. Jangan dikenang.!

Tempat keja kami ni buat system untuk MARA, so kitorang macam tengah guna system tu la. So semalam kitorang pon belakon la. Bukan belakon sangat tapi cam belakon takdak suara tu. Sembang la apa pon, tapi suara tak record. Hahahahaha nampak tak student statistik terang pasal lakonan. Sungguh mengelirukan. -_-

Masa belakon tu, satu scene ja tapi banyak kali la amek. Kitorang tak payah tengok camera tau. Macam buat buat borak. Pastu ada satu shot tu, kami ter tengok camera. Bila abang cameraman tu tunjuk balik, malu gila kot. hahahahaha! Rasa macam "jakun nya akuuuuu"

Hehehe! tapi bes la. Tapi kami malu. Sebab kami kayu..... tapi comel. Hahahahaha!
Kami tak sangka pulak kami ada lesung pipit kecik. Hohohoho








Hanis sengal. Hahaha















Rasanya itu sahaja kot. Nanti dah siap video tu kami tunjuk dan cerita lagi. =)

Bye!


p/s : The best relationships is when you two can act like a lovers and bestfriends. =) 



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 26 October 2013

Perkahwinan Atie & Zul.

Assalamualaikum.

Selamat Pengantin Baru!! Besnya kawen. hahaha! Selalu baca perkembangan persiapan perkahwinan dalam blog atie yang diperkenalkan oleh Farah. Tau tau dah nak kawen. Huhu. Nanti kalau kami nak kawen kami nak buat bride-to-be punya moments la. Bahagia. Hihi

Zul kawan seketeriat kami, dan kenal lah jugak Atie. Sebab penah sekali lepaks beberapa tahun dulu. Huuuuuuuu~

Pagi tadi dalam pukul 10 lebih camtu, kitorang bertolak dari bukit jalil ni. Cadangnya memang la kami lebih berat nak join budak budak SMF. Tapi macam segan pulak takdak yang pelawa. Ke yang nak tumpang yang kena bersuara?

Tapi takpa. Berbalik kepada plan asal, kami memang nak p dengan Farah pon. Kebetulan housemate kami tu sekelas dengan pengantin nye. Hehehe! Farah pulak plan dengan budak budak AI. Jimat kos katanya. Kami bab bab jimat ni memang on. Hahaha

Ni la farah. Huhu pipi dia memang kami tak bole lawan laaaaa~

So kitorang sampai kul 12lebih camtu. Terus makan. Makan kambing golek. Hehe. Kami tak minat makan kambing sangat sebab suka pening. Tapi tadi makan kemain plak. Sedappppp~!

 Banyak ni jela kami mampu makan.

Pastu nasi pon sedap, kek pon sedap. Cendol ja kami tak makan. heheheh! Balik ni nak kena cari penimbang terus la. Hahaha! Minggu lepas dah 48kg. Ishhh3

Pastu tak banyak amek gambaq pon. Ni ja.

Dan semasa hendak pulang tembam dua orang ni soh amek gambaq. hahahha!
 Gambaq goyang goyang. Heeeee~

 
Dan kami belakon belakon artis. Hikhok!

Untuk Zul dan Atie, 


Selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Semoga korang happy as always. Rasa tak layak pulak nak nasihat lebih. Sebab kami tak kawen lagi kan. Doakan kami cepat bertemu jodoh. Hehe!



p/s : Awkward moment. When one of my good friend didn't talk to me and not even look at me. I am a stranger to him. Serius, hati kami menangis.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^