Monday, 15 April 2013

Kereta Kami.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Kami dah memiliki kereta pertama kami. =) Happy.! Rasa nak senyum sampai telinga. Tapi apakan daya, walaupon kami pakai braces, mulut kami tetap kecik dan comel. haha! teringat masa mula mula nak pakai braces dulu. 

Kami : Mak, nanti ini pakai braces mulut ini tak jadi besaq ka?

Mak : Tak aihhh.

Haha! Soalan yang bagi kami munasabah. Tapi cam logik ka mulut jadi besaq? Melalut! 

Ok. Ni entry pasai KERETA bukan BRACES ataupon MULOT.

Hari ni genap usia kereta kami 7 hari a.k.a seminggu. heee~ ni usia dari dia jadi milik kami tau. Usia dari kilang, bila pasang pintu, bila pasang ekon, bila pasang enjin. Kami tak amek tau. hahaha! Yang kami tau harini dia seminggu. =P

Walaupon kami tidak membeli *ayat bajet BM A1* kereta idaman kami iaitu Suzuki Swift Ablaze Red Pearl 2 atau nama laen maroon la. Kami amek Saga FLX SE Fire Red a.k.a maroon! haha! bila tengok warna tu aura aura swift meresap! tapi kami sedaq la kami bawak saga.=P

Kami SAYANG Saga kami. heeee~ *takmau bagi saga kecik hati.

*entry atas tulis hari sabtu*

Ok. kami nak namakan kereta kami 'KAMILA' haha! macam best pulak. Kadang kadang dengaq macam nama India lak. huhu Nama sempena instagram kami 'KAMILAISMA' yang membawa maksud 'kami la isma' huuuuu~ Tah pape.

Kakak kami yang setelkan kamila. kami amek ja kamila tu bila dah keluaq. haha Pening pulak baca. =_=

So, dari Ipoh la kereta ni. Plat tetap Penang ea. Anak jati Penang. huahuahua.

Tu ja kot kami nak cerita. Sebab dah lama kan. Kami pon dah tak tau nak cerita apa. Lagipon kakak kami dah reveal kat FB siap dengan no plat. haha aishh.! tak sempat nak suprise. hahaha!

Usia 21 dapat naek kereta kakak kami. Dapat naek kereta sendiri masa hari raya. dapat naek kereta sendiri jalan jalan. Bes sangat! *means kereta kakak kami a.k.a kereta famili la masa tu

Usia 24 dapat beli kereta sendiri. Duet yang kami kumpul biasiswa masa sekolah, keja Mcd, keja Kumon, duet Pt, duet JPA. hihi sekarang bulan bulan duet keja mimos. huuuuuuuu~

Korang boleh bayang tak macam mana perasaan? 

Tak boleh nak cerita dengan kata kata.  



p/s : Ada orang bertuah, kecik kecik dah boleh menyanyi keluaq kepala kat tingkap kereta. Bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki ada kat mana mana.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 12 April 2013

Menang Jam Vincci. Heee.

Assalamualaikum. 

Lama kami tak update. Seminggu jugak la. Penat jugak kerja menghadap laptop ni. Tapi dah jadi tabiat balik umah nak jugak menghadap laptop. Tapi bukan bukak blog atau blogwalking pon. Buat la benda benda tak berfaedah. Seperti men game. haha Sebab? Dah teraddicted dengan Candy Crush! haha

Dah dah. 

Tanpa melengahkan masa, kami nak tunjuk *dasar menunjuk nunjuk haha* hadiah kami dapat. huhu Sebenaqnya dah lama dapat. Tapi kami baru amek kat umah Penang adiahnye.. heee 

Kami dapat Jam tangan Vincci. huuuu~ tengok ni..comel tak? huhu





heeeeee~ comel tak? sekali lagi..comel tak? hahahahha!

tak kisah la korang cakap comel ke tak yang pasti barang barang free adalah kegemaran kami. hahaha! kegemaran semua orang jugak. =P memandai pulak kami ni.

huhu! seronok pulak rasa. Sapa nak hadiah boleh la jenguk blog ni randomness. kot kot la ada lagi contest dengan hadiah lumayan. hehehe



nak tau apa yang kami tulis? mari imbas kembali di sini. Contest #TheMostMemorable2012Moment


Sekian, Terima Kasih. 

Bye!

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 4 April 2013

Info : 6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Hasil pembacaan kami di laman sosial muka buku. =)

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

Credit to : panduanislam.com



p/s : kalo kerja keras duet titik peluh. kalo kerja tak keras, ada ka duet taktitik peluh? hihi

lepas baca jangan lupa senyum ^_^