Sunday, 3 August 2014

Selamat Hari Raya kami. Hewhew.

Assalamualaikum.

Perhatian. Perhatian. Hehe

Dah lama tak menulis. Yelah. Kami nak buat cerita lawak nak fun fun pon tak syok la sebab tiba tiba timbul isu gaza, mh17. Jadi tak sesuai la kan. Nak bincang pasal tu semua kami tak pandai. Huhu. Mampu melihat, membaca, doa dan macam orang laen hashtag dan boikot. =)
Macam orang dok kata tu. Boikot jangan bermusim. InsyaAllah. Akan cuba mulai sekarang. Yang mana product product yang dok ada tu habeskan dan jangan beli lagi. Camtulah kot yang boleh buat.


Well ok. Tujuan menulis ni nak ucap selamat hari raya. Hehe! Tak lambat lagi kan? Secara keseluruhannya kami tak wish dan mohon maaf pon kat mana mana laman sosial. hahaha bajet betoi, kecuali kat group wassap wechat dan private mesej. Raya pon tak berapa nak meriah tahun ni sebab kakak kami tak balik sebab menunggu saat saat kelahiran baby. 

Tapi macam biasa la tiap tahun balik kampung mak kami. Ramai sikit. Kalau tak bertiga jela. Takbole ooo. Sunyi.

Kami terpikiaq la jugak nanti bila kami dah kawen adik kami dah kawen sunyinya lah mak kami bila raya. Huhu Kami pon tanya la mak kami. Kalau raya mak nak semua anak balik raya serentak ka macam mana. Means macam tahun ni semua balik raya pertama. Tahun depan semua balik raya kedua. (Raya pertama sebelah suami la kan.). Ataupon, raya pertama mesti ada anak salah sorang.? Huhu


Sebelum tu ni nak tunjuk baby kazen kami comel gila. Yang sebelah tu kazen kami paling kecik. Hehe.

So mak kami jawab apa?
Mak kami pilih serentak. Huhu Baru meriah. Dah la ada 3 kerat ja anak. Huhuhu Tapi kalau tiap tiap tahun suami kami nak raya belah kami, kami terima ja. Hahahaha! Boleh bawak gadoh kan kalau bincang bab ni. Kami tengok cerita tv la bukan pengalaman. Hahaha! Tapi dah mak kami cakap macam tu. Nanti kami boleh la prepare. Kalau tahun pertama kami dah kawen tu turn kakak kami raya penang. Kami kena pastikan kami raya kat penang la. Mampos takdak orang mau kami dengan bersikap memaksa ni. Aiyakk. Haha

Tapi orang cakap, kalau orang cakap macam kami ni dia tak buat. Yang senyap senyap tu yang kejam. Macam lelaki yang nak kawen ramai tu. Yang cakap tu tak buat, yang senyap senyap tu yang kawen. Haha. Apa melalut ni. Haaa, contohh. Macam tu la maksud kami. Huhu

Back to the topic, rutin yang sama. Solat sunat hari raya lepas tu p kuboq. Rindu ayah kami. =') Ada kuboq baru sebelah kuboq ayah kami tu. Pastu ada kanopi yang diorang tak tanggal lagi.Teduh tu termasok la sekali kuboq ayah kami tu. Agaknya tenang lah kan ayah kami kat sana. Teduh. InsyaAllah.

Oh. 1hb8 haritu birthday ayah kami tau. Kalau ayah kami ada dah 61 umoq dia. Hehe. Bes kan? Selamat hari jadi ayah. Ini nak mintak maaf kalau masih ada dosa yang kadang kadang ini terlepas pandang dan buat ayah menanggungnya disana. InsyaAllah ini tak ulangi lagi. T_T

-
-
-
-
-

Oklah korang. Di kesempatan ni kami nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau ada salah silap, terkasaq bahasa, terover bagi pendapat, tersinggung perasaan dan semua lah, kami mintak maaf ok. Kalau kami ada terhutang apa apa bagitau la. InsyaAllah akan dilangsaikan. 

Yang mana yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari diri kami yang tak sempurna ni. Selamat hari raya korang. Semoga kita terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik. Hati hati balik ke tempat mencari rezeki masing masing.

OkBye! Selfie satuu~


xoxo

p/s : Kami nak wish raya dan mintak maaf ja. Tapi bila dah start type melalutttt ja keja. =P


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 8 July 2014

Saja saja.

Assalamualaikum.

It's been a long time tak menulis. Hehe. Takdak masa sangat. Entry yang lepas pon boleh ada masa sebab memang dah draft. Tambah sikit sikit ja. Huhu. So macam mana kami ada masa plak ni?? Sebabb exam dah abes. Ya Allah, kami tak penah rasa blur cam apa yang kami lalui masa amek exam aritu. Harap lulus jelah. Serius susah. T_T

Dah, kami takmau ingat pasal exam tu lagi. Nak teruskan ja apa yang kami dah mulakan. Ayat pasrah. Hehe. So macam mana Ramadhan korang? Ok? Semalam semalam semalam kami diserang demam. Kami dah agak dah sebab dari exam week tu lagi kami dah ada simptom simptom. Tapi cam malas layan sangat sebab nak exam kan. Satg lagi menjadi jadi plak. Tengok semalam semalam semalam baru kena kaw kaw punya.

Tapi alhamdulillah. Harini dah ok. Demam test ja tu kot. Hee

Ok. Apa kami buat sepanjang sebulan kami tak menulis ni? Ada orang nak tau ka? Hahahaha! Kami nak buat cacatan peribadi sat. Hahaha! Cover kalau takdak readers. =P

24hb5 haritu p kenduri gmah & shark. Kawen jugak diorang akhirnya. Dengan perkenalan yang setahun lebih sikit tu. Heheheh! dalam dok habaq jangan pecaya lelaki bla bla bla bla. Hahahahha! Last last hg kawen dulu. Tengah gelak la tu. Hehe 

Gambaq curi kat facebook gmah. Hehe! =P
Aaaaa..kami cari semua gambaq yang len tak jumpa. Kami letak celah mana ni? Hahahaa! 

Ok. Lepas tu haa dah dua bulan kami jadi cikgu tadika tu. Bes tu memang bes, tapi tak larat nak menjerit suroh senyap. Bila kami marah, dok pelok pelok kaki kami sambil buat puppy eye. Memang tak jadi la nak marah. Apa yang kami tau sekarang ni tah semua pic budak budak kami nak like. Hahahahaha

Penah satu hari tu kami ikot mak kami p kenduri, lepastu kami jumpa budak mana tah dengan selambenya kami cakap eh comelnyaaaa sambil pegang dagu dia. Perbuatan yang sangat bukan kami. Haha. 

Lepas tu apa lagi yang kami buat. Not much. P kelas balik kelas p keja balik keja. Tak berkesempatan nak berfoya foya. Lagipon bukan nak ada duet sangat kan nak bersuka ria. Kehkehkeh.

Don't have much to say. Rasa tiba tiba tak petah berkata kata pulak. Haha! Itu saja kot. Len kali kita sembang lagi ok. =) Semoga ibadah puasa kita dipermudahkan. 

Assalamualaikum.


xoxo!


p/s : =)

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 14 June 2014

Elak rasa pedas. Huu

Assalamualaikum. 

Hehe. Alkisahnya kawan kami si nabil ni. Kemain ha. Tak tahan makan pedas. Tak paham betol kami. Asam pedas pon bagi dia pedas. Tolong lah. Bagi kami level pedas kami tahap paling tinggi adalah ayam penyet punya sambal tu.Hahaha! Kami pon tak tahan pedas sebenaqnya. =P Tapi makan ja. Pastu minum ayaq. Orang kata tak bagos kan makan bersulamkan ayaq. Dan kerana itu kami telah mengoogle solusi baru. =) 

Mungkin berguna untuk kami, nabil dan memandangkan kami bergaul dengan kanak kanak sekarang ni hahaha yang kebanyakannya takmakan pedas dan semua orang sapa sapa yang tak tahan pedas. Hakikatnya, makanan kalau pedas kita kena makan tanpa henti. Hahaha! Sebab sedap oh. Nak makan nak makan dan nak makan. Heee. 

Ok. Pertama! Susu. Oh, kami pon baru tau. =) 
The fattier the better. Selalunya kalau makan pedas kita suka minum benda yang tak memualkan kan. Rupa rupanya, protin dalam susu tu boleh menghilangkan capsaicin yang buat kita rasa pedas tu. 


Kedua! makanan yang ada starch. 
Makanan berkanji. Macam  nasi, roti, potatos. Makanan makanan macam ni akan buat satu lapisan dalam mulut kita antara mulut dan capsaicin dan juga dia akan menyerap sesetengah rasa sakit tu. Hee. Patot la bila rasa pedas kita akan makan bahagian nasi yang takdak kuah tu. ooo.

Ketiga! Gula. Emm. Gula. Makan secamca gula. Secamca ok. Haha. Ya kami tau. Sesudu gula. Biaq cayaq dalam mulut, lepas tu nak telan ka nak ludah ka suka hati. So, tiada unsur menggalakkan kencing manis ye kat sini. Hehehe

Keempat! Lime atau Lemon atau benda mashammmm. Tapi ni bagus. Asid tu dapat menghilangkan atau meneutralkan alkali yang ada dalam capsaicin tu. Capsaicin, capsaicin. Apa capsaicin tu? Nak sebut pon macam syasyul syasyul kan. Haha! benda tu la yang buat kita rasa pedas tu. Ntah, kami pon taktau nak terang. Penyebab rasa pedas lah. Hihihi

Kelima. Madu dan peanut butter. 
Sama jugak. Letak secamca dalam mulut. Biaq dia menyelaputi lidah kita. Haaaa~ try try. Ada banyak lagi kami google. Tapi kami malas dah nak taip. Haha. cukup la tu. Guna satu cara dah sudah okay.Kehkehkeh.

Dah bosan dah baca? Hahaha! Apa?? Nak tau perkembangan kami? Hahahahha perasan sat. Tinggal lagi 4hari. Dan kami bakal menduduki paper 18hb6 ni. Doakan kami!! =) Oklah. Busy busy busy. Tengah download lagu untuk konsert student student kami hujung tahun nanti. hihi. Budak budak kan. Sekarang ni dah kena praktis. Hahaha

Bye!

xoxo!



p/s : Manis =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^