Thursday, 9 January 2014

Masih berbaki dua hari. =)

"Nevermind, sing sing sing. Only left 2 days" Kawan opis kami cakap tadi Hahaha nampak sangat hobi kami suka menyanyi ni tak bole nak buang buang. *OK. Pakai headphone pinjam, menyanyi.*

Assalamualaikum.

Hehe. Sangat happy okayy!! Yela, ni la saat yang kami nanti nantikan. Balik Penang!! Padahal tak dapat keja lagi ni. Chillex dulu boleh? hehe Tak kisah la macam mana pon. Kami harap kepulangan kami boleh membantu mak kami, tak banyak, sikit pon jadilah. 

Dan kami rasa, even kami menghabeskan boreh pon, mak kami ok sebab kami bole hantaq dan amek mak kami p balik keja. Dan mana mana mak kami nak p pon kami bole bawak. Tu pon dah boleh buat dia happy tau.

Terharu kami bila kami dapat tau kisah sorang kawan kami ni. Dia sanggup korbankan kerjaya, sambung belajaq sebab bila dah jadi student masa terluang dengan keluarga lagi banyak. (Ayah dia baru meninggal dan dia nak jaga mak dia.) Boleh la dia spend time dengan family bila bila masa tanpa fikir cuti atau beban kerja.

Kenapa kami tak terfikir macam tu dulu? Kenapa kami tak boleh buat macam kawan kami buat tu?

Mungkin ayah kami dah lama meninggal dan kami anggap mak kami bole berdikari sendiri. Even kami adik beradik pon bedikari. Masa belajaq semua asing, adik kami kat poli Arau, kakak kami dah kawen kat Ipoh, kami kat Shah Alam, mak kami kat umah Penang. 

Dan mungkin sebab tu jugak lah kami rasa tak bersalah pon kerja kat Kuala Lumpur ni. Mak kami memang bagi dan mak kami tak penah membantah pendapat anak dia. Tapi kami rasa mak kami simpan kecewa dia sendiri. Sampai satu hari tu mak kami kata "Sampai bila mak nak naek bas?"

Kami lupa, usia kami meningat. Usia mak kami jugak meningkat. 

*Crying*

Ya Allah. Rasa derhaka sekejap. Apalah sangat kerjaya dan gaji yang kami kejaq, tapi kami tak bahagiakan orang yang kami sayang, yang gadai nyawa lahirkan kami. Yang jadi mak dan ayah kami. Masa tu lebih kurang bulan 3 4 tahun lepas. Tapi di sebabkan terikat dengan tempat keja kami ni. Kami terpaksalah betahan. 

Dan pada masa tu kami cuba menduga orang yang akan sehidup semati dengan kami. Kami tau kalau kami dah jadi isteri, kami kena berada di sisi suami. Memang tu tanggungjawab dan mak kami pon tak boleh halang sebab kami hak suami. Tapi tak salah kan kalau dalam hubungan ada toleransi dan consideration untuk tinggal dekat dengan mak kami. Sebab insyaAllah, rezeki ada kat mana mana. Maka jika perbincangan membawa kepada perselisihan terbawak lah haluan masing masing.

Kadang kadang, susahkan nak bagi orang paham situasi kita. Hemm. Yelah, semua orang pon nak menangkan mak ayah masing masing. U_U Apa kami dok cerita pasai ni plakkkk..Aiyoo. Sudah! Usah kesal dengan yang dah berlalu, usah risau dengan yang akan datang, kelak kita tak menghargai yang sedia ada. =) Falsafah sangat! Hehe

Well, apa apa pon misi kami nak mendapatkan kereta dah tercapai. Semua yang berlaku ada sebab. Pasti ada hikmah. Dan yang kami nampak itulah hikmah setahun kami kerja ni. Macam mana nak bayaq untuk bulan bulan seterusnya nantilah kita pikiaq. Rezeki ada kat mana mana.  Lagipon, insyaAllah kalau niat kami ikhlas balik ni nak jaga mak kami, mesti kami murah rezeki.

Sempat kot kalau menganggur sebulan dua. Hehe 

Itulah, kita tak boleh nak samakan situasi kita dengan orang lain. Ada yang perjalanan hidup dia senang. Ada yang perjalanan hidup dia susah. Kami harap lepas ni kami dapat dekat dengan mak kami, senangkan mak kami sampai akhir hayat kami. InsyaAllah. 

 #kamila #27042013 *masa ni baru sebulan pakai kereta, tengok mak kami sangat happy*

"i love you mak. and i always loveyou." T_T

*rindu*

p/s : Andai jodoh kami dah ditetapkan dengan Kemosabe, kami harap kemosabe paham kami dan benda ni boleh dikonsider. 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 7 January 2014

Merancang sebuah perkahwinan. Haha!

Assalamualaikum.

Tengok saja tajok entry ni kami yakin ramai kawan kawan kami akan bacaaaaaaaaaaaaaa. Yelah, ingat kami nak cerita pasal kami nak kawen la tu! Dah la entry sebelum ni kami sedang dilamun cinta kan. =P Tapiiiii, heheh Korang kena tipuu~

Adoi la. Ingat senang senang ka nak kawen, makan masa, makan duet, makan tenaga, sampai makan pon tak ingat kadang kadang. Macam kami berpengalaman pulak kan.? Haaaa. Mesti korang "berasa ingin tahu" ni. Hahaha Kami nak cakap ni sebenaqnya, mesti korang curious ni. Translate terus jadi pelik. Hihi

Ceritanya bila orang keliling kami buat preparation nak kawen. Omg. Kami pon kalut nak buat preparation jugak. Gedik jugak survey itu ini. Baju tunang, baju nikah, hantaran, pelamin, bilik pengantin, cincin, catering dan semualah. Nak sebut semua sampai esok tak habes.

Itulah masalah kami sekarang. Balik rumah ada majalah pengantin, brosur, pamplet pameran pengantin, barang barang kawen selonggok, topik perbincangan semua bab 12, kaifiat perkahwinan. -_-'' 

Warna apa in trend, pattern baju macam mana, pelamin, bla bla bla. Kadang kadang kami yang tak mau kawen lagi ni yang eksited lebih. Hahahaha eh, bukan tak mau tapi belom sampai masa. Huhu Bila bagi pendapat tu kan kami selalu suka mula dengan pekataan "Kalau kami....bla bla bla" Pastu bayang bayang, lagi lah berasa nak kawen tu. Ohmaii~

Lepastu, dah takdak keja nak buat akhir akhir ni kami asyek la ngadap blog blog cari design design baju, pelamin dan sebagainya. Dengan niat nanti bole tunjuk contoh dekat kawan kawan yang nak kawen ni. Sekali lagi kami menjerat diri sendiri. Hahahaha Terjeratlah kami supaya kawen awal. T_T

Itu cerita kawan rumah. Ni kat opis ni, cik adik manis sebelah kami ni pon haaaa dok cari pelamin, catering semua sebelah kami. Dah dia google google kami pon sama naik google. Mana tak membuak buak perasaan nak kawen. Dengan kawan kawan kelas dulu pon banyak yang dah naik ke jinjang pelamin. Bukan jeles tau, tapi rasa macam "ehh, aku pon dah kena kawen ni." Hihihi

Walaubagaimana pon, amboi kemain. Hahah macam mana pon, jodoh masing masing, kita tak tau jugak bila jodoh kita. ^^ Bila tengok kawan kawan kami yang nak kawen ni, kami nampak nanti ada ja rezeki mai. Macam Allah memudahkan urusan diorang. InsyaAllah. Sebab orang cakap, kalau nak tunggu duet cukup, memang sampai bila pon tak cukup.

So sekarang ni, langkah pertama yang kami ambil ialah! Kami dalam proses meng"unfollow" semua instag jual jual baju dan sebagainya. Cuma instag barang barang fossil ja kami tak bole unfollow. Hahaha Dekat instag jela, dekat facebook belom lagi. =P Balik penang nanti nak start jimat. Kumpul duet.:) 

Haa, lagi satu lepas kami dapat anak menakan baru kami nak fokus betol betol bab bab kawen ni. Sekarang ni kami nak kumpol duet nak beli macam macam ni kat anak menakan kami. Hahahaha! Kami siap dah add ni kat fb yang jual barang barang baby. Dah macam mak mak pulak rasa. 

Itu saja. So macam mana kami nak selesaikan masalah kami ni? Masalah orang sekeliling yang mendorong kami pon nak kawen? Hehehe! Gurau jelah. 

Follow the flows~


Akhir akhir ni suka amek gambaq camni. Hahahah pastu send kat kemosabe. Pastu nanti kemosabe reply "comel", "cantik". hahahaha 

Okbye!


p/s :Kemosabe tak pandai kenyit mata. Tapi kemosabe pon comel. :)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 5 January 2014

Aku sedang jatuh cinta.

Aku sedang jatuh cinta
Jatuh pada dia
Bukan kerana rupa atau harta
Kerana aku sentiasa ceria bila bersama
Kerana aku sentiasa bahagia bila berbicara
Kerana aku sentiasa rindu bila tiada

Aku sedang jatuh cinta
Seperti yang lain ianya sama
Bohong kalau tak berduka
Salah faham atau beza idea
Tapi dengan kau marahnya tak lama

Aku sedang jatuh cinta
Kerana aku kalut kau rileks
Kerana aku kurang sabar kau penyabar
Kerana aku skema kau tak
*kenapa kami ja yang negatif ni? Haha*
Mungkin itu tanda melengakapi
Barulah 'jigsaw puzzle' =P
*hahaha*

Untuk keputusan itu
Dari pandangan negatif
Aku takut hilang cinta kau
Aku takut cinta kita hilang penghujung

Tapi 

Dari pandangan positif
Terima kasih
Aku masih ada peluang
Peluang bersama yang tersayang
Yang sepatutnya aku dahulukan

 #kemosabe #20082013 #scm


P/s : let me be the one, who calls you baby all the times. :)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^