Monday, 30 December 2013

Berakhirnya 2013.

Assalamualaikum. 

Berakhirlah 2013, tahun yang mencabar bagi kami. Tahun yang banyak bagi pengalaman baru. Tahun yang ada duka, ada suka. Tahun yang ada bahagia, ada kecewa. Tahun yang banyak bagi idea sama ada baik tak kurang jugak yang buruk. Hehe Tahun yang akan hanya tinggal kenangan.

Kami rasa semua benda sepanjang 2013 yang berlaku dalam hidup kami, kami dah tulis dalam blog ni. Sebab blog ni pon dah genap setahun bulan lepas. Hehe Dan, korang mesti tau la perkembangan hidup kami sepanjang 2013. *perasan* Tapi berat badan kami tetap menten tauu~ *tiba tiba*
So, nak imbas kembali tak? 

Mestila nak, korang kan kepoci. Hehehe! Takdak lah, gurau ja. ^^ Haaaaa kami dapati satu tabiat kami yang tak bole nak ubah. Bila kami gurau kasaq sikit, tak sampai satu minit kami akan keluaq ayat "takdak lah gurau ja". Tak biasa sebenaqnya gurau gurau kasaq. hehehe! ka kami skema?

Apa apa pon terima kasih sebab sudi baca blog kami sepanjang 2013 ni. Kami sangat sangat menghargai sikap ambek berat korang tu. Hihi Okay? Senyum sikit. Ngeee~

Sepanjang tahun 2013 ni, kami dah lalui satu fasa yang baru dalam hidup kami. Fasa pekerjaan. Sejujurnya, belajaq lagi bes dari kerja. Kami rasa kosong bila kerja, balik kerja dah tak tau nak buat apa. Sebab tu sampai satu tahap kami pikiaq kami nak balik keja kat Penang, atleast kami boleh tolong mak kami lepas kami balik keja. 
 #mimos #code8 #tpm #bukitjalil #15012013-14012014

Kalau dulu belajaq, lepas kelas, malam study, lepak kadang kadang. Pastu bila dah keja ni nak lepak selalu rasa nak balik umah study padahal dah takdak tanggungjawab tu. Hahahah Bila keja, tanggungjawab dia laen. =) Lepas tu, tahun ni jugak la kami first time duduk rumah sewa. Haha
  
Dalam tahun 2013 jugak, kami beli sebijik kereta. Hehe Bajetnya nak beli Swift, tapi apakan daya takot tak mampu pulak. Walau kami sanggup ikat perot, masa depan kena pikiaq jugak. Tak dapat swift maroon dapat saga maroon pon jadi la. Hehe Ceritanya kat sini Kereta Kami.
Bulan empat kami beli kereta, bulan empat jugak kami putus cinta (perasan tak kami meroyan dengan madah berhelah kat blog ni), bulan lima kami dapat segulung ijazah. Segulung sangat. hehehe 
#amekjubah #datc #uitmshahalam 
*semoga perkenalan kita selama setahun ni berkekalan selama lamanya. Amin.!*

Bulan lapan kami bukak braces, setelah dua tahun satu bulan kami pakai. Hemmm heeeeee~ ni ha sebelum dan selepas ye. Laen terus muka. Macam kurang comel dahh. Hukhukhuk U_U
 #06082013

Dan 2013 jugak berakhir dengan berita gembira kepada famili kami.InsyaAllah mungkin hadiah (cerita kakak kami menang) rezeki baby. =) Tahniah eh kakja dan abg long.
#cameronhighland #08112013

Selamat datang 2014. Selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini lebih memanfaatkan. InsyaAllah. Amin.!

Bye! 






lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 18 December 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

Assalamualaikum.


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour

p/s : harini lunch dengan kemosabe. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 15 December 2013

Ubat.

Assalamualaikum. 

Semalam kami pening kepala yang amat, kami tak tau kenapa. Secara semulajadinya kami tak suka makan ubat telan. Haha Baru baru belajaq nak telan ubat sejak masok u. Dan kami jenis tak suka bergantung dengan ubat.

Tapi semalam, kami telan 4 bijik ubat. OMG. Abehlah badan kami penuh dadah. Aaaaaaaaaaaaa~

Kami bangun pagi tu rasa pening kepala, sebelah kiri ja. Pening yang macam pening lah. Haha Selama ni adik kami yang selalu pening, kami dalam hati selalu pikiaq dia ni ngada la. Pening tu camne.? Rupanya kalau pening tu memang pening lah. haha

Kami bangun lambat la sebab cutikan, lepastu kami pening kami tidoq balik. Kul11 camtu baru bangun. Bila bangun kami pening lagi, pastu kami pikiaq mungkin sebab lepas balik kenduri sapik kami kena hujan kot lepastu kami tak mandi kepala. So, kami pon bangun la mandi. 

Pening lagi. Kami pikiaq lagi, mungkin sebab malam semalam tak makan kot. Kami pon masak nasi. Keluaqkan ayam. Pastu, kami rasa tak bole bediri. Kami golek golek. Gmah pon dok selsema, dah dia nampak kami golek dia pon tanya la nak masak apa sebab nampak kami dah keluaqkan ayam tadi. Kami pon cakap la nak masak sup. Gmah pon p masak.

Kami korek korek peti ais cari ubat. Tah ubat apa tah kami jumpa kecik kecik. Kat paket tu tulis PENING. Kami pon amek, telan. Kecik macam vitamin kan. Kami makan la. Hahahaha Suka suka ja kami makan.

Lepastu pening lagi. Apa kami ingat makan ubat terus hilang ke cane. Aishhh Haha. Kami mintak panadol kat gmah. Pastu gmah kata makan ni. Dia bagi Shaklee vitamin c. hahahahahaha Kami dah macam nak makan tak makan. Tapi kami layan ja makan. Besaq! Gmah kata gigit 3 pastu telan. Kami ingat chewable ke cane kan. Kami pon layan la gigit. Sekali, yekkk! Tapi ubat tu mahal kan, kami ikot la jugak cakap Gmah gigit 3 telan. Hahahaha nak temuntah rasa. 

Dah pening kan. Makan jelah apa orang suroh. Haahahaha Kami tidoq. Kul 1 bangun bau wangi wangi. Gmah dah siap masak. Hehehehe Kami pon bangun, rasa nak temuntah. Kami pon muntah. Maaf Gmah, kami rasa ubat PENING dengan shaklee tu dah keluaq balik. Bhahahaha

Lepas makan kami makan panadol pastu tidoq. Sampai kul 4 lebih. Fuhhh! Bangun tu rasa lapaq, tapi still pening lagi. Kami sambung makan sup sambil tengok muvi. Malam tu kami mandi lepastu duduk kat katil tulis blog. =) Sebelum tidoq kami makan aktif fast. Shark bagi kat Gmah katanya. Besnya ada tunang. Hohoho

Esok nak kerja kan. Kena la sihat. Huhu nak amek MC takbole dah, sebab claim dah habes. Bhaha!

Sembang sembang kejap. Tidoq. Koko teman kami, macam biasa. Hemm.

Pagi ni kami dah sihat! Alhamdulillah. 

Okbye!


p/s : Fight for me, and i promise you i'll do the same.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^