Sunday, 15 December 2013

Cerita kakak kami menang.

Assalamualaikum.

Hai semua! Korang mesti ada tengok kan kami upload pic pasal kakak kami menang petandingan p.ramlee tu. =) Hehe. Kami rasa dah lama sangat kakak kami cerita yang dia masok pertandingan tu. Kakak kami pon ada cakap yang dia dah tak larat nak beli kosmo, sebab nak tengok result.

Tup tup, 11.12.13 haritu keluaq result. Dah la tarikh cantik. Hehe Kakak kami masa tu tengah menghadap assignment (wartawan kan). Abang Long la wassap kami. Happy la dia, bini kayo. hehehehe! 

Well, bukan cerita masok paper yang kami nak havockan, bukan cerita hadiah 3K yang kami nak banggakan. Tapi kisah yang kakak kami tulis ni. =) Kalau korang baca kosmo harini, kakak kami dah ambik dah replika cek dan cek tu semalam. Hehe!

Begini karangan yang berjaya menawan hati juri. Kata juri, boleh jadi pengajaran untuk semua. Semoga boleh dijadikan iktibar. Ini kisah benar tau.

‘Encik Kasim, abang Ali mai ni nak minta duit sewa bilik. Abang Ali tengok dah seminggu Encik Kasim ni asyik dok menangis. Tiap-tiap barang yang hidup tu pasti akan mati, itu semua kehendak Allah. Jangan dok menangis sangat-sangat akibatnya nanti bahaya diri Encik Kasim’.

Itulah dialog dalam satu babak filem Ibu Mertuaku yang akhirnya watak Kasim itu buta kerana terlalu banyak menangis apabila kehilangan orang tersayang.

Setiap kali menonton cerita Ibu Mertuaku, terkenang 15 tahun yang lalu ketika ibu kehilangan suami tersayang akibat barah.

Waktu itu ibu rasa kosong dan hilang tempat bergantung kerana sebelum ini hanya ayah yang bekerja menanggung keluarga.

Ayah yang ketika itu berusia 45 tahun masih muda untuk meninggalkan kami tiga beradik tetapi janji Allah itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan mati apabila sampai masanya.

Tiada perkataan yang mampu menggambarkan kesedihan itu, bagi yang pernah mengalami situasi ini mereka tahu betapa peritnya hidup tanpa ayah.

Ibu hanya sempat berkongsi kasih selama 14 tahun dengan ayah dan tempoh itu terlalu pendek untuk mereka memenuhi semua impian yang pernah dijanjikan ketika awal perkahwinan.

Sensitif sememangnya sifat semula jadi ibu, kehilangan ayah meninggalkan kesan mendalam kepadanya terutama bila mengenangkan tiga anak yang perlu diuruskan sendiri dan perlu bekerja semula selepas 13 tahun berhenti kerja, perkara itu sangat membebankan.

Mungkin itu sahaja dalam fikiran ibu. Bolehkah dia membesarkan anak-anak tanpa sokongan seorang suami yang menjadi sebahagian dari hidupnya sebelum ini.

Sepanjang berada di hospital menguruskan jenazah ayah hanya linangan air mata mengiringi perjalanan membawa jenazah ayah pulang ke rumah nenek.

Sesampai sahaja di rumah nenek, ibu terus mendapatkan nenek dan menangis sepuasnya mungkin itu dapat menenangkan hati ibu.

Kami hanya melihat keadaan itu tetapi adik-adik yang masih kecil tidak tahu mengapa ibu menangis sebegitu rupa.

Nenek menasihati ibu agar bersabar dan tabah dengan ketentuan Allah yang akan mengambil semula apa yang dipinjamkan di dunia ini termasuk ayah.

Dalam usaha memujuk ibu, nenek sempat berbisik sesuatu kepada ibu.

“Jangan menangis sangat nanti jadi macam mak, urat mata dah kembang nanti tak nampak,”kata nenek sambil memeluk erat ibu.

Memang benar cakap nenek, sehingga ke akhir hayatnya dia tidak dapat melihat gara-gara asyik menangis selepas kematian datuk akibat sakit tua.

Arwah nenek juga pernah menyampaikan hasratnya untuk meninggal dalam keadaan cerah tetapi dia tidak bernasib baik kerana impiannya tidak tercapai.

Alhamdulillah, nasihat yang diberikan nenek walaupun ringkas tetapi menjadi satu perkara yang sangat bererti buat ibu.

Ibu kuat mengharungi dugaan sebagai ibu tunggal dan berjaya membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan paling menggembirakan apabila anaknya seorang demi seorang ke menara gading.

Ibu tidak menangis lagi. Ibu akan titipkan doa buat ayah di sana dan selalu mengingatkan kami untuk berdoa setiap kali solat untuk ayah.

Kata ibu, apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu amal jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.

Memang kata-kata itu, kami simpan agar sentiasa mengingati ayah. Walaupun ayah tiada disisi, kami tahu ayah pastinya gembira serta bangga melihat kejayaan dan kebahagian yang dikecapi kini.

Sedih pulak rasa. T_T
Oklah. Mari tidoq awal harini. 


p/s: Perasaan bahagia yang susah nak diceritakan.
 
lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 12 December 2013

Penang-cerita korea-interview-beletiaq?

Assalamualaikum.

Lamanya tak updateee!

Rinduu!

Kami takdak benda menarik nak cerita la. Heheh Minggu lepas haa, kami balik penang. Sebab tu sunyi ja blog ni. Bajetnya minggu ni nak la cerita cerita gosip gosip perjalanan kami pulang, sekali 24 jam kami ngadap THE HEIRS. Bohong 24jam. Haha kebanyakan jam la. =P

Tengok cerita korea mana bole stop kan. Tapi kami tahan takat dua tiga episod ja. Lama lama jadi jemu. Tapi tadi kami dah selesaikan 19episod.! Tunggu last  episod keluaq esok, tak sabaq!! 

Dulu dulu masa belajaq pon kami mana nak layan cerita korea ni. Running man pon kami tengok masa semester 6 kot. Tah tak ingat, tapi sekarang dapat kejaq dah la. Dari episod satu kot kami tengok, sebab nak paham betoi betoi. Macam ada exam plak. Hoho

Sekarang ni, tunggu latest episod terus bole tengok. Hehe! Lemah kami cerita korea cerita orang putih ni, biasa la peminat industri seni tanah air. Hahaha Sebenaqnya kan, kami kalau tengok wayang kami suka cerita melayu, serius! Tapi jadi tak bes kalau kami p dengan orang yang tak minat cerita melayu. Dia akan jadi macam tak bes lah. Haha

Kami tak bole la kalau orang bising bising kutuk kutuk jalan cerita. Honestly, kalau kami kutuk pon dalam hati ja. Hahaha Serabot kot, baek wat chill ja, sebab kita dah bayaq tiket, enjoy jela. Hohoho Laenlah kalau orang belanja. Bole la nak kutuk, 'ah kauu, belanja cerita tak besss!' Pengakhirannya, sampai hati ka nak cakap camtu kan?

Wahh, dalam dok kata takdak cerita tiba tiba panjang pulak. Cerita pasal cerita korea tiba tiba pasal wayang pulak. Hahahahahah!

Ok, ada lagi satu reality show korea yang kami suka tengok. Haaa yang tu nanti kami cerita. ^_^

Berbalik kepada cerita asal, kami balik penang sorang sorang haritu, gila cekal lah! Ahahahah Kami takot sebenaqnya, tapi luaran buat berani la. Sepanjang jalan selawat.Heheh. Berjayalah kami sampai penang dalam masa 5jam. Tak stop. Haha nak kencing pon tahan. Takot punya pasal.

Balik tu sebab ada interview, tak lama lagi nak kena tendang kan. Kena la prepare. Hahaha Boleh ja balik naek bas, tapi kesian pulak sebab mak kami kata dia rindu kereta kami. Hihihi dah lama tak bawak balik. Jadinya, kami amek la halfday sebab kalau malam kang takot pulak nak balik. 

Interview tu isnin, so kami amek halfday jumaat dengan cuti isnin. Dah la cuti pon asyek nak hutang ja. hehehehe! Apa nak jadi ni. Interviewer kalau baca blog kami ni, konpem tak amek keja. Bhaha =_= Takot pulak. 

Ok. Tuu ja kot nak cerita. Haaa.. tu pemanduan kami yang terakhir kot sorang sorang, nanti habes kontrek ni, mak kami datang KL teman kami drive balik Penang + tolong kemas barang + beliau nak jalan jalan KL. =) Tak sabaqnya nak balik Penang. 

Korang doakan kami dapat kerja cepat tau! Kalau tak, korang tolong bayaq kereta kami. Kahkahkah. 

  Tiba tiba kami rindu budak ni. #kemosabe #24112013

p/s :Tresure-Promise-Journey-Forever-Soulmate. 
       And i guess, kita dalam stage tresure?


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 4 December 2013

Kami nak p mana?

Assalamualaikum.

Hai!

Boleh tak kami nak senaraikan tempat yang kami teringin nak p?

Apa pulak tak boleh kan? Korang mampu baca ja, tak mampu delete. Haha!
  • Bukit Tinggi
  • Kami nak p sebab nak amek gambaq ja. Tujuan sangat!. Seperti yang diketahui umum *poyo gila, sapa umum? kami pon blur apa kami tulis hihi*, kami suka tempat tinggi berbanding tempat berayaq. =) Mungkin sebab kami dibesaqkan dalam suasana tanah tinggi kot atau mungkin sebab kami tak pandai berenang. Ngee~ 
  • Zoo Negara
  • Kami nak p sebab kami tak penah p lagi. Hehe. Kami penah p Zoo Taiping ja, yang malam tu. Night at Safari eh? Haaaa. Teringin la nak tengok zirafah. Hemmm 
  • Akuaria
  • Kami nak p sebab kami tak penah p lagi. Hehe.*Copy ayat atas* Haritu yang dekat langkawi pon tak sempat p. Nak tengok ikan. Walaupon kami takot akuarium tu pecah. Hahaha imaginasi sangat. Tapi memang serius, kami agak takot la, sebab kalau pecah kami dah la taktau berenang, lepastu mesti kena makan dengan ikan. Arghhh
  • JPO
  • Dari haritu lagi nak p. Nak p kenduri kawen kawan kami. Last last cancel. Geram betol la. Penat dah ni berangan rangan. U_U Kami bukan nak shopping sangat pon. Kami nak cuci mata ja. Emm, nak beli satu benda ja. Hehehehehe! Satuuuu ja. Satu satu. ^^
  • Gunung Jerai
  • Pulau Aman
  • Pulau Jerejak *Kami gelak bila tulis ni* LOL
  • Singapore
Kami tak larat plak nak explain. hahahhaa! korang paham paham la. Kalau suka bejalan tu, p mana pon suka. Hihi Tak kisah la dekat ka, jaoh ka. Nanti dah balik penang kami nak ronda bagi perabih penang. Weee~

 
Bawak la kami bejalan. Pleaseeeee~ 

Dah. Tu ja kot. Kami tak penah berangan pon nak p luaq negara. Haha sebab tau, macam tak mampu ja. macam tak boleh ja. macam macammmmmm ja =P

Ok. Bye!



p/s : Penat berangan. Letih.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^