Thursday, 12 December 2013

Penang-cerita korea-interview-beletiaq?

Assalamualaikum.

Lamanya tak updateee!

Rinduu!

Kami takdak benda menarik nak cerita la. Heheh Minggu lepas haa, kami balik penang. Sebab tu sunyi ja blog ni. Bajetnya minggu ni nak la cerita cerita gosip gosip perjalanan kami pulang, sekali 24 jam kami ngadap THE HEIRS. Bohong 24jam. Haha kebanyakan jam la. =P

Tengok cerita korea mana bole stop kan. Tapi kami tahan takat dua tiga episod ja. Lama lama jadi jemu. Tapi tadi kami dah selesaikan 19episod.! Tunggu last  episod keluaq esok, tak sabaq!! 

Dulu dulu masa belajaq pon kami mana nak layan cerita korea ni. Running man pon kami tengok masa semester 6 kot. Tah tak ingat, tapi sekarang dapat kejaq dah la. Dari episod satu kot kami tengok, sebab nak paham betoi betoi. Macam ada exam plak. Hoho

Sekarang ni, tunggu latest episod terus bole tengok. Hehe! Lemah kami cerita korea cerita orang putih ni, biasa la peminat industri seni tanah air. Hahaha Sebenaqnya kan, kami kalau tengok wayang kami suka cerita melayu, serius! Tapi jadi tak bes kalau kami p dengan orang yang tak minat cerita melayu. Dia akan jadi macam tak bes lah. Haha

Kami tak bole la kalau orang bising bising kutuk kutuk jalan cerita. Honestly, kalau kami kutuk pon dalam hati ja. Hahaha Serabot kot, baek wat chill ja, sebab kita dah bayaq tiket, enjoy jela. Hohoho Laenlah kalau orang belanja. Bole la nak kutuk, 'ah kauu, belanja cerita tak besss!' Pengakhirannya, sampai hati ka nak cakap camtu kan?

Wahh, dalam dok kata takdak cerita tiba tiba panjang pulak. Cerita pasal cerita korea tiba tiba pasal wayang pulak. Hahahahahah!

Ok, ada lagi satu reality show korea yang kami suka tengok. Haaa yang tu nanti kami cerita. ^_^

Berbalik kepada cerita asal, kami balik penang sorang sorang haritu, gila cekal lah! Ahahahah Kami takot sebenaqnya, tapi luaran buat berani la. Sepanjang jalan selawat.Heheh. Berjayalah kami sampai penang dalam masa 5jam. Tak stop. Haha nak kencing pon tahan. Takot punya pasal.

Balik tu sebab ada interview, tak lama lagi nak kena tendang kan. Kena la prepare. Hahaha Boleh ja balik naek bas, tapi kesian pulak sebab mak kami kata dia rindu kereta kami. Hihihi dah lama tak bawak balik. Jadinya, kami amek la halfday sebab kalau malam kang takot pulak nak balik. 

Interview tu isnin, so kami amek halfday jumaat dengan cuti isnin. Dah la cuti pon asyek nak hutang ja. hehehehe! Apa nak jadi ni. Interviewer kalau baca blog kami ni, konpem tak amek keja. Bhaha =_= Takot pulak. 

Ok. Tuu ja kot nak cerita. Haaa.. tu pemanduan kami yang terakhir kot sorang sorang, nanti habes kontrek ni, mak kami datang KL teman kami drive balik Penang + tolong kemas barang + beliau nak jalan jalan KL. =) Tak sabaqnya nak balik Penang. 

Korang doakan kami dapat kerja cepat tau! Kalau tak, korang tolong bayaq kereta kami. Kahkahkah. 

  Tiba tiba kami rindu budak ni. #kemosabe #24112013

p/s :Tresure-Promise-Journey-Forever-Soulmate. 
       And i guess, kita dalam stage tresure?


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 4 December 2013

Kami nak p mana?

Assalamualaikum.

Hai!

Boleh tak kami nak senaraikan tempat yang kami teringin nak p?

Apa pulak tak boleh kan? Korang mampu baca ja, tak mampu delete. Haha!
  • Bukit Tinggi
  • Kami nak p sebab nak amek gambaq ja. Tujuan sangat!. Seperti yang diketahui umum *poyo gila, sapa umum? kami pon blur apa kami tulis hihi*, kami suka tempat tinggi berbanding tempat berayaq. =) Mungkin sebab kami dibesaqkan dalam suasana tanah tinggi kot atau mungkin sebab kami tak pandai berenang. Ngee~ 
  • Zoo Negara
  • Kami nak p sebab kami tak penah p lagi. Hehe. Kami penah p Zoo Taiping ja, yang malam tu. Night at Safari eh? Haaaa. Teringin la nak tengok zirafah. Hemmm 
  • Akuaria
  • Kami nak p sebab kami tak penah p lagi. Hehe.*Copy ayat atas* Haritu yang dekat langkawi pon tak sempat p. Nak tengok ikan. Walaupon kami takot akuarium tu pecah. Hahaha imaginasi sangat. Tapi memang serius, kami agak takot la, sebab kalau pecah kami dah la taktau berenang, lepastu mesti kena makan dengan ikan. Arghhh
  • JPO
  • Dari haritu lagi nak p. Nak p kenduri kawen kawan kami. Last last cancel. Geram betol la. Penat dah ni berangan rangan. U_U Kami bukan nak shopping sangat pon. Kami nak cuci mata ja. Emm, nak beli satu benda ja. Hehehehehe! Satuuuu ja. Satu satu. ^^
  • Gunung Jerai
  • Pulau Aman
  • Pulau Jerejak *Kami gelak bila tulis ni* LOL
  • Singapore
Kami tak larat plak nak explain. hahahhaa! korang paham paham la. Kalau suka bejalan tu, p mana pon suka. Hihi Tak kisah la dekat ka, jaoh ka. Nanti dah balik penang kami nak ronda bagi perabih penang. Weee~

 
Bawak la kami bejalan. Pleaseeeee~ 

Dah. Tu ja kot. Kami tak penah berangan pon nak p luaq negara. Haha sebab tau, macam tak mampu ja. macam tak boleh ja. macam macammmmmm ja =P

Ok. Bye!



p/s : Penat berangan. Letih.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 30 November 2013

Putrajaya kemana Alamanda kemari. Haha

*Minggu lepas punya cerita.*

Assalamualaikum.

Payah kan kalau berangan lebih. Haha Gmah ni ha. Baru beli kereta. Lepastu ajak la kawan kawan dia ni naek basikal kat Putrajaya. Baru beli kereta, tapi ajak nek basikal? Macam tak link pulak ayat. Haha

Memang dah lama tak spend time berlima. Mesti tak cukup salah sorang. Takpon terlebih sorang. Aishh. Terlebih tu paham paham la kan. Pakwe takbole nak tinggal. Hahahaha *mata ke atas*

So bila minggu lepas Gmah dah ajak. Semua pon on la. Kami rasa kami paling eksited kot. Tapi kami tak tunjuk la. *ego* Hahaha Kami google tempat tu, google harga, pukul berapa bukak dan sebagainya. Malam sebelum tu shida datang umah. Jadinya sembang tak hengat. Kul 130 baru tidoq. Hahahahha macam lambat sangat. Lambat la, sebab kami tidoq tepat kul12.! Arep tau ni. Hahaha 

Tengok tu, orang yang baru dapat keta. Tak mau ha tengok kamera, kelam kabut nak tukaq gear. hahahaha!

Sepanjang jalan, fifi jaga belakang ekin jaga depan. Dah macam test JPJ dah kami rasa. Huhu. Kami seriau, tengok lebih lebih kang tensyen. Huhuuuuu sepanjang masa kami men nset. *play safe* heeeee!

Berbalik kepada angan angan kosong tu. Wahhh. Bukan maen ni nak kua umah kul730 pagi. Nak berebut basikal. Aishhh. Last last basikal kemana apa kemana. Tak jadi la men basikal, sebab matahari dah naek. Kemain ha farah suroh pakai jersey. hahahaa! Tau la banyak jersi. Huhu

Lepastu 'terpaksalah' kitorang pukul 10 lebih dah tepacak depan Alamanda. Breakfast yo kat Alamanda. Tah pape.

Dann, kami tak masok dalam picture ni. Diorang cakap "ko punya muka dah banyak dalam blog." -_-''

Lepas tu, Farah dah lama ha nak belanja karoke. Dari dia lulus lesen keta, sampai dah ada keta. Tak belanja belanja lagi. So, amek la kesempatan ni mengepauuuu beliau. =P

Tapiiiiiiii! Bayangkan awalnya datang, karok pon tak bukak lagi. Aishhh~ Posing posing maut dulu. Heee.
Haaaaa...itu saja kot. Lepas nyanyi, kitorang makan lepas tu jalan jalan kejap lepas tu balik! Tak gaji lagi kan. Hoho Minggu ni baru kami update. Cukup la seminggu. Hahahah! Lama lagi kang basi. Memandangkan minggu ni kami memerap. T_T
Satu...Dua..Senyummm! Heeeeeeeee~~



p/s : Rasa lemau la harini sebab memerap. Tadi pagi cuci kereta. Lepas tu hujan rintik rintik ayaq bergelora. Arghh!


lepas baca jangan lupa senyum ^_^