Monday, 18 November 2013

Gurney Paragon VS Sunway Lagoon ?

*Entry ini agak panjang*

Assalamualaikum!

Kisah 1 : Lokasi Penang , 04112013

Cuti awal muharam + deepavali minggu lepas. Kami kan balik Penang, so ambik la peluang tu jumpa kawan kawan kami. Hehehe Diorang memang stay Penang. Ari ahad tu kitorang p tengok kawan kitorang punya baby. Comel gila kot. Hehe!
 Aishhhhh...Tidoq tak bangun bangun.. Eiman Amsyar Aminullah. =)

Kami dah la tak penah pegang baby. Baru 7 hari. Gila hebat kami. Heheheh Baby kami suka, budak budak kami tak suka. hahahahhahahaha! Mengada kot budak budak, kalau korang tengok kami tiba tiba layan budak budak tu maksudnya kami tak normal la tu. hahha! 

Tapi kami tengah cuba la ni. Cuba suka dan layan budak budak. Sebab mungkin bila kami dah fall in love dengan budak budak, kami akan cepat dapat anak menakan. InsyaAllah. Aminnn! =)

So, hari isnin cuti ganti deepavali tu kami, fareha dengan mun pon keluaq la. Dah bebulan bulan jugak la tak jumpa. Tapi yang peliknya, bila jumpa mulut terus tak stop sembang. hahahahah! 

Munirah ajak p gurney tengok wayang. Kami ok ja. Tapi kami ajak jugak la singgah Gurney Paragon tu sebab kami tak penah p lagi kan. Loser. Huhu 

Lepas beli tiket wayang kitorang cari tempat makan. Fareha ajak makan kat Paragon tu, tapi apakah terlalu banyak kedai kedai yang serve beer. Kami pon tak paham. So, kitorang amek gambaq sahaja lah. =P

Fareha : Kat sana bole la nak amek amek gambaq.

Bila kami komplen dia amek gambaq tak elok, pandai dok suroh kami amek photographer profesional. hahahhaha!!
Haaaaaaaaa~ yang ni tak pakai 360 Hehe. Nampak laen pulak. =P Whatever it is, kami tetap menten tembam. Wee!

Huuuuuuu~ Last last makan kat black canyon.  

Tengok tangan fareha dah lapaq tak sabaq. Eyyyyy! Apakah nasiknya terlalu sikitttttttttttttttt~ Tapi tomyam dia sangat sedap. Alaaaaa~ teringin nak makan la plak. 

Lepas makan. Kitorang zoho dulu sebab wayang kul 140. Bejalan la balik ke Gurney Paragon sebab tak suka toilet Gurney Plaza takdak paip. Hahahaha! Ulang p ulang mai. Abeh masa kot tu ja. Apada.

Kami tak tau la bila masa ayaq pancut tu dia pasang dan seriusly kami tak tau wujudnya ayaq pancut tu kat tengah tengah tu. Dengan selambenya, kitorang betiga jalan. Sekali ayaq memancut. Fareh dengan Mun lepas. Kami sorang basah. Hahahahaha. Memang sengal la. U_U

Dan kami basah.  

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah 2 : Lokasi Kuala Lumpur , 17112013

Al kisah bermula bila Farah ajak ke Sunway Lagoon! Katanya kawan beliau mencari orang dan mengajak kesana. Family day staff Sunway. Kami mendengar perkabaran berita ini dengan hati terbuka. Freee uolllssss free! All park worth RM120. $_$
Kami yaykan ja. So, ni cerita semalam la ni. Kami p la berempat Farah, Gmah, kami dan Baiti. Baiti, hemmm baru bekenalan semalam. =P Baik orangnya. *betol ni, bukan puji sebab dapat tiket free* Senyum ja sepanjang masa. Huhuhu Tapi marah bila orang potong que. Hahahaha

Well, bila dah benda free ni mesti la melampau ramai dan diorang still open untuk public. Jadiknya memang ramai la kan. Tak kisah lah. Tempat tempat macam tu memang la ramai orang kan. Lagik lagik cuti sekolah. =_=

Kalau korang ajak kami tempat tempat macam tu memang salah la, sebab semua benda pon kami takot. Kami suka tengok ja, nak cuba tu pikiaq 10kali. Tapi rugi la plak kalau tak cuba. Dan kami tak boleh kalau orang cabar. Haaaaa~ Kemosabe pon ada cakap. Kalau gayat, lawan gayat tu. Tengah cuba la ni!!!

Masalahnya nek wogen wheels pon gayat. Ape cer?

Farah : Ni permainan isma la ni. 

*tragis kena kutuk*

Budak buai belakang soh farah goyang. Gila. Pastu dia goyang goyang. Sengal la. Yang Baiti dok suroh amek gambaq. Orang gayat la paham takkkkkk!!
Mula mula kitorang nek cawan pusing tu, bajet warming up laa. Pastu cam teruja ja tengok Pirates Revenge – Malaysias first 360-degree Rotating Pirate Ship. Memang gila la tengok. Tapi dah diorang ni nak naek, takkan kami give up kan. Kami pon abaikan 360 tu. Hahaha *kalau mak kami tau ni abes la. Haha*
Bila dah duduk tu, rasa menyesal pon ada. Tapi bila seat dia memang secure, rasa selamat jela kan. Haha Tapi kalau tak jerit memang turun tu bole sakit otak. Tapi bila menjerit plak, memang turun tu sakit tekak la. hahahaha Kaki kami ketaq gila. Memang nampak begerak gerak kaki kami. Diorang bole dok gelak. Ohemmmmggeeeee~

So, satu dah bejaya. Si Farah nak nek Tomahawk plak. Kalau kat funfair orang panggil top gun tu. Kami dalam hati T_T

Alhamdulillah tutup. =) hahahhaah! Pastu layan turun pelampong dua orang tu. Ni pon laju nak mampos. Basah dah sikit sikit. Masa tu kitorang tak salin baju lagi. Sebab nak memudahkan solat japg. Heheheh! Lepas zoho baru mandi manda. Huhu 
 Selfie dalam Surau~

Yang peliknya surau perempuan ada dalam 8orang ja. =P Tak seramai yang beratoq panjang bejela jela nak men pemainan tu. U_U

Lepas setel tu, kitorang masok umah hantu tu. Scream Park. Ok. World War Z. Memang ramai la zombiesssss. Tapi standard la semua belakon, tapi psiko kan. Rasa takot gila gila ni. Hahahahahaa Farah play save. Dari masok sampai habes posisi rukuk. Hahaha hantu serang hendap dia ka, dia serang hendap hantu. =_=

Masa nak masok tu, kuanghajaq punya hantu, dia baca nama kami kat baju kami tu. Pandai pulak eja. 

Hantu : Isma..Isma...Ismaaaaaaaa.. *ada la kot dalam 10kali*

Omg. Meluat la camni. Takottttttt~ Kami sembunyi belakang gmah ja. Menyesal pulak pakai baju tu. Hahahaa

Masa masok tu, kami dengan gmah depan. Sekali camna tah boleh jadi Baiti dengan Farah pulak kat depan. Haha Nampak la zombi baling baling barang dalam sangkaq. Buat bodoh jelah. Sekali pusing, Zombi keluaq sangkaq kejaq. Aaaaaaaaaaaa!!!~

Lepas tu ada banyak lagi zombi. Gila la. Satu zombi tu tah pape, dia bg orang tekejut pastu dia cakap "sabaq sabaq rilek" kat Farah. hahahahha! Masa tu Farah dah melekat kat dinding dah. *Ops!, Zombi tu cakap KL ok bukan utara haha*. =P

Yang lawak nya tekejut gila zombi kat selekoh, memang tak bole nak elak. Hahaha sekali selipar gmah tecabut. Pastu zombi tu curi. Aaaaaaaa~ Kami tak suka la macam ni. Semua orang dah blah. Tinggai kami dengan Gmah ja..

Gmah : Selipar gmah maaaaaa~

Zombi tu macam nak bagi tak bagi, mai cak cak pulak. Kami pandang selipar tu ja. Tak berani nak pandang muka zombi tu. Sekali........

Zombi : Bagi no fon dulu.

Dah kenapa zombi nak mengorat gmah? #dugaanbertunang

Dapat ja selipar tu terus lari pecut. Ingatkan dah habes, ada la sekoqqqqq kat pintu keluaq. Pegang chainsaw. Bodo la. Dok nak potong potong kitorang pulak. Gmah standby nak pukul dengan selipar tadi. hahahaha! Selipar VS Chainsaw.! Terbaekk!! Hahaha

Dapat keluaq, Farah putus terus selipar. Hahahaa Kami krem abes lehaq a.k.a leher. Hahaha banyak gila tragedi dalam rumah antu tu, kami tarik tudung farah la. Haha Yang pelik Baiti yang kecik tu rilek ja jalan kat depan. Huhuhu
 Bukti putus. Putus dah selipaq Dous beli. Ishh~ Abes la kenangan cinta korangg. Hahahahahaha

Sekarang semua senyum la kannnnnn~

Haaa..lepas tu kitorang nek wogen wheels. Lepas tu diorang nampak roller coaster dah buka. OMG. T_T Takmau nek. Tapi loser plak nanti. Ok layan. Dah que semua. RC tu pon jalan tekedek kedek. Ok. Gelak. Senyum. Sekali turun. Kami jadi blur. Kami rasa "Ya Allah apa aku buat ni" Mula la ingat mak bapak kan. LOL. Pastu kan kami jadi pening, sebab kami tak jerit. Hahaha Lepas dah lama sikit baru kami menjerit. Hahahaha Haaa.. Baru balance otak kami. 

Serius gila RC ni. Tolong la jangan ajak kami nek lagi. U_U

Tibalah masa nak mandi manda. Men semua tu sampai bepeloh peloh. Busuk habes. Hahaha! So, sekali lagi nak try benda gila. Farah dengan Baiti la ni. Nak yang ekstrem saja. Panjat la nek tangga, nak nek the world largest water ride - Vuvuzela. Kami kalau tau benda ni the largest kami tak cuba. Sebab kami kurang ilmu google kami ikot jela. hahhahaha

Sepanjang nek tangga Farah dok menyanyi Vuvuzela! Vuvuzela! Gila eksited minah ni. Hahahah Orang dok tensyen dia tak tau. Haishh.
Bila dah halfway baru farah cakap ni bla bla bla. Kami cakap tak payah la cerita semua ni. Yang tak largest pon tak cuba lagi. Memang gila la nak nek. Tapi dah halfway, loser la kalau patah balik. Huhu Its our turn.!! Mamat yang jaga pelampong tu simbah simbah ayaq kat gmah sambil menyanyi happy birthday dan tolak.!! Kurang asam tol la. #dugaanbertunang

Dan bergerak. Posisi kami memandang ke depan. Means kami nampak apa yang belaku. Dan bila nak keluaq kelonsong tu. Memang menjunam la. Gila curam dan laju. Hahahahaha Farah terkena posisi membelakangi. Sekali lepas junam tu memang dia atas sekali. Hahahhaa.

Tapi sangat seronok. Seram dan seronok.!! Better dari RC tu. !_! Vuvuzela ni kami berani kalau ajak nek lagi. =P Last kitorang masok 5D tu. Bes! yang ni pon berbaloi beratoq. =)

Selesai.

Perhatian : Semua permainan di atas dilakukan dalam keadaan mata tertutup. Harap maklum. @_@
-----------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apa persamaan antara Gurney Paragon dengan Sunway Lagoon?

Dua dua buat kami basah. Yang bezanya sengaja dan tidak sengaja. T_T

Okbye.

Some of the picture adalah dari Sini

p/s : Call mak kami semalam. Dan kami kena beletiaq. "Dah tau bahaya semua ni hampa gagah dok naek buat apa, tekeluaq jantung baru tau." =P

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wednesday, 13 November 2013

Lapan haribulan yang lalu. =P

Assalamualaikum.

Ya Allah, dah berapa lama ni tertangguh nak tulis ni. Happy birthday (8/11 yang lalu hahaha!)yang ke 21 untuk adik kesayangan intan payung kami sorang ni. Hehe! Dah la hadiah pon tak bagi lagi. Hahahahaha! 

Korang tau kan kami ada sorang ja adik. Baik ka nakal ka dia tetap adik kami. huhuhu Dia selalu jadi penasihat kami. Well, kami rasa cara pemikiran adik kami lagi matang dari kami yang skema ni. Huhu

Pendapat dia semua boleh pakai dan logik akal. Haha! Tapi anak bongsu tu anak bongsu jugak la kan. Kalau dia nak satu satu benda tu, mesti dia mintak sampai dapat. Kalau tak dapat, merajok gila gila ni. Sampai orang sekeliling dia ni kalah. Hahaha Dan last last dia dapat la apa yang dia nak.

Nak beli handphone macam nak handphone mainan. Nak beli kereta macam nak kereta mainan. Rumah dia tak mintak lagi. Hahaha!

Adik kami selalu bagi nasihat tentang fesyen dan kecantikan. Huhuhu Yela, secretary kan mesti la pandai begaya. Hohoho Begaya ke?

"Kak ini kena menten badan camni. Jangan gemok dah. Kalau gemok tak elok."

"Tak tau la nak mekap kan orang. Kak ini tengok eqah mekap pastu mekap sendiri."

Kedekut, pemalaih mekap. Dah kalau kami mekap sendiri, macam kami selalu mekap la. Buruk. Mak kami kata macam opera. hahahaha!

Korang tau tak, balik baru baru ni. Handbag kitorang sama. Taste sama la plak. Naseb warna laen laen. Hahahaha! Menjerit jerit satu rumah sebab sama sebijikkkk! HAHAHA

Baru baru ni masa bercuti, bersembang sembang la. Pastu dia ingatkan, kami pon dah lupa. Kitorang dulu kalau gadoh, dia akan peli kami banyak jerawat dan kami akan peli dia hitam. Hahahaa bila pikiaq balik rasa lawak gila. 

Haritu ha, masa p Cameron seleb birthday dia kat atas ladang teh ni. Huhuhu! Macam kanak kanak kitorang layan dia. Padahal dah 21. Hemmm~
Hehe! Kami sayanggggg adik kami. Diploma dah habes. Kami doakan adik kami sambung degree cepat cepat. Tapi jangan la langkah bendul bila nak kawen nanti. hahahahaha! 

Haaaa..nak kasi hadiah apa eh?


p/s : Kalau ayah ada, mesti dia bangga anak dah besaq besaq. =')





lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Monday, 11 November 2013

Kami di Cameron Highlands.

Assalamualaikum.

Haluuuuu kawan kawan. Heheheh Sempena anniversary kakak kami yang ke dua, 7hb aritu. huhuhu kami rasa sempena tu la kot diorang suami isteri ajak kitorang p jalan jalan Cameron Highlands. huhu Kami dengan berbesar hati amek saki baki cuti kami dan jugak hutang cuti *macam xwujud ja* hahaha Memandangkan adik kami pon dah cuti kan. =) 

Kan baru ja dengaq kes kes tanah runtuh kat cameron tu kan, kami dengan mak kami macam cuak la kan. Mula la kami bayang kalau kitorang bawak keta tiba tiba tanah merah jatuh. hahahhaha tak dapat bayang kot jalan ke cameron tu cane. Tu yang kami bayang la, sebab dekat adik kami berapa kali kami cakap "kita bukan nak jalan atas tanah merah".. hahaha

Dengan adik kan, mesti la nak tunjuk hebat, bajet tau semua benda. Haha

Lepas kakak kami terang yang kawasan kejadian tu jauh, kitorang pon ok la. 
Biasalah wartawan terang memang details, siap bagitau contoh jarak semua lagi. Hehehe Jadi dah tak cuak terus. hoho

Cameron tu kira kawasan pantai timur la kan sebab kat Pahang. Means sekarang ni memang musim hujan. Tapi alhamdulillah, masa kitorang sampai dan bejalan jalan hujan tak lah kerap dan lebat sangat. =)

Kitorang betolak dari Ipoh lah, dari rumah kakak kami. Ikot Simpang Pulai-Cameron Highlands. Hehe Otw tu ada perkampungan asli, pastu ada diorang jual jual tepi jalan tu. huhu memang muka orang asli macam sepesen kan? heeee


Pertama sekali kitorang sampai sampai tu,kitorang p cactus point. 




 Terjilat betol betol kang. Berdarah lidah. Baru tauuuuuuuuuuuuuuuu~



 Mak kami memang hantu ais krim. Tak kira lah tempat sejuk ka panas ka. Huhuhuhu


Cabai gergasi. Hehe a.k.a Cili gergasi. Teringat kat zura a.k.a mama jura. Dulu dia pelik kami dok panggil cabai pastu dia pon kalot nak panggil cabai jugak. Lepastu tersilap sebut 'cibai'. Cibai tu maki kot. Hahahahahahahaha!

 Ni pokok halau nyamok =P Busuk!

 Adik kami bab posing memang nombo satu. Dont touch! Tapi kami touch jugak. Hehehe~ 



Lepas tu kitorang ke Strawberry corner. =)


Lepas tu balik check in dan penat. Berehat rehat. Heeee~

Kami pon dah penat taip. Nanti kami sambung lagi. =P

p/s : Kecik pulak tengok keluarga kami. Hehe


lepas baca jangan lupa senyum ^_^