Saturday, 26 October 2013

Perkahwinan Atie & Zul.

Assalamualaikum.

Selamat Pengantin Baru!! Besnya kawen. hahaha! Selalu baca perkembangan persiapan perkahwinan dalam blog atie yang diperkenalkan oleh Farah. Tau tau dah nak kawen. Huhu. Nanti kalau kami nak kawen kami nak buat bride-to-be punya moments la. Bahagia. Hihi

Zul kawan seketeriat kami, dan kenal lah jugak Atie. Sebab penah sekali lepaks beberapa tahun dulu. Huuuuuuuu~

Pagi tadi dalam pukul 10 lebih camtu, kitorang bertolak dari bukit jalil ni. Cadangnya memang la kami lebih berat nak join budak budak SMF. Tapi macam segan pulak takdak yang pelawa. Ke yang nak tumpang yang kena bersuara?

Tapi takpa. Berbalik kepada plan asal, kami memang nak p dengan Farah pon. Kebetulan housemate kami tu sekelas dengan pengantin nye. Hehehe! Farah pulak plan dengan budak budak AI. Jimat kos katanya. Kami bab bab jimat ni memang on. Hahaha

Ni la farah. Huhu pipi dia memang kami tak bole lawan laaaaa~

So kitorang sampai kul 12lebih camtu. Terus makan. Makan kambing golek. Hehe. Kami tak minat makan kambing sangat sebab suka pening. Tapi tadi makan kemain plak. Sedappppp~!

 Banyak ni jela kami mampu makan.

Pastu nasi pon sedap, kek pon sedap. Cendol ja kami tak makan. heheheh! Balik ni nak kena cari penimbang terus la. Hahaha! Minggu lepas dah 48kg. Ishhh3

Pastu tak banyak amek gambaq pon. Ni ja.

Dan semasa hendak pulang tembam dua orang ni soh amek gambaq. hahahha!
 Gambaq goyang goyang. Heeeee~

 
Dan kami belakon belakon artis. Hikhok!

Untuk Zul dan Atie, 


Selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Semoga korang happy as always. Rasa tak layak pulak nak nasihat lebih. Sebab kami tak kawen lagi kan. Doakan kami cepat bertemu jodoh. Hehe!



p/s : Awkward moment. When one of my good friend didn't talk to me and not even look at me. I am a stranger to him. Serius, hati kami menangis.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 24 October 2013

Menang KFC

Assalamualaikum.

Hai korangs! Korang penah perasan tak yang kami penah post ni kat fb. KFC Contest 2013?


Kami saja ja testing testing haha! ingatkan macam biasa la penipu semua ni. Rupa rupanya betoi. Kami kira ja drumstick berapa ketoi pastu submit. Heeee.. 24hb 9 punya cerita ni. Pastu haritu 9hb 10kami dapat email.

Dear Ismaizaini Binti Ahmad, <----- Nama kami dia eja suka suka hati ja

Thank you very much for taking the time to participate in the KFC #sogood Giveaway contest on Facebook. As a token of appreciation, we are giving you a Football T-shirt that will be sent to you by courier, according to the address that you have registered in the KFC #sogood Giveaway app.

We hope that you will enjoy the price and always continue to support KFC! Till then we bid you a #sogood day ahead! J

Sincerely,
KFC Malaysia

Pastu tadi mak kami cakap dah sampai tshirt tu. hoho adik kami cakap tshirt MU. lupa nak soh dia amek gambaq. Dapat tshirt jelah KFC tak dapat. hahahaha! 


p/s :  Mak kami soh masok lagi banyak contest. Bhahaha


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 22 October 2013

Lepas habes kontrak nak buat apa?

Assalamualaikum.

Kurang lebih 2 bulan lagi kami masih dalam kontrak tempat keja kami ni. Serius rasa sekejap ja masa berlalu, macam kelip kelip mata, dah 10 bulan. hehehe! Ramai kawan kawan kami yang dapat sambung, sama ada direct contract takpun extend apprentice. Kalau nak permanent terus memang payah la kan. U_U

Kami plan nak balik penang. haha! Kami nak cari kerja kat penang. Sebab kami rasa kami tak jiwa la duduk KL ni. Satu lagi kami tak jiwa sangat bidang IT ni. Masa mula mula dapat join dulu ni, sangatlah eksited.! (Owh, entry eksited kami tu kami dah delete atas sebab sebab tertentu) Kami tak tau pulak yang it's more towards IT. Ingatkan Business Analyst tu macam ada kaitan la dengan Stats. Hahaha padahal. Haroommm... Ni kes lemah mengoogle la ni. Main anggokkkk ja keja..

Biasalah, mula mula dapat keja. Mesti la eksited kan. First lepas belajaq kan, mesti kita nak kerja, dan first benda kita tengok masa tu mesti gaji. Betol tak? Yelah tak penah pegang duet banyak banyak. Sekali dapat offer, rembat terus. Sebab masa tu misi kami nak beli kereta. Haha! Dah dapat sebijik, serabot nak bayaq. hahahhaha! Amende la kami ni.

Padahal sebenaqnya banyak benda yang perlu kita konsider. Contohnya, kos sara hidup, nak berjauhan lagi tak dengan famili (belajaq kan dah dok jaoh), komitmen yang kita boleh bagi (sesuai tak dengan apa yang kita belajaq), environment dan macam macam lagi lah.

Macam kami kan, kami sepanjang belajaq tak penah la duduk rumah sewa. Lagi la kolot, semua benda macam tak kena. Serabot bila barang sepah sepah, bila benda tak ikot cita rasa kita. Tapi hakikatnya kena terima la. Dah hidup berkongsi. Bila dah lama lama, kami dah boleh adapt.

Memang lah orang cakap, sekarang ni keja tak boleh nak memilih sangat sebab yelah, peluang pekerjaan sangat sangat lah limited. Tapi kita ada hak kan nak memilih. InsyaAllah, rezeki sentiasa ada bagi orang orang yang bersabaq. =) Positifnya. hahaha! Padahal setiap kali call mak kami, kami akan cakap takot takdak keja. Huhu Phuii

So, terang terang lah memang banyak benda yang perlu kita konsider. Ini soal masa depan ye. Kami ada dapat satu job interview ni dekat sini. Nampak macam tinggi jugak la jawatannya tu. Dan besaq tanggungjawab. Dia bawah department market planning. Bila di pikiaq pikiaq, memang ada lah jugak sikit link dengan stats. Tapi kurang la penggunaan data data, lebih kepada eco, marketing, business planning. Nak kata forecasting pon tak jugak.

Terus terang kami cakap, kami dah tawaq hati nak dok KL satu hal. Pastu kami takot buat pilihan yang salah. Jump into something yang kami tak tau lagi macam mana. Walaupon dalam resume kami tulis willing to learn something new and challenging. hahahah!

Kami serik la, kami serik bila kami nak cuba something baru tapi gagal. Bila dah experienced benda ni kan, kami jadi takot. Huhu Buat benda yang kita tak suka, yang bukan passion kita. Memang mood akan lari. Dan performance akan down. Banyak kali kami try masok 'dunia IT' ni. Tapi.. tak kot. 

Dan kesimpulannya, HR call tadi dan kami menolak dengan berhemah. Bukanlah nak sombong ka apa kan. Tapi, dalam diri kita mesti kita tau kan apa yang kita nak?

Untuk yang bakal bekerja, kami nasihatkan pilih lah pekerjaan yang korang nak tu betol betol, selidik jobscope tu betol betol, jangan tengok gaji ja. Tak kisahlah kita masok company besaq ka kecik ka. Janji ada career development. Janji kita nampak yang kita bole maju. Ikot pilihan masing masing. 

Korang nak tau tak, company besaq memang akan bagi gaji besaq, macam tempat keja kami ni. Fresh grad pon dah sedap gaji dia. huhu Tapi, company kecik akan bagi korang experience lagi banyak. Jobscope korang akan lebih details. Korang serius akan belajaq banyak benda, yelah, company kecik staff pon sikit. Maka kebanyakan keja korang lah kena buat. 

Kalau company besaq, ramai staffs lepastu kadang kadang kita macam ter left out. Mana orang nak pandang fresh grad. Yela, projek pulak besaq besaq. Hemmmm. Ini pandangan one of my colleague dan kami setuju dengan beliau. Tapi depends la, kadang kadang pembawakan diri kita jugak kan.

Apa apa pon, ada hikmah disebalik segalanya. Betol jugak cakap Farah, takkan kami lepas belajaq nak end up dekat Penang terus, tak mencabaq la kan. Mesti la nak amek jugak experience duduk negeri orang. Hehe Baru pengalamannnnnn! Haha *ayat penyedap hati*

Jadi, keputusan berada ditangan korang. Tiba tiba plak kami kan. Hahahahah!

Bye.!


p/s : Semua diatas adalah pandangan kami, tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah tiada, jika ada sebarang pandangan dan pendapat, secara percuma boleh komen dibawah.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^