Friday, 18 October 2013

Dah lama tak update.

Assalamualaikum.

Selamat hari raya haji korang. hehe lambat pulak kami wish. Kami kalau balik penang dah tak menghadap dah laptop. So memang blog kami tak update la. hahaha! *like anyone care*

Kami balik penang hari jumaat aritu. Sampai penang kul1.15 pagi. Memang takkan ada sapa nak amek kami. Macam biasa kami akan cari teksi. Susah pulak nak cari teksi sebab belom betol betol pagi teksi tak banyak.

Bila jumpa mahal pulak, 30hengget 25 hengget. Memang tak la kami yang kedekut ni nak naek kan. Kami pon bediri ja kat tepi jalan tu. Bila dah lama lama bediri tu. Kami pon pikiaq la, "Aku ni tunggu sapa?" hahaha! masa tu dah 1.45pagi kot.

Pastu kami pon jalan jalan lagi. Nak cari teksi yang 20hengget. Dekat ja kot umah kami. Tak sampai 10 minit. Pakcik tu macam takmau, pastu kami jampi sikit, dia cakap ok. hahahahha! Sapa nak tau doa ni boleh PM, nanti kami habaq. heeee~ =P

Sampai lah umah. Sembang dengan mak kami sampai kul 3 camtu pastu tidoq.

*****
Isnin tu kami pinjam keta kakak kami, jumpa dentist dan beli tiket nak balik KL. Sobsobs. Baru sampai dah nak balik. Adik kami teman kami.



 Tak cukup nset sendiri, amek gambaq pakai henset orang plak. 

*****
 
Raya haji tahun ni raya haji kedua kitorang raya kat umah sendiri. Selalunya balik kampung. Tapi bila dah tak duduk bukit bendera, kitorang raya kat umah ja. Sebab boleh solat kat masjid negeri. =)

 Balik solat, hangat hangat amek gambaq. hahaha!

 Shooting dalam rumah plak. hahahahahhaa!

 With emak! 
Mata bengkak menangis dipagi raya. Banyak masalah cerita dekat kakak dan betol cakap farah adik beradik ja akan ambik berat dan bagi advice yang betol. T_T

Raya tahun ni kakak kami balik. So, kitorang raya berlima. hehe Kami macam biasa kurang turun ke dapoq, tolong gitu gitu ja. Huhuhu mungkin sebab tu mak kami order satay. Senang. hahahaha!

Serius mood kat umah aritu tak berapa nak betol, kami tak amek pic makanan makanan tu. Mak kami buat bihun sup, kami tolong kacau dan rasa. heheh makanan tu rasanya ikot taste kami la. Pastu kami tolong basoh pinggan. hehehehe

Tapi mak kami cakap kami tak kekok di dapoq okay. Maksodnya, kami pandai masak jugak lah kot. Cuma malas sikit. hahahha yeke.? ntah. kami pon tak paham. Apa apa pon kalau bulan 1 ni tak dapat keja kami nak dok umah jadi tukang masak. huhu

Mood kami yang asyek tak betol, adik kami yang asyek kena marah. Huhu Kami rasa bulan akan tiba tak lama lagi kot. Bila dah ramai ramai orang mai umah, banyak la pinggan mangkok kan.

Adik : Jom basoh pinggan.
Kami : p la basoh sendiri.

Semangat la dia ajak kami. Mengharap yang dia sabon kami bilas, ataupon kami sabon dia bilas. hahahaha last last dia basoh sorang sorang. U_U


Bes bila ramai ramai datang umah. Umah pulak kecik. Nampak meriah kot. Hehe sebab tu kami nak buat kenduri kawen kat umah, tapi mak kami tak setuju sebab sempit dan kawasan padang depan umah boleh belecak kalau hujan. Bincang macam nak kawen taun depan. hahaha!

Kami tak bole bayang bila kami akan kawen. T_T

Dah la. Kami nak sambung buat keja. Bye!



p/s : Semua yang diimpikan tak selalu menjadi kenyataan, tetapi apa yang tak terduga selalu berlaku tiba tiba, biar menangis hari ini kerana kesakitan semalam, tetapi jangan ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti selama lamanya. Watlek watpis. =P


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 3 October 2013

Nampak bodoh atau konfem bodoh?

Assalamualaikum.

Lumrah manusia suka buat andaian, assume. Semua benda nak assume. Kalau yang positif takpa lah jugak tapi kalau yang negatif? Tak bagus la kan?

Cerita pasal training yang kami join semalam yang bertitle Challenge to excel : Developing your personal leadership. Banyak input input yang berguna dalam membina jati diri. =)

Nampak bodoh atau konfem bodoh? atau dalam bahasa omputih, look stupid or confirm stupid? Hahaha! Trainer tu yang cakap. So jom kita bincang topik ini. hehe!

Semua benda ni berbalik kepada diri sendiri kan. Suka berfikiran positif atau negatif. Tapi kadang kadang tu kita tak boleh kan nak positif. Hahaha Kalau kami, kami rasa kami lebih kepada yang negatif. Ishh3. Kami tengah ubah sikap ni. Supaya kami menjadi manusia yang positif.  Hihi *mata ke atas*

Ok, kalau cerita pasal bodoh bodoh ni mesti nak cerita pasal belajaq kan? Konsepnya macam ni, bila cikgu ka lecturer ka ajaq kat depan kalau tak paham, kita tanya la kan? Kalau kita senyap, end up kita akan buat assumption sendiri. Kalau kebetulan betol takpa, kalau salah?

Dalam pekerjaan pon macam tu jugak, kalau dah dapat satu satu task, kita kena clarify balik semua benda, so that kita tak buat assumption sendiri. Heee. in my understanding bla bla bla... Cerita dengan ringkas balik apa task yang di delegate kat kita. hemmm

Haaa, baru kami teringat, kalau sapa sapa penah belajaq dengan kami dulu, kalau kami ajaq, nanti kan mesti kami suka suroh orang tu terang balik. hahahha! kami nak make sure orang yang kami ajaq tu bukan angguk kosong. Adik kami a ni selalu kena. "Ok, terang balik apa kakni kata." Kalau blur blur tu nampak sangat la tak fokus kan. Huhu

So kesimpulannya kat sini. Kena paham, dan make sure paham yang betol. Hihi. Pakar motivasi pulak pagi pagi sabtu ni. huhuhuhu!

Dalam soal cinta pulak, kita pakai istilah cemburu buta atau konfem buta. hahahhaa! Contoh la, kawan kami punya kawan punya kawan hehe, nampak gambaq bf dia dengan perempuan laen. 

Gambaq ja pon actually kan. Dia tak tanya bf dia, pastu dia terus blame. Dia cakap bf dia curang. Yang ni cemburu buta. Tapi kalau dia dah tanya, pastu bf dia cakap kawan ja tapi posing ala ala meragukan. Yang ni konfem buta. Hahahahaha!

Oklah. Kami rasa sampai disini saja. Hehe. Apa apapon, sentiasalah berfikiran positif, sebab ia akan memberi aura kat kita supaya kita ada high self-esteem dan mendorong kita meletakkan expectation terhadap kejayaan. Dan insyaAllah, kita akan berjaya. =)

Ingat! Biar nampak bodoh, tapi jangan konfem bodoh. Okbye!

 Batch 2 & 3. Heee! They(batch 2) are leaving in November! 
Tahniah la sapa yang dapat serapppp~ hahahah!



p/s : Tengah tunggu gmah buat tomyamm!


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 1 October 2013

"SPECIAL BIRTHDAY GIVEAWAY BERNILAI RM750"


Banyaknya hadiah bes bes!
Join cepat!
Tamat : 10 Oktober 2013

lepas baca jangan lupa senyum ^_^