Friday, 27 September 2013

Potluck Kitorang

Asslamualaikum.

Jumaat datang lagi. Hehe 

Jeles tau, department laen semua ada potluck or whatsoever jamuan hari raya lah apa lah. Department kitorang macam sunyi ja. Kat sini kami nampak kurang kakak kakak atau makcik makcik yang bersifat keibuan nak anjurkan potluck. haha

Memang tak wujud la, makcik pon ber 'i' 'u'. Tak paham kami. Keyell sangat memang kami tak masok. haha! lek lek sudah kan. Huhu Pastu, department sini banyak foreigner dengan chinese and indian, so memang harapan la nak makan makan dan buang masa ni kan. haha! 

Memandangkan batch 1 Code8 dah nak habes, Zira la bising bising nak buat farewell. Huhu Dah la banyak kali plan nak berpicnic cancel, kami rasa potluck ni paling disukai ramai. Heee!

Kami pon suka event makan makan ni, walaupon kami tau kami makan tak banyak. hehe 

Semalam bertungkus lumus la kami dengan farah buat oreocheesecake. Penat kot pukul cream pakai tangan. hahaha! takdak alat putaq putaq tu. berpoloh poloh kitorang. Tapi terkawal punya peloh ye, bukan seperti mamak menebaq roti canai. eeeeeeeeeeeee~
 
Ni la oreocheesecake kitorang. Hehe Sedap dohhh. hahahaa!

Maka terhidanglah segala jenis makanan. Dan, dalam pemerhatian kebanyakan makan adalah berasaskan cheese, segera dan mudah. Yelah semua muda, sapa nak buat nasik beriani, gulai kawah, rendang tok semua kan. hahaha

Yang lelaki bawak benda segera, kfc, dominos, ayaq botoi. Yang gugurl pulak bawak western western. Disini terlihatlah haha lawak pulak ayat kami. Maksudnya, kitorg ni muda muda lagi la. Ehhh..dah la, apa kami mengarot ni.

 
Macaroni cheese, red velvet, oreocheesecake, pizza.. Semua berasaskan cheeseeee!
 Tempat kami dah semak!
Mesyuarat tingkap, mungkin diorang ni tengah bincang nak p solat kat mana. hahaha!
 Masa ni budak budak jantanss p solat jumaat. So mari posing posing. huuuuu!
Kami dah semakin tembam, sori su tertutup mata, zira tengah promote aurawhite la tu. hahahaha! Pastu lepas abes jumaat dak lelaki datang balik makannn. Kalau dengaq khutbah jumaat jadi lapaq balik eh? hehe
Diorang semua batch 1. Heeee!
Kami dengan makanan. Heeeeeee! Badan kami tak gemok gemok pon. Muka ja tombammsss! baru bukak braces sebulan, kami agak ni efek tudung ni. U_U

Okbye!








p/s : Kenyang.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 26 September 2013

"Save More Or Spend More?"

Assalamualaikum.
Memandangkan 25hb kan gaji dah masok. Semua benda akan nampak murah dipandangan mata si pemilik gaji kan. Haha. Tapi bila pikiaq peritnya hujung bulan yang hambar, niat niat membeli barangan di dalam beg plastik apatah lagi beg kertas dan sebagainya terpaksa dibataskan. 

Memetik kata kata seorang rakan ofis kami semalam. "Save more or spend more?". Konteks ini menjurus kepada hari hari jualan murah a.k.a SALEs. Well, bila seorang lelaki bercakap dengan 4 orang perempuan, surelah dia kalah kan.^^

Tapi bila dipikiaq pikiaq balik, ada betolnya jugak apa yang dibahaskan tu. Yelah perempuan ni kadang kadang mengejaq sale, (lelaki pon ada ok, mungkin kurang sikit dari perempuan)memang kita akan dapat diskaun atleast 10% up to 70%. Tapi mungkin jumlah barangan yang kita amek tu akan jadi lagi banyak daripada plan asal sebab yelah rambang mata, semua murah kan.

Dalam masa yang sama, sure surelah orang berniaga ni ada helah tersendiri kan. Takkan senang senang nak kasi sales. So, siapa yang rugi? Kita jugak. Hehehe *Macam cakap dengan cermin*

Korang pikiaq sendiri lah, korang save more atau spend more masa sale tu?

Apa apa pon. Ukur baju kat badan sendiri. =) Hari gaji. Selamat menggaji.

Oh. Ni belanjawan kami. Haha Tulis pakai tangan ok. Siap bentuk lazim. huhu banyak wishlist bulan lepas lepas dah drag sampai bulan ni. Semak. Huhu 


p/s : Need to save more for something special. ^_*



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 24 September 2013

Happy Birthday Emak.

Assalamualaikum.

Semalam sambil sambil baca buku wahhh rajinnya kami. Hahaha. Banyak buku tak baca lagi. Masa break off dulu beli banyak buku sebab nak hilangkan bosan/stress/dan sebagainya. Pastu bila dah biasa, jadik malas balik. heeee

So, kami dah dapat agak mesti kami tetidoq punya lah. Kami pon set la alarm kul 11.30 sebab nak wish birthday mak kami. Tiba tiba, hehe kami terjaga kul1. Omg Omg. Mesti kakak dengan adik kami dah wish dulu. U_U Tak aci tak aci.

Terus capai telefon, mesej mak kami. Sebab kul1 mesti mak kami dah tidoq. Tiba tiba, (tiba tiba lagi hahaha) mak kami reply. "Tq. =) Ingat kat mak"

Sedihnya. T_T

Pastu kitorang pon sambong la mesej mesej. Hehe

Kami : Mak nak hadiah apa? Esok ini gaji. heeee (saja tanya padahal kami dah ada benda nak beli, raya haji baru nak bawak balik huhu)

Mak : Tak payah beli apa apa lah.

Kami : Oklah. Jom tidoq. Esok nak keja tak bangun nanti  jenoh. hee

Mak : Tak payah la beli hadiah mahai mahai. Simpan duet tu nak kawen. (nampak tak permainan mak kami, nak hadiah tu hehehe)

Kami : Nak kawen ini pakai duet mak pulak. hehehe

Pastu mak kami tak reply. -_-''


Apa apa pon ini tetap sayang mak. Mak lah segala galanya. Sesungguhnya, apa yang mak hajatkan, impikan, dan semuanya sentiasa menjadi doa ini untuk mak sama macam mak yang selalu doakan ini. Semoga mak sentiasa sihat dan bahagia dunia akhirat. =')



p/s : Teringat tahun lepas. Makan Kek Baskin Robin cayaq. Sebab lambat sangat celeb. Huhuhuuuu.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^