Sunday, 22 September 2013

Depan, Belakang

Assalamualaikum.

Kenapa keluaqkan kereta mengundur lagi susah dari keluaqkan ikot depan?

Sebenaqnya, dari kami start bawak keta lagi kami konpius. Kenapa situasi ni berlaku, padahal benda yang sama ja. Nak keluaqkan kereta dari satu petak parking.

Kenapa kalau nak keluaqkan kereta ikot depan, kita bawak keluaq pastu dah keluaq sikit pusing stereng. 

Kenapa kalau nak keluaqkan kereta ikot belakang, kita undoq pastu kena tengok belakang, pastu keluaq banyak baru boleh pusing stereng. Kadang kadang kena kedepan balik, kebelakang balik, kedepan, kebelakang. *kalau kat flat kami la, sempit x99*

Oh. Kami lupa. Stereng kontrol tayar depan. -_-'' 


p/s : Isnin yang biru.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 21 September 2013

Tabiat.

Assalamualaikum. 

Kalau orang tak kenai kami, mesti akan cakap kami sombong. Sejujurnya, dengan orang yang kami tak kenai, kami akan buat muka blur. Serius tak tipu. Blur tu macam takdak ekspresi la. haha! macam korang tak tau plak blur tu apa. huuu~

Kalau kat tempat kerja, jalan nak ke kafe ka surau ka toilet ka pantry ka. Semua kami buat muka blur. Huhu Kalau kami nampak orang yang kami kenai, dari joh kami dah senyum. Kalau nampak orang yang tak kenai, dari joh kami tunduk. *sopan sangat*

Mungkin sebab tu takdak orang nak ngorat kami. hahaha! kaitan sangat *mata keatas* Apa motif kami ni? @_@

Hehe. 

So, tabiat kami ni dari dulu dah berterusan lah sampai sekarang. Dannn. kami jugak telah mengesan tabiat suka bercakap terlebih lebih bila dah kenai dengan orang. Omg Omg. Yang ni parah. Terasa gedik pulak. Bila dah pernah bersembang, kami bila pantang jumpa ja, nak senyum, nak 'hai'.

Dan suatu hari.

Kami : Hai.!

Hazami : Assalamualaikum.

-_-

Okbye.



p/s : dalam bilik, atas katil, ngadap dinding. Sabtu yang bosan.



lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Wajah baru.

Assalamualaikum.

Haha. Setelah sekian lama. Kami rasa bosan dengan layout, wajah dan segala macam dalam blog kami. Lama jugak tak menulis sebab tak dak idea. Kadang kadang terlalu menulis pon penulisan macam tak bermutu. hoho selama ni bermutu kah?

So, di hari sabtu yang tenang ni. Dan untuk mengisi masa bosan kami. Kami telah memekap baru blog kami ni. Buka buka mesti korang terkejut kan? Sebab muka kami besaq terpampang. Hahaha! Tak tekejut? U_U Alaaa.. tekejut laaaaa...

Blog ni kami yang punya.

Okbye.

p/s : Dulu masa belajaq, sabtu ahad study. Sekarang kerja, sabtu ahad kosong kalau tak berjimba. Huhu Kalau duduk penang boleh teman mak p kenduri. Hemm..

lepas baca jangan lupa senyum ^_^