Sunday, 25 August 2013

Braces II

Assalamualaikum.

Sambung balik cerita pasal braces kami aritu. Seperti yang telah dijanjikan. Ahaha Kami nak tunjuk gambaq kami dulu kini dan mungkin selamanya. Hehe 

Tapi sat. Minggu lepas balik Penang. Nak amek retainer. Aritu lepas raya tak sempat siap pulak. Kami dah la dok gabra ni gigi kami senget balik. Gusi tak stabil lagi kan. Huhuh

So, hari jumaat lepas kami balik penang. Appoinment dengan dentist tu pukul9 pagi. Tapi macam biasa la mesti la kami p lambat. Sampai Penang dalam kul1 pagi pastu sembang sembang lebih kurang pukul 3.30 baru nak tidoq.

Kami : Mak, lapaq la.
 

Mak : P la makan ada ayam kfc sekoq.

Kami : Ha?

Hahahaha. mak kami dah mamai. Pastu mak kami dengan adik kami teman makan kfc. Seketul ja padahal. -_-''

Esoknya. Pukul10 lebih baru kami keluaq rumah. Dah la nek rapid. Memang sampai klinik pukul11. Tapi kami lek lek ja. Sebab tak buat apa apa pon kan. Hehe


Ni ha retainer kami. Depan besi. Belakang macam gigi palsu. Ahahahahha Pastu kan bila kami pakai kami rasa macam pakai gigi palsu. *Macam penah pakai gigi palsu plak. heeeee Tapi pic ni digoogle ea. Kami punya warna jernih putih. huhu malas amek pic. =P

Masa sekolah dulu penah la tengok kawan kami pakai. Tapi dia pakai yang depan belakang besi. Kami nak macam tu. Tapi kenapa dapat macam ni. Hahah. Ka kami silap tengok.? huuu

Tak kisah la. Janji tak senget balik gigi kami. Dr tu cakap pakai atleast 8jam sehari. Kalau 12 jam lagi bagos. Heeee. Kami dah try pakai siang siang pastu kami rasa macam chef wan. hahahahahhahaah

Pastu mak kami dok beletiaq.

Mak : Cakap betoi betoi awat tak boleh ka?

Mungkin mak kami kerimasan tengok kami bercakap. Hahah Atau mungkin mak kami konpius. *Sejak bila anak aku chefwan. hahahhaha!

Dengan itu kami mengambil keputusan untuk pakai waktu malam sahaja. Supaya tak mengganggu emosi orang laen ketika berbicara dengan kami. Haha

Ok. Dah la. Penat beletiaq. Kami nak tunjuk ni. Sila lah lihat. =P

Dulu :



Zaman bila punya gambaq ni. hahaha. Sebenaqnya semua gambaq ni dah upload kat FB tapi dah kami hide. Sebab burukk. Perasan tak gigi depan kami tu macam nak menghadap antara satu sama laen. =P Hahah

Sepanjang pakai braces :
 


Perasan tak yang muka kami dah jadi meruncing sikit? Tak? Ok kami perasan. Hohoho kawan kawan kami la cakap. Kami tulis ja. Sebab korang tak cakap lagi kan? Hahahah Dasar meninggi diri. =P

So sepanjang kami pakai banyak jugak la warna warna yang kami pakai. Tapi mix2 tak penah la. huhu Bes tau. Dapat la satu experience baru. Sakit. Dan comel dan manis sementara. Hehe!

Sekarang :


 Pucat abes. Haha Teh O pon nak tunjuk. Wuuuuuuu~

Ni pic harini. Baru snap ni. Panas panas. Hahaha Mari lunchh~ hahahahah

Kami rasa kami dah tembam balik.

Ok bye.



p/s : Takdak niat nak menunjuk ka apa apa ka. Cuma bagi inspirasi kepada yang ada niat nak pakai braces. Ataupon kepada yang tengah sakit pakai braces. heeee! Selamat mencuba dan meneruskan niat anda. ^^v


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Friday, 23 August 2013

Majlis Perkahwinan : Nisah dan Shahril

Assalamualaikum. 

Raya kelima haritu. Wedding kazen kami. Kazen yang sama umoq ok. Tergugat tak? hahahaha Mana aci. Dia 24tahun dah kawen. Kami 24tahun dok cari pakwe. Hohoho

Apa apa lah. Janji dia bahagia. Kami pon bahagia. Heeee!

Majlis tu kat Taman Selasih, Kulim. Kitorang dari Penang keluaq kul9.30 sbb janji dengan MakTeh nak jumpa kat Tol Jambatan kul10. Haaaa~ Yang kawen tu kazen belah ayah kami. MakTeh ni belah mak kami. Hehehehe Saja terang panjang panjang. Huuuu

Kami tak tau jalan sebenaqnya. Tanya kakak kami jalan sebab nak pakai jalan dalam. Tak sure la mana lagi dekat, tapi kalau jalan dalam tu macam boleh bayang bayang sikit la.

Serius, kami bab bab jalan ni memang lemah. Tak pandai sangat. Kalau kat area Penang pon. Sebenaqnya kami lalu ikot jalan bas. Maklumlah selalu nek bas. -_-'' Sekarang ni baru belajaq sikit sikit cara nak ingat jalan pakai landmark dan sebagainya. =)

Sebab tu la kami kena cari pasangan yang pandai jalan. Dalam erti kata laen sabaq mencari jalan kebenaran. Hahaha Sebab kalau tanya kami, memang kami jawab tak tau. So kalau pasangan kita stress jadi tak bes la nak date. Apakah tiba2 kami tukaq topik ni.? Haha

So, berbalik kepada topik perjalanan ke Kulim tu kan. Adala kakak kami cakap nampak simpang Sungai Lembu masok kiri. Pastu nampak kawasan ternak itik belah kiri tu masok kanan. Haha

Kami tulis la kan apa yang kakak kami cakap. Heeee Haaaa!! lupa.! Lemahnya kami. Kami tak gunakan teknologi GPS. Haha Baru kami perasan. Aishh! Kami ada ja waze. Tapi kenapa kami tak guna? 

Tak kisah la. Lepas tu kan. Adik kami pon baca la apa kami tulis.

Adik : Lembu kiri, itik kanan.

Hahahaha. Lawak kot. 

Pastu, dah macam betoi dah jalan tiba tiba mak kami kat belakang dok habaq.

Mak : Tu ayam.!!

Kami : Mak, kita cari itik bukan ayam. hahahahahaha

Hahaha. Kami yang marah sebab tak jumpa jalan pon tak jadi nak marah dah. Gelak tak stop stop sampai jumpa itik punya reban. hahahahhaha

Sampai lah. 

 Kacau budak ni besiap. Heee~


Muka garang mak kami. Heee lawak. Mak kami ni macam kami gak, tak suka tunggu tunggu. Tak suka orang tunggu dia dan tak suka tunggu lama lama. Mak kami kata kalau kita menumpang buat cara menumpang. Jangan bagi orang serik nak tumpangkan kita lagi. Pastu mak kami cakap kalau janji tu cuba jangan nak melayu sangat. heeeee

Nak kawen jugakk! 

*Mampoih kalau kakak kami baca. Satg dia kata "Tak payah nak desperate sangat" ahahahahaha


 Ni lah satu satunya adik kami. heeeee~ Comel macam kami. Hahahahaha










 Sebok ja kami nak melentok lentok kat sini. Haha Kayu tu kayu jugak la. U_U

 
Untuk Nisah dan Shahril, 

Cinta itu macam pelangi,
Semua warna akan mengalir,
Merah lambang keberanian,
Oren lambang kekuatan dan kesihatan,
Kuning lambang keceriaan,
Hijau lambang kesuburan,
Biru lambang kedamaian,
Indigo lambang kesederhanaan,
Ungu lambang kemewahan,

Bila semua elemen elemen warna ni bergabong korang pasti merasakan cinta yang sempurna. Hehe Tapi ingat, amalkanlah dunia dengan berpaksikan agama. =) Apa apa pon. Tahniah!



p/s : Love is not something that we look for, but something that find us.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Thursday, 22 August 2013

Hazama : Relakan Jiwa

Assalamualaikum.

Masih dalam mood happy! Kami tak tau awat la kami dok suka sangat ni. Rasa terawang awangan. Heee Pastu kami dengaq lagu ni kan. Macam kait kait kami pulak. =) Haha over tauuu~


Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku




p/s : You are similar to my favorite song. When the song ended, I keep repeating it. Again and again. ^_^


lepas baca jangan lupa senyum ^_^