Friday, 7 June 2013

Bodek Membodek @ Main Angin.

Assalamualaikum.

Hahah. Sekarang ni tahap bosan kami agak melampau. Akhir akhir ni. Balik keja makan pastu terus golek golek. Maen game, baca buku. hehehehe! rasa macam belajaq pulak bila cakap macam tu. huuu yelah, kadang kadang kami menyewa umah tu sorang sorang. Housemate semua takdak. Well, hakikatnya mula rasa sunyi. =')

Ok. So dalam keadaan yang takdak keja tu. Kami MMS adik kami. hahahahah! Saja, before ni pon MMS la jugak selalu. MMS gambaq gambaq yang cantik cantik dengan harapan adik kami puji. Hahah adik kami memang suka puji kami. eheee~

Kami : *gambaq yang kiut* dengan caption. "when i was sleeping. Comey an?"

Adik : Comeyyy gilaaa, heeee

Haaa..macam tu adik kami reply. Kami dah agak dahh! hahaahhaha! 

Kami : Ok. esok i topup u 5hengget.

Haha! kami macam mintak puji pastu bagi upah. =P tak kisah la. janji kami bahagia. Korang apa tau. heeee! ni lah salah satu hadiah hasil pujian yang adik kami bagi. hehehe kami sogok dengan topup supaya next time dia puji lagi. hahahahaha!

pastu camni dia balas.

Adik : Hahaa, yahuuu! Ehh renduu laa

-_-'' Baru sekarang nak cakap rindu?


"Miss you too"
p/s : Wanita yang kuat bukan lah wanita yang tak pernah menangis. Wanita yang kuat adalah wanita yang boleh menghapuskan air matanya. =)


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 2 June 2013

Shugarholic Launching

Assalamualaikum. =)

Hari ni aktiviti yang agak berfaedah selain tidoq yang cukup. huhu Kami p launching kedai kawan kami punya kakak. weeeee! Makan kek freee~ Sedapp.

Memandangkan gmah dengan shark nak ke wedding kawan diorang dan nak terus ke sana. Kami mengambil kesempatan la kan. Hahaha mengacau daun diorang. Pon bole laaaaa~

Tengok ni diorang yang bermuka sama. haha!


Cop jari on 'our wedding tree'. Cop kat atas atas kan, Bajet kawen taun depan. Huh! Hehehe ehh..angan angan kena tinggi ok. Atleast kalo tak dapat pegang bulan, pegang bintang pon jadi la. Tapi antara bintang dengan bulan yang mana lagi jaoh eh?

Ok. Let's move to the topic. hee! Sebelum ni dah penah makan kek Shugarholic ni. Sebab ekin bawak masa bbq dekat Tekala dulu. huhu. Sedap! Sangat sedap lah. Sedap tahap 99. Yummmm..

So, tujuan harini nak rasa laen laen kek yang tak penah makan lagi. =)

Tapi...Well well. Kusyuk makan sampai lupa amek picturesss~ 

Tapi..ada tapi lagi..hehehe kami curik dari instag shugarholic. hehe! Mari lihat macam mana sedap, kemas dan besih kek kek ni dilihat. 

Tapi...hehe basically kami tengok. Kedai nya sangat bersih, kemas, tersusun dan ofcoz tuan kedai dia cantik. hehehehe! Orang cakap kalo tuan kedai cantik, masakan pon mesti cantik macam tuan. hehehe!





haaaa...begitulah. Kalo korang ada majlis apa apa nak order. Sangat kami alu alukan. Sebab konpem konpem sedap. hehehehe 


Kami ni payah lah nak order. Sebab nanti majlis kami kat Penang kan. Hahahaha ! Rugi kami tak dapat menikmati kek yang sedap di hari persandinganku. huhu *bajet

Ok. Kedai Shugarholic ni terletak kat Alam Budiman, Shah Alam. Senang ja nak cari. Bila nampak Uitm Puncak Perdana. Terus lagi. Senang lah.!

Ataupon korang bole tengok kek kek kat blog pemilik Shugarholic
Bole jugak folo instag Shugarholic yang juga Shugarholic. heeee!
 
Konpem korang teruja !

Motif sangat bediri tegak. =P

Selamat Malam! Bye.


p/s : Cinta adalah sesuatu yang misteri dalam hidup, sampai kita tak tau dimana pengakhiran kisah cinta.

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Saturday, 1 June 2013

Putus Cinta.

Assalamuaikum.

Sapa pernah alami putus cinta? Angkat tangan!! 

Bukan la sesuatu yang fun untuk diceritakan. Tapi kalau bercinta perlu ada sikit kot sayang pada diri sendiri. Baru tak sakit kalau meninggalkan atau ditinggalkan. Sapa setuju.? Turun tangan. heeee

Mungkin cara handle jiwa lara ni berbeza antara individu. Tapi di ingatkan, jangan terbawak bawak perasaan sampai mengganggu kesihatan, mengganggu pekerjaan dan masa depan. Dan jangan jugak sampai menolak takdir. 

Bohong la jugak kan kalau takdak perasaan sedih sikit pon. Tu takdak perasaan namanya. Hehehe Bagi kami. Kalau jodoh tu tak kemana. Tapi orang cakap jangan pakai 'KALAU' kan? Andai jodoh tak kemana. =)

Persoalannya. Macam mana nak move on? 

Doa tu penting. Standard la kan. Manusia. Bila ada masalah, baru nak tunduk sujud lama kat sejadah. Tapi itulah yang sepatutnya kita buat dulu. Sebab hati manusia ni Allah yang jaga. Haa.. tak salah jugak kan kalau kita jadi yang lebih baik lepas tragedi memilukan.?

Kami? Masih banyak yang sayang kami. 'Kami' pon dah ramai. Hahah

Kadang kadang senyum sebab nak sembunyi duka.
Kadang kadang ketawa sebab nak sembunyi air mata.

Bergembiralah dengan mereka yang menghargai. Senaraikan aktiviti aktiviti supaya kita tak bersendiri. Tak kisah la buat benda yang kita minat atau tak. Yang penting jangan termenung! 

Setakat ni hari hari kami penuh dengan aktiviti. heeeee! Harini ja memerap. Huhu Tapi still ada aktiviti individu ok. Contoh, Candy Crush, Pou, Movie marathon, kemas rumah sampai bekilat dan mungkin lepas ni belajaq memasak sampai pandai. hahaha!  =) Waaa..baru ada pakej yang lengkap!^_^


*abaikan ketumbit itu

Time time macam ni la kita perlukan keluarga dan kawan kawan. Kadang kadang sebab putus cinta bole buat kita makin rapat dengan diorang. Yelah, selama ni mungkin asyek menghadap nset ja. 

Ok. Kami rasa tak dak hal la putus cinta ni. haha! *jahat kan.?
 

Saja nak positifkan diri. Supaya memandang kehadapan. Lantak la apa orang nak cakap. Apa orang nak tafsir. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Kawan kami cakap what goes around comes around. Karma.

Tapi kami tak stick sangat dengan quote tu. Memang lah setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan di balas dengan kejahatan. Tapi setiap keputusan atas gerak hati kita. Mungkin nampak kejam, tapi yakin pasti ada hikmah.

Semua perkara yang kita mahu,
Kini semua dah jadi kenangan,
Mungkin ini masa,
Untuk ucapan selamat tinggal.
Tak kira jalan mana yang kita lalui,
Seseorang harus pergi, 
Carilah pengganti,
Agar kita tak menangis lagi. 


Owh. Nak baca cara move on yang lebih mantap? SINI


p/s : Tak perlu merintih pada cinta. Cinta manusia tak pernah abadi.
 

lepas baca jangan lupa senyum ^_^