Thursday, 16 May 2013

Info : Tiga Hal.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat ! Seperti biasa. Mari renungkan dan selamat beramal =)

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh dikembali :
  1. Waktu
  2. Kata-kata
  3. Kesempatan
 Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
  1. Kemarahan
  2. Keangkuhan 
  3. Dendam
Ada 3 hal yang tidak boleh hilang :
  1. Harapan 
  2. Keikhlasan
  3. Kejujuran
Ada 3 hal yang paling berharga :
  1. Kasih Sayang 
  2. Cinta 
  3. Kebaikan
Ada 3 hal dalam hidup yang tak pernah pasti :
  1. Kekayaan
  2. Kejayaan
  3. Mimpi
Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang :
  1. Komitmen 
  2. Ketulusan 
  3. Kerja keras
Ada 3 hal yang membuatkan kita sukses :
  1. Tekad
  2. Kemahuan
  3. Fokus
Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu :
  1. Rezeki
  2. Umur
  3. Jodoh
Ada 3 hal dalam hidup yang pasti :
  1. Tua
  2. Sakit 
  3. Kematian


p/s : Owh, Semalam kami dah amek baju konvo. hehe!!

Credit to Bro J

lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Tuesday, 14 May 2013

Kami, Klinik dan RM50.

Oh mannn, what a hectic day!

Astaghfirullahalazimmm!
Terlupa kebiasaan bila keadaan penat dan marah.
Terlupa kebiasaan bila keadaan tertekan dan menekan.
Terlupa kebiasaan bila diuji dengan dugaan.

Assalamualaikum.

Semalam (13/5) merupakan hari yang sangat mengecewakan bagi kami. Mungkin keterlanjuran kata di siang hari mendapat balasan yang setimpal dipetang hari. Siapa tahu. Sekejap saja nikmat ditarik. Kuasa Nya.

Nikmat kesihatan. Kami memang p kerja semalam dalam keadaan yang sedikit tingtong. Sebab selsema tiba tiba melanda. So kami rasa, what I have said is just not what I mean. Sorry to that person. You know who you are. =)

Kami : Macam mana kami boleh selsema ni.?

 
Sebab setau kami, kami ni jenis jarang tak sihat. Kalo sakit sikit pon kami tak suka makan ubat. Sebab tak rasa nak dependskan diri dengan ubat. Padahal kita perlu la berusaha kalo kita nak sihatkan?

Teringat kata kata fae masa dia nak jual perlindungan dulu. Hehe. Takaful. Dia ada ceritakan yang Rasullulah suruh seorang umat yang tinggalkan unta tu, tambat unta dulu sebelum tawakal.

Berusaha, Berdoa, Bertawakal.


Gmah : Jangkit dengan Gmah tu. Tido dekat dekat pulak. 
*sila baca dalam nada ganu kite*

Haha. Bila p keja. Tah tangan sape gatal bukak aircond tahap maksimum. Sampai menjadi jadi selsema kami. Sejukk!!

Tak kisah la. Kalau Allah nak uji tu camna pon akan terjadi jugak kan.?

Jadi masa balik tu, memang plan nak p klinik la. Memandangkan bole buat medical claim. Haha! *dasar kedekut.* Macam biasa, parking yang susah nak dapat, bila dapat sempit dan mencabar. Kami usahakan jugak sampai berpeluh peluh. Korang tau kan, cara pemanduan kami macam mana, apatah lagi nak parking. Huuuuu~  Dah dapat parking yang betol betol depan tangga. Masok dengan selamat dah ni. Lantak la kereta berbaris panjang mana pon. Yang penting kami tak langgaq keta orang. -_-''

Kami tak tau pon klinik kat mana. Tapi yang pasti ada la klinik bawah flat kami ni. Masa masok klinik tu, kami tak tau nak cakap apa. Hahaha! Kami jarang kot p klinik. Masa sekolah pon attendance penoh. Belajaq kat U apatah lagi. Sejarah MC memang boleh kira lah. Hahah. Tapi bila kerja kami bosan. Kami tak minat. Kami sanggup melanggaq undang undang diri sendiri. Hahaha!

Kami : Saya nak jumpa dr.
 *macam polis*

Hahahaha.*Dah kenapa dia ni.* Mungkin ni lah kata hati nurse yang tidak berpakaian nurse tu. Huhu

Kami : Selsema dengan sakit tekak.

Nurse : Ok. You isi ni ikot ni.
*Sambil menghulurkan sehelai kertas A4 yang dah dipotong separuh (A5). Dan jugak senarai yang perlu kami ikot, yang dah ditulis atas kertas keras (Mungkin Manila Card). Camni la rupa kertas tu. Macam penanda buku. hehehehe


Hah?? Dalam hati kami la. Tak paham nak tulis. Apani apani.? Ni KeyEll ka Balik Pulau? Balik Pulau lagi maju baq hang. Hahahhaa!

Atleast bagi la form ka apa ka? Ni macam sesi perkenalan pulak tulis tulis camtu. Hahaha Tapi kami layankan ja la. Dah terlanjur layan. Hahaha

Selesai tu, dia soh kami masok. Dr India rupanya. Tak kisah la. No racism. Hahahaha!

Kami gelabah kan. Letak beg laptop kat sebelah. Letak handbag kat riba. Kami rasa Dr t pon macam serabot tengok kami. Hahahahaha!

Dr. : Ni apa?
*Sambil tunjuk beg laptop kami*

Kami : Laptop. Heeee
*Alamak, yang kami renyeh lebih ni apahal, nak mintak MC kot. Kena la buat muka sedih. Haha*

Penyesalan dalam hati

Dr : Sekarang orang semua bawak  laptop, macam bawak baby.

Terpanah kami kat situ. Pelan pelan kami turunkan beg tu kat bawah. Letak handbag kat lantai jugak. Hehehe.

Dr : Start bila you sakit. Macam mana bole sakit?

Teringat kata kata gmah pagi tadi, kami dengan selamba menjawab.

Kami : Saya rasa jangkit dengan kawan saya kot. Duduk satu rumah kan. Antibodi saya lemah la tu Dr.

Mula la style kami yang cakap tak stop. Aishhh!

Dr : Belom apa apa sudah cakap antibody lemah. Masok dalam,baring.

Kena lagi. -_-‘’

Dah check nafas semua. Dr tu Tanya nak MC ka tak.?
Dengan pantas,

Kami : nak untuk esok boleh?

Dr : Boleh boleh.

Bahagianya hati kami. Ok, kami pon tunggu la kat luaq. Bawak segala beg kami tu keluaq. Huhu. Amek purse. Check duet. Ada dalam RM70 lebih. Berani pulak kami. Kot kot la seratus lebih ka. Mampos.!

Pastu Dr panggil, bg la keterangan pasal ubat tu. Bla bla bla. Sapa yang ada instag kami mesti dah tengok kami post picture ubat tu kan. Macam ragu ragu. Hehehe!


Dr tu suroh kami makan ubat, pastu terus makan sampai kenyang. Hehehe!

Nurse : Ok, RM50.

Cari cari duet tak jumpa.!! Kami dah gelabah dah. Korang tau la kami kelam kabut kami ni macam mana. Tahap 99. *amek trademark farah* Mana pulakk duet tu lari. Tadi adaaaa.. kalo takdak takkan la kami berani nak jejak klinik tu kan.

Nurse : Takpa. Duduk dulu cari.

Duduk dan cari. Tak jumpa jugak. T_T Kami tak rasa nak nangis, tapi kami rasa malu. Dalam hati. Klinik ni ada TOYOL curi duet kami. Hahahahaha Dah la klasik. Sure la takleh pakai debit kan. Mau tak mau kami kena p ATM.

Housemate kami semua makan luaq. Nak pinjam pon macam mana. Takkan nak pinjam kat jiran yang jumpa pon sekali sekala. Huh? Dengan segera kami keluaq, cakap nak p ATM cocok duet. Arghhh!!! Dah la kami parking cantik tadi. Aishh.

So, kami pikiaq pikiaq nak cocok kat ATM shell ja. OMG bila tengok jem yang tahap melekat kami tukaq pikiran. Ok. Kami nak cucuk kat Easy RHB kat LRT Bukit Jalil. Apahal lah kami tak pikiaq nak cocok kat dlm TPM ja.Kami pon tak paham otak kami camna.

Ha, mungkin jugak kami yang lali ni tadi Nampak duet RM1 tu RM50? Tak mustahil jugak. Tak abes abes negative pikiaq toyol. Hahahahaha! Pastu konpius jugak nak cocok kat mana paling dekat.

Tak kisah la. Masok ja simpang LRT tu. Mak ai, jem sama macam nak ke Shell tadi. Hahahha! Sekali lagi kami kecewa. Dah lama ni. Konpem Dr tu ingat kami tipu. T_T

Mengingatkan esok MC buat kami rasa berbaloi kami buat semua ni. Berpeloh peloh nek tangga stadium tu. Hahaha!

Ok. Cocok. Balik. Jem lagi. Huhu Nasib nasib. Dalam hati ni sabaq jela. Nak ngadu kat sapa pon tak tau. Hahaha! Malas la kacau housemate yang tengah gembira makan sushi King. Hehe Kalo tepon mak kami, t dia bimbang ja, Nak tepon pakwe pon dah takdak. Tapi kalo kami tepon pon, dia sentiasa terima kami kot. U_U Sudah!
  
Sampai ja klinik.

Nurse : Dah jumpa duet?
Kami : Tah. Duet tu hilang.

Haha. Kami naek umah dalam keadaan yang blur. Blur macam kami. Tahap 99. Ingat balik apa yang berlaku step by step. Apa salah kami. Apa silap kami.

Mandi. Makan. Solat. Tidoq.


p/s : Malam semalam farah bagitau ada cocok MEPS kat kedai depan klinik tu.

*rasa nak demam balik*


lepas baca jangan lupa senyum ^_^

Sunday, 12 May 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum! 

Berdebaq debaq nak tulis entry ni. Yelah bak kata Ustaz Azhar Idrus



Haaa..korang tau pasal benda ni.? Kami baru tau dalam minggu ni jugak la. Before ni tak amek pot pon. Mungkin menganggap remeh benda ni boleh merosakkan akidah. Mungkin. 

Tapi bagi kami, setiap hari kita kena anggap hari ibu kan? Sebab mak mak mesti anggap hari hari, hari anak. hehehehe! paham dak? Yelah, tiap tiap hari masa kita kecik dulu, keja dia asyek masakkk ja. Besaq apatah lagi. hehe

Bukan masak ja. Kadang kadang basoh kasot sekolah. Kadang kadang ka? Basoh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah. Segala benda. Dah kita besaq baru nak tolong sikit sikit. Sikit sikit.

Mesti korang ada kisah korang dengan mak korang kan? Korang panggil mak korang apa? Ibu, mak, mama, mami?

Tak kisah la kan panggil apa pon. Yang pasti 9bulan 10hari kita dalam rahim mak kita.=') Kalau ringan macam kami ni, ok lah kot. Kalo berat macam korang.? Camna tu? hehe *gurau kasaq nampakkk!!* hahahhaa!


Ni mak kami. Sama tak muka kitorang? Heeeee! Orang cakap muka kami macam ayah kami. Tapi kami rasa muka kami macam mak kami pon jugak. =)

Kami rasa kan melalui penceritaan mak kami. Mak seorang yang susah. Banyak jugak dugaan dalam hidup dia. Bukan banyak jugak, memang banyak! *Nak nanges* Hidup susah masa kecik, kehilangan suami, kesihatan tak berapa baik.

Dalam usia 39 tahun, mak kami dah kehilangan suami. Dengan niat, usaha, semangat mak kami jaga kitorang 3 beradik. Memanglah 3 beradik tu sikit ja. Tapi budak budak kan. Payah jugak la nak jaga. ='( Masa tu kami darjah 3. Kakak kami form 1. Adik kami tadika.

Dengan takdak keja. Means mak kami surirumah la masa ayah kami takdak. Tinggal dekat quartes masa tu. Kami tak amek tau pon. Yelah mana nak tau apa kan. Hingus pon suroh mak buangkan lagi. *kami selsema sekarang. Contoh pon nak hingus hingus jugak huu* 

Setianya mak kami dengan arwah ayah kami. Takdak pon niat di hati nak kawen lagi. Yelah. Mak kami muda lagi kot masa tu. Bole ja, kalau dia nak. Kalau mak kami tak mau tanggung susah tu sorang sorang. Tapi kami tak mau.* Mak kami cakap, mak kami ingat nak besaqkan anak anak ja. Anak anak la semangat dia.

Kami tabik dengan mak kami. =) Mak memang tak pentingkan diri sendiri. Kami rasa mak semua orang pon macam tu kan?

Yang paling kami sedih sekali, suatu hari tu mak kami call. Nak tanya something. Masa tu kami kat Mimos la. Tengah kerja. And ofcoz la mak kami pon tengah kerja. Dan di akhir perbualan 

Mak : Ha ok lah. Mak tengah cabut rumput ni. Ni dok tengah panas nii

Dan ketika itu, kami depan laptop dalam aircond. T_T

Korang dapat bayangkan perasaan kami waktu tu.? Baru kami sedaq, betapa susah nya kerja mak kami. Selama ni kami betol betol makan duet titik peloh mak kami. Dan kami tak paham, macam mana mak kami handle gaji yang sikit tu, nak bela kitorang. Dari kecik sampai besaq kami rasa apa yang kami mintak, tak pernah mak kami tolak. Alhamdulillah. Makan pakai cukup. Tak pernah pakai kasot sekolah koyak rabak. Sebab mak kami cakap. "Mak nak anak mak macam anak orang laen." Mungkin takmau anak anak dia down. Sekarang pon mak kami still tanya kami cukup duet ka tak. Even kami punya gaji 2/5 lebih dari mak kami. U_U 

Sangat sedih kan. *crying like crazy*

Kami rasa dan kami nak tekankan lah kat sini yang pengorbanan seorang ibu ni sangat perlu dihargai. Bukan saja pengorbanan, nilai kasih sayang melalui perbuatan dia tu jugak kita perlu balas. Orang cakap bila kita dah ada anak, baru kita tau macam mana rasa sayang tu. 

Dan kami jugak rasa, Lepas habis kontak setaun ni. Kami nak balik! Dah nak dekat 4bulan kat sini. Dan kami rasa, jiwa kami kat Penang. Siapa lagi nak jaga mak kita, kalo bukan anak anak nya. Lagipun, kami masih bujang. Tak dak komitmen selain kerja yang boleh menjadi penghalang. *Kerja pon sepatotnya pilihan kita* V_V Kami pon rasa nak cari orang Penanglah, buat calon imam. 

Itu saja kot. Jangan lupa. Tiap tiap hari, hari ibu. =)


Ini Sayang Emak! =)


Lupa nak habaq, Mak kami ada kembaq! Kembaq laki pompuan. heheh potensi kami nak dapat anak kembaq jugak tinggi ea. *kaitan sangat*



p/s : Buat entry sambil dengaq lagu Jeritan Batinku. :'( Esok keja.


lepas baca jangan lupa senyum ^_^